. |
Teguran Ketua Audit Negara terhadap Yakin perlu dipandang serius Posted: 10 Apr 2014 06:28 PM PDT PERINGATAN Teguran Ketua Audit Negara terhadap kelemahan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) dalam mengendalikan aktiviti usahasama perlombongan mangasene dan mineral sehingga menyebabkan berlaku kerugian lebih RM5 juta tidak boleh dilepaskan begitu sahaja seperti meluah butir 'moktan', tetapi sewajarnya ia diberikan pandangan serius oleh pihak Kerajaan terutamanya Menteri Besar yang juga Pengerusi Yakin, Ahmad Yaakub. Ini penting, kerana Yakin adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan untuk memberi biasiswa dan bantuan kewangan serta kemudahan pembelajaran kepada anak-anak Kelantan yang miskin dan hauskan pendidikan. Seharusnya segala aktiviti Yakin untuk menjana kewangan dilaksanakan dengan baik agar matlamat utamanya penubuhannya tercapai seperti dirancang. Pasti tanpa sumber kewangan mencukupi Yakin tidak akan mencapai matlamatnya, dan yayasan itu yang dianggap sebagai sebuah badan unggul juga hanya tertinggal di atas kertas sahaja. Kelemahan yang disebut dalam laporan audit 2013, ialah berhubung soal ketiadaan perjanjian, pembayaran tribute (ufit) yang tidak mengikut kuantiti pemindahan, kegagalan mematuhi syarat pajakan atau sewaan tanah dan juga kekurangan pembayaran royalti serta kesan ke atas alam sekitar. Disebabkan kelemahan tidak ada perjanjian menyebabkan kedua belah pihak Yakin dan syarikat rakan kongsi tidak ada perlindungan dari segi undang-undang dan seolah-olah usahasama perlombongan itu dijalankan atas perjanjian mulut semata-mata. Sebarang penyelewengan atau kesalahan tidak akan dapat dibawah ke mahkamah untuk mendapat keadilan dan hak. Pihak paling berisiko di dalam hal ini dan merugikan tentulah Yakin dimana apabila tidak ada perjanjian pengendalian aktiviti itu boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan ia akan terdedah kepada penipuan menyebabkan berlaku kerugian kepada Yakin. Misalnya pelanggaran pajakan, pencerobohan dan kerosakan alam sekitar merugikan negeri. Menurut laporan audit itu tiga buah syarikat yang tidak menanda tangani perjanjian usahasama itu, Ratusan Ardi Sdn Bhd, Certamin Construction and Delevoplement (Centamin) Sdn Bhd dan Jangka Bakat Sdn Bhd. Kenapa sampai terjadi begitu? Apakah pihak pengurus Yakin terutamanya Ketua Pengarah serta ahli lembaga pengarah lakukan? Apakah mereka sedar atau memang tidak tahu apa benda? Menurut laporan itu disebabkan kegagalan melakukan penyelarasan kuantiti pemindahan manganese untuk menentukan pembayaran tribute sehingga menyebabkan bayaran untuk tahun 2011 dan 2012 berkurangan sebanyak RM2.38 juta. Manakala pengurangan bayaran royalti oleh empat buah syarikat, sebanyak RM2.84 juta. Empat buat syarikat yang terlibat ialah Certamin Construction dan Development (Centamin) Sdn Bhd, Hajaria Sdn Bhd, Mado's Sdn Bhd dan Takrif Baru Sdn Bhd. Elok juga didedahkan pemunya dan identiti syarikat ini untuk pengetahuan umum. Wang sebanyak itu adalah besar dalam konteks Kelantan yang tidak berapa kaya untuk tujuan bantuan pendidikan. Bagi mengelakkan masalah ini tidak berterusan dan berjangkit, barang kali Yakin perlu distrukturkan semula dari aspek pengurusan dengan meletakkan mereka yang profesional dan amanah. Demikian juga ahli lembaga pengarahnya perlu disusun dan ditukar ganti yang baru yang lebih bersesuaian. Kelemahan seperti ditegur audit itu perkara besar dan ia juga memalukan kerajaan Kelantan yang menggunakan slogan Membangun Bersama Islam. Seharusnya soal-soal teknikal seperti masalah perjanjian itu tidak berlaku lagi kerana ia dibawah pengurusan dan pentadbiran yang sewajarnya diteliti dengan menghalusi. Pihak kerajaan amnya dan Yakin harus meneliti sebaik mungkin atas teguran itu dan tidak mengambil jalan mudah? Apakah berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di Yakin menyebabkan kelemahan itu berlaku? Boleh jadi? [wm.kl.9:17 am 11/04/14] YAYASAN KELANTAN DARULNAIM DARI 27.11.2011 HINGGA 26.11.2014 (PINDAAN 13 MEI 2013) Y.A.B. DATO' HAJI AHMAD BIN YAKOB Menteri Besar Negeri Kelantan Y.B. DATO' HAJI MOHD AMAR BIN ABDULLAH Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan Y.B. DATO' DR HAJI ZAINUDDIN BIN HAJI IBRAHIM Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Y.B. DATO' HAJI MOHD FAUDZI BIN HAJI CHE MAMAT Pegawai Kewangan Negeri Kelantan Y.B. DATO' AZLAN BIN ABDUL HALIM Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan Y.B. DATO' DR. MOHAMED FADLI BIN DATO' HAJI HASSAN Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan & Penajian Tinggi Y.B. DATO' HAJI ABDUL FATAH BIN MAHMOOD Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Y.B. DATO' HAJI TAKIYUDDIN BIN HASSAN Y.B. DR. NIK MAZIAN BIN NIK MOHAMAD Y.BRS. TUAN HAJI WAN YAHYA BIN WAN SALLEH Y.M TENGKU AZMI BIN TENGKU JAAFAR Pengarah Yayasan Islam Kelantan |
Jadilah setenang Susilo Bambang Yudhoyono Posted: 10 Apr 2014 05:59 AM PDT TERKINI PEMILU Orang politik negara "tigatujuhkosong" (Malaysia) ini mungkin boleh belajar bagaimana sikap terbuka presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) (foto) dalam menerima kekalahan partinya pada pemilu legislatif yang diadakan semalam. SBY menerima dengan baik dan menghormati keputusan pengiraan awal yang meletakkan partinya Parti Kebangkitan Nasional (PKN) di tangga ke empat dengan mengutip sebanyak 11.9%, tanpa banyak soal dan cuba berdolak dalih. Katanya, sambil mengucap tahniah kepada parti yang mendapat undi terbanyak, PDI-P, Golkar dan Gerindra, SBY berkata beliau yakin pemilu berjalan dengan bersih dan tidak ada penipuan. Sikap terbuka dan redha diterima SBY ini berbeza dengan sikap dan kelakuan ahli politik negara, "tigatujuhkosong" ini yang sering mencari alasan untuk tidak menerima kekalahan. Sikap demikianlah menyebabkan politik negara ini sering kali berkecamukan dan ketegangan gara-gara politik berlangsung sepanjang masa sehingga menyusahkan rakyat dan membantutkan pembangunan negara. Parti SBY, Parti Demokrat (PD) mengutik sebanyak 9.1 peratus berkedudukan di tempat ke empat selepas parti PDI-P pimpinan Megawati Sukrno Puteri yang menduduki tempat pertama dengan kutipan undi sebanyak 18.6 peratus. Dalam pilihan raya 2009 lalu parti PD memperolehi 26.4 peratus merosot jauh. Menurut SBY keputusan pengiraan awal undi semalam tidak akan jauh bezanya dengan keputusan rasmi yang akan dikeluarkan awal Mei depan. Dengan kedudukan itu SBY mengakui partinya sudah kalah. Keputusan yang dikeluarkan oleh badan bebas, Parti Golkar parti yang mirip BN di negara ini menduduki tempat kedua dengan mengutip undi sebanyak 14.6 peratus. Parti Gerindra yang merupakan pecahan kepada parti Golkar pula berada ditempat ke tiga dengan mengutik undi sebanyak 11.9 peratus undi kemudian diikuti oleh Parti Kebangkitan Nasional (PKN) pimpinan bekas presiden Gusdur yang mendapat 9.8 peratus undi. Parti Amanat Nasional (PAN) yang pernah dipimpinan Amin Rais mendapat undi sebanyak 7.9 peratus berada di tempat ke lima. Ia diikuti oleh Parti Persatuan Pembangunan (PPP) sebuah parti Islam konvensional ala Pas di negara ini berada di tempat ke enam dengan mengutik undi sebanyak 6.8 peratus. Parti Islam progresif, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) pula berada di tempat ke tujuh dengan mengutip undi sebanyak 6.7 peratus. Sebuah lagi parti baru pecahan dari Golkar, Parti Nasional Demokrat (Nasdem) menduduki tempat ke lapan dengan mengutip 6.5 peratus. Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) berada di tempat ke sembilan dengan mengutip sebanyak 5.5 peratus, manakala parti Bulan Bintang (PBB) pula berada di tempat ke 10 dengan mengutip undi sebanyak 1.6 peratus. Parti tercorok ialah Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia mendapat 1.1 peratus undi. Presiden Indonesia yang lebih mesra dikenali SBY dalam kedudukannya sebagai pengerusi Parti Demokratik (PD), berkata beliau menghormati keputusan pengiraan segera itu dan ia tidak fikir ada pencemaran dalam pemilu semalam. [wm.kl.8:35 pm 10/04/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan