Biaqpila |
Posted: 02 Apr 2014 02:54 AM PDT Kami anggap pusingan 'U' MH370 arahan menara kawalan, timbalan menteri pertahanan beritahu ParlimenPihak tentera tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat yang tidak dikenali di radar tentera kerana menganggap pusat kawalan trafik Subang yang mengarahkan pesawat itu membuat pusingan 'U', kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri (gambar) kepada Parlimen hari ini. "Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan. Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya ketika membuat penggulungan perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong. Malaysia teruk dikritik selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. Dalam laporan sebelum ini, BBC berkata, ia menimbulkan tanda tanya manakala bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British dan penganalisa angkasa Andrew Brookes berkata, kerajaan dan tentera udara mempunyai isu yang serius untuk ditangani. – 26 Mac, 2014. TMI DEY MACHA!!! HANGPA INGAT DAK SULU PUNYA KES PUN SAMA JUGAK JAWAPANNYA DAPAT GAJI PULUH RIBU PADAN KA DENGAN JAWAPAN MACAM TU MAIN ANDAI SAJA HOHO |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan