Khamis, 17 April 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Zulkifli Noordin PERKASA Dihentam Kerana Politikkan Kematian Karpal Singh

Posted: 17 Apr 2014 12:39 AM PDT


[MD] TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sinonim yang boleh digambarkan atas tindakan kurang beretika yang telah dicetuskan oleh Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin di laman mikro,Twitter milik beliau.

Natijahnya, ekoran tidak menghormati pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, Zulkifli dilihat turut dicemuh oleh ramai pembaca dan pengikutMalaysian Digest di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram. 

Terbaharu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut berkata di laman Twitternya kepada salah seorang pengikut (follower) beliau, "Saya dengan tegasnya tidak bersetuju dengan pencalonan beliau dalam Barisan Nasional (BN). Kami tidak memerlukan orang sepertinya".



 Komen daripada pembaca MD di laman sosial:







Berkaitan:

[MD] KUALA LUMPUR: " Shut up (Diam). Really Shut up (Benar Diam)," bidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin.

Khairy dalam satu komen di akaun Twitter milik Zulkifli, @zulkiflinoordin dilihat mengecam tindakan yang dilakukan oleh naib presiden Perkasa itu

Zulkifli dalam kenyataannya di Twitter telah memuat naik satu status yang dilihat tidak menghormati dan cuba mempolitikkan isu hudud dengan pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Bekas Ahli Parlimen, Kulim-Bandar Baharu, Kedah itu berkata, "dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!"


Selaran Khairy itu dilihat memberi tamparan hebat kepada Zulkifli apabila ramai pengikut (Follower) turut meninggalkan komen yang sama di Twitter beliau.

Awal pagi tadi, Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya apabila bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar.

Dalam nahas tersebut, seorang wanita warga Indonesia juga turut cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu. -17/4/14


Komen Dr Maza:

Hormati jenazah, tunjukkan akhlak Islam - Dr Maza

DALAM hadis disebut:

إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّتْ بِهِ جَنَازَةٌ فَقَامَ فَقِيلَ إِنَّهُ يَهُودِيٌّ فَقَالَ أَلَيْسَتْ نَفْسًا 
Maksudnya: "Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: "Itu jenazah seorang yahudi". Baginda bersabda: "Tidakkah ia juga jiwa (insan)?" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekaligus mereka membenci penganutnya. 

Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu. 

Persis seperti seorang muslim yang menolak cakap seseorang tokoh agama, apakah dia menolak Islam ataupun menolak pendekatan yang dibawa oleh tokoh berkenaan. 

Jika seseorang memusuhi agama Islam itu sendiri maka dia memanglah musuh Islam. 

Itupun memerlukan 'iqamah al-Hujjah' yang bererti penjelasan mengenai Islam yang kukuh dan penuh hujah yang jitu telah dibentangkan kepadanya. 

Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukanlah semestinya dia membenci Islam. 

Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya. Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk mereka. 

Islam ini kebaikannya untuk semua. -17/4/14


P/s: Zul Nordin tidak ada beza daripada macai mesra Umno yang lain. Inikah akhlak pejuang Islam?


Sampel Air Kencing Pemandu Lori Terlibat Kemalangan Karpal, POSITIF Ganja

Posted: 16 Apr 2014 11:40 PM PDT


Pemandu mendiang Karpal Singh, C Selvam (tengah) menangis dan ditenangkan beberapa orang lain di luar rumah mayat di Hospital Permaisuri Raja Bainun, Ipoh, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2014.

[TMI] Kesan ganja ditemui dalam sampel air kencing pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan Toyota Alphard milik mendiang Karpal Singh.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata kepada The Malaysian Insider keputusan saringan awal ujian air kencing pemandu berusia 45 tahun itu mendapati air kencingnya positif ganja.

"Kami menghantar sampel urin ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk pengesahan," katanya.

The Malaysian Insider turut difahamkan semakan mendapati pemandu Karpal mempunyai 15 saman trafik memandu melebihi had laju.

Semakan terhadap kenderaan Toyota Alphard juga mendedahkan kereta itu mempunyai 29 saman trafik dengan 15 daripadanya belum dibayar.

Acryl berkata, ia merupakan semakan awal mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 1.10 pagi itu dikatakan berpunca apabila kenderaan pelbaga guna yang dinaiki Karpal berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter seberat lima tan.

Kemalangan itu berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan. Lima penumpang berada di dalam MPV itu termasuk pemandu dan ada tiga individu di dalam lori.

Mereka yang berada di dalam MPV termasuk anak lelaki Karpal, Ramkarpal; pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius; pembantu rumah warga Indonesia dan pemandu, C Selvam.

Selain pemandu lori, penumpang di dalam lori termasuk Nur Azlina Ahmad, 23, dan seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah.

Karpal dan Michael dipercayai meninggal dunia ditempat kejadian, dan pembantu rumah itu mengalami beberapa kecederaan. – LEE SHI-IAN/ 17 April, 2014.


DUN Terengganu TOLAK Usul Laksana Hudud, Siapa Dominan dalam DUN Terengganu?

Posted: 16 Apr 2014 11:37 PM PDT


[MK] Dewan Undangan Negeri Terangganu hari ini menolak usul untuk melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan dewan itu pada 7 Julai 2002.


Usul tersebut dibawa oleh Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong,kanan) bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN, laporHarakahdaily.

Speaker Mohd Zubir Embong bagaimanapun dilapor menolak usul tersebut.

Kandungan usul itu antaranya memohon persidangan ditangguh bagi merundingkan pelaksanaan enakmen itu kerana ia diperintahkan oleh Allah, dipersetujui sultan serta diwartakan sejak 14 tahun dulu lagi.

"Isunya mengapakah sehingga kini, kerajaan yang berkuasa melaksanakan enakmen ini gagal untuk melaksanakannya, bahkan tidak mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.

Menteri besar serta pemimpin kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan kerajaan melaksanakan enakmen ini," menurut kandungan usul itu yang disiarkan di akhbar web PAS.

Mohd Nor juga berhujah, perkara itu juga melibatkan keamanan negeri ekoran banyaknya kegiatan jenayah di negeri itu.

"Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan," katanya. -15/4/14


[Wajib Baca] Hudud: Beza UMNO dengan Karpal Singh

Posted: 16 Apr 2014 11:09 PM PDT


Karpal Ahli Politik Hebat – TG Nik Aziz

[HD] KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS dan kerajaan Kelantan melahirkan rasa sedih dan terharu di atas kematian anggota parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mendiang seorang ahli politik yang hebat memperjuangkan keadilan untuk rakyat.

Katanya, Karpal seorang pemimpin yang dihormati orang ramai kerana kepakarannya dalam bidang perundangan.

"Mendiang memahami perundangan negara dan perlembagaan sebab itulah beliau bermati-matian mengatakan Malaysia sebuah negara sekular.

"Sebaliknya Umno yang mengaku Islam pula menghantar surat kepada saya melarang melaksanakan hudud di Kelantan selepas diluluskan pada 1993.

"Surat amaran itu meminta jangan laksana hudud di Kelantan dan kalau buat juga akan diambil tindakan," katanya ketika ditemui di Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Karpal terbabit dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi tadi.

Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu peribadinya, Michael Cornelius Selvam Vellu, manakala anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut melahirkan rasa sedih di atas kemalangan tragis menimpa pemimpin kanan DAP itu.

"Saya berharap anggota keluarganya bersabar. Mati sesuatu yang wajib bagi setiap manusia. Yang menghidupkan juga Allah," ujarnya.

Sementara itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob turut merakam ucapan takziah di atas kepada keluarga mendiang.

Katanya, kematian tokoh tersebut suatu kehilangan besar kepada negara kerana kepakaran dalam bidang perundangan. - Rizal Tahir/17/4/14


Berkaitan:

Karpal Singh: Perginya Tokoh Politik yang Berprinsip


Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya. Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda. Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air. Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan, Kelantan pastinya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan. Hak Kelantan termaktub di dalam perlembagaan, tertulis di atas perjanjian, namun ada pihak yang sewenang-wenangnya membelakangi Perlembagaan dan perjanjian bertulis.

Dalam kehangatan dunia politik pada hari ini yang menyaksikan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memfailkan bil persendirian di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan, saya sedikit terkilan kerana individu seperti Karpal Singh tidak sempat untuk diberikan pemahaman tentang hudud. Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud.

Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh. Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali.

Sekali lagi saya rakamkan takziah kepada keluarga Karpal Singh dan juga DAP atas kehilangan pemimpin utama mereka.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Bertarikh: 17 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 17 April 2014M

Karpal Singh Meninggal Dunia

Posted: 16 Apr 2014 05:40 PM PDT



[TMI] Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan peguam digeruni.

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau menerima ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum memulakan karier politiknya pada 1970 dengan menyertai DAP.

Beliau menang pilihan raya kali pertama pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Peguam lantang itu memenangi kerusi Parlimen Jelutong buat pertama kali pada 1978. Sejak menang pada 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

Karpal yang aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009.

Beliau lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.

Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meringkuk di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih 100 orang ditahan.


Kereta MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki veteran DAP, Karpal Singh remuk dalam kemalangan negeri berhampiran Gua Tempurung, Perak, awal pagi tadi. – 17 April, 2014.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

"Kami kehilangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui telefon jam 630 petang semalam. Takziah buat keluarga," kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.

Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik dan peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."

Karpal meninggalkan seorang balu dan lima anak serta empat cucu. – 17 April, 2014.


Berkaitan:

Tangisan, Kesedihan di Hospital Ipoh Ratapi Kematian Karpal Singh


Seorang ahli keluarga menenangkan isteri mendiang Karpal Singh (kiri) di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak, pagi ini, sementara menanti jenazah Karpal. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2014.

[TMI] Jenazah Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh tiba di Hospital Ipoh jam 7.25 pagi ini dari Hospital Kampar.

Karpal terbunuh dalam kemalangan di kilometer 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Ahli keluarganya – isteri, Gurmit Kaur; anak lelakinya, Jagdeep Singh Deo dan Gobind Singh Deo serta anak perempuannya, Sangeet dan disertai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta beberapa pemimpin lain kelihatan berada di hospital menanti jenazahnya.


Semua kelihatan menangis ketika jenazah Karpal dipindahkan dari van dan dibawa ke rumah mayat, yang baru dibuka semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata ia adalah berita yang amat mengejutkan.

Beliau menggambarkan Karpal seseorang yang berpegang kepada prinsip.

"Dia akan berusaha sehabis mungkin untuk membetulkan apa yang salah. Kehilangan besar kepada negara dan masyarakat Sikh.

"Saya mengenalinya selama 20 tahun. Saya berjumpa dengannya di Parlimen dan beberapa acara DAP," katanya ketika ditemui di hospital.

Karpal dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah ketika kejadian itu berlaku.

Kereta Toyota Alphard yang dinaikinya bertembung dengan lori treler. Pembantu Karpal, Michael Conandez yang sudah lama berkhidmat dengannya turut maut dalam kejadian itu.

Sementara anaknya, Ramkarpal yang turut berada dalam kenderaan itu selamat dengan beberapa kecederaan kecil. – 17 April, 2014.


P/s: Takziah daripada DCM.




Tiada ulasan: