Rabu, 2 April 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Punca Cikgu Sekolah Bunuh 20 Ekor Kucing Sekaligus di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor? Patutkah?

Posted: 02 Apr 2014 05:58 AM PDT

 


Guru Bunuh Kucing


Punca Cikgu Sekolah Bunuh 20 Ekor Kucing Sekaligus di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor : Berita Semasa perhatikan kalangan masyarakat kita apabila tabiat melibatkan pemeliharaan binatang, ramai yang suka mengambil sikap membiarkan binatang peliharaan berkeliaran.
  • bela lembu, lepaskan sampai masuk kebun orang
  • bela kambing, lepaskan sampai merayap-rayap di jalan-raya sehingga menyebabkan kemalangan
  • bela ayam, lepaskan sehingga berak-berak di porch rumah jiran-jiran berdekatan
  • bela kucing pun, pun lepaskan
Bukankah cikgu tersebut telah memberikan teguran? Mengapa tidak diendahkan nasihat yang telah diberikan? Andaikata mahu memelihara binatang sekalipun, mengapa perlu menyusahkan jiran?

Kronologi Cikgu Sekolah Bunuh 20 Ekor Kucing Jiran di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor

  1. Seorang cikgu sekolah yang tinggal di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor telah meracun sehingga mati 20 ekor kucing jirannya kerana kucing-kucing itu mengotorkan kawasan inap desa miliknya
  2. Sebelum ini, cikgu sekolah tersebut telah menegur beberapa kali kepada jiran berdekatan (pemilik kucing-lucing tersebut)
  3. Perbuatan cikgu sekolah telah menyebabkan penduduk Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor tidak berpuas hati & menganggap perbuatan itu keterlaluan memandangkan pelakunya ialah seorang pendidik
  4. Kucing-kucing itu dikatakan diberi makan nasi yang digaul dengan ikan dan racun yang kemudiannya diletakkan berhampiran inap desa tersebut
  5. Satu keluarga telah kematian 12 ekor kucing peliharaan sementara penduduk-penduduk lain juga ada yang kematian kucing, yang kesemuanya berjumlah 20 ekor ditemui dengan mulut berdarah.
  6. Penduduk Kampung Taman Seri Waja berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik inap desa @ cikgu sekolah tersebut yang dikatakan tidak takut dengan tindakan undang-undang

Gambar Kucing Dibunuh Guru Sekolah di Segamat Johor

Walaubagaimanapun, kasihan kucing-kucing ini dianiaya sebegitu rupa. Mengapa perlu dibunuh? Manusia dianugerahkan Tuhan dengan akal, itu bezanya antara manusia dengan binatang. Mengapa tidak dibuang sahaja ke tempat lain atau di kedai makan contohnya? Berita Semasa masih lagi teringat dengan peringatan seorang ustaz andaikata binantang tersebut menganggu atau mendatangkan kemudaratan, buang sahaja jauh-jauh andaikata jiran buat tidak kisah.

Ya….Nabi suruh kita semua sayangkan binatang. Nabi juga ada mengajar adab-adab hidup berjiran. Jangan menyakiti hati jiran dan jangan bermusuh dengan jiran.
  • bela kucing sehingga berbelas ekor contohnya. Seekor kucing berak sehari berapa kali?
  • andaikata segala tahi binatang peliharaan tersebut diuruskan dengan baik, tiada siapa marah
  • dalam pada kita memelihara binatang peliharaan, mengapa kita mencari masalah lain dengan menyakiti hati jiran tanpa disedari?
Tiba-tiba, Berita Semasa terkenang saat-saat kucing-kucing tersebut kelaparan. Tanpa disedari, rupa-rupa makanan yang terhidang di depan mata mereka mengandungi racun. Ya….Allah. Kejamnya manusia.

PP/S : Buat sesuatu perlu kena pada tempatnya. Racun kucing sehingga 20 ekor mati itu keterlaluan. Menyakiti hati jiran tu salah, tetapi sakit hati tidak menghalalkan pembunuhan. Beringatlah!!

Demo besar-besaran bantah GST 1 Mei

Posted: 02 Apr 2014 05:51 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
SHAH ALAM: Sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan menganjurkan demonstrasi bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), 1 Mei ini.
Penganjurnya yang dikenali sebagai Jawatankuasa 1 Mei mensasarkan demo besar-besaran di Kuala Lumpur sebagai referendum rakyat bagi mendesak kerajaan membatalkan pelaksanaan cukai berkenaan.
Menurut jurucakapnya, Dr Hatta Ramli, perhimpunan tersebut dijangka disertai ramai sama seperti perhimpunan menuntut pemansuhan Akta Dalam Negeri (ISA), beberapa tahun lalu.
"Macam dulu (berhubung isu) ISA pun, lepas kita turun ke jalan, selepas 50 tahun baru (kerajaan) mansuhkan," 
"ISA tidak mempengaruhi semua orang, hanya orang tertentu sahaja. Tapi GST beri kesan kepada semua orang,"katanya dalam sidang media bersama anggota jawatankuasa tersebut di Kuala Lumpur hari ini.
NGO lain yang menganggotai jawatankuasa itu termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia, Gabungan Mansuh ISA, Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup.

Najib perlu jelaskan maksud 'MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi'

Posted: 02 Apr 2014 05:50 AM PDT

Oleh Nur Shakira Buang

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan maksud sebenar istilah pesawat MH370 "berakhir di Selatan Lautan Hindi" seperti dalam kenyataan medianya pada 24 Mac lalu.
 
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata ini kerana kenyataan perdana menteri itu bersifat kabur dan boleh mencetuskan pelbagai spekulasi liar mengenai insiden itu.
 
Sebaik sahaja Najib mengumumkan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi, media baik tempatan atau antarabangsa bingkas menyimpulkan seolah-olah pesawat itu terhempas dan kemungkinan penumpang bersama anak kapal untuk terus hidup adalah terlalu tipis.
 
Malah ada sesetengah stesen tv tempatan menyiarkan laporan ala-ala 'belasungkawa' mangsa-mangsa yang terlibat.
 
Namun tidak kurang juga terdapat laporan yang mengatakan pesawat itu telah dirampas dan selamat mendarat di suatu tempat yang tidak diketahui, sebelum pesawat itu dicampakkan ke dalam laut.
 
Justeru, bagi Pakatan Rakyat, adalah menjadi keperluan untuk Najib menjelaskan dengan lebih spesifik, apakah mesej yang cuba disampaikan pada sidang medianya baru-baru ini.  
 
"Sebenarnya kenyataan perdana menteri pada 24 Mac lalu ialah bahawa pesawat telah mengakhiri penerbangan sangat jelaslah apa ertinya (terhempas)," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.  
 
MH370 sepatutnya mendarat di Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lalu.
 
Namun pesawat itu hilang jejak selepas hilang dari radar menara kawalan sekitar jam 1.30 pagi.
 
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar juga turut mempersoalkan adakah kerajaan akan mengambil tindakan terhadap media yang bertindak menyiarkan berita seolah-olah pesawat MH370 itu terhempas, selepas mendengar pengumuman daripada Najib.
 
"Saya nak adakah kerajaan juga akan mengambil tindakan kepada media-media termasuk media dalam negara kita yang membuat liputan daripada kenyataan Perdana Menteri yang mengatakan MH370 itu berakhir di Lautan Hindi, yang kebanyakan media dalam negara memberi gambaran seolah-olah pesawat itu terhempas," katanya   
 
"Antaranya Metro yang mengatakan bahawa 'Pusara di Lautan Hindi' seolah-olahnya terhempas dan pusara itu di lautan," jelasnya.
 
Sehubungan itu, Mahfuz mahu perdana menteri tampil memperjelaskan apakah maksud sebenar kenyataan beliau pada 24 Mac yang lalu.
 
"Ini menimbulkan persoalan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'berakhir di Lautan Hindi'itu? Adakah masih terawang-awang ataupun bagaimana? Jadi, harus diperjelaskan, diperincikan seperti mana yang dijanjikan oleh PM tetapi tidak diperincikan tentang apa yang dimaksudkan beliau bahawa ia berakhir di lautan Hindi," tegasnya lagi.  
  
Selain itu, Mahfuz juga menggesa kerajaan untuk mendedahkan bilakah kerajaan menghubungi Rolls-Royce dan Boeing bagi mendapatkan maklumat siasatan berhubung MH370.
 
"Saya nak minta penjelasan kerana sebelum ini kerajaan ada menyatakan mereka telah mendapatkan maklumat-maklumat tertentu daripada perkhidmatan pembekal dan apakah yang mereka maksudkan dengan perkhidmatan pembekal itu? soalnya.
 
"Adakah ini perkhidmatan pembekal dari Boeing dan Rolls-Royce? Jadi, saya nak minta juga bilakah kerajaan menghubungi Boeing dan Rolls-Royce untuk mendapatkan maklumat penyiasatan," katanya.
 
Selain itu dalam perkembangan yang berkaitan, Kit Siang berkata pemimpin Pakatan Rakyat akan diberikan taklimat berhubung kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada 8 April ini dan berkemungkinan besar akan disertai oleh Najib.
 
Menurut Kit Siang lagi persetujuan itu dicapai antara beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim selepas sesi asal yang sepatutnya berlangsung semalam dibatalkan.
 
Bagaimanapun, lokasi taklimat itu masih belum diputuskan.
 
"Tadi kita ada bincang dengan Shahidan dan dia kata dia bersedia untuk membuat taklimat itu pada minggu depan hari Selasa oleh perdana menteri atau (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein.
 
"Kita harap kali ini taklimat ini akan berlangsung," tambah Kit Siang.
 
Pakatan Rakyat sebelum ini membidas kerajaan Persekutuan kerana hanya memberi taklimat bersabit insiden MH370 kepada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
 
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussien memberitahu, jika pembangkang perlu memohon untuk mendengar taklimat itu sepertimana yang di buat kelab penyokong kerajaan (BNBBC) sebelum ini.

Pesawat paling canggih AS gagal kesan MH370

Posted: 02 Apr 2014 05:43 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PERTH – Pesawat P-8 Poseidon milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang dilengkapi kamera definisi tinggi dan beberapa alatan pengesan canggih dianggap sebagai pesawat peninjau paling moden di dunia.
 
Pada mulanya kehadiran kapal terbang canggih itu dianggap mampu merungkai misteri kehilangan sebuah pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu.
 
Namun kemampuan P-8 Poseidon kini dilihat sebagai terbatas.
 
Tentera AS menghantar dua pesawat Poseidon yang dilengkapi kamera, radar dan pengesan infra merah yang direka khas untuk mengesan objek di dasar lautan.
 
Bagaimanapun, peralatan canggih tersebut tidak banyak membantu dalam misi mencari pesawat MH370.
 
Malah kru-kru Poseidon lebih banyak melihat dari tingkap pesawat untuk mengesan sebarang serpihan.
 
Seorang juruterbang P-8 Poseidon, Leftenan Komander David Mims berkata, ini adalah kali pertama beliau berada di Lautan Hindi yang dianggap kawasan pencarian paling mencabar untuk dirinya.
 
"Sangat ganjil apabila terbang di lautan ini kerana anda tidak melihat sebarang pulau dan juga kapal di laut.
 
"Di sini kosong, tiada apa di sini. Ia sangat ganjil," katanya.
 
Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas di selatan Lautan Hindi ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu.
 
Sehingga kini tiada serpihan pesawat itu dijumpai dan semua objek yang dikesan oleh pesawat peninjau yang menyertai usaha mencari disahkan sebagai sampah selain peralatan menangkap ikan. – Reuters

Bible: Tulis surat kepada Peguam Negara, kata Khalid

Posted: 02 Apr 2014 05:40 AM PDT


Bagi mendapatkan semula 300 buah bible yang dirampas.

Khalid Ibrahim
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mencadangkan agar pihak Bible Society of Malaysia menulis surat kepada Peguam Negara bagi mendapatkan semula 300 buah bible yang dirampas.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira dari pelbagai aspek.

"Hal ni juga bagi menunjukkan kesungguhan dan keinginan pihak tersebut untuk mendapatkan semula bible yang dirampas," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Tambahnya, mengikut situasi yang berlaku sekarang, adalah lebih baik untuk menulis surat daripada terus mendesak.

Sebelum ini, pada 1 Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu PBM di Damansara Kim dan menahan dua orang pegawai iaitu Pengerusi, Lee Min Choon dan Setiausaha Agungnya Simon Wong.

Dalam rampasan tersebut pihak Jais telah merampas 300 bible versi bahasa Malaysia dan juga bahasa Iban.

Dalam pada masa sama, Khalid turut mengulas mengenai pemilihan pusat PKR 2014 yang mana beliau sendiri bertanding enam penjuru bersama-sama Pegawai Perhubungan Politiknya sendiri iaitu Datuk Saifudin Nasution, dan empat calon lain.

Baginya, perkara sedemikian adalah sesuatu perkara yang bagus.

"Terpulang kepada setiap individu untuk bertanding.

"Inilah antara keistimewaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mana memberi peluang kepada semua pihak untuk memperkenalkan dan memaparkan diri masing-masing tanpa sebarang sekatan.

Khalid turut positif bahawa beliau beliau akan berjaya merebut jawatan Timbalan Presiden PKR daripada enam calon lain yang bertanding.

Khalid bakal berdepan dengan penyandangnya, Azmin Ali yang juga Ketua PKR Selangor, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, K Ramachandram dan S Murali.

Kalau Tak Tahan Kritikan, Berhentilah Jadi Menteri...

Posted: 02 Apr 2014 05:23 AM PDT

shahbudindotcom


Berikutan kritikan dalam banyak media terhadap kerajaan, yang sebahagian besarnya berpunca daripada kenyataan bercanggah, maklumat tidak tepat, kelewatan menyalurkan maklumat dan seumpamanya berkenaan operasi pencarian pesawat MH370, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein membayangkan akan mengambil tindakan saman terhadap perbuatan media yang didakwanya salah lapor itu.

Menurut sepupu Najib Razak itu, kerajaan telah mengumpul bukti sejak hari pertama operasi lagi dan apabila tiba masanya, kerajaan patut menyaman mereka.

Walaupun beliau mendakwa sudah mengumpul bukti sejak hari pertama operasi mencari MH370 lagi tetapi tindakan Hishammuddin ini dipercayai lebih didorong selepas pengumuman Perdana Menteri pada 24 Mac lalu yang membawa erti pesawat MH370 telah terhempas di Lautan Hindi dan semua penumpangnya terkorban, telah menimbulkan rasa marah waris mangss kerana sehingga ini tiada bukti kukuh mengenainya.

Sementara kenyataan Najib yang berbunyi "berakhir di Lautan Hindi" itu ditafsirkan oleh media sebagai "terhempas" serta disiarkan secara meluas keesokannya dan tidak dianggap salah tafsir oleh kerajaan, namun kerajaan hanya menganggapnya salah lapor selepas tujuh hari kemudian, itu pun setelah waris penumpang dari China meluahkan kemarahan mereka.

Sebelum itu pula, sudah beberapa kali maklumat tidak tepat dan bercanggah dikeluarkan oleh kerajaan. Ketidaktepatan maklumat itu bukan sahaja mengenai bagaimana penumpang yang menggunakan pasport curi boleh meloloskan diri, bahkan juga dalam hal semudah mengenalpasti ayat perbualan terakhir antara kokpit dengan pusat kawalan udara.

Sebab itu, setelah masuk hari ke 25 ini, maklumat kerajaan yang seolah-olah meyakini pesawat itu telah terhempas semakin diragui. Meski Najib turut terbang ke Perth untuk meninjau operasi mencari dan menyelamat, pemergian beliau turut juga diselubungi dengan pelbagai andaian dan persepsi.

Di ketika Hishammudin mengugut mahu menyaman media, di waktu yang sama Ketua Pengarah DCA, Azharuddin Abdul Rahman pula dilaporkan menghalau media dalam sebuah persidangan yang sepatutnya beliau turut menyentuh tentang perkembangan terkini mencari dsn menyelamat MH370.

Kenapa secara tiba-tiba media dimusuhi dan dijauhi? Adakah apa-apa yang cuba disembunyikan?

Dalam isu kerajaan dengan media, terutamanya dalam saat tegang seperti operasi yang sedang berjalan sekarang, kritikan memang tidak boleh dielakkan, terutamanya jika ianya berpunca daripada kelemahan kerajaan sendiri. Kalau pihak kerajaan dan agensinya bersikap telus dan tidak berbelit-belit dalam memberikan maklumat, media biasanya hanya menyalurkan saja apa yang dinyatakan itu.

Tetapi jika maklumat A bertukar B keesokan harinya, dan lusa menjadi C pula, tentulah media akan memberikan kritikan. Media arus perdana atau yang dikawal oleh kerajaan mungkin akan cuba melindungkannya tetapi media baru tentu saja akan mengkritiknya dan kerajaan seharusnya menerima baik kritikan seumpama itu.

Namun sekiranya media melontarkan fitnah, barulah kerajaan mempunyai pilihan untuk mengemukakan saman. Kritikan bukanlah fitnah. Mentafsirkan berakhir di Lautan Hindi sebagai sama erti dengan terhempas juga bukanlah fitnah.

Najib dan Hishammuddin adalah anak bangsawan yang tidak biasa dengan kritikan. Sejak lahir mereka sudah terbiasa dengan puji-pujian dan kawan-kawan yang mengelilingi mereka juga hanya terdiri daripada kalangan yang suka memuji. Tetapi dengan memilih karier sebagai pemimpin, kritikan tidak dapat diasingkan. Ia harus diterima sebagai asam garam dan cabaran.

Penonjolan watak suka kepada pujian amat terserlah apabila Hishammuddin, di sebalik kekalutan pesawat MH370 yang masih hilang, terlihat amat gembira dan teruja apabila seorang remaja Perancis, Victor Lopez yang berusia 15 tahun menulis surat menyatakan rasa kagumnya terhadap personaliti beliau yang ditontonnya melalui televisyen semasa operasi ini.

Hishammuddin bukan saja menurunkan tandatangannya pada sekepiing kad untuk dihadiahkan kepada remaja itu, tetapi turut berharap akan berjumpanya suatu masa nanti. Tidak dipastikan pula, jika pertemuan itu diadakan nanti, apakah beliau akan terbang ke Paris atau remaja itu akan diterbangkan dengan pembiayaan penuh ke Kuala Lumpur?

Memanglah penilaian Victor Lopez terhadap Hishammuddin tidak sama dengan penilaian rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia bukan saja kenal Hishammddin melalui televisyen tetapi juga kenal ketika beliau memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan dan deretan isu yang gagal diselesaikannya. Rakyat Malaysia juga kenal ketika beliau mencium keris dan kemudian menarik baliknya.

Sebenarnya itulah Hishammuddin. Kritikan, walau untuk kebaikan akan sentiasa dianggap menyusahkan manakala pujian, biar sekecil mana sekali pun, akan diperbesarkan dan dianggap penting dalam kehidupannya.

Sebagai pembayar cukai, yang dalam erti kata lain turut menyumbang bayaran kepada gaji dan elaun para menteri, tentulah tidak boleh jika beliau mengharapkan rakyat memberi pujian dan sokongan saja. Kalau tidak betul dan ada silapnya, maka bersedialah menerima kritikan pula.

Kalau terasa berat sangat beban kritikan yang ditanggung dalam isu pesawat yang hilang ini, berhentilah jadi menteri dan kembalilah kepada dunia yang penuh puji-pujian dan sanjungan seperti yang biasa dinikmatinya sebelum ini.

Pesawat Tidak Hilang Jika Tiada Kerajaan Yang Rancang Menghilangkannya

Posted: 02 Apr 2014 03:31 AM PDT

KELAB GREENBOC


Apabila berita-berita konvensyenal mengenai MH370 menjadi semakin mengkhayalkan dan terpisah daripada realiti, demi kebaikan semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dan orang-orang tersayang yang masih menderita, saya merasakan adalah penting untuk menerbitkan satu semakan realiti yang boleh membantu membawa kepada satu perbincangan yang diterima akal.

Mari kita lhat lima fakta yang tidak dapat dinafikan mengenai kerajaan, radar dan pesawat :

Fakta # 1 ) Tiap-tiap negara moden menjejaki trafik udara dengan sistem radar tentera

Semua negara-negara utama yang terlibat dalam Penerbangan MH370 menggunakan sistem radar tentera 24/7. Sudah tentu ini termasuklah negara-negara Malaysia dan India. Sistem radar ini dikendalikan untuk tujuan pertahanan negara, memastikan setiap negara boleh mengenal pasti pesawat memasuki ruang udara negara masing-masing.

Jika anda tidak percaya bahawa sistem radar gred-tentera boleh mengesan ketinggian, arah dan kelajuan yang Boeing 777, maka anda sebenarnya tidak percaya pada radar sistem sama sekali.

Fakta # 2 ) Tiap-tiap negara moden menggunakan sistem radar kawalan trafik udara yang "pasif " yang bekerja sekalipun tanpa transponder pesawat

Selain daripada radar tentera, negara-negara moden juga menggunakan sistem radar kawalan lalu lintas udara yang bekerja di kedua-dua keadaan, mod "aktif" (dengan transponder) dan mod "pasif" (tidak memerlukan transponder). Walaupun sistem kawalan trafik udara awam secara amnya tidak sebegitu kuat atau tepat berbanding sistem ketenteraan, mereka tetap mampu sepenuhnya mengesan dan menjejaki Boeing 777.

Malah, seperti mana-mana pengawal penerbangan yang akan memberitahu anda, sistem radar mereka mampu sepenuhnya mengesan sekawan burung dan objek lain bawaan udara yang jauh lebih kecil daripada Boeing 777.

Fakta # 3) 777 Boeing mempunyai tanda pengenalan radar yang amat besar

Melainkan dilengkapi dengan beberapa jenis teknologi eksotik yang kami tidak pernah dengar seperti radar "halimunan jubah" yang dipinjam daripada Klingons Star Trek - sebenarnya Boeing 777 mempunyai tanda pengenalan radar yang amat besar. Badan pesawat yang beberbentuk silinder, sayap melengkung dan kawalan permukaan (kepak, aileron, kemudi) semua memancarkan gelombang radar dengan kecekapan yang sangat tinggi. Sebuah pesawat Boeing komersial bukannya pesawat pengebom yang tersembunyi.

Penjelasan bahawa Boeing 777 ini "hilang" dari radar amat tidak dapat diterima. Dan jika penjelasan yang ada bahawa "juruterbang menerbang pesawat pada ketinggian yang sangat rendah untuk mengelakkan radar," maka ia tidak masuk akal bahawa juruterbang itu akan menjalankan pengelakan yang kompleks ini untuk selama 4-7 jam dan kemudian menerjunkan pesawat ke Lautan Hindi.

Tambahan pula, jika seorang juruterbang berniat membunuh diri ia lansung tidak perlu untuk mengelak sistem radar! Jika dia mahu berlakunya kemalangan pesawat, ia boleh dilakukan dengan serta-merta sebaik saja berlepas, atau pada bila-bila pada minit-minit awal penerbangan. Tidak perlu untuk mengelakkan radar jika anda secara sedar mahukan kemalangan pesawat.

Fakta # 4) Boeing 777 pesawat tidak boleh hidup dengan perlanggaran dengan laut dan terus utuh

Salah satu teori yang paling tidak masuk akal pada masa ini yang beredar di beberapa media terkenal - dan ditulis oleh wartawan yang nampaknya tidak mempunyai pengetahuan asas dalam fizik atau mekanik penerbangan - bahawa Penerbangan 370 "terhempas" ke dalam Lautan Hindi dan entah bagaimana ajaibnya ia kekal utuh sepenuhnya!

Walaupun agak selesa untuk berfikir bahawa kapal terbang diperbuat daripada besi yang amat kukuh yang boleh menahan impak halaju-tinggi dengan air, yang sebenarnya kebenarannya ialah sebuah pesawat adalah terdiri dari struktur rapuh dibuat terutamanya aluminium. Pesawat tidak tegar, mereka mudah lentur dan bengkok, walaupun semasa penerbangan. Jika anda pernah menonton sayap semasa penerbangan, tidak syak lagi anda akan menyedari bahawa mereka mempunyai sejumlah pergerakan yang memeranjatkan, seolah-olah sayapnya mengepak. Bergeraknya badan pesawat, menyelekoh, mengembang dan memampat disebabkan oleh perubahan suhu, tekanan lingkungan dan tekanan struktur.

Sebuah pesawat komersial besar yang terhempas ke dalam air tidak boleh kekal utuh. Walaupun terdapat beberapa pendaratan air ajaib di mana juruterbang mahir dapat "mendaratkan" pesawat di atas air dengan kelajuan yang hampir tidak bergerak, kepak dan kemahiran terbang yang luar biasa, kemalangan dengan kelajuan penuh ke dalam air tidak mampu menjadikan pesawat masih dalam keadaan baik sepenuhnya. Hidung, sayap, badan pesawat dan ekor semua akan musnah oleh kesan dengan sejumlah besar air di laut.

Malah banyak cubaan "pendaratan air" masih membawa kepada kegagalan struktur besar pesawat, seperti yang dilihat dalam gambar ini dimana pendaratan air yang agak lembut bagi satu penerbangan menuju Bali:


Kemalangan sebenar ke dalam air akan menghasilkan sejumlah besar serpihan, termasuk kerusi, badan-badan dan serpihan lain mudah dikesan daripada imej satelit atau carian menyelamat.

Fakta # 5) Penerbangan 370 yang hilang memerlukan kerjasama kerajaan

Ini ialah fakta yang paling penting sekali: kerana selain dari semua fakta yang dinyatakan di atas, MH370 yang hilang mesti memerlukan satu perancangan yang disengajakan dan tindakan daripada sekurang-kurangnya satu kerajaan (dan mungkin lebih).

Seseorang sedang menutup atau menyembunyikan kebenaran terhadap apa yang berlaku kepada MH370, dan ia kelihatan hampir pasti bahawa kerajaan Malaysia merupakan sebahagian daripadanya, seperti yang saya dilaporkan sebelum ini.

Media arus perdana amat keberatan untuk melaporkan sebarang bentuk penyembunyian oleh pihak kerajaan, lebih suka berpura-pura kononnya kerajaan sentiasa telus dan jujur ​​dengan orang-orang di atas dunia. Walaupun ia melucukan, namun ia kekal menjadi pegangan media konvensional. Itulah sebabnya media lebih suka untuk menghebahkan teori-teori lain seperti "juruterbang bunuh diri" atau "kemalangan penerbangan," sekalipun tiada satupun berfakta. (Kes: Jika ia terhempas ke dalam laut, kotak hitam tentu telah menghantar signal di mana lokasi mereka setelah selama beberapa minggu, dan mereka akan mudah untuk ditemui.)

Yang pasti kerajaan-kerajaan dunia secara rutinnya berbohong dan menipu orang ramai. Sebagai contoh mudah, kerajaan Amerika Syarikat kini telah diketahui sedang mengintip semua kerajaan lain di dunia dengan program pengintipan NSA sepertimana didedahkan oleh Edward Snowden (baca artikel kedua di bawah). Sebelum beliau melakukan pendedahan, tiba-tiba media massa konvensyenal yang tak tahu hujung pangkal akan cepat menuding sesiapa sahaja yang mencadangkan kerajaan "mendengar panggilan telefon anda" sebagai gila. Kini, sudah tentu, kita semua telah menyedari bahawa NSA benar-benar merakam semua panggilan telefon, mesej SMS, kiriman di media sosial dan juga urusniaga kewangan. Ini tidak lagi rahsia. Ia bukan satu teori konspirasi. Ia adalah seperti satu perniagaan biasa di peringkat tertinggi kerajaan. Dan ya, sekalipun menyalahi undang-undnag, namun ia tetap berlaku.

Itulah sebabnya dakwaan kononnya "kerajaan tidak mampu dan tidak mungkin berbohong mengenai MH370" sebenarnya lansung tidak munasabah. Sudah tentu kerajaan boleh berbohong mengenai Penerbangan 370. Sebenarnya ia adalah jauh lebih sukar bagi mana-mana kerajaan untuk memberitahu kebenaran daripada berbohong. Dan kerajaan Malaysia tidak lebih berpegang teguh kepada kebenaran dan ketelusan sama seperti kerajaan Amerika Syarikat, kerajaan Rusia atau kerajaan China. Semua kerajaan secara rutinnya berbohong kepada orang ramai. Untuk mengharapkan kerajaan untuk memberitahu anda kebenaran tentang apa-apa jua adalah sebenarnya hanyalah sebuah fantasi.

Tetapi jika anda gila-gila mempercayai bahawa kerajaan tidak pernah berbohong, maka saya gembira untuk melaporkan bahawa Obamacare kini mempunyai 6 juta peserta program yang kesemuanya telah membayar premium insurans mereka masing-masing, hutang negara Amerika Syarikat dengan tiba-tiba pantas mengecut mengikut jam, tiada siapa di Washington DC pernah penyalahgunaan kuasa, konspirasi oleh Senator California Demokratik California, Leland Yee tidak pernah berlaku dan wang cukai anda sentiasa diletakkan untuk tujuan yang positif untuk kebaikan masyarakat!

Kesimpulan

MH370 kemungkinan besarnya tidak kemalangan yang berlaku, ia telah hampir pasti dirampas (mungkin dengan kawalan jauh) dan terbang ke destinasi dimana kesemua penumpang masih hidup dan pesawat itu tetap utuh.

Apakah yang akan berlaku dari situ adalah menjadi tekaan kepada sesiapa pun, tetapi apa pun yang paling mungkin terhadap pesawat yang dicuri itu adalah untuk mengubahnya menjadi satu sistem pembawa senjata besar-besaran yang akan dilengkapi dengan senjata-senajata biologi, kimia atau nuklear. Percayalah apabila saya menyatakan hal ini, ia adalah senario sebenar yang dibincangkan secara tertutup di Pentagon. "Juruterbang bunuh diri" adalah semata-mata satu helah versi si tolol tentang peristiwa itu untuk santapan umum. -Mike Adams, naturalnews.com/terjemahan bebas oleh GB

ARTIKEL KEDUA

MH370: Inikah Rahsia Yang Disimpan Oleh Pihak Kerajaan?


BONGKAR !!! Terdapat 5 agen Amerika dan Israel yang matikan transponder pesawat MH370?? | Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:

Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (Command N Control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014.

Tiada liputan dalam peristiwa ini.


Sila Rujuk (http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html.)

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.

Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen.

Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik.

Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.

Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

Jangan percaya cerita?

Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).Siapa Edward Snowden?.. Rujuk Edward Snowden (Wikipedia)

Sumber : Facebook Abdul Majid Hasan

ULASAN GB

GB membawa kedua-dua artikel di atas untuk membuka minda tuan-tuan semua untuk kita sama-sama mencari kebenaran. Bersetuju atau tidak adalah hal yang lain. GB juga tidak bersetuju sepenuhnya tetapi tidak juga menolak sepenuhnya tulisan-tulisan berkenaan.

Semua penumpang MH370 'bersih' empat elemen

Posted: 02 Apr 2014 03:23 AM PDT

Semua penumpang MH370 'bersih' empat elemen Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (tengah) bersalaman dengan para peserta seminar selepas merasmikan seminar pemantapan kualiti dan inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2014 di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi, tetapi masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang, kata Ketua Polis Negara  Tan Sri Khalid Abu Bakar.
  
Beliau berkata siasatan terhadap 227 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 itu mendapati mereka "bebas" daripada empat elemen itu.
  
"Mereka didapati bersih daripada empat (elemen) itu. Ia (adalah) menurut prosedur (siasatan) kami sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan kualiti pasukan polis di sini hari ini.
  
Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan berdasarkan empat elemen itu terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
  
Khalid berkata setakat ini polis telah merekodkan kenyataan daripada lebih  170 individu berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu dan menurutnya polis akan merekodkan lebih banyak kenyataan.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
  
Khalid berkata polis tidak akan mendedahkan sebarang maklumat hasil siasatan insiden itu kerana ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
  
"Maafkan saya, terdapat perkara yang kami tidak boleh dedahkan kepada anda; bukan saya tidak mahu dedahkannya kepada anda tetapi kami tidak boleh berbuat demikian. Kerana ia adalah penyiasatan jenayah, sedang berjalan; kami belum memuktamadkan segalanya dan kami masih menunggu laporan daripada pakar di luar negara dan dalam negara.
  
"Anda perlu faham. Saya fikir kami amat konsisten (tentang siasatan). Siapa tahu, mungkin akan ada pendakwaan kemudiannya. Jadi, ini akan menjejaskan kes pendakwa raya sekiranya kami mula mendedahkan hasil penyiasatan kami," katanya. - Bernama

Kapal selam UK sertai misi mencari MH370

Posted: 02 Apr 2014 03:17 AM PDT

Kapal selam UK sertai misi mencari MH370 Kapal selam British, HMS Tireless berlabuh di selatan perairan Sepanyol. Kapal selam nuklear tersebut menyertai operasi mencari MH370 di Lautan Hindi. - Foto EPA


KUALA LUMPUR - Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 hari ini.

Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia, dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini berkata, Setiausaha Negara bagi Pertahanan UK Philip Hammond memaklumkan perkara itu kepada Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi telefon semalam.

"Dengan keupayaan melakukan pencarian di dalam air, kapal selam HMS Tireless akan dapat membantu dalam usaha untuk mengesan lokasi pesawat hilang itu.

"UK sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia sejak kehilangan pesawat  itu dan memberikan pelbagai bantuan," menurut kenyataan itu.

Kapal peninjau hidrografik pelbagai fungsi, HMS Echo, dijadual tiba di selatan Lautan HIndi untuk membantu misi pencarian itu, katanya. - Bernama

"Selain membantu usaha mencari transponder pada kotak hitam, HMS Echo akan memainkan peranan penting dalam pencarian serpihan di permukaan air.

"Kecanggihan dan keupayaannya dalam menilai keadaan persekitaran juga akan membantu pihak berkuasa pencarian untuk mengoptimumkan operasi pencarian," menurut kenyataan itu.
 
Kerajaan UK juga membantu dengan meminjamkan pakar untuk memberikan bantuan teknikal dan keupayaan kepakaran dari Kementerian Pertahanan, Pejabat Hidrografik, Jabatan Pengangkutan dan Pejabat Meteorologi untuk membantu mengesan pesawat itu, katanya.
 
Empat anggota Tentera Udara Diraja yang dipinjamkan ke Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja juga terlibat secara aktif dalam operasi pencarian maritim, menurut kenyataan itu.
 
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
 
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

Laporan arah wartawan keluar ditarik balik

Posted: 02 Apr 2014 03:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


The Star Online menarik balik laporan berhubung arahan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman supaya wartawan meninggalkan sebuah majlis ketika beliau sedang berucap.

Laporan itu dikesan sudah tiada di laman berita itu sejak malam tadi.

Penarikan balik laporan itu disahkan oleh satu sumber kepada Malaysiakini hari ini.

"Laporan itu telah ditarik balik, sebarang pertanyaan boleh disoal terus kepada editor," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi The Star Online untuk penjelasan dan diminta menelefon kembali esok kerana editor bertanggungjawab tiada di pejabat buat masa ini.

Akhbar itu semalam melaporkan, peserta menyertai satu persidangan industri penerbangan tergamam seketika apabila Azharuddin menghentikan ucapan dan meminta wartawan meninggalkan dewan persidangan.

Azharuddin yang dilapor kelihatan tertekan enggan meneruskan ucapannya apabila mendapati petugas media hadir dalam persidangan itu.

MH370: Mungkin PM sendiri beri taklimat

Posted: 02 Apr 2014 03:13 AM PDT


Lim Kit Siang Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang hari ini mengesahkan bahawa ahli Parlimen PR akan mengadakan pertemuan bersama pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa depan.

Menurut Kit Siang, sesi  taklimat mengenai pesawat MH370 itu telah dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim, namun  tempatnya belum diputuskan.

"Perkara ini serius, (MH370) merupakan isu nasional. Shahidan telah bersetuju supaya taklimat diadakan pada 8 Mac nanti.

"Taklimat akan dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri atau Hishammuddin. Kami berharap pertemuan ini berjaya," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, pertemuan ini sepatutnya diadakan pada  malam semalam, namun terpaksa ditunda berikutan Hishammuddin terpaksa ke Hawaii untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat (AS)-Asean pertama.

Hishammuddin mulai bermesyuarat di Hawaii  bermula  1 hingga 3 April ini, mesyuarat tersebut dikendalikan oleh Setiausaha Pertahanan (AS), Chuck Hagel.

'Kenyataan menteri sahkah persempadanan ikut kaum'

Posted: 02 Apr 2014 03:07 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


BERSIH menganggap saranan Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung pengundian berasaskan garis kaum secara tidak langsung mengesahkan anggapan persempadanan semula dibuat berasaskan warna kulit.

Gabungan itu berkata, kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selari dengan pengakuan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahmat.

"Ia sebenarnya mengesahkan kenyataan bekas pengerusi SPR yang persempadanan semula dilakukan mengikut kaum," kata pengerusi bersama BERSIH Maria Chin Abdullah (kiri).

Abdul Rashid, pengerusi SPR antara 2000-08 sebelum ini dilapor mengakui, tiga persempadanan semula pada zamannya bagi memastikan kuasa politik kekal di tangan Melayu.

Maria menyifatkan kenyataan Shahidan yang disokong Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) itu sebagai memalukan dan menyemarakkan perkauman.

"Saya rasa ia sebenarnya tidak masuk akal dan amat memalukan (apabila) kita ada seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan demikian kerana ia menyemarakkan isu perkauman," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyerahkan Laporan Tribunal Rakyat tentang Pilihan Raya Umum ke-13 kepada tujuh MP Pakatan di Parlimen, tengah hari ini.

NGO cabar KP ROS letak jawatan

Posted: 02 Apr 2014 03:00 AM PDT


NGO cabar KP ROS letak jawatan Kapsyen: Ramesh (dua, kanan) bersama beberapa bekas ahli DAP memegang kain rentang berbunyi 'ROS Jangan Gentar Dengan DAP' di pekarangan pejabat ROS di Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN


PUTRAJAYA - [VIDEO] NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin hari ini mencabar Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Mohammad Razin Abdullah meletak jawatan sekiranya masih gagal menyegerakan siasatan dan menjelaskan status pendaftaran DAP sejak setahun lalu.

Presidennya, Ramesh Rao berkata, pihaknya kesal apabila ROS sehingga kini masih gagal memberikan jawapan tegas dan berdiam diri terhadap parti pembangkang itu.

"Saya mencabar Ketua Pengarah ROS letak jawatan sebab terlalu lama mereka ambil masa untuk menyiasat DAP.

"Mengikut surat ROS pada 6 Disember lalu, DAP tidak sah dan haram, tapi mengapa ROS masih berdiam diri," katanya pada pemberita selepas menemui pihak ROS di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut tindakan ROS pada Disember lalu yang tidak mengiktiraf pemilihan jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) dan mengambil tempoh lebih setahun untuk menyiasat salah laku parti tersebut.

Sementara itu, bekas ahli DAP Pulau Pinang, Rahmad Isahak mendakwa integriti ROS telah dipermainkan parti pembangkang itu apabila pengerusinya Karpal Singh meletakkan jawatan pengerusi DAP baru-baru ini.

Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dakwanya jelas memperlekehkan Seksyen 9 (A) dan Seksyen 9 (B) Akta Pertubuhan 1966.

"Sebenarnya apa dilakukan Karpal adalah cuba memperlekehkan kuasa ROS sebab tindakan peletakkan jawatannya tidak membawa sebarang makna selain merendahkan martabat ROS.

"Pada waktu sama bekas pemimpin DAP tidak mahu menghormati undang-undang negara dan meneruskan aktiviti kepartian mereka," dakwanya.

Tambahnya, ROS perlu menyatakan pendirian mereka terhadap DAP sekaligus menimbulkan banyak persoalan selepas mereka menubuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor selepas PRU13 lalu.

"ROS kena faham bahawa DAP adalah kerajaan di Pulau Pinang (19 kerusi) dan sebahagian kerajaan negeri Selangor (15 kerusi).

"Banyak persoalan timbul sekarang tentang apakah status kedudukan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan negeri-negeri lain oleh wakil rakyat mereka," dakwanya.

Menurut bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass pula, tempoh siasatan pendaftaran parti itu sudah mencukupi malah ROS perlu menyatakan pendirian mereka segera.

"Sudah cukup lama kami menunggu keputusan itu lebih setahun dan pertemuan kami dengan ROS mendapat tahu siasatan masih berjalan.

"Adakah DAP tidak beri kerjasama hingga ambil bertahun-tahun buat siasatan itu," katanya.

Beliau juga kesal dengan tindakan Karpal baru-baru ini yang meletakkan jawatan pengerusi parti sedangkan CEC itu sendiri belum diiktiraf ROS.

"Ini adalah satu permainan Karpal, ROS pula mengatakan mereka tiada kena mengena dengan peletakkan jawatan itu.

"Tindakan Karpal memberikan laluan kepada Tan Kok Wai sebagai pemangku pengerusi DAP itu pun tidak boleh dilakukan kerana CEC itu sendiri belum diiktiraf DAP," katanya lagi.

Pakatan desak Najib mengaku salah berhubung kenyataan MH370

Posted: 02 Apr 2014 02:53 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari bilik sidang media ketika mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Gambar fail The Malaysian Insider.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari bilik sidang media ketika mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Gambar fail The Malaysian Insider.



























Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau melakukan kesilapan dalam kenyataannya mengumumkan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi pada 24 Mac lalu.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang daripada DAP berkata, Najib memberikan kenyataan mengelirukan dan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pesawat itu berakhir.

Katanya, adalah jelas kenyataan Najib bermaksud pesawat malang itu terhempas apabila sehari selepas pengumuman itu, di Parlimen beliau membentangkan usul simpati MH370 kerana tiada satu pun penumpang terselamat daripada insiden itu.

"Kenyataan itu diperkukuhkan dengan kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar MAS menyatakan tiada penumpang terselamat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar daripada PAS juga mempersoalkan adakah kerajaan akan mengambil tindakan terhadap media tempatan yang turut menyiarkan kenyataan daripada Najib seolah-olah pesawat MH370 terhempas.

"Mereka kena jelaskan kerana kita sekarang keliru apa maksud dengan penerbangan berakhir, adakah ia terhempas atau apa?

"Saya ingin bertanya adakah Najib atau (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein sanggup mengambil tindakan terhadap media tempatan yang menulis seolah-olah MH370 terhempas, saya memetik pada laporan Harian Metro, tajuk akhbar itu 'Pusara di Lautan Hindi',  jadi beranikah mereka mengambil tindakan," katanya.

Selain itu, Mahfuz juga menggesa kerajaan untuk mendedahkan bilakah kerajaan menghubungi Rolls-Royce dan Boeing bagi mendapatkan maklumat siasatan berhubung MH370.

Beliau berkata demikian mengulas temuramah Hishammuddin bersama stesen televisyen China (CCTV) pada Isnin yang menyelar dua syarikat tersebut kerana berdiam diri mengenai tragedi kehilangan pesawat MH370.

"Kita minta mereka jelaskan maklumat tertentu itu dan perkhidmatan pembekal mana yang mereka maksudkan dan bilakah kerajaan menghubungi Boeing dan Rolls-Royce untuk mendapatkan maklumat penyiasatan," katanya.

Beliau juga menggesa agar taklimat ahli Parlimen pembangkang MH370 perlu disegerakan memandangkan kenyataan kerajaan mengenai siasatan MH370 yang semakin mengelirukan.

Sementara itu, Lim juga memberitahu bahawa taklimat bersama ahli Parlimen PR akan diadakan semula pada Selasa depan sepertima dimaklumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kepadanya.

Ditanya mengenai notis yang tidak diberikan oleh PR ketika kali pertama meminta menteri itu menguruskan taklimat MH370 bersama pemangku Menteri Pengangkutan (Hishammuddin), beliau berkata perbuatan itu sia-sia.

"Bagaimana kita hendak hantar notis kerana kita sudah tahu awal bahawa Hishammuddin tidak akan berada di taklimat tersebut kerana sudah bertolak ke Hawaii dalam lawatan kerjanya, jadi apa guna notis itu," katanya.

"Bagaimanapun Menteri, Shahidan bersetuju pada kita bahawa minggu depan Hishammuddin akan menghadiri taklimat sepertimana yang kita tuntut," katanya.

Kenyataan Najib pada 24 Mac lalu yang menyatakan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi di mana tidak seorang penumpang pun selamat menimbulkan kemarahan waris keluarga penumpang MH370 daripada China.

Mahkamah Rayuan perintah perbicaraan saman tarif air didengar hakim lain

Posted: 02 Apr 2014 02:49 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini memerintahkan perbicaraan saman sivil RM1.05 bilion difailkan Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terhadap kerajaan negeri Selangor berhubung pelarasan tarif air didengar semula di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain.

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim mempengerusikan panel tiga hakim membenarkan permohonan peguam mewakili Syabas, Datuk Seri Gopal Sri Ram bagi perbicaraan kes itu didengar semula di hadapan hakim lain.

Sri Ram memohon bagi perbicaraan itu, telah berlangsung selama tiga hari pada September tahun lepas di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Jais, dibicarakan semula di hadapan hakim lain atas alasan pesuruhjaya kehakiman itu telah memberikan pandangannya berhubung merit kes itu semasa menolak permohonannya (Syabas) untuk meminda writ saman itu.

Terdahulu, panel itu sebulat suara membenarkan rayuan Syabas untuk meminda writ saman itu bagi memasukkan CIMB Investment Bank Berhad sebagai plaintif kedua dalam saman sivil itu.

Panel itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 13 Februari tahun ini yang menolak permohonan Syabas untuk meminda writ saman itu bagi memasukkan CIMB Investment sebagai plaintif dalam saman itu.

Hakim Zaharah, bagaimanapun, membenarkan permohonan peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan negeri Selangor untuk menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Tinggi sementara menunggu sehingga selesai permohonan (kerajaan negeri Selangor) bagi mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan hari ini.

Syabas memfailkan saman terhadap kerajaan negeri pada 2010 menyatakan mengikut perjanjian bertarikh 15 Disember, 2004 antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Selangor, syarikat diberi konsesi 30 tahun untuk membeli air terawat daripada operator merawat air dan membekalkan air terawat ke kawasan pengagihan menurut terma ditetapkan dalam perjanjian itu.

Syabas berkata pada 31 Mac, 2008, ia menyerahkan dokumen semakan kepada kerajaan Selangor untuk menyokong permintaannya untuk menaikkan tarif diwartakan sebanyak RM1.39 setiap meter padu kepada tarif baharu RM1.89 setiap meter padu, bagi tempoh operasi ketiga dari 1 Januari, 2009 hingga 31 Disember, 2011.

Ia mendakwa kerajaan Selangor gagal memaklumkan Syabas sama ada ia bersetuju untuk menaikkan tarif diwartakan itu kepada tarif dipersetujui.

Syabas memohon perisytiharan bahawa berdasarkan penilaian sebenar konsesi perjanjian bertarikh 15 Disember, 2004, kerajaan Selangor berhutang dengannya RM1,054,208,382 bilion bagi tempoh antara 1 Januari 2009 dan 31 Mac, 2011.

Syabas mahu kerajaan Selangor membayar jumlah itu dalam pelarasan tarif air.

Kerajaan Selangor dalam kenyataan pembelaannya yang telah dipinda, menyatakan Syabas tidak berhak kepada sebarang pampasan seperti dituntut syarikat itu. – Bernama,

Kedua tercorot PISA: Malaysia tiada cara lain kecuali tukar kerajaan, kata Kit Siang

Posted: 02 Apr 2014 02:44 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM


Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang hari ini menyelar Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak mengaku kelemahan sistem pendidikan negara. – Gambar fail.Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang hari ini menyelar Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak mengaku kelemahan sistem pendidikan negara. – Gambar fail.



























Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini berkata kedudukan Malaysia pada tangga ke-39 di kalangan 44 negara dalam ujian penilaian pencapaian pelajar (PISA) dunia membuktikan bahawa Malaysia tidak mempunyai cara lain menyelamatkan sistem pendidikan negara melainkan dengan penukaran tampuk pemerintahan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Gelang Patah mengulas ranking terbaru PISA dalam ujian penyelesaian kreatif itu berkata jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara di Malaysia kini sedang berdepan dengan krisis yang amat besar.

"Dengan ranking terbaru yang dikeluarkan PISA kita hanya akan mendapat satu isyarat jelas bahawa sistem pendidikan negara kita berdepan dengan krisis.

"Dan sekiranya mereka masih tidak mahu mengambil sebarang pengajaran mengenai ini maka saya yakin sistem pelajaran negara ini akan terus mundur‎ dan ini tidak akan berubah sekiranya kerajaan tidak bertukar," katanya kepada The Malaysia Insider di lobi Parlimen hari ini.

Malaysia berada di tangga ke-39 dengan min skor 422 dalam penilaian pertama mengenai penyelesaian masalah kreatif bagi pelajar 15 tahun yang menduduki ujian PISA sementara negara jiran Singapura mengatasi Malaysia dengan min skor 562.

Keseluruhan min skor untuk semua negara ialah 500 dimana ujian itu dilaksanakan pada 2012 dan keputusannya dikeluarkan semalam.

Lim berkata memburukkan keadaan lagi, Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja tidak mahu mengakui kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan negara malah tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

"Kita amat kesal kerana menteri (Muhyiddin) langsung tidak mahu memberi kenyataan malah sejak dulu apabila laporan PISA kali pertama dikeluarkan tidak ada sebarang langsung reaksi diberikan beliau.

"Beliau juga tidak langsung tidak mahu mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam sistem pendidikan negara," katanya.

Katanya sekiranya kerajaan masih lagi berpegang dengan kepercayaan bahawa sistem pendidikan tidak mempunyai kelemahan maka usaha melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ‎juga akan gagal.

Malaysia pula hanya mendapat 0.9% pecahan pencapai tinggi berbanding 29.3% diperoleh Singapura. Pecahan Malaysia di bawah peratusan purata iaitu 11.4%.

Ini menunjukkan hanya seorang daripada 10 pelajar Malaysia, berusia 15 tahun, yang mampu menyelesaikan masalah paling kompleks, dibandingkan dengan seorang daripada lima pelajar di Singapura, Korea Selatan dan Jepun.

Malaysia memperolehi 29.1 dalam kadar penyelesaian bagi tugasan mengukur pemerolehan pengetahuan dan 29.3 untuk tugasan penggunaan pengetahuan sementara Singapura mendapat markah 62 dan 55.4 masing-masing bagi tugasan berkenaan, jauh lebih tinggi daripada markah purata semua negara iaitu 45.5 dan 46.4.

Selain itu, Malaysia juga mendapat keputusan yang teruk dalam penilaian PISA sebelum ini yang mengukur bagaimana pencapaian pelajar di 65 negara dalam mata pelajaran matematik, sains dan membaca.

Menurut keputusan PISA pada 2012, pelajar Malaysia hanya mendapat markah di bawah purata atau berada di tangga 52 daripada 65 negara. Malah, pelajar Vietnam berada di tangga ke-17 daripada 65 negara itu.

Hanya seminggu lalu, pakar ekonomi Bank Dunia bercakap mengenai kualiti rendah sistem pendidikan Malaysia lebih membimbangkan daripada paras hutang isi rumah rakyat negara ini.

Kami anggap pusingan ‘U’ MH370 arahan menara kawalan, timbalan menteri pertahanan beritahu Parlimen

Posted: 02 Apr 2014 02:41 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Pihak tentera tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat yang tidak dikenali di radar tentera kerana menganggap pusat kawalan trafik Subang yang mengarahkan pesawat itu membuat pusingan 'U', kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri (gambar) kepada Parlimen hari ini.

"Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan. Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya ketika membuat penggulungan  perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong.

Malaysia teruk dikritik selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Dalam laporan sebelum ini, BBC berkata, ia menimbulkan tanda tanya manakala bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British dan penganalisa angkasa Andrew Brookes berkata, kerajaan dan tentera udara mempunyai isu yang serius untuk ditangani.

Insiden Terowong Larkin: JDT Didenda RM30,000

Posted: 01 Apr 2014 05:25 PM PDT

 
Oleh: SURYATI MOHD NOR 


PETALING JAYA:  Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abd Razak mengumumkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) didenda RM30,000 kerana kelemahan keselamatan dalam terowong di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos.

Selepas dua bulan menunggu perbicaraan kes insiden 'Terowong Larkin' ini, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya membuat keputusan berdasarkan isu keselamatan.

Taufek mengumumkan keputusan tersebut selepas hampir sepuluh jam bermesyuarat.


"Setelah panjang lebar hujah yang diberi oleh pihak JDT, pengadil, pegawai serta pegawai perlawanan, jawatankuasa berpuas hati bahawa perkara yang berlaku itu adalah berpunca daripada kelemahan keselamatan.

"Perkara ini memang diakui oleh Setiausaha Agung JDT, Mohd Fahmy Yahya  semasa memberi hujahnya.

"Akibat daripada masalah kelemahan keselamatan , kekurangan selia yang baik jawatankuasa telah mendapati JDT terbabit dengan keadaan itu dan didenda RM30,000 dan  diberi amaran agar peristiwa itu tidak berlaku lagi.

"Dan dengan hukuman itu mereka berhak membuat hukuman kerana maksimum hukuman adalah RM100,000," jelasnya pada sidang media.

Manakala mengenai isu yang dikatakan ada pegawai tertinggi  terlibat dalam kes ini, Taufek menjelaskan ia adalah kes polis kerana terdapat laporan dibuat.

"Dalam kes ini dua pihak terlibat, FAM  dan satu lagi pihak polis.

"Saya difahamkan bahawa ini hasil siasatan pihak polis  dan telah pun diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diambil susulan.

"Dan sekiranya tiada tindakan, kami akan mengambil tindakan kerana FAM ada tempoh  dua tahun untuk berbuat demikian.

"Kita di pihak FAM telah berbincang bahawa setakat ini kes tersebut ditangguh," katanya.

Insiden 'Terowong Larkin' menjadi isu panas bola sepak negara selepas pasukan T-Team menarik diri daripada meneruskan permainan kerana alasan keselamatan  ketika aksi bertemu JDT pada pusingan kedua Piala FA  1 Februari lalu.

Status perkahwinan Izzah, suami diketahui 12 Jun

Posted: 01 Apr 2014 05:16 PM PDT

Status perkahwinan Izzah, suami diketahui 12 Jun  

Nurul Izzah keluar selepas hadir bagi sebutan kes permohonan cerai ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di Jalan Duta di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Status perkahwinan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim akan diketahui pada 12 Jun ini selepas jawatankuasa pendamai membuat laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian itu.

Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh itu bagi membolehkan jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir mengemukakan laporan mereka kepada mahkamah.

Ab Malek menetapkan tarikh itu dalam kamarnya ketika kes itu disebut hari ini, dihadiri Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Zulkifli Che Yong mewakili Raja Ahmad Shahrir.

Ketika ditemui pemberita, Zulkifli berkata mahkamah juga memerintahkan Nurul Izzah dan suaminya mengemukakan senarai nama dan calon jawatankuasa pendamai itu pada 17 April ini.

Dalam proses perceraian, jawatankuasa pendamai terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan mereka bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian. I
  
Sementara itu, Nurul Izzah ketika dihampiri pihak media enggan mengulas lanjut kes perceraiannya dan sambil tersenyum, berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi kami."

Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun. - Bernama

JKSB pertahan kadar tol jambatan kedua

Posted: 01 Apr 2014 05:03 PM PDT

Kadar tol Jambatan Kedua tak melebihi RM10 Plaza tol Jambatan Kedua di Batu Kawan ini merupakan plaza tol yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran. - Foto Bernama


GEORGETOWN - Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini mempertahankan kadar tol yang ditetapkan bagi penggunaan jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SAHMS).
  
Pengarah urusannya Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata ada pihak mempertikaikan bahawa kadar RM8.50 yang dikenakan itu RM1.50 atau 21.4 peratus lebih tinggi daripada kadar tol yang dikenakan di jambatan pertama.
  
Tetapi, kata beliau, jarak di atas permukaan laut bagi jambatan baharu itu ialah 16.9 kilometer, sekali ganda lebih panjang daripada jambatan pertama.
  
"Jika dibuat perbandingan berdasarkan kos bagi setiap kilometer, tol bagi jambatan baharu ini lebih murah iaitu 50 sen bagi setiap kilometer, berbanding 84 sen bagi setiap kilometer di jambatan pertama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Beliau berkata walaupun jambatan baharu itu lebih panjang, namun ia tidak banyak menjejaskan penggunaan bahan bakar kerana selalunya kenderaan menggunakan lebih banyak bahan bakar apabila bergerak perlahan di jalan sesak, berbanding dipandu dengan lancar di laluan lebih panjang.
  
Menurut beliau kenderaan berat pula dibenar menggunakan Jambatan SAHMS sepanjang masa.
  
Kenderaan berat tidak dibenar menggunakan jambatan pertama antara 6.30 pagi dan 8.30 pagi, dan dari 5 petang hingga 7 malam.
  
Dr Ismail berkata di samping tol untuk jambatan berkenaan, pengguna juga perlu membayar tol bagi jalan yang dibina untuk menghubungkan Lebuhraya Plus sedia ada hingga ke jambatan itu di persimpangan bertingkat baharu Jambatan SAHMS.
  
"Mulai hari ini, pemandu kenderaan yang menggunakan jambatan baharu ini perlu membayar tol apabila memasuki Pulau Pinang di plaza tol Jambatan SAHMS dan di plaza tol bersepadu Bandar Cassia," katanya.
  
Sebelum ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan kadar tol bagi jambatan baharu itu ialah RM1.70 untuk motosikal (Kelas 0); RM8.50 untuk kereta, kecuali teksi dan bas (Kelas 1); RM30.50 untuk kenderaan dua gandar dan enam roda, kecuali bas (Kelas 2); RM70.10 untuk kenderaan tiga gandar atau lebih, kecuali bas (Kelas 3); RM8.50 untuk teksi (kelas 4) dan RM26.20 untuk bas (Kelas 5). - Bernama

KPN bidas spekulasi burukkan imej Kapten Zaharie

Posted: 01 Apr 2014 05:00 PM PDT

Tan Sri Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar


KOTA BHARU - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kecewa dengan pihak tertentu yang berterusan membuat spekulasi tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 sehingga memalukan keluarga juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah.
  
Beliau berkata spekulasi berkenaan bukan sahaja boleh memalukan keluarga terbabit tetapi juga ia boleh menjejaskan segala siasatan berhubung kejadian itu.
  
"Terlalu banyak spekulasi jadi kita kena berhati-hati ketika membaca. Saya tengok anaknya pun sudah menafikan, jadi ada pihak wartawan media (asing) yang kurang beretika sengaja tulis perkara-perkara yang tidak elok.
  
"Kalau ada yang boleh saya umumkan, saya akan umumkan tetapi kita semua kena faham perkara dalam siasatan, kita takut ia akan menjejaskan penyiasatan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan Sepanjang Hayat Bersama Pucuk Pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
  
Semalam, anak Kapten Zaharie, Aishah menyelar laporan The Daily Mail yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 12.41 tengah malam.
  
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
  
Sementara itu,  Khalid berkata terdapat peningkatan kes anggota polis di seluruh negara yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, jantung dan buah pinggang.
  
Keadaan itu, menurutnya, berikutan keadaan hidup rakyat di negara ini yang bertambah baik dan kemampuan untuk membeli makanan kesukaan masing-masing.
  
"Benda-benda ini semua perlu dikawal maknanya kita perlu beri kesedaran tentang betapa pentingnya untuk menjaga pemakanan dan kesihatan diri kita melalui senaman-senaman," katanya.
  
Beliau mengingatkan warga polis agar menjaga kesihatan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan baik dan menikmati kualiti hidup yang sihat.
  
Turut hadir isteri Khalid yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Puan Sri Imran Ibrahim, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir. - Bernama

'Tiada luar biasa dari komunikasi akhir MH370'

Posted: 01 Apr 2014 04:53 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Selepas 25 hari, pihak berkuasa Malaysia akhirnya hari ini mengeluarkan transkrip komunikasi terakhir pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pengawal trafik udara.

Pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (lihat gambar, paling kanan) berkata, tiada apa yang luar biasa daripada transkrip itu.

"Tiada tanda-tanda apa yang tidak normal dalam transkrip itu.

"Transkrip itu sebelumnya tidak didedahkan kerana menjadi sebahagian daripada siasatan polis," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Hishammuddin juga berkata, dokumen itu turut didedahkan kepada anggota keluarga.

Baca salinan transkrip itu di sini.

Tiada ulasan: