DUNIACACAMARBA |
- Artis Hanya Pakai 'Boxer' - Pegawai Jais
- Bekas Perempuan SIMPANAN MB Tuntut RM3 Juta
- Budak 9 Bulan Dituduh Membunuh Anggota Polis
Artis Hanya Pakai 'Boxer' - Pegawai Jais Posted: 08 Apr 2014 07:40 AM PDT [Mstar] PETALING JAYA: Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Radzi Saliman memberitahu mahkamah beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai 'boxer' (seluar dalam) ketika serbuan dilakukan di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat pada 16 Mei 2013. Mohd Radzi, 30, berkata, ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah berkenaan, ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit diketuk oleh pihaknya. Katanya, ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan terpinga-pinga ketika membuka pintu bilik berkenaan. "Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut. "Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai 'boxer' (seluar dalam) sahaja," katanya. Beliau berkata demikian sebagai saksi pertama dalam kes perbicaraan melibatkan pelakon Sharizal Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Selasa. Shahrizal Jaszle diwakili peguam syarie, Ashraf Ranee manakala pendakwaan dilakukan pendakwa syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad. Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah. Mohd Radzi turut memberitahu mahkamah, aktor itu juga mengaku wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri. Terdahulu Shahrizal yang duduk di kandang tertuduh, hadir memakai baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok kelihatan tenang ketika mendengar keterangan daripada saksi sepanjang hampir dua jam perbicaraan berlangsung. Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai. Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu. Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda. Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dikenakan. Sementara itu, Shahrizal ketika ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mohd Radzi kepada mahkamah. Perbicaraan disambung semula pada 10 Jun depan. -8/4/14 |
Bekas Perempuan SIMPANAN MB Tuntut RM3 Juta Posted: 07 Apr 2014 09:29 PM PDT [FMT] PETALING JAYA: Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya. Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas. Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013. Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu. Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta. Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian. Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak RM2.2 juta. Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB. FMT difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk mendapatkan baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak dapat menghubungi beliau.- 8/4/14 |
Budak 9 Bulan Dituduh Membunuh Anggota Polis Posted: 07 Apr 2014 07:32 PM PDT [Mstar] MENGEJUTKAN apabila seorang kanak-kanak berusia sembilan bulan dihadapkan ke mahkamah di Pakistan kerana dituduh melakukan pembunuhan. Biarpun ia dilihat sangat pelik dan perkara jenaka tetapi kejadian itu benar-benar berlaku di Lahore. Kanak-kanak yang masih membawa botol susunya ke mana-mana sahaja itu juga dituduh melakukan pembunuhan terancang dan mengancam polis ketika pihak berkuasa melakukan operasi menghalang demonstrasi. Muhammad Mosa Khan yang dibawa bapanya ke mahkamah bersama botol susu kelihatan tenang sebelum menangis apabila datuknya menurunkan tandatangan untuk perbicaraan kes. Muhammad dituduh membaling batu ke arah seorang anggota polis sehingga mati dalam satu demonstrasi di kawasan perumahan yang didiaminya baru-baru ini. Bagaimanapun datuknya mempertikai tuduhan itu dengan mendakwa mustahil bagi cucunya untuk membaling sebiji batu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki dewasa. "Cucu saya masih tidak pandai mengangkat botol susu, bagaimana pula dia dapat membaling sebiji batu sehingga mengorbankan seorang anggota polis," jelasnya. Berita ini kemudiannya turut menjadi cerita jenaka di India dan negara lain apabila kanak-kanak itu dituduh melakukan pembunuhan terancang. - 8/4/14 P/s: Gila!!! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan