Sabtu, 19 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Zulkifli Noordin dan Nawawi Ahmad patut belajar dari kenyataan Ling Liong Sik ini..

Posted: 19 Apr 2014 07:00 AM PDT


Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan mendiang Karpal Singh sebagai pelajar yang suka main-main dan selalu gagal dalam peperiksaan.

Dr Ling yang tinggal sebilik dengan Karpal di asrama pada awal 1960-an berkata mereka bersama-sama menuntut di Universiti Malaya di Singapura.

"Kami menginap di asrama yang sama di Dunearn Road di Singapura dan saya mengingati beliau sebagai seorang pelajar nakal yang selalu gagal dalam peperiksaan.

"Semasa saya menjadi presiden kesatuan pelajar, Karpal masih di semester satu sebagai anggota jawatankuasa," kata beliau kepada pemberita sebelum memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di George Town semalam.

Beliau berkata, pada suatu ketika, Karpal bertekad untuk lulus semua kertas peperiksaan dan memperoleh ijazah untuk menjadi peguam yang dihormati dan beliau telah membuktikannya.

Ketika ditanya mengenai persahabatannya dengan Karpal, Dr Ling berkata kedua-dua mereka menjalin "hubungan rapat secara senyap" memandangkan mereka menyertai parti politik yang berbeza selepas memperoleh ijazah.

"Pernahkah anda mendengar Karpal memarahi Liong Sik atau saya memarahi Karpal. Tidak, kami tidak pernah memarahi satu sama lain di sebalik berbeza fahaman politik. Saya hanya memarahi DAP dan beliau cuma memarahi MCA.

"Saya amat merasai kehilangan Karpal dan negara juga kehilangannya," kata bekas menteri pengangkutan itu yang kelihatan sebak apabila menceritakan mengenai kawan lamanya.

Bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu pula berkata Karpal selalu membangkitkan persoalan bagi kepentingan rakyat dalam sidang Dewan Rakyat.

"Saya dan beliau sama-sama menghadiri sidang Parlimen (Dewan Rakyat) selama beberapa tahun dan setiap kali beliau membangkitkan soalan, ia selalu untuk faedah rakyat.

"Apa sahaja soalan yang beliau bangkitkan, saya akan memberi jawapan yang memuaskan. Saya akan menyediakan maklumat lanjut jika beliau memerlukan penjelasan selanjutnyua.

"Pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada negara dan saya berasa amat sedih kerana kami telah kehilangan seorang rakan yang karib," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau mengenali Karpal semasa sama-sama menjadi anggota Parlimen pada 1986.

"Kami mungkin berbeza pendapat semasa perbahasan di Parlimen tetapi di luar, kami masih berkawan dan saya rasa pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada negara," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata kerjaya politik Karpal lebih cemerlang daripada kebanyakan orang yang seangkatan dengannya pada masa itu.

"Karpal meninggalkan warisannya untuk dikenang oleh rakyat Malaysia terutama dalam politik dan juga dalam kalangan pengamal undang-undang," katanya.

Mereka yang memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di kediamannya di Jalan Utama di George Town semalam termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow, ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Karpal Singh terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pukul 1.10 pagi kelmarin. Mendiang berusia 74 tahun.

Turut terbunuh dalam nahas itu ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornelius, 39 ~ Bernama

Mid Valley Megamall adakan pertunjukkan fesyen separuh bogel?

Posted: 19 Apr 2014 03:33 AM PDT


Kemarau panjang, hujan tapi air di empangan tidak ada dan catuan air berpanjangan, pendapatan negara semakin merosot, kadar sara hidup yang semakin meninggi, nampaknya sedikit pun tidak mencemaskan pemimpin-pemimpin kerajaan.

Mereka masih tetap leka dan masih juga beranggapan, segala-galanya akan mendatangkan kebaikan kepada negara, walaupun sebenarnya menggamit-gamit bala bencana dari Allah Taala.

Anehnya, setiap kali negara dapat masalah, laju sahaja muncung mulut para pemimpin UBN dan macai-macai mereka menyalahkan Pakatan Rakyat. Setiap kali dilanda musibah, cepat benar mennuding jari kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS untuk dipersalahkan.

Perbuatan mereka sendiri, tidak pula mereka jadikan sebagai kayu ukuran. Menteri Wilayah, Ku Nan, sebelum ini gah apabila dengan tegasnya mengarahkan satu majlis separuh bogel dihalang daripada diadakan di Jalan Ampang.

Manakala Menteri Pelancongan, Nazri Aziz pernah berhujah kononnya parti-parti hiburan separuh atau telanjang terus seperti yang berlaku di Bukit Jalil sehingga membunuh beberapa orang pengunjungnya, sebagai sesuatu yang perlu untuk prospek pelancongan negara.

Tidaklah dapat dipastikan, sama ada Nazri Aziz yang menjadi Ahli Parlimen Padang Rengas, kawasan yang suatu ketika dahulu amat masyhur dengan sekolah-sekolah pondoknya, mempunyai pendidikan atau pegangan agama atau sebaliknya sehingga boleh menghalalkan perbuatan sebegitu semata-mata atas nama PELANCONGAN.

Semalam, berlangsung satu lagi program yang benar-benar memalukan kita sebagai rakyat sebuah NEGARA ISLAM.


Program peragaan seluar dalam dan baju dalam telah diadakan di Midvalley Mega Mall anjuran sebuah syarikat pengeluar dan penjual pakaian dalam wanita telah mendapat sambutan yang sangat hebat.


Tentu sekali pertunjukan terbuka seperti itu memerlukan permit, sekalipun sebenarnya ia dibuat dalam kawasan tertutup.

Ini adalah kerana pertunjukan tersebut boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja yang datang ke Midvalley Megamall, Seputeh.


Siapa sebenarnya pemilik premis dan pusat membeli belah itu? Siapakah pengurusannya? Adakah segala arahan dan peraturan yang konon-kononnya mempertahankan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam sudah terkubur?

Ku Nan kena jawab. Nazri Aziz juga kita tagih jawapannya walaupun kita sudah tahu apa bentuk jawapannya atau dia akan berkata apabila tidak boleh menjawab, 'SAYA MENTERI KE AWAK MENTERI?' ~ SantauBerapi 

Lagi gambar sila lihat di SINI

Karpal Maut : Gobala salahkan Toyota?

Posted: 18 Apr 2014 11:00 PM PDT

Bekas Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan dalam laman Twitter seolah-olah menyalahkan Toyota punca mendiang Karpal Singh menemui ajal dalam kemalangan awal pagi kelmarin.

Dalam Twitternya, Gobalakrishnan menulis: "Toyota... If you had built a stronger body for Alphard our Karpal will be alive".

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu maut apabila Toyota Alphard yang dinaikinya melanggar sebuah lori di Bukit Tempurung, Perak.

Turut terkorban pembantu peribadinya, Micheal Cornelius manakala pemandu, anak Karpal dan pembantu rumahnya cedera.


Ahli Parlimen Barisan Nasional hina Karpal lagi

Posted: 18 Apr 2014 08:28 PM PDT


Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang dikritik ramai gara-gara menghina mayat Karpal Singh di akaun Facebooknya pada hari kematian Karpal, semalam sekali lagi mengulangi perbuatan itu, dan kali ini menyamakan peguam terkenal itu dengan "Abu Jahal".

Seorang pengguna Internet, Shamsul Kamal Ariffin Mohd Nasir, 42, mendakwa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu mengeluarkan kenyataan menghina Karpal walaupun dilaporkan sudah menarik balik kenyataannya. ‎

"Saya membuat komen di laman Facebooknya hari ini (semalam) untuk menegur perbuatannya yang tidak bertamadun dan memalukan orang Islam. Berlaku pertikaian pendapat antara kami yang berterusan apabila beliau menghantar pesanan peribadi kepada laman sosial saya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau yang bekerja sebagai pelatih korporat di syarikat swasta berasa terkejut apabila Nawawi tanpa rasa bersalah menyifatkan perbuatannya menghina ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebagai mengagungkan Islam.

"Nawawi berkata tidak kesal dengan perbuatannya itu kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila saya menyatakan kepadanya perbuatan itu bukan sahaja melemahkan Umno dan BN, malah menyebabkan kebencian rakyat terhadap parti itu makin bertambah," kata Shamsul.

Semalam sebagai reaksi kepada kematian Karpal, Nawawi memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan: "Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama, he he," tulis Nawawi di akaun "Dato Ir Nawawi Ahmad", merujuk pada paparan keratan akhbar yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh".

Selain itu, Shamsul berkata Nawawi turut menyamakan Karpal Singh dengan musuh Nabi Muhammad, Abu Jahal.

"Ketika Abdullah Massud, sahabat nabi dimaklumkan mengenai kematian Abu Jahal, baginda bersyukur panjang. Bagi saya, Karpal Singh setara dengan Abu Jahal," tulis Nawawi.

Shamsul berkata, beliau menyelar kenyataan Nawawi itu yang menyamakan Karpal dengan Abu Jahal dengan mempertikaikan apa haknya untuk melabel manusia.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Nawawi tidak menggambarkan kebijaksanaan seorang pemimpin, tambahan lagi apabila dia memberitahu Nawawi bahawa mendiang mempunyai keluarga.

Justeru, perbuatan memperlekehkan orang yang baru meninggal dunia adalah tidak patut.

"Tidak poke fun, tapi tetapi real agenda, saya pun ada anak isteri, so what.. .terpulang kalau you hendak kutuk hak you, orang yang tidak tahu malu adalah hak peribadi, you (Shamsul) saya tidak jenis apa yang suka kacau orang," katanya.

Pertikaian dengan Nawawi berakhir apabila ahli Parlimen itu bertindak membuang namanya dalam senarai rakan Facebooknya.

"Ia amat bertentangan dengan apa yang beliau katakan pada awal yang tidak kisah sesiapa menyatakan perasaaan tidak puas hati kepadanya dan tidak akan menyekat orang tersebut daripada memberi komen di laman Facebooknya," kata Nawawi.

Semalam selepas mendapat kecaman hebat ekoran perbuatanya itu, kira-kira tiga jam memuat naik komennya yang didakwa menghina itu, Nawawi bertindak memadamkan tulisan dan gambar tersebut.

Ketika ditanya, beliau tidak menafikan perbuatanya itu dengan menegaskan anggapan Facebook sebagai tidak rasmi selain tidak serius.

"Malah, apa yang saya tulis itu saya tidak sangka hendak jadi viral pula. Kalau saya hendak buat kenyataan rasmi sudah tentu ayat yang disusun sangat berhati-hati," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Malaysiakini.

Hari ini dalam status terbarunya, beliau menulis "Pepatah Melayu berkata, kerana pulut santan basi, zaman ini kerana Facebook kita kena, haiyya," dipercayai merujuk kepada situasi dirinya lapor The Malaysian Insider

Tiada ulasan: