Isnin, 14 April 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Utusan Meroyan Serang Mkini & Anwar, Hishamuddin Pula Terus Bela Amerika

Posted: 14 Apr 2014 01:00 AM PDT


Hishammuddin tolak teori Utusan Malaysia, kehilangan MH370 tiada kaitan CIA

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cadangan Utusan Malaysia minggu lepas bahawa Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat, atau CIA, mempunyai kaitan dalam kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau membandingkan dakwaan akhbar itu dengan laporan spekulatif media Barat dan mengatakan mereka bebas untuk untuk berbuat demikian.

"Akhirnya, jika laporan mereka palsu, mereka akan kehilangan kredibiliti," kata Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita semasa lawatan beliau untuk melihat persiapan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.‎

Pada 7 April, Utusan berkata sudah sampai masanya berfikir "di luar kotak" berkenaan insiden itu, berkata ia boleh menjadi satu helah bagi mencemarkan hubungan baik antara Malaysia dan China.

Membuat teori konspirasi yang diedarkan secara meluas mengenai penglibatan CIA dalam serangan 9/11 pada 2001, lidah rasmi Umno itu berkata tidak semua dakwaan itu ditolak sebagai karut atau teori konspirasi semata-mata.

"Jika CIA boleh mengatur serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001, tidak mustahil untuk mengaitkan insiden MH370 dengan agensi perisikan," tulis penolong pengarang Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein.

Hishammuddin bagaimanapun, memberi penekanan terhadap penyertaan bersungguh-sungguh AS di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia, yang bermula esok.

"Jika ada (penglibatan CIA), saya tidak fikir kita akan melihat sebarang kehadiran serius AS di sini," katanya.

Kehilangan misteri penerbangan MH370 membawa kepada pelbagai spekulasi di Internet, termasuk seorang yang mendakwa pesawat penumpang dengan 239 mungkin mendarat di pangkalan tentera AS di Diego Garcia, terletak di Lautan Hindi.

Seorang jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan kemungkinan itu dengan berkata tidak ada kebenaran terhadap spekulasi itu.

Penafian Hishammuddin hari ini adalah yang kedua dalam masa dua hari berkaitan penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Semalam, beliau mempersoalkan laporan muka depan New Straits Times, yang memetik daripada sumbernya sebagai berkata pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid, membuat panggilan telefon semasa pesawat terbang rendah melalui ruang udara Pulau Pinang.

"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika ia adalah benar, kita tentu mengetahui mengenainya lebih awal," katanya sebagaimana dipetik Bernama. -TMI


Ku Seman hairan Mkini lapor tulisannya

Seorang editor Utusan Malaysia Ku Seman Ku Hussein berkata beliau hairan dengan laporan Malaysiakini ke atas tulisannya 6 April lalu berhubung teori mengaitkan krisis pesawat MH370 dengan rancangan agensi risikan Amerika Syarikat.

Ku Seman dalam rencananya di Mingguan Malaysia hari ini juga berkata beliau tidak berasa bangga dengan laporan Malaysiakini ke atas tulisannya, berhubung dakwaan mengenai rancangan AS untuk mengeruhkan hubungan Malaysia dan China itu.

Tanpa mempertahankan fakta dalam tulisan asalnya itu, beliau seterusnya mengambil peluang dalam siaran hari ini untuk mempersoalkan "kewartawan adil" Malaysiakini dan tujuan liputan ke atas tulisannya.

"Walaupun Malaysiakini memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap tulisan saya, tetapi ini bukan sesuatu yang membanggakan.

"Sebaliknya ini sesuatu yang pelik. Malaysiakini yang kononnya mendukung kewartawanan yang adil kerap pula memetik tulisan oleh wartawan yang tidak adil.

"Saya tertanya-tanya apakah untungnya Malaysiakini mempopularkan kewartawanan yang bertentangan dengan idealisme mereka?," katanya dalam tulisan disiarkan hari ini.

Beliau seterusnya menggelar Malaysiakini sebagai sebuah portal berita yang berlandaskan tahap pemikiran yang rendah dan didakwa memberikan keuntungan politik kepada pihak tertentu.

"Saya berani katakan bahawa tahap pemikiran mereka bukan sahaja rendah tetapi kotor. Bagaimanapun atas nama kebebasan bersuara dan keadilan yang dilambakkan di pasar politik, Malaysiakini menyiarkan isi pemikiran yang kotor," katanya.

Tanpa merujuk kepada mana-mana tulisan khusus, beliau juga mempersoalkan tapisan Malaysiakini ke atas komen pembaca yang menurutnya mengandungi kata-kata kesat.

"Kenapa pentas forum itu hanya disertai oleh satu golongan sahaja iaitu yang berfikiran kotor dan penentang kerajaan? Mana pembaca lain yang lebih tinggi, bersih dan waras fikirannya?

"Tidak ada elemn periksa dan imbang, yang ada hanya cerca dan makin hamun. Banyak mempersoalkan adakah Malaysiakini menapis hanya komen yang memaki hamun sahaja disiarkan?

"Saya sekali lagi bersangka baik bahawa Malaysiakini yang bersikap adil dan tidak melakukan kerja kotor memanipulasikan komen itu," katanya.

Katanya, beliau juga berasa terhina kerananya namanya disebut dalam laporan Malaysiakini kerana akhbar Utusan mempunyai pengikut "lebih bermutu".

"Utusan sama sekali tidak memerlukan pengikut yang seperti pembahas di Malaysiakini. Maaflah kerana Utusan bukanlah jentera propaganda yang membutakan pemikiran rakyat dengan menjaja kewartawan adil yang palsu.

"Sebab itulah saya rasa terhina apabila nama disebut dalam Malaysiakini," katanya.

Utusan menggiatkan semula serangan ke atas Malaysiakini, susulan dari laporan ke atas tulisannya bertarikh 6 April itu, dengan tuduhan bahawa portal berita ini mengeluarkan berita tidak beretika dan mengamalkan "kewartawanan zaman batu".

Tanpa merujuk kepada mana-mana laporan khusus, rencana tulisan seorang editornya Zulkiflee Bakar pada 9 April mendakwa Malaysiakini berpura-pura menyiarkan laporan seimbang.

Beliau juga mendakwa Malaysiakini mengamalkan kewartawanan songsang dan menyiarkan perkara yang didakwa menjejas keharmonian kaum dan agama.
-mk



Anwar guna tumpuan MH370 dengan 'cara songsang', kata Utusan Malaysia

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tentang kebolehannya menyelesaikan kehilangan pesawat MH370 dilihat sebagai cuba mencuri tumpuan daripada tragedi tersebut dengan cara yang songsang, kata kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat.

Menurut Awang Selamat, Anwar semakin terdesak untuk meningkatkan imejnya selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara, sehingga 'bercakap perkara tidak logik'.

"Ketika diwawancara oleh majalah Southern Weekly, Anwar mendakwa jika beliaulah Perdana Menteri Malaysia, isu kehilangan pesawat itu boleh diselesaikan dalam tempoh sesaat.

"Amboi, perkara yang mustahil jadi permainan bibir. Awang sudah tak larat goyang kepala menyentuh soal reputasi Anwar," tulis Awang Selamat ‎dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.

Kolumnis tersebut menimbulkan beberapa perkara yang tidak dapat diselesaikan ketua pembangkang itu, termasuk isu pemilihan PKR serta jam tangan Omega yang gagal ditunjukkan kepada media, apatah lagi hendak mengendalikan kes lebih besar seperti MH370.

"Sebagai lanjutan kepada dakwaannya bahawa kerajaan menyembunyikan fakta dalam isu MH370, Anwar berjanji mahu mendedahkan lokasi sebenar pesawat MH370 dijangka Khamis ini.

"Sekiranya benar, beliau tahu, mengapa tidak dedahkan sekarang atau lebih awal," katanya.

Awang Selamat pada masa sama turut menyelar isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR kerana mengatakan kerjasama antara 26 negara dalam krisis MH370 hanya 'terpaksa semata-mata'.

Setakat ini, Malaysia menerima bantuan daripada 26 negara dalam misi mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac, dan masih berjalan hari ini untuk mencari lokasi kotak hitam sebelum kehabisan baterinya.

Pakatan Rakyat (PR) yang beberapa kali ditangguh daripada menerima taklimat tentang MH370 sebelum ini menuduh kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat tentang pesawat tersebut serta mengkritik cara pengendalian kes tersebut oleh kerajaan.
-TMI


ULASAN GB

Betul-betul takde prinsip. Inilah apa yang dinamakan "kewartawanan longkang". Sekali kena sergah dengan KDN, kecut semuanya, kemudian cuba pula untuk menyalahkan orang lain!

Yang Hishamuddin pula, masih terus membela Amerika kononnya CIA tdak terlibat dengan kehilangan MH370. Penafian Hishamuddin terlalu cepat kerana dakwaan belum lagi disiasat sedanfkan Hishamuddin dan Najib sendiri pernah menyatakan "kita perlu siasat segala kemungkinan dan siasat dari segenap aspek."

Tetapi apa yang jelas, Najib dan Hishamuddin masih nak pertahankan teori kehilangan MH370 dengan juruterbangnya walaupun siasatan polis membuktikan mereka adalah "bersih".

Kita tak tahu kenapa dan apa tujuan Najib dan Hishamuddin beriya-iya hendak mengaitkan jutruterbang berkenaan.

Dan kita tak tahu apa tujuan Najib dan Hishamuddin beriya-iya benar pertahankan kuasa-kuasa besar seperti Amerika dan Australia, semacam hendak melindungi satu konspirasi yang tersembunyi. Entahlah. Allah Maha Tahu.

Kebenaran akan tetap muncul juga nanti. Masa itu barulah tahu samada kehilangan MH370 ini satu konspirasi atau satu kemalangan.

Kita tetap terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Konspirasi MH370: "Ada Indiividu Yang Tutup Perkara Sebenar" - Dr Kevin Barrett

Posted: 13 Apr 2014 10:05 PM PDT


Washington – Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

"Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja," katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

"Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons," katanya.


Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

"Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

"Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal," katanya menurut laporan Mirror. -SH

[EKSKLUSIF] Selepas Mimpi Hari Kiamat, Diana Amir Pakai Hijab Sepenuhnya...

Posted: 13 Apr 2014 05:57 PM PDT

Sselepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat, gadis manis ini akhirnya melakukan perubahan mengejut apabila mula memakai hijab sepenuhnya sejak tiga tahun lalu.

Mengakui bukan mudah untuk membuat perubahan besar seperti itu, apatah lagi suatu ketika dulu, gadis lincah ini pernah dilabelkan sebagai pelakon seksi, namun itu semua bukanlah satu alasan buat Diana Amir.

Malah, ketika itu, pemilik nama penuh Nurdiyana Amir Hashim ini juga mengakui yang dirinya masih terlalu cetek dalam ilmu agama. "Saya mengambil keputusan ini setelah beberapa kali diberi petanda dan mimpi buruk mengenai hari kiamat.

"Ia mengingatkan saya mengenai kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya," katanya pada Zass. Mengambil masa selama empat bulan, Diana mengenakan tudung secara berperingkat bagi membiasakan dirinya dengan keadaan baharu.

Meskipun pada ketika itu, ada peminat yang menganggap dirinya hanyalah sekadar melakukan gimik demi memenuhi tuntutan kerjayanya sebagai pelakon. Sejak mengambil keputusan untuk berhijrah dan tampil dengan bertudung litup serta menutup aurat, Diana Amir juga mengakui tawaran berlakon semakin berkurangan.

Meskipun begitu, dia memandang positif mengenai perkara itu dan menganggapnya sebagai satu ujian yang diterimanya daripada ALLAH SWT. Malah, katanya, walaupun tidak mempunyai tawaran berlakon dia menggunakan masa terluang yang ada dengan mendalami ilmu agama.

"Jika ada tawaran yang sesuai, InsyaALLAH, saya akan menerima dengan hati yang terbuka," kata pelakon filem Aku Masih Dara ini. Walaupun kurang tawaran lakonan, Diana kini bergelar penulis apabila bukunya, Titisan Mahabbah sudah pun berada di pasaran.

Kata Diana, Titisan Mahabbah adalah buku inspirasinya yang ditulis bersama-sama Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari. "Terdapat 19 kisah tauladan di dalamnya termasuklah kisah penghijrahan saya.

"Kisah-kisah ini berjaya membuka mata saya untuk menjadi Muslim yang lebih baik.

"Saya berharap agar buku ini menjadi tauladan dan inspirasi kepada mereka yang membacanya. "Seandainya buku saya ini memberi kebaikan, saya harap ia boleh menjadi saham akhirat untuk saya," katanya yang menulis dalam tempoh sebulan.

Jejak Islam di Nusantara

Tidak cukup dengan itu, Diana juga mengakui dia kini semakin sibuk menjadi pengacara. Kini, saya sibuk mengendalikan program bual bicara SIS bagi musim kedua untuk 26 episod di TV9," katanya.

Malah baru-baru ini, Diana menerima tawaran daripada TV Al-Hijrah untuk menjadi pengacara bagi rancangan dokumentari 13 episod, Titian Ombak yang dijadualkan akan bersiaran pada Ramadan nanti.

"Dokumentari ini berkisarkan mengenai menjejaki kedatangan Islam di Nusantara. Penggambarannya mengambil tempoh sebulan.

"Oleh itu, bagi menjayakannya, saya perlu turun sendiri ke lapangan dan membuat penyelidikan. Disebabkan itu saya perlu berulang alik lebih sebulan di antara Malaysia dan Indonesia.

"Saya menganggap mengacarakan program ini adalah satu benda baharu bagi saya kerana ia memberi pengalaman baharu buat saya," katanya yang mengimpikan ramai anak hasil perkahwinannya dengan Mohd Habibbullah A Rahman, Oktober lalu.

Duta BlinQ Beauty Drink

Selain itu, rezeki Diana juga semakin murah apabila dia ditawarkan untuk menjadi duta kepada produk kecantikan dan kesihatan, BlinQ Beauty Drink sejak tahun lalu. "Sebelum menerima tawaran menjadi duta, saya telah mencuba terlebih dahulu akan produk ini.

"Saya sangat gembira kerana ia sangat bagus dan berkesan dalam masa yang singkat. Secara peribadinya, produk ini sangat bagus, apatah lagi apabila ia adalah produk yang mengamalkan pemakanan sunnah seperti habbatus sauda, kurma, madu, kolagen dan ekstrak stevia," katanya.

Pada masa sama, graduan lepasan Universiti Sains Malaysia (USM) ini juga sering memberi ceramah tentang keterampilan wanita Muslimah. Dalam pada itu, Diana turut mempunyai beberapa perniagaan termasuklah label pakaiannya sendiri DA'e (Diana Amir Exclusive).

Dalam menguruskan perniagaannya itu, Diana ternyata tidak keseorangan sebaliknya dia dibantu oleh suaminya. Bukan itu saja, Diana juga telah melancarkan 12 koleksi tudungnya hasil kolaborasinya dengan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi di Festival Fesyen Islamik (IFF), tahun lalu.

Jelasnya, melalui hasil kerjasama itu, Diana bertindak sebagai pereka jemputan bagi koleksi selendang sempena Lebaran lalu, manakala Melinda Looi pula menghasilkan koleksi Baju Raya Eksklusif. "Koleksi tudung ini dinamakan x emel. Saya pilih nama itu kerana ia membawa maksud aman dalam bahasa Arab. "Setiap individu yang membeli koleksi tudung tersebut, mereka juga sebenarnya membuat kebajikan. Ini kerana sebahagian hasil jualan akan disalurkan kepada rumah kebajikan Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd (KBNA) yang melindungi anak-anak yatim mangsa HIV dan Aids," katanya. -SH


Kisah Marshanda hampir serupa
klik untuk baca




Selepas Hina Kaum Cina, Kini Macai UMNO Hina Bangsa India Pula....

Posted: 13 Apr 2014 06:31 AM PDT


MMasyarakat India marah FB 1 juta sokong Shabery Cheek

Posting yang dikeluarkan oleh laman Facebook '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek' telah menaikkan kemarahan dan kekecewaan masyarakat India di Malaysia lantas dapat memusnahkan keharmonian masyarakat Malaysia.

Page tersebut telah memuat naik gambar masyarakat India yang berpusu-pusu mencium kaki dengan menulis kapsyen "Festival cium tapak kaki tuhan boroi peneguk todi ….hairanlah, kenapa puak-puak India ni sanggup habiskan masa dan wang semata-mata mahu menyembah tuhan yg tidak wujud ini ? kaki siap pakai inai. Hahahahahahah . Keling bodoh !!!!!!".

Gambar yang dimuat naik pada 10 April itu telah dikongsi seramai 121 pengguna Facebook lain, dan mendapat telah sebanyak 32 'Like'.

Salah seorang pengguna Facebook, Mazlan Harun membantah posting yang dikeluarkan oleh pengendali halaman '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek' dengan menulis komen "apa la!!!! admin ni ! tidak baik kutuk-kutuk agama orang! Nanti diri sendiri yangg dapat musibah!"

Bagi pengguna Facebook Munirah Murad pula, beliau membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh pengendali halaman tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut cuba memainkan sentimen menghina kaum lain dengan membalas kenyataan "Kau kenapa admin? itu agama masing-masing, ikut diaorang lah.. kau ni agama apa ya?? Atau saja nak memecah belahkan kaum ni?"

Malah, Dineshwary Dinesh yang juga merupakan pengguna Facebook berbangsa India turut tidak bersetuju, "Kau orang boleh sembahyang, kita orang tidak boleh sembayang ikut adat kita ke? siapa keling bodoh kalau berani cakap depan kaum kita, tengok diri sendiri dulu, ini nak sebuk pasal orang lain pulak…"

Manakala bagi pengguna Facebook Raj Kumar Subramanian, beliau membantah perkara tersebut dengan menulis komen, " Deyyyy…. bila masa laa Malaysia boleh satu hati….. biar kerajaan berpecah belah.. janganlah kita….. kalau ada lagi orang macam lu…. habis laaa Malaysia…"

Bagi Prem Prabha, beliau menyifatkan admin page tersebut sebagai individu yang tidak bijak dan seorang yang rasis.

"Bodoh punya pengendali halaman 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek, jangan malukan Islam! sebab orang bodoh macam kau orang lain pandang rendah pada agama Islam, 'sorry to say my Malay friends', saya hairan ada lagi orang rasis macam ini dalam dunia moden ini dan saya ada ramai kawan-kawan melayu dan kawan kawan-kawan Islam dari Yemen dan Somalia, saya memang respect kawan-kawan saya dan kawan-kawan saya semua yang selalu sembayang lima waktu dan yang betul-betul mwngikut ajaran Islam. Memang jauh berbeza admin 'page' ini dengan kawan-kawan saya. Kepada admin page ini, 'you are fail as a muslim'. Your god is watching you. Tuhan itu adil, kamu pasti akan terima balasan daripada tuhan kamu,"


Zabidi nafi terlibat dalam Facebook Shabery Cheek

KEMAMAN: Bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Mohd Zabidi Saidi menafikan beliau terlibat dalam Facebook '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek' yang menimbulkan kemarahan masyarakat India semalam,

Katanya, beliau tidak tahu menahu tentang Facebook tersebut.

"Hari ini baru saya buka Facebook tersebut apabila saya dihebohkan cuba mensabotaj Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek," katanya kepada FMT.

Katanya, semalam saya diberitahu oleh rakan-rakan bahawa saya yang membuka Facebook itu dan sengaja meletakkan gambar yang menimbulkan kemarahan kepada masyarakat India di negara ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta ahli parlimen Kemaman itu membuat laporan polis dan biar polis dan SKMM menyiasat siapa di belakang Facebook tersebut.

"Saya buat penafian ini kerana saya dituduh cuba mensabotaj ahli parlimen saya," katanya lagi. Sementara itu Bernama melaporkan dari Alor Gajah, Melaka bahawa akaun Facebook '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek' adalah berniat jahat dan langsung tiada kena mengena dengan saya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara itu.

Anggota Parlimen Kemaman itu berkata beliau juga akan membuat laporan polis tentang perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu dan akan meminta sendiri kepada pihak Facebook untuk memadam akaun tersebut.

"Saya terkejut bila nama saya digunakan untuk buka akaun ini. Sebenarnya saya tidak tahu langsung tentang perkara ini sebelum ini, daripada sana (akaun Facebook terlibat) membuat posting yang tidak sewajarnya dan dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau terdahulu menghadiri Malam Aspirasi Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sempena Bengkel Pemukiman Transformasi KKMM.

Akaun Facebook dengan nama '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek' membuat pelbagai posting yang menghina bangsa dan agama malah turut menghina institusi raja di negara ini dan Polis Diraja Malaysia.

Akaun itu didapati dimulakan pada 29 Mei tahun lepas dan sehingga berita ini ditulis akaun yang didakwa dikendalikan pentadbir bernama 'Amran Pekida' itu telah memperoleh 2,328 likes.


Ahmad Shabery berkata perbuatan menggunakan nama orang lain dalam akaun Facebook sememangnya telah banyak berlaku, justeru beliau meminta kepada orang ramai tidak terburu-buru membuat keputusan berkenaan posting dalam akaun seperti itu dan tidak tuduh-menuduh sehingga perkara tersebut dapat disiasat.

"Sebab itu (kita tekankan) konsep klik dengan bijak (bagi) mendidik orang ramai supaya bijaksana membuat sebarang penilaian tentang apa mereka perolehi dalam mana-mana perkara dalam talian," katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan SKMM tidak tegas dalam membendung perkara seperti ini, beliau berkata Malaysia pada masa ini mempunyai lebih 14 juta akaun Facebook yang merupakan antara jumlah tertinggi pemilikan akaun itu dalam sesebuah negara dan akaun itu ditadbir oleh pihak Facebook sendiri bukan SKMM.

"Oleh kerana kita amalkan sistem terbuka kita tidak boleh sekat Facebook, nak marah (akaun tertentu dalam) Facebook kita tutup semua itu tidak wajar atau membuat pendaftaran tertentu juga tidak wajar…ini tidak boleh dibuat dan boleh beri kesan negatif pada kita," katanya.
-FMT




ULASAN GB

Kalau ditinjau dari segi ayat-ayat yang digunakan, ia tak ubah dari ayat-ayat yang pernah digunakan oleh macai-macai UMNO yang terdiri daripda mereka yang menganggotai NGO ultra Melayu, PEKIDA & PERKASA untuk menghina bangsa dan agama lain. Dulu (malah sehingga sekarang pun) mereka menghina kaum Cina terutama pemimpin DAP.

Kita kerap kali meminta SKMM mengambil tindakan kepada kumpulan melampau ini. Tetapi permintaan kita tidak diindahkan lansung. Sekarang macai UMNO dah lakukan (kalau boleh disebut sebagai) fitnah keatas Menteri Komunikasi dan Multieedia sendiri, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Dah terkena batang hidung. Barulah melompat buat laporan polis.

Tak tahulah samada selepas ini masih lagi nak diamkan diri terhadap kumpulan perosak keamanan dan kehormonian rakyat dan negara inidi atas nama "nak bela Melayu".

Tiada ulasan: