Sabtu, 26 April 2014

.

.


Selamanya masa untuk laksana hudud tidak ada dalam Umno

Posted: 26 Apr 2014 01:40 AM PDT

ULASAN                                                                                               

Sewaktu Najib Razak membuat pernyataan sikapnya mengenai hasrat kerajaan Kelantan hendak mengemukakan perundanagn persendirian (private bill) di parlimen bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II (hukum hudud) dilaksanakan, saya berada di Alor Star. Najib juga ketika itu berada di Kedah dan kenyataan itu dibuat dalam perhimpunan apa dinamakan Himpunan Para Ulamak Kedah. Ia berlangsung di kediaman MB di Mantaloon, Alor Star.

Kelmarin rupa-rupanya Najib mengadakan lawatan sehari ke Kedah, selain menghadiri majlis ulamak itu beliau juga merasmikan RTC Kedah di Changloon. Jet peribadinya tiba sejam lebih awal dari ketibaan saya.

Himpunan ulamak itu diadakan dua hari dan Najib hadir pada hari penutup. Khabarnya beberapa orang tuan guru yang mempunyai pondok, yang sebelum ini menjadi kubu Pas turut sama hadir menyertai himpunan berkenaan. Tidak pasti berapa orang tuan guru yang hadir, kata lima orang guru utama, dan setengah qaul kata hanya seorang sahaja, selebihnya anak-anak buahnya saja.

Tetapi menurut lebel yang diletakkan di meja ia menggambarkan semua kawasan menghantar wakil masing-masing. Semua kerusi yang disediakan penuh.

Apapun majlis itu memberi merkah tinggi kepada Umno, khasnya kerajaan Kedah dibawah pimpinan Mukhriz anak Mahathir. Mereka yang hadir semuanya berkopiah dan bersemutar (serban). Ia laksana multaqa ulamak anjuran Pas. Kenapa saya katakan ia memberi merkah tinggi, kerana, golongan ulamak atau ustaz yang sebelum ini agak sumbang untuk hadir dalam majlis bersama pemimpin Umno kini sudah tidak ada rasa 'semen malu' lagi. Mereka sudah boleh duduk bersila dan makan beradap dengan pemimpin Umno.

Apakah kesediaan para ustaz atau wakil-wakil tuan guru hadir itu mereka diupah dan diangkut dengan bas berhawa dingin? Atau pun mereka hadir kerana sebagai melepas hajat untuk merasai nyaman dan indahnya kediaman MB Kedah kerana semasa orang mereka menjadi MB Kedah (Allahyarham Azizan Razak) dulu mereka tidak pernah dipanggil ke majlis berkenaan? Mungkin?

Penegasan Najib dihadapan golongan ulamak semalam, beliau tidak menolak hukum hudud. Maksudnya Umno tidak menolak hukum hudud tetapi cuma tidak sampai masa lagi untuk dilaksanakan. Kononnya masih ada makenisme yang perlu diselesaikan sebelum ia dilaksanakan. Kenyataan sikap Najib itu sudah pasti melunakkan telinga yang mendengar. Ia lebih lunak daripada kenyataan dan ulasannya terhadap hudud sebelum ini yang agak arrogant yang berbunyi "no hudud in Malaysisa". Nada Najib sudah berbeza dalam hal hudud ini. Kali ini bukan tolak hudud tetapi, belum sampai masanya.

Bagi mereka yang cetek ilmu politik dan bersikap lapang dada akan menerima penjelasan Najib itu dengan baik. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Amar Abdullah sendiri memberi komen kenyataan Najib itu sebagai positif. Kalau orang seperti Nik Amar menerima baik, apalah dengan pak cik dan mak cik di kampung yang menerima BR1M, tentu akan menerima kenyataan Najib itu dengan baik.

Tidak mustahil kalau Najib membuat kenyataan itu dan majlis dihadiri sama oleh Nik Amar dan Ahmad Yaakub mungkin ada yang menjulang Najib seperti mana para penyokong gedebe merah menjulang Annuar Musa setiap kali Kelantan menjadi juara. Najib akan diidolakan sebagai pejuang Islam tulen.

Saya bukan pesimis kepada penerimaan Nik Amar itu, tetapi mencari dari sudut mana dia menerima kenyataan Najib itu sebagai positif. Apakah dia lupa yang Najib bercakap atas sifatnya selaku orang politik? Mungkin ia akan boleh dianggap positif kalau selepas ini Najib menyiapkan segala keperluan untuk mejayakan pelaksanaan hukum hudud itu.

Pertamanya dia memberi jaminan yang Umno akan menyokong private bill yang akan dikemukakan di parlimen. Kedua, memberi arahan agar Jakim dibawah Jamil Khir Bahrum menubuhkan jawatankuasa teknik pelaksanaan bersama dengan kerajaan negeri Kelantan. Sejumlah wang, tak kira diambil dari wang royalti minyak diperuntukan untuk jawatankuasa berkenaan.

Juga sebuah badan khas dibentuk untuk memberi penjelasan mengenai keperluan dan keutamaan hukum hudud kepada semua pihak terutamanya mereka yang masih keliruan mengenai hukum berkenaan dan menolak mentah-mentah atas sentimen kaum, bangsa dan kepentingan politik. .

Kalau hal itu diarahkan Najib barulah ia boleh dianggap sebagai positif. Kalau setakat Najib hanya mengatakan tidak tolak, tetapi usaha ke arah melaksanakannya tidak ada ia tidak memberi apa-apa erti. Ia hanya bagaikan menukar arak ke dalam botol oren sahaja, dimana ia tetap haram untuk "ditogok" oleh orang Islam.

Seperti mana singgung Husam Musa, pendirian Najib itu juga jelas sudah bertentangan dengan jaminan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir sebelum ini yang mana beliau kononnya akan sedia memberi laluan termasuk menyokongnya di parlimen. Apabila Najib menyebut belum sampai masanya, secara automatik pengakuan Jamil itu mampus. Kongkaling Najib dan Jamil seperti dipersoalkan Husam perlulah diteliti dengan bijaksana. Jangan cepat masuk ke dalam jerat ketika umpan masih pun lagi diletak ke dalam jerat.

Pemimpin Pas jangan mudah teruga dengan sikap dan kata-kata pemimpin Umno mengenai hukum hudud ini. Jangan pula kerana terlalu mempercayai jaminan Umno menyebabkan persepakatan politik yang membawa Pas ke tahap hari ini relai di te ngah jalan.

Misalnya kenyataan presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menegaskan parti itu akan tetap laksanakan hukum walaupun tanpa sokongan PKR dan DAP adalah kenyataan yang bengis. Abdul Hadi tidak perlu ego untuk melasakanakan tuntutan Islam dalam sebuah seperti Malaysia ini. Sikap menarik rambut dalam tepung hendak dijadikan amalan. Perhatikan kepada Umno, saya yakin ada juga ulamak mujtahid (bukan tahi) di dalam Umno yang inginkan melaksanakan Islam, tetapi mereka lebih berhati-hati kerana menyedari realiti politik. Mereka tidak pun bercakap sebaliknya mencari hujah dan dalil untuk memaafkan mereka. Satu segi cara itu adalah bijaksana.

Pas boleh melaksanakan hukum, dengan syarat mereka tidak menggunakan kuasa politik untuk melaksanakannya. Mereka perlu mencari kekuatan dan power dengan cara lain. Selagi mereka berusaha atas kuasa politik ia perlu berhati-hati. Pas, khasnya presiden kena sedari Pas tidak mempunyai 21 kerusi parlimen kalau bukan mengadakan tahalus syiasi dengan PKR dan DAP dalam pilihan raya lalu.

Kalau tidak percaya Pas boleh mencuba untuk pilihan raya ke 14 nanti, bertanding secara bersendirian dan tenguk sejauh mana pencapaian Pas. Selagi Pas bergantung sokongan politik dengan pihak lain Pas tidak boleh mengabaikannya, suka atau tidak perlu mengambil kira pandangan dan teguran mereka sama.

Atau pun sikap idealis sesetengah pihak dalam Pas untuk laksanakan hudud itu dengan menggunakan makenisme politik tidak perlu tunggu selepas pilihan raya ke-14, Pas boleh bergabung dengan sahaja dengan Umno, dan cubalah. Umno kini ada 88 kerusi dan bila dicampur dengan Pas 21 berjumlah 109 kerusi. Apakah lalauan mudah untuk laksanakan hudud kandati bersama Umno akan berjaya atau tidak? Cubalah.

Bagi saya masa depan hukum hudud tidak akan ada ditangan Umno buat selama-lamanya kerana Umno itu sendiri adalah anti hukum hudud. Yang bercakap menyokong hudud itu bukan Umno tetapi Najib secara peribadi. Kalau ia merupakan sokongan Umno, sudah tentu parti itu akan mendesak pemimpinnya untuk melaksanakan hudud denganm bermaufakat dengan Pas. Keseriusan ini akan jelas sekiranya Umno mengadakan perhimpunan khas untuk membincang ke arah membantu Pas itu.

Kepada Pas jangan orang hanya melambai kita sudah berlari ke arahnya!  [wm.kl.4:21 pm 26/04/14]

Selamat memilih kepada ahli PKR

Posted: 25 Apr 2014 11:05 PM PDT

SUSUPAN TENGAHARI                                                                       

Bermula hari ini (26 April) hingga 11 Mei depan seramai 496,203 ahli PKR di seluruh negara aqkan menuanaikan tanggungjawab mereka untuk memilih barisan kepimpinan untuk sessi 2014 - 2016. Seramai 203 calon untuk semua jawatan di peringkat pusat menawarkan diri bertanding, kecuali presiden yang sudah dimenangi Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila lawannya, Anwar Ibrahim menarik diri.

Pecahan itu ialah seramai empat merebut jawatan Timbalan Presiden, 15 Naib Presiden, 74 jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, dua calon Ketua Wanita, tiga calon Timbalan Ketua Wanita, enam calon Naib Ketua Wanita dan 30 calon majlis pimpinan wanita.

Tiga calon merebut jawatan Ketua Angkatan Muda, empat calon merebut jawatan Timbalan Ketua, sembilan calon Naib Ketua dan 62 calon pimpinan Angakatan Muda.


Perebutan jawatan dalam PKR kali ini hangat dan meriah, sekaligus ini menunjukkan parti itu berada di tahap membersangsangkan. Penyertaan ramai calon merebut berbagai jawatan menunjukkan PKR mendapat sambutan dan menjadi minat orang ramai.  Kalau PKR lemah ia tidak mungkin diminati. Pertandingan bukan saja untuk jawatan di peringkat pusat, tetapi Cabang-cabang juga panas.

Faktor kenapa berlaku ramai perebutan ialah kerana parti itu berpotensi untuk menjadi sebuah parti utama di negara ini. Kemenangan dan kejayaanyan dalam tiga pilihan raya lalu, terutamanya pilihan raya terbaru (2013) dimana Pakatan Rakyat berjaya menafikan undi popular UBN sebanyak 2% menyerlahkan akan sokongan rakyat. Ia ditambah dengan kebobrakan sistem pentadbiran dan pengurusan dalam kerajaan Umno begitu parah, menyebabkan minat generasi muda kepada parti itu berkurangan.

Bagaimana pun disebalik kemerihah pertandingan ini timbul sedikit kebimbangan apabila dilihat kepada bentuk kempen dijalan dalam media baru yang agak sadis. Kecaman dan fitnah dilemparkan kepada calon-calon tertentu menyebabkan PKR seolah-olah sama dengan kempen parti-parti lain seperti Pas. Pas semasa berlangsung muktamar lalu telah melaksanakan kempen secara memburuk-bukan di antara satu sama lain serta membina klik (kabilah) dimana ia lebih teruk dari Umno.

Bagaimana pun kempen dalam PKR sedikit baik berbanding dengan Pas kerana tidak sampai melebelkan kumpulan itu sebagai syiah, qardani atau orang itu jahil tidak faqeh agamanya dan sebagainya. Tidak ada perlebelan seperti berlaku di dalam Pas sehingga orang konfius apakah Pas sebagai parti berlandaskan Islam atau sekular macam Umno juga.

Hendaknya di sebalik kempen-kempen buruk dalam pemilihan PKR kali ini tidak terselit agenda luar yang bertujuan merosakkan parti berkenaan. Mungkin pihak PKR sendiri sudah memastikan bahawa mereka yang bertanding itu ikhlas untuk membina parti dan bukan menyertainya dengan tujuan lain.

Kita bimbang kalau pertandingan yang meriah ini diselit dengan agenda lain, ia boleh merosakkan kestabilan PKR. Mungkin kebimbangan ini akan terjawab selepas selesai pemilihan nanti. Kalau yang kalah dapat menerima kekalahan dengan baik dan yang menang tidak mengenepikan yang kalah, ertinya pertandingan kali ini sihat dan demokratik. Situasi ini menunjukkan PKR sebuah parti yang gentlemen.

Cuma di sini sedikit ingin dipesan kepada para perwakilan dalam membuat pemilihan agar tidak memilih berdasarkan puak. Pilihlah berdasarkan keperibadian dan juga ketokohan seseorang calon serta kewibawaannya untuk membawa parti. Dibimbangi kalau pemilihan dibuat mengikut puak, ia akan membahayakan parti. Sekiranya jawatan penting dimonopoli oleh satu puak sahaja menyebabkan akan timbul perbalahan dan perpecahan.

Di sini ahli PKR perlu bijak mengatur barisan pemimpin sekiranya mereka ingin melihat parti itu mantap dan kuat. Kepada semua ahli PKR selamat memilih semoga pemilihan adan membawa kecemerlangan kepada parti. [wm.kl.1:48 pm 26/04/14]

Tharmaseelan minta jaga mulut anda

Posted: 25 Apr 2014 06:12 PM PDT

REAKSI SABTU                                                                                   

Cadangan dan hasrat menggila sesetengah pihak untuk melihat terlaksananya hukum hudud di negara ini adalah tidak waras atau pun berpijak di bumi nyata serta melihat kepada realiti masyarakat negara ini. Mereka yang mahukan hukum hudud dilaksanakan tanpa mengambil kira kesan sampingan, sebaliknya hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata adalah mereka yang kuat berilusi dan tidak memahami hakikat dan rahmat disebalik undang-undang itu diperintahkan.

NKS Tharmaseelan, jaga mulut.
Kita tahu akan kecetakan pemahaman mengenai hudud dan ada mereka yang telah meletakkan keutamaan itu pada tempat bukan utamanya. Lebih parah lagi ada yang menjadikan hukum hudud sebagai ulam percakapan dan politik.

Justeru apa saja ulasan dan pandangan mengenai hukum hudud dialu-alukan untuk memberi natijah baik ke atas pelaksanaanya.

Bagaimana pun cadangan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) NKS Tharmaseelan agar kerajaan Kelantan yang tergila-gila hendak laksanakan hudud itu menggunakan khidmat pemotong daging sebagai melaksanakan hudud satu kenyataan yang keji dan sungguh biadab.



Kenyataan NKS Tharmaseelan itu juga menghina kerajaan Kelantan dan seluruh umat Islam yang yakin dan percaya dengan hukum hudud. Kalau pun beliau tidak membenarkan doktor pakar diambil sebagai pelaksana hukum hudud (potong tangan) kerana bertentangan dengan etika perubatan, tetapi jangan sampai memberi cadangan sejelek itu.

Rasanya umum faham kenapa doktor pakar bedah tidak dapat melaksanakan tugas sdeperti mana disarankan oleh Pengerusi Teknikal Hukum Hudud Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah. Doktor yang berpegang kepada falsafah dan piagam perkhdimatan menyihatkan manusia tidak sesekali akan bersedia dengan kehendak Mohd Amar itu walaupun doktor itu sendiri mempercayai hudud.

Saya yakin kalau kerajaan Kelantan membuat tawaran kerja untuk mencari petugas memotong tangan dengan gaji lumayan semisalnya RM100 ribu untuk sebatang tangan pun tidak ada siapa yang memohon untuk memikul tugas itu. Kalau ada pun mukim penagih pil kuda sedia melakukannya kerana untuk memenuhi kebutuhan mereka.

Tharmaseelan sebagai seorang profesional seharusnya tidak tergamak untuk memgemukakan cadangan berkenaan kerana ia bersifat memerli dan menghina Islam dan pihak kerajaan Kelantan. Beliau cukup setakat memberi penjelasan bahawa pihaknya MMA, tidak bersetuju dengan apa dicadang oleh Mohd Amar itu selain ia menyalahi etika perkhidmatan ia juga bertentangan dengan undang-undang dan peraturan ditetapkan oleh Kementerian Kesiahatan dimana, mana-mana doktor atau jururawat bertaulisah tidak dibenarkan menjadi pelaksanakan hukum berkenaan.

Sebelum ini Mohd Amar dilaporkan berkata khidmat pakar bedah akan digunakan untuk melaksanakan tugas memotong tangan bagi pesalah mencuri di mana mengikut hukum hudud ianya perlu dipotong tangan. Cadangan Mohd Amar itu juga dilihat kurang profesional dua kali lima saja dengan Tharmaseelan. Tidak patut Mohd Amar membincang dan berfikir soal pelaksana hudud lebih jauh dari itu.

Apa yang Timbalan Menteri Besar itu perlu lakukan berusaha memberi penjelasan kepada semua orang agar benar-benar memahami hudud. Selesaikan dulu kegelisahan fikiran rakyat umum mengenai hal itu. Hudud walaupun ia perintah wajib tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan orang tidak memahaminya. Islam itu cantik dan indah, meletakkan keutamaan dan kesejahtraan umatnya. Semua pihak perlu memahami bahawa Islam itu penyelamat.

Penyelamatan bukan sahaja dari tanggung dosa kerana tidak melaksanakan perintah Allah tetapi penyelamat kepada keadaan, dunia dan seluruh penghuni lain. Kalau Islam dilaksanakan tetapi tidak menjamin keselamatan dan kesejahtraan itu bermakna bukan Islam.

Cadangan yang dibuat oleh Mohd Amar itu untuk menggunakan khidmat pakar bedah juga menunjukkan kepincangan dari segi teknikal pelaksanaan hukum hudud itu sendiri. Ertinya kerajaan Kelantan masih belum menyediakan semua prasarana diperlukan untuk membolehkan hudud dilaksanakan. Sepatutnya lengkap dahulu semua prasarana itu baru bercakap untuk laksanakan hudud.

Lantaran kepincangan inilah maka tuduhan mengatakan kerajaan Kelantan "gelenyer" dengan hudud adalah benar. Cuba faham kenapa bertahun-tahun Kanun Jenayah Syariah II diluluskan tetapi Nik Aziz tidak obses untuk melaksananya. Mungkin Nik Aziz dapat membaca impikasi disebalik hajat hendak laksanakan hukum itu tetapi prasaranannya masih belum lengkap. Maka itu belaiu menangguhkan bertahun-tahun. Di sinilah kebijaksanaannya.

Dinasihatkan Pas Kelantan janganlah bermain dengan hukum hudud ataupun mahu menjadikan hukum hudud sebagai daya penarik sokongan rakyat. Hudud akan wujud dengan sendiri, apabila syariah Islam terlaksana dengan sepenuhnya di Kelantan. Laksanakan mana-mana syariah Islam yang boleh dilaksanakan tanpa menimbulkan implikasi undang-undang sepenuhnya. Masih banyak aspek Islam lain yang tidak terlaksana di Kelantan walapun ia tidak melibatkan pindaan undang-undang. Salah satu ialah kebersihan dan pengawalan kelestarian alam sekitar.

Bagaimana pun di sini saya minta Tharmaseelan menarik balik persendaan beliau terhadap kerajaan Kelantan dan Islam itu. Jagalah mulut anda sebagai presiden kepada sebuah persatuan profesional. Saya tidak fikir minda dan kepala anda lebih kurang sama dengan beberapa presiden atau naib presiden NGO rasis sebelum ini yang mana banyak bercakapa menggunakan tumit dan kepala lutut, bukannya otak.

Pihak kerajaan Kelantan juga wajar menulis surat langsung kepada Tharmaseelan untuk undang presiden MMA itu ke Kelantan untuk mendapat penjelasan mengenai hukum hudud yang dihasratkan itu. Dari satu sudut tingkah buruk Tharmaseelan itu ada hikmatnya kerana pihak yang tergilakan hudud dapat berintrasi dengannya dan beri penjelasan. Dan kepada kerajaan Kelantan janganlah gatal mulut dalam membuat janji dan mengumum sesuatu sedangkan kita sendiri masih lemah. [wm.kl.8:50 am 26/04/14]

Tiada ulasan: