Biaqpila |
MEDIA RUSIA LAPOR NAMA PERAMPAS MH370 Posted: 10 Apr 2014 05:39 AM PDT SUSULAN dakwaan sumber yang rapat dengan agensi risikan Russia FSB, sebuah akhbar negara berkenaan menurut satu laporan hari ini mendakwa sumber yang sama juga mengetahui nama perampas itu. Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak 'melarikan' pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikenali dengan nama 'Hitch'. Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak 'melarikan' pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikenali dengan nama 'Hitch'. Menurut akhbar The Moskovsky Kosomolets yang memetik sumber enggan dikenali menyebut sumber itu berkata juruterbang pesawat MH370 tidak bersalah dalam kejadian itu. "Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas telah dirampas, kedua-dua juruterbang tidak bersalah dan pesawat dirampas oleh pesawat yang dikenali, kami hanya mengetahui nama pengganas yang memberikan arahan sebagai 'Hitch'. "Pesawat itu kini berada tidak jauh di Kandahar berdekatan dengan sempadan Pakistan," dakwa akhbar berkenaan yang dipetik laman web voiceofrussia.com. Menurut laporan itu, sumber berkenaan mendakwa pesawat itu diletakkan di sebuah jalan di pergunungan dan sayapnya rosak, kemungkinan akibat pendaratan yang agak kasar. "Semua penumpang terselamat dan mereka diletakkan di dalam sebuah pondok dengan hampir tiada makanan," katanya. Sumber yang tidak didedahkan namanya itu berkata beberapa orang 'pakar' yang berjumlah 20 orang dari Asia telah ditahan dengan seorang daripada mereka warga Jepun. Ia kemungkinan merujuk kepada para pekerja syarikat elektronik Freescale Semiconductor. Biarpun begitu pendedahan akhbar itu tidak menular ke seluruh dunia mahupun ke Amerika Syarikat. Akhbar itu melaporkan, pihak berkuasa Malaysia membuat pengumuman bahawa pesawat itu telah pun mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi. Sebelum itu, akhbar The Independent pada 16 Mac pernah melaporkan spekulasi berkaitan pesawat berkenaan telah terbang di kawasan yang dikawal oleh militan Taliban. "Pesawat MH370 yang hilang telah diterbangkan tanpa dikesan radar ke kawasan Taliban di sempadan Afghanistan," menurut laporan The Independent. – MYNEWSHUB.MY ibnuhasyim |
PERISIKAN RUSIA DEDAH LOKASI MH370 Posted: 09 Apr 2014 11:00 PM PDT Perisikan Russia Dedah Lokasi Sebenar MH370, Bukan Di Lautan HindiSumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan. Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu; "Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,". Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya. Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia. Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia. Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa. Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia. ~mynewshub/addin idahsalam |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan