Anak Sungai Derhaka |
- Ish!! Dikir Barat apa bendanya macam ni?
- Feri karam PM Korea Selatan letak jawatan.. MH370 hilang PM Malaysia buat bodo..
- Sejak bila Utusan Malaysia jadi jurucakap bagi pihak rakyat Malaysia?
- Obama masuk Masjid Negara.. macai UMNO kehilangan kata-kata...
- Pemilihan PKR : Semoga penipuan di Sarawak ini tidak disapu ke bawah karpet hendakNya
Ish!! Dikir Barat apa bendanya macam ni? Posted: 27 Apr 2014 07:54 AM PDT Hebat Ganu kite di bawah pentadbiran UMNO/BN ni.. dah nak sama tarafnya dengan negara-negara barat dalam menyajikan hiburan.. Satu konsert Dikir Barat dilaporkan telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut di Kampung Pasir Akar, Besut, Terengganu baru-baru ini.. Selain dari mencalarkan imej Islam, konsert yang disajikan dengan tarian gelek berunsur lucah oleh penyanyi penyanyi wanita ini dilihat turut mencemarkan keaslian Dikir Barat itu sendiri. Lebih menarik lagi bilamana penonton-penontonya kelihatan terdiri dari lelaki-lelaki yang memakai kupiah, berbaju melayu kain pelikat hadir menyaksikannya.. . Inilah agaknya hasil didikan Umno yang kononnya memperjuangkan kesucian agama Islam. Difahamkan konsert ini diadakan berdekatan dengan kawasan kubur,perkampungan pondok dan masjid. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Ketua Pemuda UMNO di kawasan ini merupakan seorang hafiz dan merangkap Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Bahagian Besut. Mengapa bila jadi kubu kuat UMNO, maka akan ada program mengundang bala seperti ini. Belum cukup kah Allah SWT beri amaran melalui kemarau yg panjang? Exco Agama mana? Oops lupa. Negeri2 lain ada,tapi Terengganu tak ada Exco agama. Mungkin tak berapa penting bagi UMNO.Sebab itulah konsert sebegini dibenarkan. Memalukan !!! sebagai penduduk Besut aku turut merasa tempiasnya. Pohon JHEAT menyiasat dan mengambil tindakan supaya masyarakat tak terus sesat dan tidak mencemarkan imej Besut itu sendiri yang pernah dilabel sebagai BUMI ULUL ALBAB oleh bekas MB Datuk Sri Idris Jusoh lapor MalaysiaBerih di SINI |
Feri karam PM Korea Selatan letak jawatan.. MH370 hilang PM Malaysia buat bodo.. Posted: 27 Apr 2014 05:30 AM PDT Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won meletak jawatan atas bertanggungjawab terhadap insiden feri karam yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban dan hilang. "Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara ini berlaku dan tidak dapat memberi respon atas perkara ini," katanya. "Saya percaya, sebagai Perdana Menteri, saya perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan," Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang -kebanyakkan daripada mereka kanak-kanak sekolah - dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu. Sehingga Ahad, jumlah kematian akibat tragedi itu dilaporkan 187 orang dengan 115 diambil kira. Kerajaan Korea Selatan, bersama semua jabatan rasminya, telah dikritik hebat akibat nahas ini dan pengedalian operasi menyelamat. "Kemalangan ini membuatkan seluruh Korea Selatan berada dalam kejutan dan dukacita . Banyak hari telah berlalu sejak kemalangan itu, namun jeritan keluarga yang hilang masih membuatkan saya terjaga pada waktu malam," kata Chung pada sidang media yang disarkan di televisyen. "Kepada rakyat Korea Selatan , ini bukan masa untuk menunding jari kepada satu sama lain tetapi masa untuk menyelesaikan operasi menyelamat dan mengendalikan sebaiknya. Saya menyeru anda membantu mengatasi situasi sukar ini. "Saya benar-benar berharap agar rakyat Korea Selatan dan keluarga mangsa Sewol akan memaafkan dan memahami saya kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawab saya hingga akhir. Sekali lagi saya mohon anda memberi sokongan (kepada operasi menyelamat)." Biarpun semua harapan untuk mencari mangsa yang terselamat telah dipadamkan, namun kemarahan dan kekecewaan keluarga mangsa masih ada terhadap tahap gerakan menyelamat. Semua 15 anak kapal yang terselamat kini ditahan dan berdepan tuduhan melakukan janayah kerana cuai akibat meninggalkan penumpang. "Saya ingin meletak jawatan lebih awal namun memberikan keutamaan kepada mengendalikan situasi ini dan saya fikir ia perbuatan bertanggungjawab untuk membantu sebelum meninggalkan," kata Chung. "Tapi saya memutuskan untuk meletak jawatan sekarang tidak menjadi beban kepada pentadbiran," katanya lapor AstroAwani |
Sejak bila Utusan Malaysia jadi jurucakap bagi pihak rakyat Malaysia? Posted: 27 Apr 2014 03:30 AM PDT Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berada di Malaysia hujung minggu ini untuk bertemu beberapa pemimpin serta melawat beberapa tempat, sejak 48 tahun selepas lawatan kali terakhir presiden negara itu ke Malaysia. Akhbar Umno, Utusan Malaysia berkata rakyat Malaysia lega apabila Obama tidak bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Seperti juga di AS, rakyat Malaysia mahukan pemimpin yang bermoral, bersih dan berwibawa, bukannya ikon yang songsang," kata Awang Selamat dalam ruangannya dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini. Awang Selamat turut menyindir Anwar yang hanya dapat bertemu Penasihat Keselamatan AS Susan Rice dengan mengatakan perjumpaan itu sekadar menepati dasar keterbukaan negara itu. Kenyataan itu dikeluarkan akhbar sama yang melaporkan sebelum ini CIA berkemungkinan terlibat dalam kehilangan pesawat MH370. Namun mari kita jelaskan, bukan Utusan mahupun Umno bersuara bagi pihak rakyat Malaysia. Malah, bukan juga jurucakap Melayu dan juga jika Pilihan Raya 2013 dan Pilihan Raya Kecil Kajang adalah petunjuk. Mereka juga tidak bercakap bahasa yang sama dengan Obama. "Saya percaya, tidak kira sama ada kita berasal dari sebuah kampung terpencil atau bandar raya megah, sama ada kita tinggal di Amerika atau di Malaysia, sebagai manusia, kita berkongsi hasrat yang sama – untuk hidup dengan bermaruah dan aman. "(Kita ingin) mencorakkan masa depan kita sendiri, boleh mencari rezeki dan bekerja keras untuk menyara keluarga. Dan paling penting, mewariskan kepada generasi akan datang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ditinggalkan untuk kita. "Inilah aspirasi yang melambangkan era baru 'bekerjasama' antara Amerika Syarikat dan Malaysia. Kita mungkin berbeza sebagai negara, rakyat kita mempunyai harapan dan aspirasi sama. Kita mampu membentuk kekuatan antara kedua-dua negara daripada kepelbagaian etnik. Kita mampu membina harapan dari sejarah dan mengimpikan harapan cerah untuk anak-anak kita," kata Obama dalam ucapan di Istana Negara di Kuala Lumpur malam tadi. Presiden AS itu berkata, Malaysia akan berjaya dengan kepelbagaiannya, sesuatu yang Umno dan lidah rasminya secara sistematik cuba menafikan dan musnahkan sejak tsunami politik pada 2008. Amat indah apabila pemimpin negara paling berkuasa melawat Malaysia dan menikmati hospitaliti kita. Namun, ia tidak penting bagi Obama untuk bertemu Anwar atau tidak, kerana presiden AS itu tidak mengundi di sini. Malah ia melucukan apabila rakyat Malaysia turut berebut untuk bergambar bersama presiden AS itu. Obama akan menamatkan lawatannya esok, dan ucapannya akan memberikan kesan atau dibuat endah tak endah. Namun kita rakyat Malaysia kekal di sini, menentang mereka seperti Awang Selamat yang mahu memecah belahkan hubungan kita dan usaha menjadi rakyat Malaysia yang lebih baik ~ The Malaysian Insider |
Obama masuk Masjid Negara.. macai UMNO kehilangan kata-kata... Posted: 27 Apr 2014 12:45 AM PDT Suatu masa yang lalu dengan meletakkan rasional ketepi, bukan saja macai malah pemimpin-pemimpin UMNO menjadikan kehadiran pemimpin-pemimpin DAP ke dalam beberapa buah Masjid sebagai satu isu.. Malah untuk menjadikan kemasukkan beberapa pemimpin DAP/PR itu ke dalam Masjid lebih sensasi unsur-unsur fitnah diselit bersama setiap posting mereka.. Ucapan yang disampaikan dikatakan sebagai tazkirah... Mereka menganggap tindakan tersebut adalah sesuatu yang tidak dibenarkan oleh Islam dan ianya mencemar tempat ibadat orang-orang Islam.. Bagaimanapun kejahilan mereka itu dijawab oleh TG Nik Aziz dan juga Dr. Maza serta Dr Muhammad Nur Manuty.. TG Nik Aziz menyifatkan tindakan oleh Nie Ching itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.. Manakala Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Muhammad Nur Manuty berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama. Apa yang jelas terserlah disini tindakan mempertikaikan tindakan Teo Nie Ching memasuki surau Al-Huda hanyalah menyerlahkan kejahilan para penyokong UMNO yang terdiri dari Melayu yang berugama Islam dalam hal ehwal Islam sendiri... sepenuhnya sila baca di SINI Walau apapun nas atau dalil yang dibentangkan untuk mengharuskan perbuatan pemimpin DAP itu.. macai peduli apa??.. serangan terhadap pemimpin DAP itu diteruskan juga.. Hari ini beberapa buah media telah melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah memasuki Masjid Negara.. yang peliknya tak ada sorang macai pun yang jadikan perkara ini sebagai isu.. mengapa? Laporan berkaitan.. Obama melawat Masjid Negara pagi ini KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tiba di Masjid Negara, di sini bagi lawatan peribadi jam 9.40 pagi tadi. Ketibaan Obama disambut oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Turut serta dalam rombongan Obama ialah Wakil Khas AS ke Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC), Rashad Hussain. Sementara itu, Bernama melaporkan, lawatan Obama ke Masjid Negara, melambangkan pendekatan beliau dalam mendekati dunia Islam. Acara pertama beliau pada Ahad dengan melawat ke masjid itu menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini, dengan majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam. Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu, yang menjawat jawatan pada 2009 dan kemudian dipilih semula bagi penggal kedua pada 2012, tiba dengan menaiki limousin presiden di hadapan pintu masuk utama masjid di Jalan Perdana. Obama, yang memakai suit gelap, diiringi Syaikh Ismail ke dewan solat dan berhenti seketika di Makam Pahlawan, yang terletak berhampiran Masjid Negara. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku menteri pengiring. Lawatan bersejarah tiga hari beliau ke negara Asia Tenggara ini - sebahagian daripada siri jelajah Obama ke empat negara Asia - adalah yang pertama oleh Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966. Masjid Negara, yang boleh menampung 15,000 jemaah, adalah lambang aspirasi Persekutuan Malaysia yang baru dibentuk ketika itu dan satu penghormatan kepada Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj atas usaha murni beliau ke arah kemerdekaan negara. Masjid berkenaan, yang dibina pada 1965, menandakan keagungan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan setiap tahun menerima kunjungan banyak pelancong beragama Islam dan bukan Islam. Menara setinggi 73 meter dan berbumbung utama konkrit berbucu 16 adalah antara ciri utama keunikan masjid ini yang menarik kedatangan pelancong. Bangunan berharga RM10 juta itu dibina di kawasan seluas 5.2 hektar, yang terletak di tengah-tengah persekitaran hijau Taman Tasik Perdana dan berhampiran Muzium Kesenian Islam. Makam Pahlawan adalah tempat persemadian Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bapa Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak, Tun Hussein Onn (perdana menteri ketiga) dan dua bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba serta Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Pada Jumaat, akhbar harian berbahasa Inggeris The Star memetik Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdullah Md Zin sebagai berkata 'bukan lazim' bagi seorang pemimpin kuasa terbesar untuk memasukkan kunjungan ke masjid dalam aturcara lawatan mereka. "Tiada cara yang lebih baik bagi Obama untuk memuliakan Islam melainkan dengan melawat Masjid Negara. Agak menarik untuk mengetahui apa yang akan diperkatakannya tentang masjid dan Islam," katanya. Akhbar itu turut memetik Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut sebagai berkata sungguhpun Obama tidak didesak untuk melawat masjid itu, keputusannya untuk berbuat demikian membawa makna yang sangat besar kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. "Ini menunjukkan presiden adalah sensitif dan beliau mahu lebih dekat dengan dunia Islam," kata Nooh. Lawatan Obama ke masjid bukanlah perkara baharu memandangkan beliau mengunjungi Blue Mosque yang sangat terkenal itu semasa melawat Turki pada 2009. Dalam lawatannya ke Indonesia pada 2010, presiden turut melawat Masjid Istiqlal di Jakarta, sebuah daripada masjid terbesar dunia. Selepas kunjungannya ke Masjid Negara, Obama berlepas ke pusat pentadbiran persekutuan Malaysia di Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Najib lapor Berita Harian |
Pemilihan PKR : Semoga penipuan di Sarawak ini tidak disapu ke bawah karpet hendakNya Posted: 26 Apr 2014 06:25 PM PDT Setiap kali bila Pilihanraya menjelang tiba atau ketika Pilihanraya akan berlangsung, isu penipuan dalam Pilihanraya akan kita bangkitkan... Dari pengundi hantu hingga kepada senarai pengundi yang menimbulkan berbagai keraguan pasti akan diserang habis-habisan.. Malah serangan yang bertali arus terhadap SPR dalam isu satu alamat 88 pengundi sebelum PRU13 yang lalu telah menyebabkan pihak SPR menutup laman semakan pengundi buat sementara waktu.. Tetapi... biarpun pihak kita menunjukkan kemarahan malah menuduh SPR bersekongkol dengan UMNO/BN untuk kekal berkuasa, kita juga turut menipu.. Tidakkah ini namanya HIPOKRIT?? ... Hasil dari maklumat ahli, pasukan pemantau PACA TS Khalid Ibrahim telah menyerbu sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak yang telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu. Ketika pihak PACA Tan Sri Khalid Ibrahim mengetuk pintu bilik hotel tersebut mereka yang berada didalam enggan membukanya dan dalam masa yang sama kedengaran dari luar keadaan kelam kabut didalam .. Setelah beberapa minit barulah pintu dibuka, dapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dipercayai telah memangkah kertas-kertas undi dan dimasukkan kedalam sebuah kotak. Kejadian ini telah berjaya dirakam dan sudah pun dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat Dato' Johari Abdul sendiri. Pihak JPP berjanji sungguh akan buat siasatan dan tindakan sewajarnya. .. Sehingga artikel ini di tulis calon no 3 Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mendahului. Berikut adalah laporan dari Zakaria Ab Rahim Calon MPP dan Counting Agent Batang Sadong.. Salam Dato, saya selaku calon MPP No 2 dan Wakil Calon Timb Presd no 3 dgn ini membantah keluruhan proses pengundian SELURUH JK Pusat di Cabang Batang Sadong kerana berlaku penipuan dan manipulasi undi dan ditangkap red handed beserta 3 org saksi, Semoga penipuan ini tidak disapu kebawah karpet hendakNya.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan