MIMPI SENJA |
- Anak Lelaki Pembuat Filem “Fitna” Peluk Islam ...
- Anak Lelaki Pembuat Filem “Fitna” Memeluk Islam
- 6 jam diperkosa 30 lelaki
- Anggota Keluarga MH370 Tahan Kakitangan MAS Di Beijing - MAS
- Rogol & Curi : Penjara berjumlah 41 tahun dan 12 sebatan
- Pesawat Boeng 737 Virgin Australia dirampas dalam perjalanan ke Bali
Anak Lelaki Pembuat Filem “Fitna” Peluk Islam ... Posted: 25 Apr 2014 09:47 PM PDT
| |||||
Anak Lelaki Pembuat Filem “Fitna” Memeluk Islam Posted: 25 Apr 2014 09:31 PM PDT
| |||||
Posted: 25 Apr 2014 07:27 PM PDT London: Seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam. Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu. Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa. Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang. Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera. "Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul secara berkumpulan," katanya. Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain. Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia yang menyerang remaja kulit putih. "Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain," katanya. Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan. Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun. Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi berbangsa Inggeris. Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford - kebanyakannya keturunan Pakistan - dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak. Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama. Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat. Apabila kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan berpanjangan.- Agensi | |||||
Anggota Keluarga MH370 Tahan Kakitangan MAS Di Beijing - MAS Posted: 25 Apr 2014 06:53 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel di Beijing oleh anggota keluarga Penerbangan MH370 semasa mereka melahirkan rasa tidak puas hati untuk mendapatkan butiran berhubung kehilangan pesawat itu, pada 3 petang 24 April. Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata lebih 200 anggota keluarga meminta seorang pegawai Malaysia hadir memandangkan hanya kakitangan MAS yang hadir semasa sesi taklimat. "Sepuluh kakitangan syarikat penerbangan itu kemudian dimaklumkan supaya menunggu di dewan utama sementara sekumpulan 60 anggota keluarga pergi ke kedutaan Malaysia untuk mendapatkan pegawai kerajaan menghadiri taklimat itu. "Kumpulan itu kemudian melepaskan kakitangan itu pada 1.44 pagi, 25 April," kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu lagi dalam satu lagi insiden, penyelia keselamatan MAS, S.Kalaichelven diserang seorang anggota keluarga rakyat China semasa bertugas di Lido Hotel di Beijing pada 22 April. "Kakitangan syarikat penerbangan itu cuba menghentikan tindakan agresif seorang anggota keluarga terbabit yang menuntut akses kepada sekretariat, apabila dia menendang staf berkenaan di lutut kirinya. "Mereka yang berada di tempat kejadian dapat meredakan keadaan dan kemudian membawa Kalaichelven ke sekretariat untuk mendapatkan bantuan pertolongan cemas," kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, kakitangan terbabit hanya cedera ringan dan MAS membuat laporan polis berikutan insiden itu. -- BERNAMA | |||||
Rogol & Curi : Penjara berjumlah 41 tahun dan 12 sebatan Posted: 25 Apr 2014 05:46 AM PDT KUALA LUMPUR - Belum lagi menjalani hukuman penjara 18 tahun dan sembilan sebatan kerana merogol seorang wanita, seorang lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara berjumlah 41 tahun dan 12 sebatan kerana merogol seorang remaja dan mencuri Ipadnya. Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Chai Ruong Huei, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembelaan. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan enam kali sebatan bagi setiap dua pertuduhan merogol dan penjara lima tahun bagi satu pertuduhan mencuri Ipad itu. Bagaimanapun, Ruong Huei, yang sebelum ini bekerja di sebuah kedai jam, hanya perlu menjalani hukuman penjara 18 tahun untuk pensabitan ini selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan secara serentak. Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman itu bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara 18 tahun dan sembilan sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen pada 26 Mac lalu kerana merogol mangsa lain. Ruong Huei didakwa merogol remaja perempuan berumur 16 tahun di sebuah hotel di Cheras di sini, kira-kira pukul 2.10 petang, 15 September 2012. Dia juga didapati bersalah merogol mangsa sama pada pukul 2.30 petang di tempat, tarikh yang sama mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat. Bagi pertuduhan mencuri pula, lelaki itu didakwa mencuri iPad milik remaja itu kira-kira jam 2.40 petang, di tempat dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie yang memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam dan trauma mangsa. Bagaimanapun, peguam Mohd Yusof Ag Lah yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah mengurangkan hukuman memandangkan anak guamnya itu merupakan penanggung tunggal kepada keluarganya. Sebanyak 14 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu. - Bernama | |||||
Pesawat Boeng 737 Virgin Australia dirampas dalam perjalanan ke Bali Posted: 25 Apr 2014 02:15 AM PDT
Rampasan pesawat dilakukan oleh seorang penumpang mabuk. Dalam insiden itu, penerbangan VA41 - Boeing 737 yang meninggalkan Australia kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan) terganggu apabila salah seorang penumpang yang mabuk memaksa untuk masuk ke dalam kokpit. Juruterbang terbang terpaksa menghantar signal rampasan pada jam 1.05pm sementara anak kapal mengawal situasi. Pesawat itu mendarat pada 2.43pm (waktu Bali) dan kini berada di selatan lapangan terbang Ngurah Rai Denpasar. Polis Bali telah menahan penumpang berkenaan. - Yahoo News Penumpang mabuk rupanya...Seorang penumpang pesawat Virgin Australia yang dalam penerbangan ke Denpasar, Bali dari Brisbane, Australia hari ini dilaporkan cuba memasuki kokpit menyebabkan pesawat berkenaan dikatakan dirampas, ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali. Pada awalnya, laporan tentang pesawat Boeing 737-800 itu dirampas, disahkan seorang pegawai kanan Tentera Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto dalam temubual secara langsung dengan stesen televisyen tempatan, MetroTV, hari ini. Bagaimanapun, jurucakap Virgin Blue kemudian dilaporkan berkata, penumpang yang ditangkap itu berada dalam keadaan mabuk ketika cuba memasuki kokpit dan tidak berniat merampas pesawat tersebut. Sementara itu, jurucakap Tentera Udara Indonesia berkata, semua penumpang tidak dicederakan dan dibawa keluar dari pesawat berkenaan di Denpasar. Penumpang berumur 28 tahun itu kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. Syarikat penerbangan Virgin Australia yang sebelum ini dikenali sebagai Virgin Blue, adalah syarikat penerbangan kedua terbesar Australia. – Bernama |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan