Sabtu, 19 April 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Ini Dia Bekas MB Kelantan Selama 22 Tahun

Posted: 19 Apr 2014 08:48 AM PDT


Sukar mencari seorang yang pernah memenggang tampuk pemerintahan selama 22 tahun akhirnya sekadar sehelai sepinggang mengadap Allah s.w.t. Hanya seseorang yang tinggi tahap keimananya dia senantiasa merasakan dirinya berdosa dengan Allah dan akan menginsafi kelemahan dirinya serta  terus menerus beristighfar kepada Allah sebanyak mungkin agar Allah memaafi dosa-dosanya.

Siapalah yg mampu setara dia yang sanggup ketepikan dunia dan menyerahkan seluruh kehidupannya untuk perjuangan Islam....


Moga Allah ambil TGNA dengan penuh kemuliaan dan ditempatkan bersama para Nabi dan Auliya'...



Bomoh 1Malaysia Buat Ritual Di Lokasi Kemalangan Karpal Singh

Posted: 19 Apr 2014 07:49 AM PDT


Bomoh Gila 1Malaysia selepas tak jadi ke Australia, kita berada di kilometer 301.6 lebuhraya utara selatan (PLUS).Tak pasti sama ada nak mencari kapal terbang atau nak cari jembalang yang menyebabkan kemalangan Karpal Singh dengan lori.

Soalannya siapa yang taja bomoh gila ini untuk berada di sini? UMNO?? Pemimpin UMNO??

Hanya aku respek kepada bomoh gila ini ialah dia masih istiqamah dan tidak mudah mengalah dengan cemuhan masyarakat untuk melakukan kerja kurafat dan tahyul!




PAS nak bincang fatwa RIP??

Posted: 18 Apr 2014 08:31 PM PDT


Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Kajian PAS berkata PAS akan bermesyuarat pada hari Isnin depan untuk membincangkan kontroversi yang timbul daripada penggunaan perkataan "RIP" atau rest in peace (bersemadi dengan aman) yang amat tidak digalakkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan menurut pemberitaan Malaysiakini.

Turut bersama Dzulkefly adalah MP Tumpat, Kamaruddin Jaafar yang berkata kini adalah masanya untuk menghormati Karpal dan jasa-jasanya, dan bukan menghamburkan sebarang pendapat atau komen negatif.



Kenapa perkara kecil seperti ini nak dibesarkan? Seperti tak boleh bagi salam kepada bukan Islam.. apa susah sangat bagi sahaja "Salam Sejahtera".

"Rest in Peace" (R.I.P), dari segi bahasanya boleh bermaksud "Bersemadilah dengan Aman" Kalau rasa nak hormat Karpal Singh A/L Ram Singh sebutlah apa-apa termasuk "bersamadilah dengan aman dan damai". Apa susah..

Majlis Fatwa amat tak menggalakan menyebut perkataan itu kerana Majlis Fatwa berpendapat, RIP adalah ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama mazhab Katolik sejak abad ke-18 dan diukir pada batu nisan masyarakat mereka. Untuk tidak menyemai mereka tidak digalakan.

Sangat setuju dengan Dr Asri yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) memperincikan fatwanya berhubung ucapan Rest in Peace (R.I.P) kepada bukan Islam agar memberi pemahaman yang lebih jelas.

Jadi tak payah PAS nak ber'FATWA' pulak dalam hal ini. Itu kerja majlis Fatwa. Banyak kerja lain yang lebih baik dan tidak menjadi ruang untuk orang bukan Islam menyalahkan Islam kerana kita 'terlalu bijak dalam' banyak hal...

Mengulas Tulisan Khalid Samad Pasal UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud

Posted: 18 Apr 2014 07:26 PM PDT


Terbaca satu tulisan Yb Khalid Samad yang di post pada whatsapp group bekas pelajar. Tulisan berkaitan dengan hudud Kelantan yang bertajuk "Sekilas Ikan di Air: UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud"

Saya suka baca tulisan YB Khalid Samad kerana dia selalu menulis 'menentang cara gaya berfikir umum'. Tak hairan dia nak berhujah dengan Presiden PAS dalam mesyuarat AJK Pusat walaupun Presiden telah memetik beberapa hujah al Quran.

Pertama YB Khalid merasa sesuatu yang sangat pelik dan janggal bila UMNO bersungguh meminta PAS membentangkan Rang Undang-Undang Hudud Kelantan di Parlimen (RUU Hudud Kelantan). YB membuat telahan bahawa ini suatu perangkap UMNO terhadap PAS untuk memecah belahkan PAS dengan Pakatan Rakyat.

Dalam tulisan di blog beliau YB Khalid Samad menulis "Mereka minta PAS bawa usul berkenaan dengan tujuan dan harapan supaya PAS akan bergaduh dengan DAP! Pendirian DAP berhubung hudud sudah diketahui umum. Dengan diacah dan dicucuk oleh MCA, seperti yang dilakukan sekarang, adalah diharap DAP pula akan melatah dan bertembung dengan PAS. Pertembungan ini diharapkan akan semakin meruncing sehingga akhirnya PR itu sendiri akan berpecah"

Ada beberapa isu dalam hal ini boleh dibahaskan. Pertama adakah RUU Hudud Kelantan dibentang semata-mata kerana desakan UMNO?

Saya percaya tidak. YAB Ahmad Yaacob MB Kelantan adalah pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat adalah seorang yang sangat komitmen dalam hal ini. Perjuangan Islam didasarkan atas ketelusan dan kejujuran. Hasrat untuk melaksankan UU Hudud Kelantan adalah suatu yang digarap semula dan diperhalusi dalam mesyuarat Dewan Ulama PAS Pusat dan perkara ini bukan datang daripada desakan UMNO semata-mata.

Kedua daripada sudut SWOT analisis, YB Khalid Samad melihat pelawaan UMNO untuk PAS Kelantan membentangkan RUU Hudud Kelantan sebagai "Threats" (acaman) sedangkan pada Dewan Ulama PAS Pusat pula melihat ini adalah "Opportunities" (peluang).

Mungkin kita akan berbalah pendapat adakah ini acaman (dalam whatsapp disebut lubang... dan jangan masuk lubang. Ada kata PAS suka masuk lubang) atau peluang? Dalam emnganalisis hal ini kita juga melihat kepada "Strengths" (kekuatan) yang ada pada PAS dalam hal ini dan juga "Weaknesses" (kelemahan) dalam isu ini yang ada pada PAS bila PAS bawa RUU hudud Kelantan.

Nak tak nak kita PAS yang saya kenal memang nak buat hudud bukan sekadar berebut untuk jadi YB terbaik atau sekadar menjadi MB terbaik, derma pendapatnya, tinggal di rumah buruk dan tolong rakyat... Apa beza kita dengan YAB Lim Guan Eng?? Seseorang muslim memahami maksud saya.

Sebab itu dalam analisis PAS melihat ini adalah peluang.

Di samping itu PAS boleh mengenal pasti siapa sebenarnya penentang hudud? Kalau saya per'detail'kan maksudnya ialah kita boleh study kekuatan dan kelemahan termasuk dalam Pakatan rakyat sendiri... apakah kita ada kekuatan di situ??

Kedua YB Khalid Samad telah bahawa nisbah parlimen yang memerlukan dua pertiga (112 undi) untuk menjayakan RUU Hudud Kelantan adalah tidak tepat.

Petikan YB Khalid dalam tulisannya "Untuk pengetahuan semua, jumlah Ahli Parlimen UMNO adalah 88 sahaja termasuk yang dari Sabah. Dengan sokongan mereka dan 21 ahli Parlimen PAS, jumlah yang diperlukan tidak kecapaian. Hanya 109 sedangkan yang diperlukan adalah 112. Kalau tidak disokong Ahli Parlimen Islam PKR atau PBB (Sarawak), maka usul itu akan gagal. Dalam keadaan itu UMNO akan mendabik dada mengatakan bahawa mereka sokong usul hudud dan yang gagalkannya adalah PKR bukan mereka! Dan dengan itu akan dianjurkan supaya PAS duduk bersama UMNO yang 'memperjuangkan' hudud (dari belakang di mana PAS perlu bawa usulnya) dan tinggalkan PR.

Maka akhirnya hudud dan perundangan Islam tetap tidak terlaksana kerana tidak cukup penyokong DAN pada masa yang sama, PAS keluar dari PR. PAS keluar kerana marah PKR tidak menyokong usul berkenaan. Inilah perancangan yang sedang diusahakan UMNO/BN megikut bacaan saya. "


Saya rasa kita kena memahami RUU Hudud Kelantan bukan untuk meminda akta 76 (A) tetapi meminta keizinan untuk memberi ruang kepada Kelantan melaksanakan undang-undang hudud daripada pecahan akta 76 (A). Ini hanya memerlukan "simple majority"

Dr Zuhdi Marzuki Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat dalam satu Forum Perdana  "Perjuangan Hak Asasi Manusia: Antara Agama Tanpa Kebebasan dan Kebebasan Tanpa Agama" yang berlangsung pada 17 April 2014 menyebut tentang perkara ini. (lihat mula minit ke 2.02)



Saya tak tahu macam mana YB Khalid Samad yang begitu bijak dan prihatin tidak mendapat maklumat ini.

Atau mungkin YB Khalid Samad sengaja menulis untuk mendapat sokongan media sosial setelah YB sendiri tidak mendapat majoriti dalam mengemukan hujah-hujah dengan kepimpinan PAS Pusat (Pendapat dan bacaan saya).

Kalau PAS sekadar ingin jadi parti alternatif kepada UMNO saya rasa saya pun tak bersama PAS. Buat apa saya habiskan masa untuk ini semua lebih baik saya tumpu kerja saya menjadi seorang yang benar-benar profesional dalam kerjaya saya.

Satu lagi ialah janji dan pertolongan Allah atas apa yang kita usahakan. Dulu pun tak pernah kita terfikir orang akan bukan Islam menyokong kita dan mengundi kita... semuanya pertolongan Allah dan Allah menjanjikan pertolongan ini dengan syarat kita yakin dan berani melaksanakannya.

Tak hairan kalau strategi UMNO nak perkenakan PAS akhirnya makan dirinya sendiri jika PAS benar-benar yakin dan tulus ikhlas dalam melaksanankan tanggungjawab ini agar semua YB PAS tidak dipersoalkan diakhirat nanti... apa usaha kamu sepanjang menjadi YB dalam melaksankan hudud?

Sebab itu Al Syed Qutb dalam penulisan menyebut Laillah haIllah ALlah itu bukan sahaja ucapan tetapi mesti ada dalam 'gambaran fikiran'. Apa maksud gambaran fikiran??

Kita berfikir pun mesti kita yakin kepada Allah s.w.t. Kalau fikiran kita banyak sangat tak yakin, bukan tak boleh tapi nilainya berbeza..

Walahualam







Hakim: Kerana tidak bersumpah Anwar di sabitkan bersalah

Posted: 18 Apr 2014 04:56 PM PDT


Mahkamah Rayuan menyatakan 'selamat' untuk mahkamah mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan bagi mengesahkan dan membuktikannya.

Mahkamah berkata lagi malah sekiranya diandaikan tiada bukti untuk menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan responden (Anwar).

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar bersalah bagi pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.

Dalam penghakimannya, panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya.

Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.

"Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan dia telah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah.

Rasanya untuk dapat info lebih jelas sila baca petikan daripada Mstar di bawah:-

Panel tiga hakim Mahakmah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, berkata terdapat cukup keterangan lain yang membolehkan elemen pertuduhan dapat disahkan dan dibuktikan.

Dalam penghakiman yang diedarkan kepada media hari ini, mahkamah memutuskan isu kemungkinan sampel DNA diambil daripada Mohd Saiful telah diusik oleh pegawai penyiasat kes, Superitenden Jude Blacious Pereira dan telah tercemar juga tidak dapat dibuktikan.

"Kami berpendapat andaian bahawa pegawai penyiasat telah mengusik barang bukti (sampel) tidak mempunyai merit. Kami tidak tahu bagaimana hakim perbicaraan yang bijaksana boleh terkhilaf dalam pendapatnya," kata hakim berkenaan.

Berhubung andaian pihak pembelaan bahawa Jude telah mengusik eksibit itu, mahkamah mendapati tindakan pegawai penyiasat berkenaan membuka eksibit itu tidak menyebabkan eksibit itu tercemar.


Ketiga-tiga hakim itu berkata mereka mengambil kira penjelasan diberikan Jude berhubung tindakannya itu iaitu beliau hanya mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis Negara.


Dua lagi hakim yang mendengar rayuan itu ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.


Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Panel itu juga berkata mereka mendapati tiada alasan untuk mereka menganggu penemuan hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tentang isu kredibiliti Mohd Saiful dan bahawa tiada yang tidak munasabah dengan keterangannya.


"Mengikut undang-undang, kredibiliti saksi-saksi adalah paling penting bagi hakim perbicaraan. Kami berpuas hati bahawa hakim perbicaraan yang bijaksana telah menimbangkan sewajarnya keterangan saksi pertama pihak pendakwa (Mohd Saiful Bukhari)," menurut panel itu.


Panel itu berkata ini tidak mungkin disebabkan beliau (Anwar) membantah untuk memberi keterangan bersumpah kerana jika benar, beliau boleh memilih untuk berdiam diri.


"Adakah mungkin responden keberatan keterangannya disoal dalam pemeriksaan balas? Jika ya, kenapa? Beliau tidak perlu takut untuk disoal kerana beliau akan dipertahankan oleh peguamnya dan oleh mahkamah," kata panel.


Berhubung keterangan dua pakar saksi pembelaan (Dr David Wells dan Dr Brian McDonald) yang dipanggil untuk mematahkan keterangan pakar saksi pendakwa, mahkamah berkata mereka hanyalah 'armchair expert' (pakar yang hanya pandai berteori) dan keterangan mereka hanya semata-mata pandangan, manakala keterangan ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon adalah berdasarkan fakta dan analisis terhadap sampel yang mereka jalankan.


Panel itu juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwa bahawa keterangan Dr McDonald sebahagian besar berbentuk spekulasi, teori, dan andaian, sehubungan itu keterangannya tidak kukuh.


Ketiga-tiga hakim juga berkata Dr McDonald turut membayangkan Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai akreditasi kerana telah tamat tempoh pada 2005, bagaimanapun, berdasarkan keterangan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia, Lim Kong Boon jabatan itu mempunyai akreditasi.


Berhubung isu alibi, hakim memutuskan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya telah menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.


Mereka berkata antara saksi yang dinamakan di dalam notis alibi ialah isteri responden dan ketua kakitangannya.


"Saksi-saksi ini sepatutnya ada dan menyebelahi responden jika alibinya adalah tulen," kata panel itu.


Mereka juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan yang serius apabila beliau meragui integriti sampel DNA berdasarkan keterangan yang diberi dua pakar saksi pembelaan.

Panel itu juga memutuskan keputusan hakim perbicaraan adalah cacat dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.



Tiada ulasan: