Sabtu, 19 April 2014

.

.


Rakan Umno tentang hasrat Pas laksana hudud

Posted: 18 Apr 2014 04:46 AM PDT

ULASAN SENJA                                                                                    

Empat parti komponen BN yang menjadi rakan kepada Umno telah menyatakan sikap dan pendirian menolak hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu. Dalam kenyataan bersama membantah cadangan kerajaan Kelantan itu, empat parti itu, MCA, Gerakan, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Liberal Demokratik Parti (LDP) menyatakan mereka akan tentang hudud.

Walaupun mereka adalah minoriti dalam parlimen, tetapi akan berusaha sedaya mungkin akan menentang pelaksanaan hukum hudud itu. Ketegasan ini menunjukkan kebencian mereka kepada hukum Islam.

Dalam sidang akhbar bersama yang diadakan di Wisma MCA hari ini, seperti dilapor Bernama, kumpulan itu yang diketuai Presiden MCA, Liow Tiong Lai memberi alasan perlaksanaan undang-undang itu (hudud) bercanggah dengan Perlembagaan negara dimana jika ia dilaksanakan akan menjejaskan masa depan negara.



Katanya, kalau hasrat Pas itu dibenarkan membolehkan Pas akan meminta agar perlembagaan negara dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di seluruh negara.

Beliau bimbang sekiranya sistem kehakiman mempunyai dua set undang-undang ia akan mencetuskan kekalutan (imbrologi) perlembagaan yang tidak boleh berpatah balik lagi.

Hadir sama dalam sidang akhbar menentang hukum hudud itu, ialah Presiden Gerakan, Mah Siew Keong, Presiden SUPP Peter Chin Fah Kui, dan Naib Presiden LDP, Chin Shu Ying.

Jelas pendirian itu bukan saja tidak menghormati hak-hak orang Melayu dalam kepentingan agamanya (Islam) tetapi cuba menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan rakyat. Bukankah tindakan Tiong Lai dan rakan-rakannya itu sebagai menghasut?

Menghairankan sehingga jam 7:00 malam ini tidak ada pula mana-mana pemimpin "shawat" NGO fanatik Melayu mempersoalkan tindakan empat rakan Umno itu, tidak seperti mana mereka mengecam pemimpin DAP apabila menyatakan bantahan kepada hukum hudud.

Alasan diberikan Tiong Lai itu boleh dianggap prejudis kerana ia tidak berpijak dibumi nyata. Tidak timbul akan berlaku kekalutan dalam Perlembagaan dengan adanya dua set undang-undang. Selama ini pun sudah ada pertindihan atau dua bentuk keadaan (pegangan dan amalan) dimana ia tetapi ia tidak menganggu Perlembagaan negara dan rakyat hidup aman damai.

Misalnya mengenai sekolah, bukan saja sekolah beraliran Melayu yang dibenarkan, tetapi aliran Cina, India, Arab dan Inggeris juga dibenarkan. Bukankah ini melebihi daripada dua set aliran persekolahan, mengenai pegangan dan amalan? Ternyata walaupun ada berbagai aliran ia berjalan dengan baik dan tahap pendidikan negara juga berkembang.

Pendirian diambil empat parti komponen itu bertentangan dengan kenyataan yang diberikan oleh pihak Umno yang menegaskan pihaknya sedia memberi laluan kepada Pas. Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin semalam juga menyatakan yang BN sedia menimbangkan hasrat Pas dan akan meneliti sebaik mungkin sebelum memberi kata putus. Katanya Muhyiddin sebagai orang Islam, dia tetap menerima hukum hudud. Alahai...

Manakala menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bahrum juga menyatakan hal yang sama. Menurutnya BN tidak halang hasrat Pas untuk laksanakan hudud.

Sehingga ini Najib Razak masih belum mengeluar apa-apa komen berhubung perkara ini. Beliau telah diberitahu oleh Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub mengenai hasrat kerajaan Kelantan itu semasa kunjungan Ahmad ke atas Najib beberapa bulan lalu.

Janganlah hendaknya Najib memberi alasan untuk menolak hasrat kerajaan Pas itu semata-mata mendengar rasa bimbang yang tidak munasbaah dari empat rakan kongsinya dalam BN itu. Najib harus melihat dari sudut kepentingan dan juga tuntutan agama berhubung pelaksnaan hudud.

Sekiranya Najib tunduk kepada kebimbangan tidak munasbaah MCA dan tiga rakannya itu, jelaslah Najib tidak mampu melatakkan Umno sebagai parti yang unggul dan transformasi yang hendak dilakukan sudah melayang dan tidak membawa apa-apa makna.

Kita tunggu apakah Najib berani atau pun tidak. [wm.kl.7:36 pm 18/04/14]

Tiada ulasan: