Khamis, 17 April 2014

.

.


Ahli PKR harus berada dalam taman KeadilanRaya

Posted: 16 Apr 2014 09:58 PM PDT

 ULASAN                                                                                              

Azmin berucap melancar KeadilanRaya.
Perlancaran Gagasan KeadilanRaya yang diumumkan oleh Timbaan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dalam satu majlis reptai kempen perebutan jawatan dalam PKR pada Mei depan, bertempat di Petaling Jaya malam tadi bukan saja ianya perlu dilihat 'raya'nya himpunan untuk menyokong penyandang jawatan timbalan presiden, Azmin agar meneruskan kepimpinan sebagai orang nombor dua dalam parti, tetapi ia perlu dijangkau lebih jauh kedepan tanpa menyerabutkan dengan kepentingan individu.


Yang perlu dilihat dan diamatinya ialah potensi dan masa depan PKR yang lebih menyakinkan dan serius selepas perlancaran gagasan berkenaan yang membentuk menjadi ideologi PKR. Kalau PKR sebelum ini dianggap tanpa 'tanjak' kerana tidak ada ideologi jelas, nah, mulai semalam PKR sudah segak bertanjak dan dilengkapkan dengan roh dan tulang belakang kepada sebuah perjuangan. Ideologi boleh diibaratkan nafas kepada sesuatu perjuangan.

Angkat banner sokong Azmin.
Perlancaran Gagasan KeadilanRaya yang membentuk sebuah ideologi adalah sesuatu yang tepat dan dinanti-natikan kesekian lama. Setelah 15 dekad parti itu berada di persada negara, mengharungi samudara demokrasi pilihan raya sebanyak tiga kali, namun belum dilengkapi tajak, ia semacam kabur arah dan matlamat dasarnya, serta seperti sebuah parti yang tidak siap. Kekaburan idealisme PKR menyebabkan ia menjadi persoalan dan ejekan pelbagai pihak sehinggakan ada yang menganggap ia sebuah parti sementara atau pun belum siap.

Sebahagian yang hadir.
Selama ini PKR yang dilihat parti multi-racial yang membawa stail politik baru (modern) terpecat dari fahaman dan gaya konvesional, tidak diketahui apakah ideologinya. Anggapan itu masih bersifat angan-angan manakala dalam keadaan tertentu PKR dilihat hanya milik satu kaum sahaja. Tanggapan ini menjadi jelas lagi apabila ada orang yang mahukan Melayu memonopolikan PKR atas dasar Melayu menguasai lebih 55% dalam PKR.

Kekaburan PKR sebelum ini menjadi orang bersoal jawab sesama sendiri. Ahli akademik menilai dari kamar kuliahnya mencari kejelasan itu. Apakah ia berdasarkan kepada perjuangan bangsa sebagai tunjangnya, ataupun agama sebagai matlamat perjuangannya. Untuk mengatakan ia pejuang bangsa Melayu, tidak, kerana PKR adalah milik bukan satu bangsa, tetapi milik bangsa Malaysia. Begitu juga ia bukan sebuah parti yang memperjuangkan untuk kepentingan satu-satu agama, maka ia bukan boleh dikatakan sebagai parti agama (Islam) dan parti bangsa (Melayu).

PKR yang berada ditengah-tengah kedua gergasi parti Melayu (Umno dan Pas) untuk muncul sebagai parti modenn yang lebih tepat dan relevan mewkaili generasi dizamannya. Generasi Y, atau generai celik IT memerlukan sebuah parti yang bersifat global, bersemangat sejagat dan terkeluar dari kongkongan pemikiran dan pemahaman yang sempit lagi kolot. Mitosme dan khurafatisme yang dianuti Umno serta sikap dogmatiknya sudah termansuh dan tidak popular lagi.

Perubahan bingkai dan isi politik di negara ini sangat diperlukan setelah lebih setengah abad negara merdeka. Sesebuah negara tidak akan melonjak ke hadapan, menambah kualiti tatabudi rakyat apabila ia lesu dan jauh dari alur pemikir generasi alaf baru. Ketepuan ini yang dibina oleh Umno-BN demi mengukuhkan kekuasaanya hendaklah dirobohi oleh politik baru PKR yang sangat dinantiharapkan oleh generasi muda.

Ketua AMK turut sama hadir.
Ketua Wanita Pusat juga ada sama.
PKR ditubuh pada 4 April 1999 sudah berusia 15 tahun. Kandati dalam usia spera pra-matang, tetapi ia sudah menunjukkan hasil memuas dan menyakinkan. Perwujudan Pakatan Rakyat yang ditunggki dan berketuakan 'demokrat muslim' Anwar Ibrahim PKR telah berjaya menafikan suara majoriti dua pertiga UBN di parlimen. Dan dalam pilihan raya umum ke-13, yang lalu Pakatan Rakyat telah mengatasi 2% suara popular berbanding dengan UBN dengan mendapat 52%. Ini adalah kejayaan dan kehebatan PKR yang tidak boleh disangsi dan dinafikan. Kejayaan ini tidak pernah diraih mana-mana pakatan politik sebelum ini.

Apabila gagasan KeadilanRaya dilancarkan dan menjadi ideologi, ia bertepatan ke arah menyediakan PKR sebuah parti berwibawa dan wadah pengganti. Rangkulan idealisme para pejuang nasionalis dari berbagai negara khasnya di Asia seperti Seokarno, Ghandi, Nehru, Chandra Subha, Muhammad Ali Jinnah, Jose Rizal serta Burhanuddin al Helmi dan Tunku Abdul Rahman adalah satu usaha bijak dimana roh perjuangan merekalah yang dipupuk yang menjadi nadi ideologi kepada PKR.

Usaha itu penambah nilai perjuangan PKR serta pengemasan dari segi spiritual itu juga sebagai menandakan PKR sebuah parti berpotensi dan progresif.

Roh pejuangan nasionalisme tadi dipadukan dengan prinsip asas perjuangan PKR yang berkerangkakan kepada Perlembagaan negara berdasarkan kepada tiga pacanng besar, untuk;

1. Melindungi hak asasi rakyat sebagai mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di mana setiap warganegara adalah samarata dan tidak sesiapa pun adalah warga kelas kedua. Samping itu mempertahankan kebebasan beragama, kebebasan berfikir dan kebebasan berkarya.

2. Memberi hak kepada rakyat Malaysia ke atas kesaksamaan peluang, fair equality of opportunity, berhak untuk menikmati peluang pendidikan serta peluang ekonomi walau apapun latar belakang mereka. Konsep pembangunan yang dibawa oleh Keadilan Raya adalah memacu pertumbuhan ekonomi dengan menjamin prinsip pengagihan yang adil atau distributive justice, dan

3. Memastikan pembentukan Malaysia menjanjikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia yang setara berasaskan prinsip perlembagaan bagi menjamin pengagihan kuasa dan ekonomi yang saksama, adil serta membebaskan rakyat dari penjajahan minda dan jiwa demi mengangkat harga diri rakyat Malaysia.

Tiga asas itu menjadi kerangka besar dan tiang seri dalam idelogi perjuangan PKR. Ia jelas berdasarkan kepada kepentingan kemanusiaan sejagat berdasarkan prinsip keadilan mutlak yang sesuai dengan tuntutan agama yang menganjurkan saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Kerangka ini juga akan membebaskan rakyat negara ini dari cengkaman fahama politik sempit anjuran Umno-BN bila mana ia menganugerahkan erti kemerdekaan sebenar kepada rakyat, iaitu mencapai aspirasi massa rakyat dan bukan rakyat kena akur atas ketentuan penguasa yang rubbish lagi sombong.

Sesudah dibulatkan ideologi PKR menjadi parti yang lebih maju dan jelas perjuangan, maka potensinya sangat besar untuk mengambil alih pemerintahan di masa akan datang. Kesegeraan peralihan tidak mustahil sekiranya ahli PKR dapat bersatu dan menyatukan tujuan atas nama perjuangan rakyat.

Sesungguhnya dengan perlancaran gagasan KeadilanRaya yang merupakan kerangka besar PKR itu, semua ahli parti harus bersatu menjayakan. Kerangka itu sekali lagi bukan untuk dilihat demi kepentingan seseorang, dan ia tidak akan berjaya kalau hanya dipikul oleh sekumpulan ahli komited sahaja.

Seruan Azmin agar jangan ada kepuakan demi menrealisasikan gagasan suci itu sesuatu yang bukan saja didengar tetapi diterima dengan ikhlas dari dhamir untuk melihat kelangsungan dan masa depan PKR. Sebuah parti yang hebat, berideologi besar dan gah, tidak akan membawa apa-apa erti kalau parti berpecah dan ahli membina mazhab dan aliran pemikiran masing-masing. Seruan penyatuan juga bukan untuk mengekalkan seseorang atau melarang jangan adakan pertandingan, tetapi ia dibuat demi kemaslahatan semua. PKR yang mengamalkan konsep demokrasi mengalu-alukan ahlinya mengecapi nikmati kebebasan demokrasi.

Sesiapa boleh bertanding merebut apa saja jawatan. Tetapi caranya biarlah tidak mengundang bahaya dan masalah. Kemenangan individu tidak ada guna kalau ia tidak dapat membawa atau menjayakan hasrat dan aspirasi ahli. Sedar, rakyat menyokong sesuatu parti kerana mereka mahukan perubahan, kebaikan dan sesuatu yang bermakna buat mereka.

Semoleknya setelah terlancarnya ideologi KeadilanRaya semalam, semua ahli PKR menghadamnya. Lupakan kepentingan peribadi dan krisis peribadi yang wujud kerana tidak sehaluan dalam hal-hal titik bengik. Secomelnya pembinaan pasukan, sama ada "Masa Depan Bersama" atau kegilaan berkuasa, dibubarkan dan kembalikan ke dalam taman KeadilanRaya.

Jangan melihat pembulatan ideologi yang dilacar semalam ianya adalah idea Azmin dan rakan-rakannya. Tetapi saya cukup yakin perlancaran kerangka ideologi PKR itu adalah atas restu dan buah fikiran Anwar Ibrahim juga. Azmin tidak akan melancarkan kalau tanpa restu Anwar kerana perlacaran gagasan KeadilanRaya itu boleh diumpamakan letak kerja (ceremony) baru untuk PKR bagi menghadapi pilihan raya ke-14 atau menghadapi segala kemungkinan selepas ini bersam rakan-rakan DAP dan Pas. [wm.kl.11:44 am 17/04/14]

Karpal Singh walaupun sudah tiada, suaranya masih bergema

Posted: 16 Apr 2014 06:03 PM PDT

BELASUNGKAWA                                                                                

Kandati berkerusi roda Karpal tetap hadir parlimen.
Pagi ini tidak ada khabar paling menggempar dan menyedihkan melainkan berita kematian ahli Parlimen dan peguam kanan Karpal Singh, 74 akibat kemalangan jalan raya di kilometer 301.6 lebuh raya Utara-Selatan jam 12:45 pagi tadi. Kemalangan itu juga turut membunuh pembantunya Michael Cornelius manakala anaknya Ram Karpal dan pemandunya cedera parah.

Kematian Karpal merupakan suatu kehilangan buat negara dan ia dirasai oleh semua orang yang mengenali kehebatannya sebagai anggota parlimen dan juga sebagai peguam digeruni.

Nama Karpal Singh sinonim dengan dua institusi parlimen dan mahkamah. Menyebut parlimen tidak sah kalau tanpa menyebut namanya. Beliau tidak pernah menyepikan diri dalam parlimen atau hadir untuk mendapat elaun, tetapi akan bangun setiap kali ada isu-isu khasnya berhubung dengan berkaitan perundangan dan perlembagaan. Beliau seorang yang sangat pratikal dengan undang-undang.

Isu-isu kenegaraan akan tetap menjadi perhatiannya. Beliau seorang bukan saja, tegas tetapi berani dan berprinsip. Mendiang akan menegur dan mengkritik sama ada kawan atau pun lawan.

Walaupun beliau mengalami kecacatan, lumpuh akibat kemalangan jalan raya pada tahun, 2004 dan terpaksa berkerusi roda, tetapi tidak pernah absent menghadiri sidang dewan. Beliau juga seorang ahli parlimen yang kompetem dan lantang untuk menyuarakan isu-isu mengenai kemanusiaan terutamanya dalam soal ketidakadilan, penganiyaan dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Business card Karpal yang masih dalam simpanan saya.
Di mahkamah pula Karpal dikenali seorang peguam yang bijak dan berpengetahuan luas. Atas kejayaanya membela kes-kes berprofil tinggi menyebabkan beliau menjadi peguam idaman ramai walaupun terpaksa mengenakan bayaran yang tinggi. Justeru mereka yang tidak mampu tidak berani untuk membuka fail di pejabat guamannya.

Tetapi ramai orang tidak tahu yang mendiang seorang yang pemurah dan baik hati. Beliau sedia memberi khidmat kepada sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit secara percuma atau mengenakan bayaran minimum, atau mengikut kadar kemampuan. Bahkan beliau pernah membela seorang pelanggan tanpa mengenakan sebarang fee.

Saya tidak banyak mengenali ahli parlimen dan peguam ini secara peribadi. Sepanjang hayatnya saya hanya sempat mengadakan temuramah eksklusif dengannya sekali saja untuk mengisi sebuah penerbitan saya. Pertemuan itu berlangsung di pejabatnya di Jalan Pudu Lama di Kuala Lumpur.

Pertemuan itu adalah intraksi pertama saya dengan beliau selain di parlimen, sesekali saya terserempak dan menegurnya. Karpal seorang yang peramah dan mudah didekati dan senang diajak berbual walaupun kelihatan garang. Mendengar kisah-kisahnya di mahkamah sesuatu yang menarik. Melucukan satu cerita, beliau membela seorang pelanggan yang dituduh mencuri kerbau. Untuk memastikan apakah pelanggannya benar mencuri kerbau berkenaan, beliau meminta agar kerbau itu dibawa ke mahkamah untuk dicamkan oleh si penuduh.

Katanya, hakim bersetuju dengan cadangan itu dan kerbau yang dicuri itu diminta dicamkan oleh si penuduh. Selepas membuat pegecaman, si penuduh itu tidak dapat memastikan apakah ia kerbau miliknya atau tidak. Kegagalan si penuduh mengenali kerbau itu menyebabkan pelanggannya itu dilepas dan dibebaskan dari tuduhan mencuri.

Seperti mana diketahui umum, Karpal Singh seorang yang tegas dengan prinsipnya. Beliau juga seorang yang komited dan berpegang serta mengamal kepada apa yang dipelajarinya. Beliau sangat berpegang kepada undang-undang dan perlembagaan. Tentangan kepada pelaksaan hukum hudud sehinggakan menimbulkan kebencian umat Islam kepadanya, dihadapi secara tegas dan konsisten. Kerana kalau difahami kenapa beliau 'menentang' orang akan faham, apa yang ditentangnya bukan kerana ia hukum Islam tetapi kerana tidak dapat dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan. Tentangannya dari konteks perlembagaan negara ini.

Beliau menegaskan kalau hendak melaksanakan hudud kena langkah mayatnya dahulu, kerana beliau akan menentang berdasarkan undang-undang dan apa termaktub dalam perlembagaan. Kekeliruan mengenai anologi ini menyebabkan ia menjadi isu dan menyebabkan timbul kebencian berdendam kepadanya. Kebetulan pula ia diecer oleh musuh politiknya.

Sebagai seorang berprinsip dan tegas Karpal Singh tidak gentar beliau tetap dengan pendirian dan keyakinannya. Seperti difahami perbezaan pandangan dan pendapat Karpal adalah dari sudut perundangan dan perlembagaan sahaja. Sekiranya undang-undang dan perlembagaan membenarkan, beliau tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana beliau ketiadaan hujah-hujah lagi.

Nah, hari ini orang yang dianggap menjadi penghalang hukum hudud nombor satu itu sudah tidak ada lagi dan apakah hukum hudud akan dapat dilaksanakan semudah dianggap sekiranya tanpa penentangannya?

Mengingati ahli parlimen yang tidak akan ada dua atau tiga itu, saya ada sesuatu yang boleh dijadikan cenderahati di antara saya dengannya. Entah kenapa sebaik isteri mengkhabarkan yang Karpal sudah mati Subuh tadi, saya teringat kepada sesuatu yang diberikan Karpal itu. Saya terus mencarinya yang tersimpan dalam sebuah kotak bersama ratusan yang lain. Entah kenapa dan mengejutkan pula, begitu diambil untuk mencarinya, jari terus tercapai apa diberikan Karpal itu. Ia adalah sekeping business card yang diberikan kepada saya kira-kira 25 tahun lalu.

Saya simpan business card Karpal ini bukan kerana apa melain kerana namanya turut ditulis dalam tulisan Jawi.  Kad ini diberikan Karpal sewaktu saya berjumpa dengnnya di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz, Subang. Takziah kepada keluarga Karpal Singh. Kehilangan mu amat menikam rasa. [wm.kl.8:31 am 17/04/14]

Tiada ulasan: