Kelab Greenboc |
- Mahathir Tak Sedar Beliau Mengaku Jadi Dalang Tragedi Memali...
- [VIDEO] Astaghfirullah.. TPM Rasmi ZUMBA Perdana Puteri UMNO Semasa PRK Kajang
- Kehilangan MH370 Dedahkan Kelemahan Ketara Pemerintahan BN Pimpinan Najib!
Mahathir Tak Sedar Beliau Mengaku Jadi Dalang Tragedi Memali... Posted: 10 Apr 2014 11:50 PM PDT Dr Mahathir mengaku berada di Malaysia ketika tragedi Memali berlaku Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamed mengaku beliau berada di tanah air ketika kejadian Memali yang mengorban 18 rakyat pada 19 November 1985. Namun, beliau berkata dia tidak ingat Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, datang memujuknya agar tidak pergi ke Beijing. "Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China. "Waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negara," kata Dr Mahathir dalam blognya hari ini. Dr Mahathir juga cuba meletakkan kesalahan ini kepada Musa dengan berkata, "Tun Musa akui beliau bertanggungjawab". "Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab," kata Dr Mahathir dalam blognya. Baru-baru ini, Musa mendedahkan di Kota Baru, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika peristiwa Memali berlaku. Selepas itu, Musa juga membuat kenyataan bertulis mempertahankan kenyataan itu dengan berkata, dia bersama Pemangku Ketua Polis Negara ketika itu memberi taklimat kepada Dr Mahathir pada hari kejadian. Musa menegaskan dalam kenyataan itu, dia bukan pemangku perdana menteri ketika itu kerana Dr Mahathir masih berada dalam negara. Ia bertentangan sekali dengan catatan sejarah yang dibuat pelbagai pihak termasuk ensiklopedia bebas, Wikipedia, yang merekodkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku. Dalam hal ini, Dr Mahathir dalam tulisannya hari ini berkata, beliau tidak pernah menyatakan beliau tidak berada di Kuala Lumpur ketika itu. "Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini," kata Dr Mahathir. Pakar propaganda Umno dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia yang juga bekas Menteri Penerangan Datuk Zainudin Maidin bertegas bahawa Dr Mahathir berada di China selepas kenyataan Musa bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika itu. Namun Zainudin menegaskan, ia berdasarkan ingatan beliau. Dr Mahathir mengaku, pada 20 November 1985, sehari selepas kejadian Memali, beliau mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar ke China dan Musa antara yang berada di lapangan terbang. Dr Mahathir berkata, beliau begitu yakin yang Musa dapat menangani keadaan "sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri", iaitu selepas kejadian itu. Yang diketahui umum, kata Dr Mahathir, Datuk Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, di samping memikul jawatan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. "Sebagai Menteri Dalam Negeri, rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjawab dibuat, tentulah ini kurang manis," tulis Dr Mahathir. Dr Mahathir juga berkata, harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. "Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan," tulis beliau. "Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan. "Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan," tulis Dr Mahathir. Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat. Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh. Musa dipersalahkan atas peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di China. Pendedahan Musa memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini. PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. Ekoran pendedahan Musa, PAS dan DAP mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat semula kejadian ini. -TMI ULASAN GB Pertama benarkah Mahathir melantik Musa Hitam sebagai Pemangku Perdana Menteri semasa beliau melawat ke luarnegara? Seingat GB, semesa pemerintahannya, Mahathir tidak pernah mempercayai timbalannya dan tidak pernah melantik secara rasmi sesiapa pun sebagai Pemangku Perdana Menteri walaupun beliau bercuti atau melawat ke luarnegara. Kedua, beliau cuba meletakkan kesalahannya kepada Musa Hitam. Dr Mahathir juga cuba meletakkan kesalahan ini kepada Musa dengan berkata, "Tun Musa akui beliau bertanggungjawab". Demikian jahatnya manusia bernama Mahathir ini. Dia mengakui beliau masih berada di dalam negara sewaktu tragedi Memali itu berlaku (19 Nov 1985) sedang beliau hanya bertolak ke Beijing pada 20 Nov 1985. Dan kini beliau menyatakan Tun Musa bertanggungjawab kononnya beliau telah melantik Musa sebagai Pemangku Perdana Menteri. Ketiga, hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Tun Mahathir akhirnya semacam mengakui bahawa beliaulah dalang di sebalik insiden tersebut: "Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan. Bukankah kenyataan yang beliau nyatakan tersebut menunjukkan "satu pengakuan jelas" bahawa sememangnya beliau bertanggungjawab terhadap tragedi Memali kerana katanya "sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan"? Beliau mahu polis bertindak ke atas umat Islam di Memali, dan apabila pois menyerang dan apabila ada polis yang terkorban, yang dipersalahkan ialah peserta Memali. Sedangkan mangsa kejadian Memali yang lebih ramai termasuk Ust Ibrahim Libya terus-terusan dihinakan oleh Mahatir seingga ke hari ini. Mahathir mengakui peristiwa itu tidak sepatutnya berlaku. Namun, takkan polis hanya mempunyai "satu cara" saja iaitu "menyerang dan membunuh", sedangkan kedaulatan undang-undang menetapkan bahawa orang yang dituduh mengancam keselamatan negara perlu didakwa di mahkamah bukannya diserang dan dibunuh? Mahathir sememangnya bijak untuk memanipulasi fakta dengan kaedah reverse psychology, melempar batu sembunyi tnagan, melakukan sesuatu tindakan dan kemudian menjadikan orang lain sebagai kambing hitam. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Mahathir akan tetap menerima hukumannya, sama seperti pemerintah-pemerintah sekular yang zalim di seluruh dunia, dulu dan masakini seperti rejim Al-Sisi yang membunuh 529 orang penyokong Mursi di Mesir. Dan ungkapan Allahyarham Ustdz Fadzil Mohd Noor yang menyatakan "Mahathir akan menyaksikan sendiri kerosakan kepada UMNO dan negara kesan daripada cara pentadbirannya selama 22 tahun yang dianggap keras, tidak demokratik dan tiada perikemanusiaan. |
[VIDEO] Astaghfirullah.. TPM Rasmi ZUMBA Perdana Puteri UMNO Semasa PRK Kajang Posted: 10 Apr 2014 06:00 PM PDT Tak tahu kita budaya apakah yang dibawa oleh kumpulan ini semasa kempen PRK Kajang yang lalu. Rata-ratanya mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam, malah ramai juga yang bertudung. Apa ertinya majlis Selawat Perdana untuk mangsa MH370 yang kononnya dihadiri 500,000 orang jika pada masa yang sama anak gadis ini terkinja-kinja, tertonggeng-tonggeng di khalayak ramai? UMNO benar-benar sebuah parti yang merosakkan anak-anak Islam, parti hipokrit yang menjatuhkan maruah umat Islam. Sungguh memalukan, sungguh murah harga diri dan sungguh dasyat maruah gadis Islam masakini. Malulah kepada kaum bukan Islam (kerana umat Islam sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik kepada mereka) jika anda tak reti nak merasa malu kepada Allah dan rasulNya.
|
Kehilangan MH370 Dedahkan Kelemahan Ketara Pemerintahan BN Pimpinan Najib! Posted: 10 Apr 2014 05:54 AM PDT Kolumnis terkenal Bloomberg semalam menulis bantahan global atas kehilangan pesawat MH370 menekankan kelemahan paling ketara ke atas Putrajaya, dan terlalu sedikit tentang kekuatannya. Padahal, kata William Pešek enam bulan lalu Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama memuji Malaysia sebagai "satu contoh ekonomi yang dinamik" dan disebut-sebut kerana kepelbagaian budayanya sebagai model kepada orang lain, namun pujian itu kini menjadi naif ekoran kejadian tragis ini. Merujuk kepada kritikan yang ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan usaha Putrajaya dalam menangani krisis, Pešek berkata: "Wajar atau tidak, sejak 8 Mac apabila pesawat MH370 hilang dalam perjalanan ke Beijing, Malaysia kehilangan banyak kedudukannya di rantau ini dan juga di seluruh dunia." Beliau juga mengecam pendekatan Putrajaya dalam mengendalikan perselisihan dalaman dan toleransi antara agama – antara lain, sabitan pemimpin DAP, Karpal Singh atas tuduhan menghasut dan terbaliknya keputusan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan diam kepada usaha konservatif Islam untuk mengehadkan penggunaan kalimah Allah – dan berkata pentadbiran yang diterajui Najib memerlukan lebih daripada sekadar perhubungan awam untuk meningkatkan imejnya. "Negara itu memerlukan lebih kepada revolusi politik," kata Pešek. "Krisis penerbangan MH370 mendedahkan sepenuhnya bahaya membenarkan satu parti sahaja memerintah negara selama enam dekad. Sejak memegang jawatan tertinggi pada 2009, Najib terpaksa mengalihkan perhatiannya daripada pemuliharaan ekonomi Malaysia kepada mengekalkan Umno ditampuk kuasa." Pešek menambah pengendalian buruk Putrajaya terhadap MH370 bukan suatu penipuan. "Kejadian ini mendedahkan elit politik yang tidak pernah menghadapi soalan daripada rakyatnya, apatah lagi dari dunia luar. "Budaya politik yang sama dicipta dalam menguruskan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS). Tidak menghairankan, sebelum ini, syarikat penerbangan itu jauh terkebelakang dalam persaingan global yang semakin meningkat," katanya. Pandangan Pešek bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh wartawan New York Times Thomas Fuller beberapa hari selepas penerbangan MH370 hilang. Pakar hal ehwal Asia Tenggara itu berkata kekurangan koordinasi dari jabatan-jabatan di Malaysia dan maklumat yang bercanggah antara satu sama lain dalam pencarian MH370 hanya menunjukkan bagaimana teruknya cara pemimpin negara mengendalikan krisis. "Tetapi keraguan di seluruh dunia tentang kehilangan penerbangan MH370 mencabar budaya politik negara dan mendedahkan kelemahan pemimpinnya dalam menghadapi pengkritik dari seluruh dunia," katanya. Fuller juga merujuk kepada dua kes besar mahkamah yang melibatkan Anwar dan Karpal dalam kritikannya yang disifatkannya sebagai usaha menyekat perbezaan pendapat politik di Malaysia. Reuters hari ini melaporkan misteri penerbangan MH370, yang hilang lebih daripada sebulan lalu mencetuskan operasi mencari dan menyelamat paling mahal dalam sejarah penerbangan, tetapi maklumat konkrit membuktikan ia sesuatu yang mengecewakan. Sehingga kini, 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 13 kapal dijangka terlibat dengan usaha pencarian besar-besaran yang sehingga kini terbukti sia-sia dalam mengenal pasti apa-apa bukti fizikal dari bangkai pesawat itu. Pencarian hari ini datang dengan satu keyakinan, selepas pegawai Australia berkata mereka mengesan dua isyarat baru "ping" yang mungkin datang daripada perakam kotak hitam pesawat. -TMI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan