edyesdotcom |
- Delegasi 6 Hari 5 Malam ke Dubai: SAMM Tuntut Penjelasan Penuh
- PENJAWAT AWAM JANGAN GENTAR TERUS BOCORKAN MAKLUMAT SALAH LAKU
- AIR SARAWAK: KEKAYAAN DIPUNGGAH RAKYAT MERANA
Delegasi 6 Hari 5 Malam ke Dubai: SAMM Tuntut Penjelasan Penuh Posted: 14 Apr 2014 12:07 AM PDT Kenyataan Media 14 April 2014 Delegasi 6 Hari 5 Malam ke Dubai: SAMM Tuntut Penjelasan Penuh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Menteri Pendidikan menjelaskan kepada umum mengenai lawatan TPM 6 hari 5 malam ke Dubai dari 8-13 April lalu. Merujuk kepada maklumat jadual penuh Timbalan Perdana Menteri ke Dubai yang dibocorkan oleh penjawat awam, TPM didapati hanya mempunyai urusan rasmi selama 4 jam iaitu pada 9 April yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Selebihnya hanya ditulis sebagai 'private program' dan 'free program' pada 10, 11 dan 12 April 2014. Jadual yang dibocorkan itu akhirnya diakui sebagai draf awal dalam satu penjelasan oleh pihak menteri terbabit. Dalam penjelasan yang sama, pihak menteri bertanggungjawab tidak menyebut aktiviti pada tarikh 10 dan 11 April, hanya memaklumkan TPM menyertai satu acara golf rasmi yang dianjur oleh Tourism Malaysia pada 12 April 2014. SAMM menegaskan bahawa lawatan kerja yang terlalu panjang ini adalah satu pembaziran wang rakyat. SAMM juga menuntut penjelasan penuh termasuk beberapa persoalan yang perlu dijawab, antaranya;
Ketika negara menghadapi jumlah hutang yang kritikal sehingga memaksa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenal, pembaziran umpama penganjuran satu percutian mewah tetap berlaku di kalangan menteri. Ketika yang sama, rakyat sedang berkira-kira menyusun atur kehidupan meninggalkan kesenangan dan masa lapang untuk survival menghadapi cukai GST. Bagi SAMM, situasi 'wasattiyyah songsang' yang diamalkan oleh menteri ini meninggalkan rakyat tidak banyak pilihan selain turun ke jalanraya pada tarikh yang paling afdal, iaitu Hari Buruh 1 Mei 2014. Dari KLCC ke Dataran Merdeka, Buruh Tani Mahasiswa Miskin Kota Berarak Bersama Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
PENJAWAT AWAM JANGAN GENTAR TERUS BOCORKAN MAKLUMAT SALAH LAKU Posted: 13 Apr 2014 11:12 PM PDT Kenyataan Media 14 April 2014 PENJAWAT AWAM JANGAN GENTAR TERUS BOCORKAN MAKLUMAT SALAH LAKU Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam ugutan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam yang menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan. Memang benar penjawat awam perlu menjaga etika kerahsiaan demi kepentingan negara, malangnya pemimpin regim pemerintah kini sedang menggunakan etika kerahsiaan itu demi melindungi kegiatan salah laku yang lebih merugikan negara dan rakyat terbanyak. Ali Hamsa mengugut penjawat awam sebagai respon ketika diminta mengulas Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar supaya mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 8 April lepas. Jadual itu terbukti jadual yang sedang disiapkan untuk lawatan TPM dan ia penuh dengan acara membazir seperti bermain golf dan sebagainya. Maka selepas jadual itu terdedah awal maka ia ditukar. Bukankah yang membocorkan jadual itu telah menyelamatkan wang rakyat ? dan yakinlah jika jadual itu tidak dibocorkan pembaziran akan berlaku. SAMM dengan ini menyeru semua penjawat awam agar jangan takut untuk terus menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas disamping terus menjadi telinga dan mata kepada rakyat demi kepentingan negara. Kamu bukan pengkhianat, jika nampak benda salah lalu kamu bocorkan, maka kamu wira rakyat dan negara. Memang ada risiko kerana kamu bekerja dalam regim seperti sekarang ini. Kepada penerima maklumat pastikan kamu juga punya tanggungjawab bagi merahsiakan dan melindungi pemberi maklumat. SAMM sendiri punya pengalaman membuat banyak pendedahan seperti cincin RM24.4 juta, bukan sikit ugutan dan tawaran untuk mendapatkan siapa pembocor maklumat dalam agensi kerajaan termasuk dalam pejabat Perdana Menteri sendiri sebaliknya SAMM terus memegang janji melindungi pemberi maklumat. Sekian. che'GuBard Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
AIR SARAWAK: KEKAYAAN DIPUNGGAH RAKYAT MERANA Posted: 13 Apr 2014 08:13 PM PDT Kenyataan Media 14 April 2014 Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 merupakan kesepakatan untuk bersama menjadi sebuah negara berdaulat di antara Malaya (Pada ketika itu) serta Sabah dan Sarawak. Kesepakatan ini menjanjikan kemakmuran dan keselesaan yang bakal dikongsi oleh rakyat terbanyak. Selepas lebih dari 50 tahun, kerajaan Malaysia diterajui oleh Barisan Nasional masih gagal menyelesaikan masalah berkaitan air bersih di kebanyakkan kawasan di negeri Sarawak. Kita menyaksikan hampir 90% dari hasil hutan di Sarawak digondolkan. Begitu juga dengan hasil bumi seperti petroleum dan gas asli yang tuhan kurniakan kepada Negeri Sarawak terus dikaut dengan cebisan keuntungan hanya terpalit pada kroni-kroni terdekat. Air yang menjadi keperluan asas kepada manusia masih menjadi duri dalam daging kepada masyarakat di Sarawak. Andai di kawasan pedalaman alasan utama adalah logistik untuk pemasangan infra bagi agihan air, apa pula alasan kepada masyarakat di kawasan hampir bandar dan dalam kawasan bandar. Masalah air bukan masalah baru. Ia telah berlanjutan sekian lama. Bagi menutup masalah air bersih kerajaan negeri Sarawak, setiap kali pilihanraya kecil negeri kerajaan akan menghadiahkan 'tangki 1Malaysia' kepada penduduk. Penduduk diminta menyimpan air hujan untuk digunakan. Pemasangan infra untuk penyaliran air bersih masih di tahap lama. Bagi kawasan yang sudah mempunyai saliran, mutu air yang disalirkan adalah amat rendah. Keladak dan enapan menjadi sajian harian kepada penduduk. Saban hari SAMM Sarawak menerima aduan berkaitan pencemaran air paip yang disalurkan kepada penduduk Sarawak. Ke mana perginya peruntukkan tahun 2013 sebanyak RM 1.75 billion untuk program bekalan air terawat? Berapa banyak isi rumah yang mendapat manafaat dari peruntukkan ini? Projek pembinaan empangan yang sedang berjalan dengan pesat sepatutnya diagihkan untuk membina prasarana agihan air dan peralatan untuk rawatan air, bukan untuk melupus balak semata-mata. Lebih banyak pusat pemerosesan dan rawatan air harus dibina bagi menampung keperluan penduduk Sarawak. Kepentingan penduduk Sarawak harus diutamakan bagi memastikan kualiti air terawat bagi meningkatkan tahap kesihatan orang ramai dan kualiti hidup masyarakat setempat. Keadaan geografi Sarawak yang luas dan penempatan penduduk di banyak kawasan terpencil bukan alasan untuk menindakkan hak rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak harus bangun menuntut hak mereka seperti negeri lain, di kala sumber alam negeri Sarawak digondol semahunya. Siti Norazarizah binti Rahman Penyelaras bersama SAMM Sarawak |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan