Rabu, 30 April 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Nik Amar : Syukur kerajaan Pusat tidak tolak Hudud.....

Posted: 29 Apr 2014 11:00 PM PDT

ARKIB : 26/04/2014 MACHANG 
25 April - Kerajaan Pas Kelantan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan bahawa kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.

 Sambil bersyukur dengan kenyataan itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perkembangan tersebut amat positif dan diharap akan dapat memberikan laluan yang lebih mudah kepada Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini.

 "Pas harap kenyataan Perdana Menteri itu akan memudahkan kita apabila membentangkan usul rang undang-undang persendirian pada sidang Dewan Rakyat nanti.

 "Kita juga berharap dengan kenyataan Perdana Menteri ini sebagai suatu jaminan bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO akan menyokong Pas apabila usul rang undang-undang itu dibentangkan nanti," katanya. Artikel Penuh: UTUSAN MELOYA

Kah! Kah! Kah!  Amat benarlah kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Bahawa Umno tidak pernah tolak Hudud Allah.Yang depa tolak ialah Hudud PAS! Ini bukan cerita baru, cerita lama sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi! Tapi apasal baru sekarang PAS nak ucapkan syukur? Nik Amar ni hanya banya baca kepala berita Utusan Meloya dan tidak baca kandungan dan isi yang tersirat?


Kalau baca kepala berita Utusan Meloya tu memanglah baguih sangat! Tapi takkanlah Nik Amar tu bengap tahap bangang sangat tidak baca keseluruhannya?


Aku malaslah nak ulas mengenai syarat-syarat yang Najib perkatakan iaitu mengenai keperluan  Imam Mujtahid untuk membuat ijtihadbaharu .....alahai.... Aku nak tanya Nik Amar dan kalangan UG yang ghairah sangat dengan Hudud ni,  Apa bezanya dengan kenyataan Najib sekarang ni dengan kenyataannya yang lalu? Lihat berikut :


Aku nak tanya Nik Amar satu lagi, ente hanya baca Utusan Meloyakah? Nik Amar buat kenyataan pada keesokan harinya selepas baca Urtusan Meloya bertarikh 24 April...Tak sempat baca akhbar Inggeris The Star?

 PM on Hudud: Not now we're not ready



PM mengenai Hudud: Bukan sekarang kita tidak bersedia The Star 25 Apr 06:54 Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan hudud sekarang kerana orang Islam dan bukan Islam tidak mempunyai kefahaman yang penuh dengannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sambil menambah bahawa kerajaan tidak pernah menolak hudud. Kumpulan bukan Islam menentang hudud dan juga kumpulan-kumpulan Islam berbelah bahagi mengenai subjek ini. Baca beritanya di sini

PAS : Bentang hudud atau kekal dalam pakatan

Posted: 29 Apr 2014 06:18 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 April - Pas perlu membuktikan parti itu ikhlas memperjuangkan hudud dengan meneruskan hasrat untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi pelaksanaan hukum Islam itu di Kelantan walaupun mungkin terpaksa meninggalkan pakatan pembangkang.

 Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, sekiranya Pas menarik balik hasratnya itu kerana mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang, maka, ia membenarkan tanggapan bahawa parti itu hanya menggunakan hukum hudud sebagai sandiwara politik untuk meraih sokongan umat Islam.

 "Pas perlu buktikan yang parti itu lebih mementingkan hukum Islam atau terus bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

 "Jika Pas masih mahu terus kekal dalam pakatan dan tidak teruskan pembentangan hukum hudud di Parlimen, bermakna parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu hanya menggunakan hukum hudud sebagai sandiwara politik selama ini," katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

 Menurut Syed Hassan, seluruh umat Islam di Malaysia kini memerhati dan menanti sama ada Pas mempunyai keberanian untuk membentangkan rang undang-undang persendirian itu yang menjadi perjuangan parti itu selama ini atau tunduk dengan tekanan daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang.

 "Kita tunggu dan lihat sama ada Pas berani atau tidak membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen. Semoga Allah SWT kuatkan iman pemimpin-pemimpin Pas," katanya di sini

Tiada ulasan: