Ahad, 27 April 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Kelemahan kenderaan rasmi Obama, "Cadillac One" (The Beast) di kesan di Malaysia & Isreal !!

Posted: 27 Apr 2014 08:39 AM PDT


Cadillac One yang dikenali "The Beast" kenderaan rasmi Presiden Obama dikatakan adalah kenderaan terbaik dan paling baik di dunia. Kereta General Motors ini adalah keluaran 2009 dengan spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan dan berciri sebuah kereta kebal menurut media.

Sepanjang lima meter, seberat lapan tan, "The Beast" dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.


Tayarnya kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.

The Beast turut dilengkapi senapang "shot-gun" dan kamera penglihatan malam. Memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah.



Walaupun hebat kereta ini telah memalukan Presiden Obama semasa lawatannya ke Isreal Mac 2013 lalu bila kereta yang tangkinya di isi gas bukan diesel menyebabkan terpaksa ditunda.


Akibat kebodohan pemandunya kerana bernilai $1.5 juta dollar ini tak boleh bergerak. Obama terpaksa menggunakan kereta keduanya untuk acara lawatan di Isreal. (rujuk di sini)

Di Malaysia pula, hebat mana  kereta ini, ada oksigen dan bekalan darah... tapi minyaknya masih tak mampu untuk bergerak jauh dan tak ada bekalan minyak..


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Bantahan TPPA & hukuman mati 529 anggota Ikhwan pada ccara Obama

Posted: 27 Apr 2014 07:41 AM PDT


Sekumpulan siswa mengambil peluang untuk menyuarakan bantahan ke atas Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dan pendirian AS berhubung hukuman mati ke atas 529 anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir semasa acara presiden AS Barack Obama di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Tahniah kepada kumpulan pelajar ini, walaupun sekitar 10 orang siswa mereka berjaya menyatakan pandangan tersebut untuk ditonton seluruh dunia.

Masej yang dipamerkan memalui poster membantah TPPA dan juga poster membantah penggulingan kerajaan Mesir ketika Obama sedang menyampaikan ucapannya suatu tindakan yang sangat berani.


Obama yang biasa dengan keadaan seperti berkata dalam ucapannya "Sebagai contoh ada orang berkata 'tidak' di sebelah sana. Saya tidak tahu apa yang mereka bantah. "Tetapi saya rasa idea asas bahawa sesorang itu tidak sama seperti anda dan jika ada perbezaan kita mesti melayan mereka seperti kita mahu dilayani.

Jurucakap kumpulan berkenaan Adam Fistival Wilfrid berharap dapat menggunakan sesi soal jawab berkenaan untuk meminta Obama menyatakan pendirian berhubung hukuman mati ke atas 529 anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir. Kumpulan berkenaan dihukum mati kerana didakwa terlibat dengan demonstrasi.


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)


Najib buat malu Malaysia tak boleh sebut perkataan “proliferation” (bersama video)

Posted: 27 Apr 2014 06:32 AM PDT


Perdana Menteri Malaysia DS Najib hari ini buat malu dan diketawakan oleh hadiri dihadapan Presiden Barack Obama ketika beruncap sidang media di Seri Perdana, Putrajaya petang tadi. Memang sah "PM kangkung".

Najib yang sukar untuk menyebut perkataan Inggeris "proliferation" dan beberapa kali tapi gagal sehingga Obama membantu "Ia (perkataan) yang susah.  Saya selalu tersilap," bagi nak 'cover' PM kita.


Hadiri terus ketawa dan Najib kemudian menggantikan perkataan itu dengan "spread".

Video kejadian yang memalukan negara hari ini..



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Minum Arak mabuk tak apa asal jangan berzina! Istilah MAKSIAT baru perempuan MELAYU sekarang!

Posted: 27 Apr 2014 04:02 AM PDT


Wanita Melayu sekarang boleh posting di facebook memberitahu dia sekadar mabuk dalam hotel bersama lelaki untuk menyambut harijadi tak lebih daripada itu. Dalam tulisannya dia tak buat maksiat dan marah orang kata dia sudah rosak (berzina).

Bangga dengan arak dan anggap arak bukan maksiat itu yang boleh dikatakan daripada posting yang dibuat.

Apa nak jadi dengan anak gadis Islam sekarang susah untuk dikatakan. Mereka seoalah-olah sudah tidak ada nilai agama dan moral.

Dimana mak bapak dia orang?

Gejala maksiat dan kehidupan soaial yang terlampau jika tak dibendung sudah pasti akan menjadi kudis gatal yang akan membinasakan genarasi akan dating. Islam akan terasing dibumi umat Islam dan maksiat akan menjadi suatu kebiasaan. Ulama dan pemerintah sudah lari daripada tanggungjawab sekadar mengejar keduniaan.

Kita akan terasing bila kita nak Islam...

TEMPAYAN RETAKhttp://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Agaknya bila Najib Nak letak jawatan??

Posted: 26 Apr 2014 10:22 PM PDT


Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won dimaklumkan telah meletak jawatan atas bertanggungjawab terhadap insiden feri karam yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban dan hilang.

Katanya dalam sidang media "Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara ini berlaku dan tidak dapat memberi respon atas perkara ini,".

"Saya percaya, sebagai Perdana Menteri, saya perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan,"

Itu maruah dan tanggungjawab sebuah negara bukan Islam. Tapi malangnya di negara, berlaku apa pun Perdana Menteri makin bernafsu untuk terus memenggang jawatan.

Dimana muka Najib nak disorok dalam hal ini??

MH370 hilang, Najib bukan nak bertanggungjawab malah dia "hilang" sekali untuk melarikan diri daripada media.

Selagi UMNO dan BN memerintah negara kita tidak akan ada maruah!

Berita lanjut berkenaan perletakkan jawatan Chung Hong-Won di bawah:-
Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang -kebanyakkan daripada mereka kanak-kanak sekolah - dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.

Sehingga Ahad, jumlah kematian akibat tragedi itu dilaporkan 187 orang dengan 115 diambil kira.

Kerajaan Korea Selatan, bersama semua jabatan rasminya, telah dikritik hebat akibat nahas ini dan pengedalian operasi menyelamat.

"Kemalangan ini membuatkan seluruh Korea Selatan berada dalam kejutan dan dukacita . Banyak hari telah berlalu sejak kemalangan itu, namun jeritan keluarga yang hilang masih membuatkan saya terjaga pada waktu malam," kata Chung pada sidang media yang disarkan di televisyen.


"Kepada rakyat Korea Selatan , ini bukan masa untuk menunding jari kepada satu sama lain tetapi masa untuk menyelesaikan operasi menyelamat dan mengendalikan sebaiknya. Saya menyeru anda membantu mengatasi situasi sukar ini.



|"Saya benar-benar berharap agar rakyat Korea Selatan dan keluarga mangsa Sewol akan memaafkan dan memahami saya kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawab saya hingga akhir. Sekali lagi saya mohon anda memberi sokongan (kepada operasi menyelamat)."



Biarpun semua harapan untuk mencari mangsa yang terselamat telah dipadamkan, namun kemarahan dan kekecewaan keluarga mangsa masih ada terhadap tahap gerakan menyelamat.



Semua 15 anak kapal yang terselamat kini ditahan dan berdepan tuduhan melakukan janayah kerana cuai akibat meninggalkan penumpang.



"Saya ingin meletak jawatan lebih awal namun memberikan keutamaan kepada mengendalikan situasi ini dan saya fikir ia perbuatan bertanggungjawab untuk membantu sebelum meninggalkan," kata Chung.



"Tapi saya memutuskan untuk meletak jawatan sekarang tidak menjadi beban kepada pentadbiran," katanya.

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Tiada ulasan: