MIMPI SENJA |
- FAMA nafikan manggis yang dibawa MH370 adalah dari Muar
- Kehabisan Bahan Bakar, Pesawat Mendarat di Stesen Minyak
- Mandi bogel di penjara: Timbalan Menteri akui ia memalukan
- MH370: Pesawat P-3 Orion kesan isyarat dasar laut
- MH370:. Semua Penumpang Masih Hidup Dan Hidup Dalam Pondok Tanah - Perisikan Rusia
- MH370: Insiden mengejutkan dunia
- Penculikan di Singamata Resort : Penculik minta tebusan RM36.4 juta
FAMA nafikan manggis yang dibawa MH370 adalah dari Muar Posted: 11 Apr 2014 12:10 AM PDT KUALA LUMPUR 11 April - Polis setakat ini telah merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak termasuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH370 bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat berkenaan. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lebih banyak lagi yang akan dipanggil untuk membantu siasatan dan polis tidak akan mendedahkan hasil keterangan yang diambil bagi mengelakkan gangguan siasatan. ``Siasatan ini berterusan, dan setakat petang semalam kami telah merekodkan lebih 205 kenyataan dan lebih banyak kenyataan yang akan direkodkan... terdapat perkara tertentu yang kami perlu teliti semula untuk menjadikan siasatan kami lebih jelas,'' katanya kepada pemberita selepas majlis menghadiri aktiviti keagamaan Buddha sempena Peringatan Hari Polis ke-207 di sini, hari ini. Ketika mengulas kenyataan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Johor yang menafikan manggis yang dibawa ke China menerusi pesawat MH370 adalah dari daerah Muar, beliau berkata ``tidak semestinya manggis itu ditanam di Johor, pembekalnya dari Muar. ``Saya tidak cakap ia dipetik dari Muar, saya cakap kita akan menyiasat sampai peringkat itu (di mana ia dipetik)... saya tidak kata ladangnya di Johor, memang manggis itu sebelum dibawa ke KLIA ia dihimpun di Muar. Fama Johor sebelum ini menjelaskan manggis yang dibawa ke China menerusi pesawat MH370 tidak mungkin dihasilkan dari daerah Muar dan berdasarkan rekod Fama, tiada dusun di Johor yang menghasilkan manggis ketika ini kerana musim buah itu mulai Jun ini. Khalid menjelaskan siasatan turut akan dijalankan bagi melihat sama ada makanan yang disediakan pembekal makanan bagi pesawat berkenaan beracun. Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ketika berada di ruang angkasa Malaysia-Vietnam. Pesawat B777-200ER itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140411/dn_26/Polis-rekod-lebih-205-keterangan-berhubung-siasatan-kehilangan-pesawat-MH370#ixzz2yYhX6EA9 © Utusan Melayu (M) Bhd |
Kehabisan Bahan Bakar, Pesawat Mendarat di Stesen Minyak Posted: 10 Apr 2014 08:14 PM PDT |
Mandi bogel di penjara: Timbalan Menteri akui ia memalukan Posted: 10 Apr 2014 07:58 AM PDT
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersetuju dengan Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berhubung isu banduan mandi berbogel di penjara satu perkara memalukan negara. Berjanji untuk mengambil perhatian dengan aduan tersebut, Junaidi berkata beliau akan menghubungi pihak penjara, khususnya Penjara Pengkalan Chepa untuk mendapatkan maklumat lanjut. Menurut beliau, aduan yang mengatakan banduan diarahkan untuk mandi bogel bersama lebih 100 banduan lain itu akan disiasat, selain menyatakan ia tidak sepatutnya berlaku. "Saya ambil perhatian berkenaan aduan tersebut dan akan menghubungi rakan saya iaitu pihak penjara untuk penjelasan lanjut. Saya juga setuju perkara tersebut merupakan satu perkara yang memalukan negara," kata beliau ketika menjawab soalan Marzuk, di Dewan Rakyat hari ini. Sebelum itu, Marzuk dalam soalan tambahannya memaklumkan kepada dewan bahawa beliau mendapat aduan daripada seorang banduan yang ditempatkan di blok kuarantin diarahkan berbogel di hadapan lebih 100 banduan lain di Penjara Pengkalan Chepa. Selain menyatakan peranan penjara sebagai satu pusat untuk memulihkan banduan, Marzuk dalam masa sama mempersoalkan kemudahan solat kepada banduan, selain keperluan Suhakam untuk mengadakan lawatan ke penjara tanpa notis. Menjawab soalan tersebut, Junaidi berkata kementerian sudah mengambil kira keperluan tersebut, bagaimanapun menetapkan keperluan memberi notis tersebut. Katanya, notis itu diperlukan bagi memastikan pegawai atasan berada di pusat penjara ketika lawatan dari Suhakam bagi membolehkan dan memudahkan maklumat disalurkan kepada pihak berkenaan. "Kalau tiada notis, kita bimbang waktu ada lawatan daripada Suhakam, pegawai tiada untuk memberikan maklumat yang sepatutnya," kata beliau. - harakah |
MH370: Pesawat P-3 Orion kesan isyarat dasar laut Posted: 10 Apr 2014 06:04 AM PDT Pesawat tentera laut Australia hari ini mengesan isyarat dari dasar laut terbaharu di kawasan carian sama bagi kotak hitam pesawat MH370 yang hilang. Pesawat P-3 Orion, yang menjatuhkan boya mengesan bunyi berdekatan dengan zon carian di selatan Lautan Hinti, menerima isyarat berpotensi yang mungkin dari 'sumber peralatan buatan manusia', kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston. "Data bunyi ini bagaimanapun memerlukan analisis lebih lanjut," katanya dalam satu kenyataan petang ini. Sekiranyanya ia disahkan, ia adalah isyarat dasar laut yang kelima dikesan dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Selasa lalu, kapal Australia, Ocean Shield menerima dua kesan bunyi dasar laut dan daripada analisis dengan dua lagi isyarat bunyi di kawasan sama Sabtu lalu menunjukkkan ia konsisten dengan perakam kotak hitam pesawat. - AP |
MH370:. Semua Penumpang Masih Hidup Dan Hidup Dalam Pondok Tanah - Perisikan Rusia Posted: 10 Apr 2014 02:39 AM PDT Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan. Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu; "Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,". Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya. Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia. Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia. Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa. Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia. -Mynewshub.my- |
MH370: Insiden mengejutkan dunia Posted: 10 Apr 2014 12:28 AM PDT
TERKEJUT, sedih dan pilu. Itu antara reaksi dan emosi yang jelas terpamer pada raut wajah keluarga 239 individu termasuk 12 anak kapal pesawat MH370 yang terputus hubungan komunikasi selepas 40 minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China, 8 Mac lalu. Lebih sebulan berlalu, misteri kehilangan pesawat MAS itu masih belum terungkai walaupun dilaporkan satu demi satu petunjuk. Ironinya, hingga saat ini, pesawat malang itu, termasuk ratusan nyawa di dalamnya, belum juga ditemui. Seluruh dunia bingung dan hairan, bagaimana Boeing 777-200ER berukuran 63.7 meter itu gagal dikesan. Meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Lautan Hindi merupakan destinasi terakhir pesawat itu, apa yang pasti, dunia masih berharap semua penumpang MH370 selamat. Misi mencari (SAR) pesawat MAS itu terus dipertingkatkan hari demi hari walaupun isyarat kotak hitam pesawat mulai lenyap. Jangka hayat bateri kotak hitam pesawat penerbangan MH370 hanya mampu bertahan sehingga 30 hari. Sehingga ke hari ini, misi SAR belum temui sebarang petanda yang sahih berkaitan dengan pesawat itu. Bermula dari situ, kita mula disajikan dengan pelbagai teori dan spekulasi selain kecaman terhadap Kerajaan Malaysia dan MAS yang bertungkus lumus siang dan malam cuba mencari jawapan di sebalik kejadian ini. Biarpun insiden itu dianggap tragedi paling buruk dalam sejarah penerbangan dunia, namun terselit sesuatu di sebalik peristiwa tersebut. Masyarakat celik ilmu penerbangan Apa pun yang berlaku, suatu hakikat ialah orang ramai yang meskipun terpalit dengan rasa takut dan ragu-ragu untuk menggunakan kapal terbang, sedikit sebanyak mulai peka dan celik ilmu penerbangan. Daripada langsung tidak tahu mengenai transponder dan juga peralatan lain dalam industri penerbangan, mereka kini didedahkan dengan fungsi drone yang mampu bergerak secara kawalan jauh beberapa kilometer di dasar laut. Inilah kesan tragedi MH370 yang dalam tempoh sebulan lebih ini, sebarang maklumat dan perkembangan mengenainya begitu menjadi perhatian. Setiausaha Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Ahmad Zaki Abu Bakar berkata, insiden MH370 memberi lembaran baharu buat generasi muda menerokai bidang sains dan teknologi yang agak kurang diminati pada masa kini. "Banyak istilah-istilah baru didedahkan yang memberi kita pengetahuan tentang penerbangan. Dulu, perkara itu terlalu asing. Insiden ini memotivasikan generasi muda untuk mendalami bidang ini kerana merasakan kita kekurangan pakar," katanya. Tingkatkan teknologi, keselamatan Pencarian MH370 yang lebih mencabar itu membuka mata banyak pihak tentang kepentingan teknologi dan keselamatan negara. Bukan hanya Malaysia, malah hampir semua negara perlu menyemak semula dan memperbaiki sistem kawalan trafik udara, radar serta teknologi satelit masing-masing. Dengan kekuatan dan kecanggihan teknologi 26 negara yang menyertai SAR, kenapa pesawat itu masih tidak lagi ditemui? Bagaimana sebuah pesawat yang besar itu boleh hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan setelah lebih sebulan? Ternyata, asas pengiraan analisis pencarian MH370 yang digunakan ketika ini tidak pernah lagi diguna pakai oleh mana-mana pihak sebelum ini membuka sejarah baru dunia. Bukan itu sahaja, kerajaan perlu mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di lapangan terbang untuk mengelak insiden kes dua pasport curi yang digunakan warga Iran dalam insiden MH370. SAR termahal di dunia Misi SAR untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370 mengejutkan ramai pihak apabila mencatatkan perbelanjaan yang paling mahal dalam sejarah penerbangan dunia. Hingga kini, kos mencari MH370 memegang rekod paling mahal dengan perbelanjaan mencecah AS$50 juta (RM163.98 juta) melebihi perbelanjaan operasi mencari pesawat Air France AF447. Operasi pencarian pesawat itu melibatkan kos penyelenggaraan kapal, satelit, pesawat serta kapal selam yang terlibat bermula di Laut China Selatan dan Selat Melaka pada awalnya dan kemudian ke kawasan paling sunyi di dunia iaitu selatan Lautan Hindi, jauh melangkaui kos perbelanjaan mencari Air France 447. Mengikut laporan media antarabangsa, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lalu, berjumlah AS$510,400 (RM1.67 juta) sehari. Kos HMAS Toowoomba pula, berjumlah AS$352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari. Bagaimanapun, apabila terdapat penambahan dua kapal dalam misi ini untuk menjalankan misi SAR di Lautan Hindi menyebabkan peningkatkan kos mencecah AS$9.28 juta (RM30.43 juta). Laporan yang sama turut berkata bahawa pihak Amerika Syarikat (AS) sudah berbelanja sebanyak AS$3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka. Dalam pada itu, tentera AS turut berbelanja sebanyak AS$3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam pesawat MH370. Vietnam pula sudah berbelanja AS$8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka. Akhbar berkenaan melaporkan kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh Kerajaan Malaysia sebanyak AS$5,000 (RM16,397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi US$1.16 juta (RM3.8 juta). Jumlah boleh mencecah AS$49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia hanyalah sebahagian kecil perbelanjaan melibatkan 26 negara. Jika ditambah dengan kos analisis risikan, polis serta penyiasat kemalangan dari Britain, AS, Perancis, Australia, Malaysia, China dan lain-lain, kos keseluruhan pastinya akan berganda daripada kos yang disebut di atas. |
Penculikan di Singamata Resort : Penculik minta tebusan RM36.4 juta Posted: 09 Apr 2014 11:19 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan