Jumaat, 11 April 2014

Biaqpila

Biaqpila


MISTERI MH370: HINGGA KINI TIADA BUKTI KUKUH DITEMUI

Posted: 11 Apr 2014 08:25 AM PDT


Towed Ping Locater yang digunakan untuk mengesan isyarat dari kotak hitam.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

"JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370" kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.


KENAPA SUSAH MENCARI ISTERI YANG SOLEHAH?

Posted: 10 Apr 2014 09:00 PM PDT



Kata seorang teman, susah nak cari isteri yang solehah zaman sekarang.

Ditanya kenapa?

Dia pun menjawab dengan berkata ;

'Mak bapak zaman sekarang ini menghantar anak perempuan mereka pergi belajar tinggi-tinggi untuk jadi doktor, lawyer, jurutera, ustazah dan balik bekerja untuk balas budi mak bapak.'

Tetapi tak ada pula yang menghantar anak perempuan mereka untuk menjadi isteri solehah.

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata,

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ

'Pernah ditanyakan kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam, "Siapakah wanita yang paling baik?" Jawab Baginda, "Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.' (Riwayat Ahmad dan al-Nasaie)

Kata Nabi Salallahualaihiwassalam, wanita yang paling baik ialah wanita yang menjadi isteri yang solehah bukan wanita yang menjadi doktor, ustazah, jurutera, lawyer dan pensyarah.

Tetapi ada mak bapa ajar hal ini? Mana ada bahkan jarang sekali kerana tak menguntungkan duniawi!

Anak jadi isteri solehah mak bapa tak dapat merasai nikmat kesenangan dunia, tetapi jadi doktor dan bergaji tinggi mak bapa sakit demam boleh masuk hospital swasta dapat layanan istimewa.

Pesanan suruh menjadi isteri yang solehah pun jarang dan boleh dibilang. Yang kerap ialah suruh belajar cemerlang dan balik balas budi mak bapak atau bekerja besar dan hidup senang!

Mana ada yang ingat nak hantar anak perempuan untuk jadi isteri solehah, ibu mithali dan taat pada suami. Silap-silap disuruhnya derhaka kepada suami kerana untuk memenuhi kehendak diri.

Apa susah, kau tu belajar tinggi-tinggi dan bekerja ada gaji. Cari saja lelaki lain, itu ayat kegemaran ibubapa!

Lalu bagaimana tak binasa rumahtangga dan generasi akan datang? Institusi kekeluargaan Muslim hanya menjadi kenangan dan angan-angan.

# Komen saya; 'Harapan masih ada jika kaum lelaki ada ilmu dan tidak berputus asa untuk mendidik kaum muslimah.

Maksudnya muslimah kenalah cari lelaki yang berilmu untuk mendidiknya dan dia pun kenalah dengar cakap dan tidak keras kepala dengan suaminya.

Ini kerana Allah berfirman;

أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

"Maka apakah orang-orang yang dibukakan oleh Allâh hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Rabb-nya (sama dengan orang yang hatinya keras)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang hatinya keras untuk mengingat Allâh. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata [Az-Zumar :22]

Wanita perlu sanggup berubah, keluar dari zon selesa untuk mencari redha Allah. Tak pernah ada istilah terlambat kerana apa yang penting ialah pengakhiran bukan bagaimana ia bermula.

Kata Nabi salallahualaihiwassalam;

الأعمال بالخواتيم

'Sesungguhnya amalan itu adalah bergantung kepada pengakhirannya.' (Riwayat al-Bukhari)


# Harapan umat masa depan, hancur atau binasa kini ditangan anda!

ustaz


Tiada ulasan: