Rabu, 2 April 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Suami Paksa Isteri Hisap Syabu, Layan Nafsu Lima Lelaki

Posted: 01 Apr 2014 09:45 PM PDT



[HM] Kuala Lipis: Tempoh lima hari tinggal di dalam 'neraka buatan suami' cukup menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120 setiap seorang. 

Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa.

Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu.

Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga. 


RUMAH yang dijadikan tempat lelaki melacurkan isteri sendiri. 


Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran. 

Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa 'disajikan' kepada lima lelaki terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan.

Katanya, bagaimanapun, pada 30 Mac lalu, mangsa akhirnya nekad melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan.

"Mangsa merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya, namun lelaki itu bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi dengan satu syarat iaitu melayani nafsunya.

"Mangsa yang sudah buntu mencari jalan untuk menyelamatkan diri terpaksa mengikut arahan suspek sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa," katanya.

Menurutnya, selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar Katanya, selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Lipis, di sini, untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang kelmarin.

Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin.

"Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk menyara kehidupan termasuk membeli syabu," katanya.

Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang mangsa tanpa belas kasihan.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dijaga ibu mentuanya.

Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya. -Shahrul Nizam Mohamad/2/4/14


Malaysia di Tangga 39 daripada 44 Negara dalam Ujian Penyelesaian Masalah PISA

Posted: 01 Apr 2014 09:06 PM PDT



[TMI] Malaysia sekali lagi mendapat markah corot dalam ujian penilaian pencapaian pelajar dunia, berada di tempat kumpulan terakhir di kalangan 44 negara – satu keputusan yang mengukuhkan kebimbangan ramai mengenai sistem pendidikan negara yang semakin merosot.

Malaysia berada di tangga ke-39 dengan min skor 422 dalam penilaian pertama mengenai penyelesaian masalah kreatif bagi pelajar 15 tahun yang menduduki ujian Programme for International Student Assessment (PISA), sementara negara jiran Singapura mengatasi Malaysia dengan min skor 562.

Keseluruhan min skor untuk semua negara ialah 500.

Keputusan markah yang diterima Malaysia menunjukkan pelajar yang diuji kekurangan kemahiran yang diperlukan di tempat kerja moden.

Sebaliknya, Singapura hanya mendapat 8% pecahan pencapai rendah. Itu bermakna 21.4%.

Malaysia pula hanya mendapat 0.9% pecahan pencapai tinggi berbanding 29.3% diperoleh Singapura. Pecahan Malaysia di bawah peratusan purata iaitu 11.4%.

Ini menunjukkan hanya seorang daripada 10 pelajar Malaysia, berusia 15 tahun, yang mampu menyelesaikan masalah paling kompleks, dibandingkan dengan seorang daripada lima pelajar di Singapura, Korea dan Jepun.

Negara Asia seperti Korea, Jepun, Macau-China, Hong Kong China, Shanghai-China dan Chinese Taipei menjadi antara yang tertinggi dalam senarai itu.

Pelajar dari Kanada, Australia, Finland, England, Estonia, Perancis, Belanda, Itali, Republik Czech, Jerman, Amerika Syarikat dan Belgium semuanya memperoleh markah melebihi purata.

"Sebanyak 85,000 pelajar dari 44 negara dan ekonomi mengambil ujian menggunakan komputer itu, membabitkan senario kehidupan sebenar untuk mengukur kemahiran yang akan golongan muda guna apabila berdepan dengan masalah harian, contohnya ialah memasang thermostat atau mencari jalan paling cepat untuk tiba di sesuatu destinasi," kata Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, yang menjalankan ujian itu.

Ujian itu dilaksanakan pada 2012 dan keputusannya dikeluarkan semalam.

Malaysia memperolehi 29.1 dalam kadar penyelesaian bagi tugasan mengukur pemerolehan pengetahuan dan 29.3 untuk tugasan penggunaan pengetahuan sementara Singapura mendapat markah 62 dan 55.4 masing-masing bagi tugasan berkenaan, jauh lebih tinggi daripada markah purata semua negara iaitu 45.5 dan 46.4.

"Remaja berusia 15 tahun pada hari ini dengan kemahiran penyelesaian masalah yang lemah akan menjadi golongan dewasa yang bergelut untuk mencari atau kekal dalam pekerjaan yang baik," kata pemangku Pengarah Pendidikan dan Kemahiran di OECD, Andreas Schleicher.

"Pembuat polisi dan pendidik perlu membentuk semula sistem sekolah dan kurikulum untuk membantu pelajar membangunkan kemahiran penyelesaian masalah mereka yang semakin diperlukan dalam ekonomi hari ini," katanya.

Malaysia juga mendapat keputusan yang teruk dalam penilaian PISA sebelum ini yang mengukur bagaimana pencapaian pelajar di 65 negara dalam mata pelajaran matematik, sains dan membaca.

Menurut keputusan PISA pada 2012, pelajar Malaysia hanya mendapat markah di bawah purata atau berada di tangga 52 daripada 65 negara. Malah, pelajar Vietnam berada di tangga ke-17 daripada 65 negara itu.

Hanya seminggu lalu, pakar ekonomi Bank Dunia bercakap mengenai kualiti rendah sistem pendidikan Malaysia lebih membimbangkan daripada paras hutang isi rumah rakyat negara ini.

Dr Frederico Gil Sander, pakar ekonomi untuk Malaysia berkata, rakyat Malaysia perlu disedarkan mengenai pencapaian anak di sekolah lebih teruk daripada pelajar di Vietnam, iaitu negara yang jauh lebih miskin daripada Malaysia.

Pencapaian Malaysia dalam penilaian antarabangsa yang terus menyedihkan menonjolkan lagi kelemahan sistem persekolahan negara, walaupun fakta menyatakan sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar setiap tahun daripada bajet negara.

Pengkritik berkata keputusan PISA bercanggah dengan Putrajaya yang berkeras menyatakan Malaysia mempunyai sistem pendidikan bertaraf dunia.

Mereka juga mempersoalkan nilai sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melahirkan ramai pelajar memperolehi A, tetapi tidak mampu bersaing dengan rakan sebaya mereka dari Singapura, China dan Taiwan.

Ahli politik pembangkang tanpa belas kasihan terus menyerang Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai keputusan Malaysia yang buruk dalam ujian penilaian antarabangsa.

Muhyiddin kemudian mengumumkan kementerian akan menubuhkan jawatankuasa kerja khas untuk meningkatkan penilaian pelajar dalam ujian berkenaan. – ELIZABETH ZACHARIAH/2 April, 2014.

Kapal Selam Tentera Laut Diraja Britain Sertai Operasi di Lautan Hindi, SCORPENE?????

Posted: 01 Apr 2014 08:49 PM PDT


[AA] KUALA LUMPUR: Kapal selam Tentera Laut Diraja Britain, HMS Tireless tiba di selatan Lautan Hindi untuk menyertai operasi mengesan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Kapal selam itu akan disertai oleh sebuah kapal peninjau, HMS Echo yang akan membantu usaha mengesan kemungkinan serpihan yang boleh jadi ada kaitan dengan pesawat itu di permukaan laut.

Pengiriman HMS Tireless dan HMS Echo itu dimaklumkan oleh Setiausaha Pertahanan UK, Philip Hammond kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Selasa.

"Ini adalah sumbangan daripada sahabat Malaysia yang sangat dihargai bukan saja oleh kita tetapi juga negara-negara lain yang menyertai operasi mencari MH370," katanya seperti dipetik oleh Bernama di Honolulu.

Hishammuddin berada di Hawaii untuk menghadiri Forum Pertahanan ASEAN-Amerika Syarikat yang digelar oleh Setiausaha Pertahanan Amerika, Chuck Hagel.

Sementara itu, Hishammuddin melalui akaun Twitternya merakamkan rasa gembira dengan bantuan itu dan berkata Malaysia "tidak akan melupakannya sampai bila-bila."

So pleased 2 see UK onboard - We will never forget! "@HCSFeatherstone: H2O We are pleased 2 b contributing 2 d international search effort."— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O)April 2, 2014

Selain kerahan aset, UK juga mengirimkan bantuan kepakaran daripada beberapa jabatan kerajaan untuk membantu usaha merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.

Empat pegawai tentera udaranya yang sedang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja New Zealand juga terlibat aktif dalam operasi carian itu.

Sementara itu, penganalisis percaya Tentera Laut Amerika Syarikat juga mungkin sudah mengirimkan kapal selamnya tetapi seperti lazimnya, ia tidak mengumumkan pergerakan kapal selamnya itu.

"Nilai sebuah kapal selam ialah pada kemampuannya untuk (bergerak dengan) senyap dan tidak dikesan," kata Eric Wertheim, penganalisis dengan Institut Tentera Laut Amerika Syarikat seperti dipetik oleh majalah Foreign Policy.

Seperti kapal selam Britain, kapal selam Amerika juga boleh membantu mengimbas kawasan perairan di selatan Lautan Hindi untuk mengesan pesawat yang hilang itu. Sejauh mana ia boleh turun ke dasar laut

Pegawai kanan tentera laut Amerika yang dihubungi oleh majalah itu juga enggan menjelaskan apakah Amerika perlu mengirimkan kelengkapan tambahan dan berkata, bantuan setakat ini adalah memadai.

HMS Tireless merupakan sebahagian daripada armada kapal selam kelas Trafalgar yang dijana oleh kuasa nuklear. Ia direka untuk memburu kapal selam musuh semasa era Perang Dingin. Kapal selam ini membawa 18 anak kapal. - 2/4/14


P/s: Scorpene dilaporkan mampu membuat misi SAR dan hal ini dimaklumkan oleh kerajaan suatu ketika dahulu. Selain itu, video promo tentang Scorpene juga ada menyatakan fungsi Scorpene untuk terlibat dalan SAR.

Berkaitan:

Dr Asri: Cari MH370, 'Alangkah indahnya jika negara punyai kapal selam boleh berfungsi'

[Selangorku] SHAH ALAM 2 APRIL: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata membaca berita negara asing yang menghantar kapal selam untuk membantu mencari pesawat MH370 terasa alangkah indahnya jika Malaysia juga mempunyai kapal selam yang boleh berfungsi baik.

Dr Asri berkata, pelbagai isu kapal selam negara sudah lama kedengaran dengan kos pembelian Kapal Selam Scorpene daripada Peranchis dianggarkan berjumlah USD580 juta.


"Dalam keadaan seperti ini alangkah cantiknya jika ia dapat memberi sedikit sumbangan sepadan dengan harganya yang mahal," tulis Dr Asri di laman sosial Facebooknya.

Beliau berkata, walaupun ada yang berkata ia tidak sesuai kerana tidak seperti yang dimiliki oleh 'jiran sebelah', tapi jawapan itu tidak memberikan kebanggaan pada negara.

Sebelum ini, Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 hari ini.

Kerajaan UK juga membantu dengan meminjamkan pakar untuk memberikan bantuan teknikal dan keupayaan kepakaran dari Kementerian Pertahanan, Pejabat Hidrografik, Jabatan Pengangkutan dan Pejabat Meteorologi untuk membantu mengesan pesawat itu, katanya.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia. - Mohd Ezli Mashut/2/4/14


Tiada ulasan: