Kelab Greenboc |
- Wan Azizah Jadi Mangsa Fitnah Melampau Blue Wave Army
- Status Terakhir Facebook Allahyarhamah Adzlin Lin Sebelum Kembali Ke Rahmatullah
- Lagi Cepat Anwar Dipenjarakan Lagi Cepat Najib & UMNO BN Ditumbangkan
Wan Azizah Jadi Mangsa Fitnah Melampau Blue Wave Army Posted: 26 Apr 2014 12:52 AM PDT PKR kecam berita gambar 'kafan' Wan Azizah KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam. Gambar yang tersebar di Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army' itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih. Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai. Kenyataan di Facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai 'isteri kedua ketua pembangkang' dan menggelarkannya sebagai 'mujahidah bangsat'. "Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Blue Wave Army' yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam. "AMKPP akan membuat laporan Polis bermula hari ini," kata ketuanya Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan kepada Harkahdaily. Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu. "Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa. "Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah," katanya. -HD |
Status Terakhir Facebook Allahyarhamah Adzlin Lin Sebelum Kembali Ke Rahmatullah Posted: 25 Apr 2014 10:05 PM PDT AAllahyarhamah Adzlin Lin Halimi dari Ipoh, Perak dan telah meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am hari Ahad kerana menghidap kanser payudara dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Dan berikut ialah status terakhir yang elah dimuat naik di facebook miliknya 4 hari sebelum kematiannya. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau dan dimasukkan di kalangan hamba2Nya yang solehah.... Al-fatihah. BACA: [BERGAMBAR] IKTIBAR - Jenazah Haslianatul Azlin Tersenyum & Kuburnya Bercahaya BACA: Respon Mufti Perak Mengenai Kubur Ibu Tunggal Yang Bercahaya |
Lagi Cepat Anwar Dipenjarakan Lagi Cepat Najib & UMNO BN Ditumbangkan Posted: 25 Apr 2014 05:27 PM PDT Biarkanlah Najib Penjarakan Anwar... Menjelang rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan yang dijangka dalam tempoh terdekat ini, Anwar Ibrahim membayangkan bahawa beliau mungkin akan dipenjara sekali lagi kes liwat yang dihadapinya. Walaupun mengemukakan 35 hujah untuk menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelumnya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepadanya, beliau tetap merasakan peluangnya untuk bebas adalah tipis. Selain memberi alasan bahawa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil serta mahkamah yang didapatinya bersikap "bias", Anwar juga kelihatan mengeluh dengan proses mempercepatkan pendengaran kesnya dan tidak memberi pertimbangan budi bicara langsung atas kematian peguam utamanya, Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya minggu lalu. Dengan mereka tetap diminta mengemukakan notis rayuan tidak lewat daripada jam 3 petang Rabu lalu, anak Karpal Singh, Ramkarpal terpaksa bertungkus-lumus dan berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan hujah-hujah rayuan di sebalik mereka sedang bersedih dan sibuk dengan upacara persemadian bapanya selang beberapa hari sebelum itu. Walaupun bakal mendapat bantuan daripada terkenal, Sulaiman Abdullah tetapi berdasarkan perkembangan yang berlaku itu, Anwar tetap merasakan bahawa badan kehakiman bertindak semata-mata atas arahan pemimpin politik yang sedang menggenggam kuasa ketika ini. Dalam usia 67 tahun dan terdengar juga ura-ura kemungkinan pihak pendakwa turut merayu untuk melanjutkan lagi tempoh hukuman selama 5 tahun yang diterimanya, tidak mustahil penjara adalah destinasi terakhir kehidupan Anwar yang selama ini penuh warna-warni. Dan sifir politik mudah yang ada dalam pemikiran Perdana Menteri, Najib sendiri barangkali menyetujui bahawa perjalanan politiknya untuk kekal lebih lama di tampuk kuasa turut menjadi lebih selesa jika Anwar dapat dipenjarakan. Di ketika yang sama, Anwar pula nampaknya lebih bersedia untuk ke penjara kali ini. Beliau yang sering mengungkatkan perkataan "lawan tetap lawan" dan "jangan bicara soal perjuangan jika takut dengan risiko" bukan ssja sudah meninggalkan pesanan kepada pengundinya di Permatang Pauh, minggu lalu dengan mengatakan "ini mungkin pidato saya yang terakhir", malah sempat membakar api perjuangan bahawa semangatnya sama-sekali tidak akan luntur walau ke mana sekalipun beliau dihumbankan. Memenjara, menganiaya dah menzalimi musuh politik adalah resam di mana-mana jua sudut dunia yang ada pertelingkahan dan perebutan kuasa. Sudah banyak dicatatkan dalam sejarah dunia mereka yang menerima nasib malang itu. Mandela dipenjara, Khomeini dibuang negara dan Aquino malah ditembak mati serta ramai lagi yang sengsara. Menjelang kemungkinan Anwar dipenjara sekali lagi, bukan saja Reformasi 2.0 dihidupkan kembali untuk mengajak rakyat, khususnya anak-anak muda agar bangkit melakukan perubahan, beberapa pemimpin pembangkang pula memberi bayangan bahawa Najib akan disingkirkan rakyat jika berani berbuat demikian. Serentak dengan Anwar menuju penjara, laluan lebih sukar untuk masa depan Najib turut diwujudkan dengan mengajak rakyat agar lebih berani bersuara dan bertindak mewujudkan pembaharuan. Kalau pun tidak di jalan-jalanraya, sekurang-kurangnya lebih keberanian di peti undi nanti. Jika dihalusi, sejak dua pilihanraya umum lalu, rakyat memang inginkan perubahan. Jika dalam pilihanraya 2008, BN hanya menang 140 kerusi Parlimen dan kehilangan majoriti dua pertiga, dalam pilihanraya 2013 pula, jumlah kerusi BN menurun lagi kepada 133. Undi popular BN pula hanya 47 peratus berbanding PR sebanyak 52 peratus. Dengan pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh Najib menjelang PRU 14 akan datang, laluan BN sebenarnya jauh lebih sukar. Memenjarakan Anwar mungkin hanya boleh mengelakkan Ketua Pembangkang itu daripada menjadi Perdana Menteri tetapi tidak sesekali menghalang kebangkitan rakyat yang menyokong perjuangan yang diasaskannya. Ditambah dengan kritikan yang semakin lantang daripada dalam UMNO sendiri terhadap Najib, terutama daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, ia turut menghakis lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang memang sudah sedia menipis. Dalam teguran terbaru Mahathir yang menyasarkan tingkah-laku pembodek dan penasihat yang sedang mengelilingi Najib, beliau juga mengingatkan bahawa walaupun biasanya kebencian rakyat terhadap tingkah laku pemimpin yang melampau dihukum melalui pilihanraya tetapi janganlah mengambil mudah tentang tindakan ganas yang mungkin dilakukan mereka. Dalam hal ini beliau memberi contoh bagaimana di ketika orang Melayu begitu menyanjung Raja, mereka juga sebenarnya boleh bertindak ganas sehingga kepada membunuh sepertimana yang dialami oleh Sultan Mahmud dahulu yang lebih popular dengan peristiwa "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang". Malah mungkin dengan memenjarakan Anwar, keberanian rakyat lebih meningkat dan perubahan lebih disambut mudah. Perjuangan memang selalu menuntut pengorbanan dan Anwar sendiri selalu memaklumkan bahawa beliau sedia menjadi korban kepada rakyat yang dahagakan perubahan. Jika penjara sebagai korban untuk perubahan dan imbalan kepada tumbangnya BN, Anwar seharusnya berbangga dengan hakikat itu. Redha dan berlapang dadalah dengan segala helah dan taktik Najib untuk memenjarakannya. Walaupun beliau mungkin kempunan untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi pengorbanan dan namanya sebagai inspirasi perubahan di negara ini akan dikenang sepanjang zaman. Mandela dipenjara tetapi sempat seketika menjadi pemimpin Afrika Selatan dan namanya harum sebagai pejuang pembebasan apartheid. Aquino menentang Marcos, kemudian ditembak mati dan tidak sempat menjamah kuasa. Tetapi isterinya, Corazon Aaquino kemudian diangkat menjadi Presiden Filipina dan kini anak lelakinya, Benigno Aquino Jr pula meneruskan perjuangan. Begitulah perjuangan. Ada pemegang obor yang sempat merasa berkuasa, tetapi ramai juga yang tidak kesampaian cita-citanya. Nasib Anwar belum tahu yang mana lagi, mungkin seperti Mandela dan mungkin juga senasib Aquino, tetapi jawapannya akan lebih cepat diketahui jika lagi cepat Najib memenjarakannya. Najib, cepatlah penjarakan Anwar dan jangan berlengah lagi!! -shahbudindotcom
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan