DIALOG RAKYAT |
- Rakyat rasa Putrajaya masih korup, kata Ideas
- 'Polis benar demo di jalan dekat Dataran'
- Khairy Jamaluddin dan isu air Selangor
- Pasukan pencari tolak dakwaan bangkai pesawat MH370 ditemui di Teluk Bengal
- Hudud: DAP tidak bersetuju, tetapi faham mengenainya, kata TMB Kelantan
- Gelombang 1 Mei membara
- Hari-hari menjelang 'May Day'
- Catuan air di S'gor, KL berakhir hari ini
- Air Lombong selamat, rakyat tidak perlu gusar
- Kandungan kolam Hang Tuah selamat, kajian dilaksana sejak 2009
- Cara PM mengelak hudud
- AMK Selangor kerah 10,000 anak muda sertai Himpunan 1 Mei
- Kisah Sedih Isteri Pramugara MH370, Tiada Sedikit Pun Rasa Berdosakah Di Hati Najib?
- MH370: Penemuan Syarikat Australia Belum Disahkan - Hishammuddin
- Harap Teresa Kok tidak berbohong?
- Bekas KP DCA Ketuai Pasukan Penyiasatan Antarabangsa MH370
- Atlit Para Powerlifting Dakwa Terabai, Tidak Dihargai
- Catuan Air Ditarik Balik Secara Berperingkat
- Anwar: Beri masa PR bincang hudud
- Nafi ada caj tambahan
- Enjin terbakar, pesawat patah balik ke Perth
- Tak mesti tak bertudung ke neraka?
- Dasar anti-rasuah jadikan P Pinang pusat pelaburan
- Hudud: Lebih baik MCA berhenti berdrama, katakan ‘tidak’ kepada kerajaan
- PAS perjelas rancangan hudud pada DAP, PKR
Rakyat rasa Putrajaya masih korup, kata Ideas Posted: 30 Apr 2014 03:39 AM PDT OLEH ELIZABETH ZACHARIAH Rakyat Malaysia masih bersikap skeptikal terhadap usaha Putrajaya membasmi rasuah dan amalan integriti meskipun pelbagai program dilaksanakan, kata pakar analisis dalam satu forum hari ini. Ketua Pengarah Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, kebanyakan rakyat percaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih menjadi isu kritikal meskipun usaha dan inisiatif yang dilakukan kerajaan bagi membanteras perkara itu. "Rasuah masih lagi menjadi isu. Jadi, meskipun pelbagai inisiatif kerajaan, rakyat masih berasa negara ini korup. "Terdapat skeptisme betapa serius kerajaan menangani perkara ini," katanya dalam forum integriti di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur. Beliau berkata, kedudukan tinggi skeptisme terhadap usaha kerajaan disebabkan tiada usaha sebenar membanteras rasuah antara kerajaan dan agensi di bawahnya. "Ia umpama apabila kerajaan bercakap soal pembentukan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM), yang merupakan inisiatif terbaik untuk mencapai tahap kesederhanaan," kata Wan Saiful merujuk kepada badan pemikir yang ditubuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2010. "Namun rakyat mempersendakan GMM. Mereka kata kenapa promosikan kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap ekstremis di dalam negara?" Rakyat Malaysia tambahnya, letih dengan ahli politik kedua-dua pihak yang menuntut ketelusan sedangkan mereka sendiri korup. Panel lain dalam forum itu termasuklah Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaafar dan Duta Denmark ke Malaysia Nicolai Ruge, berkata budaya politik inklusif merupakan alasan Denmark menjadi antara negara mempunyai kadar rasuah terendah. Denmark berkongsi dengan New Zealand menduduki tempat pertama sebagai negara terendah dalam ranking dunia terlibat rasuah dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International, dengan 91 daripada 100 mata. Malaysia berada di kedudukan 53 dengan 50 mata daripada 177 buah negara terlibat. "Itu juga kerajaan pemisahan kuasa yang kuat (penghakiman dan eksekutif) termasuk budaya tidak berpolitik pentadbiran awam," katanya. Dalam ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, rakyat menuntut akauntabiliti yang lebih besar dan ketelusan daripada kerajaan termasuk meningkatkan kesedaran rasuah. "Rakyat bersedia turun ke jalanan menyuarakan kemarahan mereka terhadap rejim yang gagal. Kita pernah menyaksikan Arab Spring, di Greece dan kini di Ukrain," kata bekas Presiden TI-M itu | |||
'Polis benar demo di jalan dekat Dataran' Posted: 30 Apr 2014 03:31 AM PDT MALAYSIAKINI Selepas beberapa kali perbincangan dengan pihak berkuasa, akhirnya penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja - jalan besar berhadapan padang dan bangunan Sultan Abdul Samad - bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Bertemakan warna merah sebagai simbolik perjuangan buruh, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, jalan tersebut akan ditutup bagi tujuan perhimpunan tersebut yang dijadual berlangsung jam 2 petang esok. Beliau berkata, perkara tersebut dipersetujui dalam perbincangan beliau dan jawatankuasa himpunan itu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam. Mereka juga bersetuju supaya padang dekat dataran itu tidak dimasuki oleh peserta himpunan dan menjangkakan peserta akan melimpahi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut. Mereka berkumpulan di empat lokasi yang telah ditetapkan, iaitu Masjid Negara, Sogo, Dataran Maybank dan KLCC. Bagaimanapun, Mohamad berkata hasil pertemuan itu juga memutuskan peserta "tidak dibenarkan berarak". Beliau bersama kepemimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke perhimpunan itu, tambahnya. "Di Jalan Raja, akan ada ucapan daripada pemimpin dan wakil NGO, sepanduk-sepanduk membantah GST, rasuah dan ketirisan dalam hal ekonomi serta penderitaan rakyat. "Kita tidak akan masuk ke padang. Kita menghormati (persetujuan)... Wakil PAS, DAP (dan PKR) akan ada di sana. Polis ada bersama (untuk mengawal keadaan)," katanya dalam sidang medianya di ibu negara pagi ini. Menurut Mohamad lagi, mereka juga tidak berbincang mengenai slogan yang dibenar sewaktu perhimpunan dan mungkin perhimpunan seumpama itu menjadi acara tahunan bagi mengingati perjuangan kaum buruh. 'Bentang deklarasi' "Inilah perhimpunan kali pertama yang disambut oleh rakyat," katanya yang mesra dipanggil 'Abang Mat'. Turut hadir dalam sidang media itu, Naib Presiden PKR Tian Chua, Jurucakap Jawatankuasa 1 Mei S Arutchelvan, Ketua Pemuda DAP Teoh Kok Seong, wakil NGO BERSIH Mandeep Singh, wakil JERIT dan wakil Unit Amal PAS. Sementara itu, Arutchelvan berkata wakil daripada 95 organisasi akan berhimpun menyambut hari pekerja di KLCC termasuk menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. "Satu deklarasi akan dibentang esok," katanya yang juga setiausaha agung PSM sambil memaklumkan seramai 30 pemantau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan memantau pada perhimpunan itu. Mengucapkan penghargaan kepada polis, Tian yang juga ahli parlimen Batu pula menyeru rakyat turun mempertahankan hak berhimpun sekaligus menyampaikan bantahan terhadap cukai itu serta dasar yang tidak adil kepada rakyat. "Rakyat tidak takut lagi dengan himpunan atau tindakan intimidasi. Polis juga perlu sedar tugas utama meraka ialah menyediakan segala kemudahan dan bersedia membantu orang awam untuk melaksanakan aktiviti dan hak perlembagaan," katanya. Beliau bagaimanapun enggan mensasarkan jumlah peserta yang akan turun perhimpunan itu tetapi mahu "seramai mungkin" menyertai perhimpunan itu. Kemudiannya, Mohamad mengumumkan setakat ini sebanyak 60 bas daripada Kedah akan hadir ke perhimpunan itu esok. Sementara Teoh berkata menyeru rakyat turut bagi menghantar mesej membantah tindakan BN yang pernah memberi "janji manis" mahu menangani isu sara hidup rakyat sebelum pilihan raya umum lalu. Sebaliknya kini, katanya yang juga ahli parlimen Rasah kerajaan melaksanakan GST yang akan membebankan rakyat. Seramai 1,500 Unit Amal PAS akan bertugas dan mengawal keadaan pada perhimpunan tersebut. | |||
Khairy Jamaluddin dan isu air Selangor Posted: 30 Apr 2014 03:29 AM PDT
Saya merujuk kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang disiarkan The Star Online pada 29 April 2014 berkenaan isu air di Selangor. Khairy dalam kenyataannya membangkitkan persoalan mengapa isu air di Malaysia ini hanya berlaku di Selangor. Untuk pengetahuan beliau yang tinggal di kejiranan mewah di Lembah Klang, masalah air bukan hanya berlaku di Selangor malah sering berlaku di negeri lain di Malaysia ini tanpa mengira musim, sama ada musim kemarau mahupun musim hujan. Bagi penulis yang bermastautin di Johor sejak 30 tahun lalu, masalah air sudah menjadi kelaziman bagi rakyat di sini walaupun di kawasan bandar. Pengguna di Johor antara yang membayar tarif air tertinggi di Malaysia sejak sekian lama tetapi ia bukan jaminan mereka akan mendapat bekalan air mencukupi setiap hari. Untuk pengetahuan Khairy juga, pengurusan sumber air di negeri Johor ini dimonopoli oleh SAJ Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berkait rapat dengan Umno dan antara pemegang konsesi air swasta terawal di Malaysia. Hasilnya pengguna sering menjadi mangsa ketidakcekapan dan khidmat substandard yang diberikan mereka. Bekalan air sering terganggu tanpa mengira masa, tanpa sebarang notis kepada pengguna dan tanpa bantuan bekalan lori tangki. Pada musim kemarau baru-baru ini (yang masih berlarutan sehingga kini), bekalan air sering terganggu tanpa notis. Lebih memburukkan keadaan, sebarang aduan kepada syarikat pemegang konsesi tidak pernah mendapat tindak balas yang memuaskan. Sepanjang Februari hingga Mac lalu, pengguna dibekalkan air masin, berkualiti rendah dan bertekanan sangat rendah tanpa sebarang notis, yang disyaki berpunca daripada sumber air alternatif akibat penurunan paras air di empangan negeri ini. Kebanyakan pengguna berasa ragu-ragu dengan kualiti air ini dan terpaksa berebut-rebut membeli air mineral yang dibotolkan kerana khuatir kesihatan akan terjejas. Sepanjang tempoh ini, tiada langsung notis dikeluarkan kepada pengguna yang terjejas tentang paras empangan di negeri ini atau keadaan kualiti air apatah lagi sidang media daripada menteri besar atau kerajaan negeri. Tiada pula liputan meluas yang diberikan pihak media arus perdana seperti TV3 atau Utusan Malaysia tentang masalah ini. Selain itu, masalah catuan yang berlarutan di Kluang, Johor sepanjang Februari hingga Mac lalu menjejaskan sebahagian besar penduduk daerah itu tetapi tidak juga mendapat liputan meluas media Umno seperti TV3 dan tidak disensasikan Utusan Malaysia. Adakah Khairy sedar akan fakta ini atau sengaja menenggelamkan isu ini kerana ia mendedahkan kelemahan kerajaan negeri pimpinan BN dan pemegang konsesi air yang berkait rapat dengan Umno? Jika Khairy benar-benar ikhlas hendak mencari penyelesaian bagi isu air, maka eloklah beliau menilai juga prestasi kerajaan-kerajaan negeri dan pemegang konsesi air di seluruh Malaysia ini. Sebelum isu air di Selangor menjadi hangat, kita juga sering mendengar tentang masalah air di beberapa bahagian negeri Pahang terutamanya kawasan tanah rancangan Felda. Masalah air tersebut juga berlarutan bertahun-tahun malah sering disiarkan dalam rancangan terbitan TV3, Aduan Rakyat. Seperti biasa isu ini tenggelam kerana ia berlaku di negeri pimpinan BN. Rakyat juga yang menjadi mangsa. Di samping itu, umum masih belum lupa akan catuan air di negeri yang diwakili Khairy sendiri iaitu Negeri Sembilan baru-baru ini ekoran kemarau berpanjangan yang menjejaskan paras air di empangan negeri tersebut. Tidak pula kita terbaca artikel panjang lebar Khairy di media arus perdana yang mengkritik pengurusan air di Negeri Sembilan. Malah kita amat hairan dan pelik dengan kenyataan menteri besar Negeri Sembilan yang mempelawa pengusaha industri di Selangor untuk berpindah ke Negeri Sembilan ekoran masalah air di Selangor sedangkan negeri itu turut dibelengu krisis air yang berlarutan. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu ibarat kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak. Kita juga tahu tentang inisiatif DAP melalui program Impian Sarawak dan Sabah yang menggali sumber air bersih bagi masyarakat pedalaman yang masih tidak menikmati bekalan air bersih dan bergantung hidup kepada air sungai yang tercemar. Semuanya akibat kegagalan kerajaan negeri mengurus tadbir sumber air yang mengutamakan rakyat miskin dan memberi akses kemudahan asas kepada rakyat selepas 51 tahun menyertai Malaysia. Tiada pula kedengaran sungutan Khairy tentang isu bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak selama ini. Selaku seorang menteri Kabinet yang disegani, Khairy harus berlaku adil dengan mengulas isu air ini secara objektif dan bukan berdasarkan politik kepartian yang sempit. Tidak dinafikan, masalah air di Selangor ini adalah masalah yang serius yang melibatkan rakyat terbanyak dan ketidakcekapan kerajaan negeri Selangor mengurus situasi ini turut dikesali. Namun, kita juga sedia maklum masalah air di Selangor sebahagian besarnya turut berpunca daripada kegagalan Syabas mengurus sumber air dengan baik. Diharap Khairy tidak membutakan mata dan memekakkan telinga beliau daripada menilai isu ini berdasarkan fakta yang tepat dan perspektif yang menyeluruh. Sebagai pemimpin parti yang mahu menjuarai isu-isu rakyat, Khairy tidak harus bersikap selektif dan menuding jari kepada sesetengah pihak yang berbeza pandangan politik dengan beliau. Umum juga mengetahui perancangan untuk membina Langat 2 diusulkan sejak era kepimpinan BN di Selangor dahulu tetapi hanya disensasikan oleh Umno Selangor dan kerajaan Persekutuan sekarang untuk kepentingan politik masing-masing. Malangnya rakyat yang sering menjadi mangsa permainan politik sempit sebegini. | |||
Pasukan pencari tolak dakwaan bangkai pesawat MH370 ditemui di Teluk Bengal Posted: 30 Apr 2014 03:26 AM PDT Ketua pasukan mencari pesawat MH370 menafikan dakwaan sebuah syarikat yang memaklumkan menemui bangkai pesawat hilang itu yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi. Ini berikutan syarikat GeoResonance itu menyatakan kawasan penemuan ialah di Teluk Bengal, yang terletak beberapa ribu batu jauhnya daripada kawasan pencarian sekarang iaitu di selatan Lautan Hindi. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang menguruskan pencarian antarabangsa itu menolak dakwaan berkenaan, lapor CNN. "Australia yang mengetuai pasukan pencari bergantung kepada maklumat daripada satelit dan data lain untuk menentukan kawasan pesawat yang hilang itu. "Lokasi yang disebutkan oleh laporan GeoResonance itu di luar kawasan pencarian yang ditentukan oleh data. Pasukan bersama antarabangsa yakin pesawat ini berada di selatan kawasan pencarian, " kata JACC. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk menilai kredibiliti maklumat itu. GeoResonance berkata, analisis medan elektromagnet super lemah dirakamkan oleh imej multispektral udara. "Syarikat tidak mengisytiharkan ia adalah MH370, bagaimanapun ia perlu disiasat," kata GeoResonance dalam satu kenyataan. Pengarah syarikat itu, David Pope, berkata beliau tidak mahu memberitahu kepada umum maklumat itu pada mulanya, tetapi maklumatnya tidak diendahkan. "Kami sekumpulan besar ahli sains dan kami diabaikan, dan kami fikir kami mempunyai kewajipan moral untuk memberitahu penemuan kami kepada pihak berkuasa," katanya kepada CNN dalam program New Day pada Selasa. Pope berkata, teknologi GeoResonance diwujudkan bagi mencari senjata nuklear, biologi dan kimia di bawah laut atau dalam kubu di bawah bumi. Beliau berkata, syarikat itu memulakan carian empat hari selepas pesawat itu hilang dan menghantar penemuan awal pada 31 Mac dan ia disusuli dengan laporan penuh pada 15 April. Katanya, dengan mendedahkan perkara itu kepada umum, syarikat itu berharap ia akan mendorong pegawai untuk mengambil dakwaan itu secara serius. Pope berkata, GeoResonance menghubungi pihak berkuasa Malaysia semalam dan mereka "sangat berminat, sangat teruja" dengan penemuan itu. Inmarsat, syarikat satelit yang dikatakan mempunyai hubungan terakhir dengan MH370, masih "amat yakin" dalam analisisnya iaitu pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi, kata sumber yang rapat dengan penyiasatan MH370 kepada CNN. Analisis Inmarsat adalah "berdasarkan fizik yang boleh diuji dan matematik," kata sumber itu, dan disemak oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, Britain dan Malaysia serta sebuah syarikat satelit bebas. | |||
Hudud: DAP tidak bersetuju, tetapi faham mengenainya, kata TMB Kelantan Posted: 30 Apr 2014 03:22 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER DAP pada dasarnya tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri Kelantan mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu namun kini mereka faham mengenainya, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah. Amar berkata demikian selepas kerajaan negeri Kelantan mengadakan pertemuan bersama DAP dan PKR bagi memberi penjelasan khususnya tentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan semalam, lapor Harakahdaily. "Daripada apa yang kita jelaskan pada pandangan sayalah, positif. Mereka faham apa yang kerajaan negeri Kelantan laksanakan walaupun pada dasarnya mereka tidak setuju, itu kita hormati. "Sekurang-kurangnya mereka memahami pendirian dan keputusan kita," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan itu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut semalam, lapor Harakahdaily. Katanya, memberi pandangan yang berbeza adalah perkara biasa, yang penting mereka menghormati pendirian masing-masing. Beliau berkata, kerajaan negeri Kelantan bersedia untuk memberi penjelasan lanjut mengenai enakmen itu bukan hanya kepada Pakatan Rakyat bahkan wakil daripada BN seperti MCA. "Kami di Kelantan bergantung kepada keperluan ada pihak yang mahukan penjelasan lebih lanjut kita bersedia. Kalau MCA hendak jumpa pun boleh. "Siapa sahaja, termasuk bukan Islam. Di mana sekali pun insya-Allah kita akan datang kepada mereka jelaskan supaya mereka boleh memahami. Soal setuju atau tidak setuju itu hak masing-masing, kita tidak akan paksa," katanya. Turut bersama dalam perbicangan itu ialah dua Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan Tian Chua, wakil DAP iaitu Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Ngeh Khoo Ham; Ahli Parlimen Kluang, Liew Ching Tong dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Liew berkata, pihaknya memberikan pandangan dalam perbincangan itu isu hudud adalah bukan agenda bersama dalam Pakatan Rakyat. Katanya, walaupun perbezaan pandangan, rakan dalam Pakatan Rakyat akan mencari titik persamaan dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik. "Kita masih dalam perbincangan. Kita harap semua boleh memahami isu dan risiko politik dalam isu ini. Kita terangkan pendirian kita, dan kongsikan pandangan masing-masing," katanya, lapor Harakahdaily. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub sebelum ini berkata, Kelantan akan membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu. Ketika disokong oleh PAS Pusat, DAP membantahnya dengan berkata ia bukan agenda bersama Pakatan Rakyat dan meminta PAS keluar Pakatan jika mahu meneruskannya. Umno juga dilihat menyokong usaha itu namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih bersikap tunggu dan lihat mengenainya. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata sikap Umno itu tidak jelas dan PAS tidak perlu bersungguh-sungguh mengenainya sehinggalah Najib menyatakan sikap tegas akan menyokong usul persendirian itu. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula mencadangkan agar Umno yang membawa usul itu jika mereka benar-benar menyokong pelaksanaannya | |||
Posted: 30 Apr 2014 03:17 AM PDT
Aksi Himpunan 1 Mei di Dataran Merdeka akan menggegar ibu kota , Detik penuh mendebarkan ini bagai tidak sabar untuk dinantikan oleh seluruh rakyat khasnya anak muda di bandar yang sangat terkesan dengan keputusan kerajaan mahu melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selain penyertaan dalam Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA). Dataran Merdeka akan sekali lagi menjadi 'padang luas' untuk aksi ini berjalan.Bagi mendapatkan pandangan mengenai kerahan anak muda ke himpunan ini, wartawan Harakah, ROY RASUL mengutip pandangan Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan pada 23 April lalu. Beliau menyeru semua pemuda termasuk Umno turun dalam perhimpunan 1 Mei ini. Perhimpunan aman itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati tentang pelaksanaan GST yang diibaratnya 'bencana' kepada rakyat. HARAKAH: Boleh jelaskan mengapa rakyat mesti menyertai Himpunan 1 Mei nanti? SANY HAMZAN: Himpunan ini adalah satu himpunan rakyat sebab ia bertujuan bagi menyatakan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Sebab ia membebankan rakyat. Apabila dilaksanakan semua rakyat akan terpalit. Oleh sebab itu, kita kira ini satu gerak gempur menolak malapetaka atau bencana kepada rakyat. Jadi sebagai rakyat Malaysia perlu keluar untuk membantah secara aman pelaksanaan cukai GST yang akan dikena oleh kerajaan kepada seluruh rakyat di negara ini. Tidak kira mereka berada di kampung atau bandar. Begitu juga sama ada nelayan, buruh, petani, pemandu teksi kita semua akan dikenakan GST. Kita akan dibebankan dengan GST kerana kita adalah pengguna. Cuma yang menjadi masalah kepada kita sepatutnya apabila kerajaan menyatakan mahu menggunakan cukai kita melihat sepatutnya kerajaan Umno- BN perbaiki sistem urus tadbir negara. Ketua Audit Negara mengatakan duit tiris setiap tahun hampir RM20 hingga RM30 bilion. Sepatutnya hasil kewangan negara banyak tetapi disebabkan ketirisan berlaku itu yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengenakan cukai untuk mendapat kewangan negara. Jadi kita melihat bagi mengelakkan bebanan itu mereka mengenakan cukai kepada rakyat. Di beberapa buah negara, GST telah dilaksanakan, jadi apa masalahnya jika GST dilaksanakan di Malaysia? Di sesetengah negara walaupun GST diperkenalkan tetapi mungkin kos hidupnya murah. Tiada dikenakan tol malah harga kenderaan mereka pun murah. Pendidikannya percuma. Harga minyak pun murah, jika dibandingkan di Malaysia ini kehidupan rakyat kita semakin hari semakin dibebankan dengan pelbagai kos kenaikan. Kenaikan harga barangan, perkhidmatan dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan negara luar contoh harga kereta, di Thailand lebih murah daripada Malaysia. Di Thailand pula negara mereka ada tol. Jadi kalau hendak banding dengan Malaysia juga ada negara-negara harga minyaknya murah. Tetapi di Malaysia yang kita tahu harga minyaknya tidak turun. Jadi dia ada perbezaan walaupun cukai GST di perkenalkan kos sara hidup di setengah-tengah negara kos sara hidupnya murah. Ini bezanya Malaysia berbanding negaranegara lain yang mengenakan GST. Pakatan Rakyat meletakkan syarat agar kerajaan menghentikan penyelewengan, ketirisan sebelum melaksanakan GST. Adakah kesedaran rakyat dalam soal penyelewengan BN ini sekata? Masalah di Malaysia ini yang saya nampak terutamanya di bandar masyarakat sedar sebab mereka mengakses media baharu seperti internet dan sebagainya. Tetapi yang menjadi masalah ialah kepada mereka yang tinggal di kampung-kampung. Mereka lebih banyak didoktrinkan dengan bahan hebahan media pro kerajaan. Jadi mereka tidak dapat maklumat alternatif kedua. Macam di bandar pula, mereka ada internet untuk akses media baharu dan sebagainya. Mereka dapat bahan ataupun mereka dapat berita kedua. Sebab itu kita lihat Umno dan BN menang di kawasan kampung dan Felda yang masyarakat tidak terdedah dengan maklumat. Masyarakat masih tidak terdedah dengan maklumat sebenarnya tentang apa yang berlaku dalam negara. Sebab itu, Pakatan Rakyat sentiasa turun berjumpa rakyat malah peringkat Dewan Pemuda PAS sentiasa turun bertemu masyarakat bagi menrang tentang kenaikan kos harga barang, GST bahkan baru-baru ini kita turun di Baling, Kedah kerana harga getah turun. Tujuan kita untuk menyedar masyarakat. Itu sahaja alternatif yang kita ada. Namun begitu, rakyat masih lesu daripada bercakap tentang kerosakan oleh Umno- BN ini? Apakah puncanya? Sebagaimana saya katakan tadi, satunya kerana masyarakat kita ini mungkin tidak sama dengan masyarakat di negara Indonesia. Lebih-lebih lagi Umno menggula-gulakan mereka dengan pemberian. Bantuan Rakyat 1Malasia (BR1M) mereka jadi diam dan tidak bangkit bersuara dengan penyelewengan dan sebagainya. Masyarakat di luar bandar khususnya tidak terdedah dengan berita-berita yang disiarkan media baharu. Jadi Himpunan 1 Mei ini boleh jadi medan kesedaran baharu rakyat? Insya-Allah, walau tidak banyak kita akan dapat sedikit. Contohnya semasa himpunan Bersih dahulu walaupun kita tidak lepas semua yang kita tuntut, paling tidak pun daftar pemilih, soal undi pos, dakwat kekal ada juga diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan. Tetapi soal tuntutan tidak boleh hanya dalam sekali perhimpunan kerajaan terus menerima.Maksudnya tuntutan itu kena berterusan dan parti politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) kena sentiasa bangkit dan menyuara tentang ketidakpuasan hati kepada kerajaan. Hebahan himpunan ini juga nampaknya sedikit lesu. Mengapa? Saya rasa tidak kerana melalui media-media baharu seperti Facebook, Whatsapp, blog dan lain-lain mereka bercakap tentang himpunan itu. Mungkin kaedah kita lebih mengguna penyebaran melalui media-media maya. Kita tidak mengguna cara tradisi seperti banner, poster, emel dan lain-lain. Tetapi kalau kita lihat dalam emel, blog-blog mereka bercakap mengenai perhimpunan GST. Apa saranan saudara mengenai perhimpunan 1 Mei nanti? Saya minta semua pemuda tidak kira PAS, KeADILan, DAP atau Umno sekalipun dan semua pemuda Malaysia keluar untuk cetuskan rasa tidak puas hati kepada kerajaan yang mahu melaksanakan GST. Perhimpunan aman itu sebagai tanda solidariti kita semua. | |||
Posted: 30 Apr 2014 03:12 AM PDT Hadri Shah Sebenarnya, buruh mengalami seribu satu permasalahan yang boleh diperjuangkan untuk mencapai pelbagai matlamat demi kebaikan bersama. Menjadi fitrah manusia mengkehendaki kehidupan yang lebih baik. Dan kalau bukan kerana tekanan dan asakan demi asakan yang dikenakan oleh majikan dan pemerintah, pekerja berkemungkinan mengenal erti perjuangan untuk mencapai fasa hidup yang lebih baik. Justeru itu, tidak hairan, hari buruh atau hari pekerja yang kita rayakan sekarang merupakan satu manifestasi dari tindakan kaum pekerja di Australia yang keluar menyatakan tuntutan 8 jam bekerja pada tahun 1856. Pekerja Australia pada ketika itu sedang ditindas oleh majikan mereka dengan cara jam kerja yang sangat panjang dan upah buruh yang rendah. Sejak itu, kaum pekerja bersatu untuk merayakan 1 Mei sebagai wadah perjuangan kelas yang disantuni beratus tahun yang dahulu. Di Malaysia, 1 Mei mula disambut seawal tahun 1972. Terima kasih pada kaum pekerja pada waktu itu yang mula mencernakan bibit-bibit perjuangan mengangkat martabat kaum pekerja agar tidak terus menerus ditindas oleh majikan dan pemerintah. Khabarnya, 1 Mei pada tahun ini di Malaysia sambutannya akan menjadi berbeza dari tahun tahun yang sudah. "Gasak sampai tumbang" dan pelbagai lagi slogan yang sama di diuar-uarkan di media alternatif mempromosi dan mengajak rakyat khususnya kaum pekerja untuk berarak dari KLCC menuju Dataran Merdeka. Tujuan protes ini jelas untuk menyatakan bantahan dari kaum pekerja kepada aplikasi cukai baru GST yang diluluskan di Parlimen. GST hadir ketika seribu permasalahan pekerja yang lain yang masih tidak selesai. GST hadir sebagai 'kesedaran' buat pekerja di Malaysia yang sebelum ini merayakan 1 Mei dengan menonton televisyen di rumah atau pusat membeli belah. GST juga satu anugerah kerana kaum pekerja sekarang akan dipaksa membayar satu lagi cukai yang membebankan ketika kos sara hidup semakin tinggi. 'Kerja macam anjing' Cuba tanya pemandu teksi di sekitar Kuala Lumpur, apa masalah mereka? Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja di kilang perindustrian? Saya pasti pekerja di sektor perbankan, pertanian, perladangan malah para pekerja di sektor awam juga mengalami pelbagai masalah yang belum selesai. Dari masalah jam bekerja, persekitaran kerja tidak demokratik, penindasan majikan terhadap buruh asing, upah tidak setimpal, tiada ruang pembangunan kendiri, isu keselamatan di tempat kerja, kuasa membeli yang semakin hilang, namakan saja yang lain-lain. Apa masih ada lagi tempat untuk GST menjadi pertambahan dalam senarai yang menyakitkan ini? Kata seorang pekerja rajin di pejabat: "Kita kerja macam anjing. Majikan tak habis-habis beri tekanan. Itu, ini semua mesti diselesaikan. Cukup bulan, duit gaji habis bayar hutang. Tiada masa yang berkualiti boleh diperuntukkan untuk diri sendiri apalagi untuk isteri dan anak-anak di rumah. "Kena datang kerja pada hari Sabtu, hanya ada hari Ahad untuk berehat. Itu pun banyak di habiskan masa untuk tidur." Bunyinya sangat kasar, bukan? Mungkin, saudara yang membaca tulisan ini boleh memberi penjelasan yang kukuh tentang signifikan aplikasi GST. Atau saudara juga boleh berikan satu ratus satu hujah kenapa GST wajib di mansuhkan. Saya tetap dengan jawapan yang satu. Pekerja atau buruh di Malaysia mengalami seribu penderitaan yang masih belum disembuhkan. Mengapa harus ditambah lagi penderitaan? Jika diperhatikan, saban tahun, laporan audit melaporkan pelbagai ketirisan, keborosan dan pelbagai kelemahan dalam mengurus tadbir perbelanjaan. Saya sendiri letih dengan laporan-laporan ini. Kebobrokan yang dilaporkan itu jelas bukan datang dari tangan kita. Eksperimen kerja 6 jam Perlakuan sumbang dalam isu pemborosan ini datangnya dari sektor/kementerian kerajaan. Jadi mengapa kita yang perlu menanggung setiap tindakan pemerintah dengan mengenakan GST pada masa yang terdekat ini? Mari kita alihkan pandangan kita pada kaum pekerja di Perancis dan Sweden. Dalam berita baru-baru ini, kaum pekerja di sana sedang mempraktis dan dalam masa sama bereksperimen dengan jam masa kerja yang lebih pendek iaitu 6 jam sehari. Wah, tahun 1856 dahulu, kaum buruh di Australia menuntut 8 jam bekerja, kini pada tahun 2014, Perancis dan Sweden sudah mula bekerja 6 jam sehari saja! Tak bankrapkah negara? Apa mereka di sana adalah bangsa yang malas bekerja? Atau, syarikat syarikat di sana sudah bersedia untuk gulung tikar? Bila diteliti balik langkah baru ini, sedarlah kita bahawasanya, kurangnya masa bekerja memberi ruang untuk kaum pekerja lebih fokus dan progresif pada waktu bekerja yang diperuntukkan. Masa 6 jam yang ditetapkan adalah masa yang sudah sempurna untuk pekerja menghabiskan kerja-kerja harian mereka sebelum mereka tutup monitor komputer untuk memberi laluan pada perkembangan diri sendiri. Selari dengan itu, mereka di sana punya kualiti masa yang lebih untuk bersama famili. Juga dinyatakan dengan jelas dalam langkah mereka bekerja 6 jam sehari adalah untuk mengelakkan tekanan di tempat kerja yang melampau dan mempengaruhi kehidupan individu. Bagaimana di Malaysia agaknya? Majikan berbangga menguar-uarkan bahawa pejabat adalah rumah kedua pekerja dan pekerja terpaksa tunduk untuk menyelesaikan setiap kerja lebih masa yang ada kalanya tiada berbayar. Jika permasalahan seperti ini pun kita sudah terlepas pandang, apalagi jika kita bicara impak GST terhadap kewangan kita? Biar saya ceritakan pengalaman saya baru baru-baru ini di sebuah pasar raya. Di suatu sudut menjual susu bayi, saya terkejut kerana raknya dikunci rapat. Pembeli susu bayi mesti mendapatkan pekerja pasar raya untuk membuka kunci rak tersebut dan mengambil susu yang mahu di beli. Di rak itu juga, ada banyak gambar yang menayangkan 'aksi' pencuri susu bayi ini. Di tulis besar besar di situ: " Pencuri, awas anda diperhatikan". Curi susu Melihat gambar itu, saya teringatkan satu kes mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 2 atau 3 tahun kepada seorang lelaki yang mencuri satu tin susu yang berharga lebih kurang RM60 untuk diberikan pada anak kecilnya di rumah. Saya merasa begitu terganggu dengan keadaan begini. Mencuri memang satu kesalahan. Tapi mahukah si lelaki tadi mencuri jika dia bukan dalam kesempitan hidup? Susu itu bukan untuk dirinya, tetapi untuk anaknya yang kecil. Dan lelaki itu saya pasti seorang pekerja yang sedang 'nazak' kewangannya. Dia tiada rekod jenayah sebelum ini. Keadaan sosio ekonomi pekerja di Malaysia sudah meruncing. Pendapatan sebanyak RM3,000 di Kuala Lumpur dan bandar besar di Malaysia sudah di kategorikan sebagai miskin bandar, apatah lagi jika ia lebih rendah. Ramai di kalangan kita tidak jemu jemu untuk mengambil pinjaman peribadi untuk meneruskan survival dan secara langsung, pekerja di Malaysia sudah menjadi hamba. Nyanyi Ito, penyanyi Blues kegemaran ramai: "Kerja bagai nak gila,orang lain yang kaya." Berbalik pada protes 1 Mei, kaum pekerja yang bersemangat untuk hadir, janganlah semata-mata kerana mahu memenangkan parti politik masing masing. Tiada seorang anak muda yang akan ke Putrajaya pun dengan hadir pada protes 1 Mei nanti. Biar kita hadir bersama ilmu dan ideologi, bukan berpaksikan matlamat untuk menangkan parti politik, jauh sekali untuk mengangkat Anwar Ibrahim atau Hadi Awang menjadi perdana menteri. Masih ingat siri demo Black 505 yang berakhir di Dataran Merbok? Boleh beritahu saya sama ada pemerintah peduli atau tertekan dengan ceramah ceramah yang tidak sudah diselang seli dengan tempikan yang 'lame' sambil hadirin sedap memenuhkan perut dengan nasi beriyani, cendol dan minuman yang dijual sekitar kawasan itu. Tak cukup dengan itu, mereka berpeluang untuk membeli belah baju-baju yang bermotifkan politik. Suasana sebegitu tak ubah seperti suasana di Uptown. Cuma bezanya tiada karaoke. Kita sendiri harus jelas dengan matlamat asal, yakni memberi tekanan pada pemerintah yang tugasnya bukan lagi memberi kemaslahatan pada negara. 'Protes nasi beriyani' Kita tidak sepatutnya tunduk pada pemerintah bilamana mereka menyatakan bahawa himpunan kita menutup periuk nasi peniaga. Kita juga tak perlu membuktikan pada mereka yang perhimpunan kita ini aman semata-mata adanya gerai menjual nasi beriyani! Kalau begitulah amalan demonstrasi kita, saya pasti pendukung revolusi Bolshelvik dan revolusi di Tunisia menangis hiba. Dan semestinya pemerintah kita tersenyum sahaja kerana tiada apa-apa perlu ditakutkan. Tak perlu saya imbas bagaimana siri protes BERSIH memberi tekanan yang besar pada pemerintah. Jadi saya nasihati kaum pekerja untuk turun merayakan protes dengan amalan sebaiknya, bukan hanya melepak di tepian sudut. Untuk yang pekerja yang bakal bergasak sampai tumbang, kesedaran itu wajib hadir dulu dalam benak masing-masing. Ia disusuli dengan ilmu dan ideologi sebagai senjata untuk bertempur. Medan demonstrasi hanya sebagai pengantara untuk menyalurkan tekanan pada pemerintah. Benar, GST sudah diluluskan di parlimen. Tetapi yang meluluskannya hanya seratus orang lebih sahaja. Manakala yang di luar parlimen ini, suaranya jutaan. Mana yang lebih kuat? Lupakan laungan laungan seperti " Najib Altantuya, Rosmah Gemuk" dan sebagainya, kerana itu hanyalah cara melawan budak kecil yang tak memberi apa apa kesan. Pekerja yang merdeka, bermaruah dan tinggi ilmu dan kesedarannya lebih baik cara melawannya. Izinkan saya nyatakan petikan kata Karl Marx: "Sistem Kapitalisme tidak mungkin dan tidak akan jatuh dalam masa yang terdekat, tetapi yang membuatkan sang kapitalis kecut perut adalah bila mana sang buruh memiliki kesedaran yang tinggi dan melawan bersama ideologi. "Saat itu, kapitalisme sudah bertemu dengan hari hari keruntuhannya." Saya nyatakan juga petikan kata manusia terhebat wujud di dunia ini, junjungan terbesar umat, Nabi Muhammad SAW: "Jihad yang paling afdal ialah berkata benar di hadapan pemimpin yang jahat." - Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah. Selamat berprotes kaum pekerja! Jumpa di Dataran. | |||
Catuan air di S'gor, KL berakhir hari ini Posted: 30 Apr 2014 03:06 AM PDT MALAYSIAKINI Seperti dijangka Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan bahawa catuan air yang berlarutan lebih dua bulan di negeri ini ditamatkan esok. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan walaupun paras air masih belum melepasi paras selamat pada 55 peratus, tetapi ia telahpun secara konsisten meningkat dan kini di atas tahap kritikal iaitu 40 peratus. Beliau berkata perkara itu dipersetujui oleh semua pihak terlibat termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Lembaga Urus Air Selangor )LUAS)dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KBSB) yang mentadbir empangan Sungai Selangor. "Pelan catuan air akan dihentikan mulai esok 1 Mei", katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco sebentar tadi. Sebelum ini Pengerusi SPAN Datuk Ismail Kassim turur mengumumkan perkara sama di sidang media di Kangar tengah hari tadi. Katanya, kerajaan negeri telah memaklumkan keputusan ini kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) untuk dipatuhi dan memastikan pengguna mendapat bekalan air seperti sediakala. "Kerajaan negeri berpendapat tidak perlu menunggu empangan mencapai takungan 50 peratus kerana yakin usaha keras yang telah dilaksanakan seperti mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasan tadahan air akan meningkatkan lagi paras empangan. "Justeru, kerajaan negeri dan pihak-pihak yang terlibat seperti LUAS, SPAN serta JPS akan terus memantau setiap hari perkembangan ini untuk memastikan paras empangan terus meningkat dan keputusan membatalkan perintah catuan ini akan dikaji dari semasa ke semasa," katanya. Abdul Khalid berkata, beliau juga telah menulis surat kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada 29 April bagi mendapatkan sokongan dan kebenaran Kerajaan Malaysia untuk kerajaan negeri menggunakan kepakaran Thailand menjalankan pembenihan awan menggunakan kaedah Ejectable Flare Rack. "Berdasarkan maklumat yang diperolehi, terdapat sekatan untuk melakukan teknik ini kerana dipercayai mempunyai unsur-unsur yang mungkin memberi kesan kepada isu keselamatan negara. "Pada masa yang sama, kerajaan negeri terus memperhebatkan usaha-usaha untuk menambah bekalan air terutama sebagai persediaan menghadapi musim kering yang panjang yang dijangka bermula akhir Mei hingga September," katanya. JPS, tambahnya, telah membekalkan 10 pam air yang digunakan untuk mengepam air dari kolam dan hilir sungai ke Sungai Selangor. "Peruntukan sejumlah RM10 juta disediakan oleh kerajaan negeri untuk membeli pam dan pembinaan intrastruktur bagi melakukan kerja-kerja pengepaman ini," katanya. Pam itu juga, katanya, akan digunakan untuk mengepam air sungai yang berlebihan ke kolam takungan sebagai persiapan awal dan akan dipam semula ke sungai apabila musim kering. "Dengan kaedah ini, pelepasan air daripada empangan akan lebih terkawal dan tempoh untuk empangan mencapai tahap kritikal dapat dilanjutkan antara 5 hingga 6 bulan. "Kerajaan negeri juga akan meningkatkan kawalan keselamatan di kolam-kolam takungan dan menjadikan sekitar kawasan ini sebagai kawasan larangan khas," katanya. Kolam-kolam sumber air alternatif itu, katanya, telahpun dikenalpasti LUAS sejak tahun 2009 lagi. "Malah, pemantauan berkala dilakukan ke atas kolam-kolam ini melalui pensampelan yang dijalankan pada tahun 2011, 2012 dan juga 2013. "Hasil pensampelan menunjukkan tiada unsur kimia dan logam berat yang ditemui dan kualiti air kolam-kolam ini mematuhi parameter yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. "Kerajaan negeri memberi jaminan akan sentiasa menjaga keselamatan pengguna dan akan memberi maklumat penuh sekiranya terdapat keraguan terhadap penggunaan air kolam tersebut. "Kerajaan negeri merayu agar semua rakyat mengamalkan penggunaan air terawat secara berhemah dengan menggunakan air hujan bagi aktiviti luar seperti membasuh kereta atau menyiram pokok. | |||
Air Lombong selamat, rakyat tidak perlu gusar Posted: 30 Apr 2014 02:55 AM PDT Oleh: Mohd Ezli Mashut SEKINCHAN : Rakyat tidak perlu gusar dengan usaha Kerajaan Negeri menggunakan air lombong sebagai sumber tambahan air dalam berhadapan situasi empangan di Selangor yang mengalami kekurangan air. ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata pelbagai usaha dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan kapasiti air diempangan melalui projek Horas dan pengambilan air daripada bawah tanah akan membantu masalah kekurangan air akibat cuaca kering dan panas. "Selangor mempunyai banyak lombong, tetapi kita ambil air itu yang sudah dijalankan ujian ke atasnya oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan jabatan berkaitan. "Kita jamin keselamatan untuk semua pengguna air di Selangor dan baru kita pam masuk ke dalam Sungai Selangor dan kemudian dialihkan air itu ke loji rawatan untuk proses rawatan sebelum disalurkan kepada pengguna," kat Suee Lim. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Penyampaian Penyata Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di Dewan Seri Sekinchan, di sini. Dalam program itu kira-kira 250 orang menerima penyata yang diserahkan daripada TAWAS untuk DUN Sekinchan dan DUN Sungai Panjang. Suee Lim berkata, melalui pelbagai cara untuk menambah kapasiti air diharapkan catuan air akan berakhir dalam masa terdekat. Beliau berkata kekurangan air yang berlaku pada masa kini bukan disebabkan oleh kelewatan Projek Langat 2 sepertimana yang didakwa sesetengah pihak. "Isu Langat 2 tiada kaitan dengan catuan air dan ia memerlukan sehingga lima tahun untuk disiapkan," kata beliau. | |||
Kandungan kolam Hang Tuah selamat, kajian dilaksana sejak 2009 Posted: 30 Apr 2014 02:50 AM PDT Oleh: LIZAWATI MADFA SHAH ALAM: Kandungan kolam takungan Hang Tuah disahkan selamat berdasarkan hasil kajian yang dilakukan Kerajaan Negeri sejak tahun 2009. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasil pensampelan menunjukkan tidak ada unsur kimia dan logam berat yang ditemui, bahkan kualiti air kolam berkenaan mematuhi parameter yang ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Katanya, Kerajaan Negeri juga tidak pernah menyembunyikan maklumat dan akan mendedahkan hasil kajian kepada orang ramai dalam masa beberapa hari lagi. "Kita mengkaji air dahulu dan kajian ini sentiasa dibuat jabatan kimia yang merekod keputusan setiap kajian. "Sebelum air terawat sampai kepada pengguna, ia perlu melalui tiga peringkat ujian dan perlu lulus semuanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, hari ini. Sebelum ini, beberapa pihak mempersoalkan kandungan air kolam Hang Tuah yang dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan. Antara lain, Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling Malaysia, Prof Datuk Dr Zaini Ujang dilaporkan berkata, langkah kerajaan Selangor mendapatkan bekalan air mentah dari bekas lombong tidak sesuai kerana mungkin boleh menyebabkan penyakit kulit. Pada masa sama, Abdul Khalid memaklumkan Kerajaan Negeri akan meningkatkan kawalan keselamatan di kolam takungan dan menjadikan sekitar lokasi terbabit sebagai kawasan larangan khas. "Kerajaan Negeri juga memberi jaminan akan sentiasa menjaga keselamatan pengguna dan memberi maklumat penuh jika terdapat keraguan terhadap penggunaan air kolam terbabit," katanya.-NFN- | |||
Posted: 30 Apr 2014 02:45 AM PDT Oleh Subky Latif Dalih Perdana Menteri Najib menepis hudud ialah tidak pernah kerajaan selama ini menolak hudud cuma ia tidak melaksanakan saja. Sebelum hukum Allah itu hendak dilaksanakan dia mahu ulama muktabar yang sedia berijtihad menghalusi peraturan itu supaya matlamat pelaksanaannya dapat memberikan keadilan. Dalam dalihnya itu seolah-olah surat Perdana Menteri Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan yang memberi amaran jika enakmen jenayah syariyah 2 Kelantan dilaksanakan tindakan akan dikenakan sebagai kerajaan pernah menghalang. Jawapan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra tentang hukum rejam terhadap zina, nescaya habislah batu untuk membuat pembangunan kerana digunakan untuk merejam. Ia tidak dikira Najib sebagai menolak. Jika Najib mahu ia dihalusi ulama muktabar dulu, tidak bijakkah beliau jika meneliti alasan Sultan Hasanal Bolkhiah menguatkuasakan hukum itu di Brunei Darussalam mula 30 April 2014? Dari mana ambilan Sultan itu atas keputusan baginda dan kaedah yang akan digunakan bagi memastikan pelaksanaan itu mencapa keadilan di negara jiran yang terdekat itu. Adakah alasan yang Najib beri itu satu hujah atau ia sekadar dalih untuk tidak menyokong jika usul persendirian PAS di Parlimen nanti. Najib bagaimana pun mengaku hudud itu hukum Allah. Mengikut adab Islam yang beriman apabila Allah menentukan sesuatu, maka jin dan manusia mandatori sami'na wa ata'na – dengar dan taat. Sekalian nabi sami'na wa ata'na apa juga ketentuan Allah. Hanya iblis yang berdalih. Maka iblis digugurkan akidah dan jadilah ia kafir. Apabila Alllah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu hukum, mandatori mukminin dan mukminat sami'na wa ata'na. Kecuali bas eksperes dilarang laju dari hadnya, yang Allah dan Rasul SAW tidak putuskan, bolehlah kerajaan Malalysia halusi pelaksanaannya. Adakah dengan kenyataan Najib dalam himpunan Yayasan Pondok di Kedah itu masih dalam lingkungan hamba yang sami'na wa ata'na atau dia sudah termasuk dalam orang berloyar buruk terhadap pelaksasnaan hukum Allah itu? Kewajipan siapa melaksanakan hudud, hukum yang ditentukan Allah dan Rasul-Nya? Untuk sekalian orang-orang yang muttaqin – mereka yang takwa. Justeru orang-orang yang takwa itu tidak boleh bertindak sendiri, maka kewajipan pertama berada di tangan ulil amri. Bagi Malaysia ulil amri itu Yang Di Pertuan Agong dan sekalian Raja bertakhta. Ulil amri memberi kuasa kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar/Ketua Menteri menjalankan pemerintahan baginda pihak baginda ulil amri. Jika ketua kerajaan tidak sami'na wa ata'na dua pihak bertanya mengapa hudud ditangguhkan? Pertama ulil amri yang sami'na wa ata'na kepada kepada Allah dan Rasul-Nya dan kedua rakyat yang takwa. Kewajipan kedua menegur kerajaan secara demokrasi. Kerana demokrasi itu juga institusi yang Islam boleh terima pakai, maka sesuatu boleh dibuat terhadap kerajaan yang banyak dalih. | |||
AMK Selangor kerah 10,000 anak muda sertai Himpunan 1 Mei Posted: 30 Apr 2014 02:42 AM PDT Oleh: NORHAYATI UMOR SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan mengerahkan 10,000 anak muda untuk turun himpunan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pada 1 Mei ini. Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri, berkata mobilisasi ke arah itu akan digerakkan secara aman bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. "AMK negeri akan mobilisasi anggota dalam 10,000 orang," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini, di sini, hari ini. Sebelum ini, penganjur himpunan 1 Mei bagi membantah GST tidak berganjak daripada rancangan awal menjadikan Dataran Merdeka sebagai destinasi akhir yang dijadual bermula dari KLCC dan akan bergerak ke Dataran merdeka di ibu negara. Jurucakap penganjur, S Arutchelvan mempertahankan tindakan itu atas alasan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk berhimpun secara aman. "Pihak kami mengadakan himpunan dan sambutan Hari Pekerja selaras dengan peruntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Negara iaitu hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata," katanya. Sementara itu, Pas Malaysia (PPM) pula menggerakkan 50,000 anak muda untuk turun pada himpunan itu dengan Jabatan Amal Malaysia akan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan lokasi serta keselamatan awam. "PPM memberi jaminan walaupun kehadiran anak muda yang besar jumlahnya, himpunan ini akan dijayakan dengan aman. PPM dengan bantuan tenaga AMAL dan Pemuda PAS memastikan tindakan provokasi, ganas, liar dan keterlaluan akan dielakkan. "Sebaliknya, peserta himpunan akan mematuhi arahan pemimpin himpunan dan bersurai dengan aman sebaik ia selesai dijayakan," kata Setiausaha PPM, Mohd Nasai Ismail. Perhimpunan 1 Mei adalah satu acara tahunan dianjur sejak 20 tahun lalu dan misi perhimpunan kali ini adalah untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat supaya menarik balik perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan dilaksanakan pada April 2015.-NFN- | |||
Kisah Sedih Isteri Pramugara MH370, Tiada Sedikit Pun Rasa Berdosakah Di Hati Najib? Posted: 29 Apr 2014 09:08 PM PDT KELAB GREENBOCHidup terumbang ambing tanpa suami, kata isteri kakitangan MH370 Sudah tujuh minggu berlalu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 lesap bersama 239 penumpangnya, dan sejak itu harapan keluarga mereka semakin pudar. The Malaysian Insider mengeluarkan beberapa siri bagi berkongsi kesedihan keluarga penumpang pesawat dan mengharapkan rakyat Malaysia tidak akan melupakan penumpang yang menaiki pesawat MH370. Iman, 4, tidak henti-henti bertanyakan perihal bapanya, Hazrin Hasnan. Semakin kerap kebelakangan ini, ketika bangun dan juga sebelum tidur. Bapanya Hazrin, 34, adalah salah seorang daripada 12 kru pesawat Malaysia Airlines MH370 yang lenyap ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac. "Dia bertanya bilakah papa dia akan balik. Apabila dia melihat gambar di iPad dan telefon, dia akan minta saya telefon ayahnya. "Pernah sekali, dia terbangun waktu pagi dan menangis mencari ayah dia. Saya sedih. Dia rindukan ayahnya seperti saya," kata isteri Hasnan, Intan Maizura Othman ketika ditemui di Subang baru-baru ini. Keluarganya bercuti ketika penerbangan Hasnan ke Beijing. Mereka berada di Port Dickson. "Sebagai anak kapal, jadual kami padat. Kadang kala dia bercuti sehari, kadangkala dua hari, jadi kami merancang cuti supaya dapat luangkan masa bersama, kata Intan Maizura yang juga seorang anak kapal. Intan Maizura mula bertemu Hasnan ketika penerbangan antarabangsa tujuh tahun lalu. Mereka berkenalan selama setahun sebelum mengikat hubungan dengan perkahwinan enam tahun lalu. Mereka mengembara bersama ke London, Paris dan Johannesburg. Intan berhenti terbang apabila mengandungkan anak kedua mereka. Dia kini berada dalam cuti dan menanti masa bersalin pada Mei. Ketika Iman merindui bapanya, Intan hilang arah tanpa suami yang turut menjadi sahabat baiknya. "Dia segalanya. Kami buat semuanya bersama. Selalu bergurau, macam sahabat. Dia ringan tulang, dia segala-galanya yang setiap isteri mahukan. Saya bersyukur berada dengannya. Sekarang saya hilang arah," kata Intan, 34. Mengucapkan perkataan "Saya cintakan awak" juga rutin buat pasangan itu. Malah, itulah kata-kata Intan kepada Hazrin pada 7 Mac, ketika menghantarnya ke lapangan terbang. "Dia telefon saya semasa menaiki aerotrain ke terminal. Dia bercakap mengenai Wan Swaid. Saya kenal dia kerana Hazrin dan Wan Swaid bekerja di zon yang sama, dan kemudian perbualan kami ditamatkan dengan 'saya sayang awak'. Itulah kali terakhir kami bercakap," katanya. Wan Swaid Wan Ismail merupakan pramugara kanan dalam pesawat MH370 bersama Hazrin dan 10 lagi anak kapal. Berpakaian baju labuh dan bertudung, Intan kelihatan tenang. Dia kini dapat mengawal emosinya. "Saya menangis. Tetapi saya cuba untuk tidak menangis depan Iman. Saya perlu tenang untuk kebaikan kami dan anak yang bakal lahir. "Ianya lelaki. Hazrin sudah namakannya Muhammad. Dan saya akan namakannya dengan nama itu," kata Intan. Intan kini tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas melahirkan anaknya. Dia tidak sanggup lagi mendengar bunyi kapal terbang. "Iman akan melambaikan tangan apabila dia ternampak kapal terbang melintasi kediaman kami kerana kami tinggal berhampiran lapangan terbang. Dia akan berkata, 'Bye-bye papa', seperti yang dia selalu buat apabila Hazrin keluar bekerja. Bagi saya, saya takut, trauma, sedih... semuanya berkecamuk," kata Intan. Ditanya adakah dia menerima fakta suaminya tidak akan kembali, Intan enggan menjawab. Dia berkata: "Saya terima apa sahaja kemungkinannya. Hidup atau mati. Jika dia sudah tiada, tunjukkan bukti, sekarang kita cari jawapan kepada persoalannya," katanya. Kehidupan amat sukar tanpanya, daripada segi kewangan dan emosi. "Saya bukan mahu duit. Saya mahukan suami saya. Saya mahukan dia lebih daripada duit. "Iman masih mahukan bapanya, dan saya mahukan suami saya." Intan juga bersyukur mempunyai sokongan daripada keluarganya, mertua dan sahabat handai. "Sukar untuk terus tabah, tetapi semua sokongan dan kasih sayang di sekeliling saya menjadikan saya semakin kuat," katanya. Intan tidak menangis ketika ditemuramah, namun dia kelihatan letih dan sedih. Dia kelihatan sugul ketika berbicara mengenai Hazrin dengan tekanan perasaan sejak 51 hari pesawat MH370 hilang. Dia memaksa diri untuk tersenyum... namun ia kelihatan kosong. Kehidupannya teringatkan Hazrin. Hazrin, Andrew Nari, Patrick Gomes, Wan Swaid dan lapan kru berada bersama 227 penumpang daripada 15 negara ketika pesawat itu lesap. Misi carian besar-besaran melibatkan 26 negara dilancarkan untuk mencari pesawat itu di selatan Lautan Hindi. Namun selepas 51 hari, dengan bantuan kapal selam kecil, Bluefin-21, masih tiada tanda-tanda serpihan pesawat yang boleh dikaitkan dengan pesawat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada 24 Mac pesawat itu "menamatkan penerbangannya di Lautan Hindi" barat Perth, Australia. Sebulan kemudian, pengumuman dibuat Najib ketika ditemuramah CNN berkata kerajaan tidak bersedia untuk mengatakan penumpang pesawat MH370 hilang. Anak Intan, Iman yang berusia 4 tahun sangat merindui bapanya dan Intan berasa kehilangan arah tanpa suaminya. Intan menunjukkan gambar keluarganya bersama suami dan anaknya kepada wartawan The Malaysian Insider semasa temubual khas di Subang Jaya, Selangor semalam. Adik-beradik Hazrin menunjukkan gambar Hazrin kepada wartawan The Malaysian Insider semasa temubual khas di Subang Jaya, Selangor semalam. Intan kelihatan sugul ketika berbicara mengenai Hazrin dengan tekanan perasaan sejak 51 hari pesawat MH370 hilang.
ULASAN GB Hairan kita... di saat ada insan yang berdukacita, Najib masih boleh terus riang-ria berselfie sana-sini... Lansung tidak ada di hatinya rasa simpati dan berdosa.... Nak harapkan beliau letak jawatan macam PM Korea selatan itu jauh sekali.... Kepada Puan Intan dan keluarga mangsa yang lainnya, bersabarlah. Hukum Kebenaran dan Keadilan akan tetap berjalan. Najib dan lain-lain yang terbabit akan tetap menerima balasanNya. BACA: Feri Karam PM Korea Letak Jawatan, MH370 Hilang, Bila Najib Mahu Letak Jawatan? Selfie Dikait Dengan Penyakit Mental - Kata Saintis | |||
MH370: Penemuan Syarikat Australia Belum Disahkan - Hishammuddin Posted: 29 Apr 2014 09:02 PM PDT Oleh: FARIK ZOLKEPLI KUALA LUMPUR: Dakwaan sebuah syarikat penerokaan Australia bahawa ia mengesan bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, di Teluk Bengal, masih belum disahkan, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Pemangku Menteri Pengangkutan berkata dakwaan, GeoResonance akan dibincangkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MH370. "Terdapat terlalu banyak spekulasi di luar sana... adalah mustahil untuk memberi perhatian kepada semua. "Bagaimanapun , misi pencarian ini masih lagi berjalan dan status quo adalah kekal," katanya kepada pemberita selepas bertemu Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera di Wisma Pertahanan di sini, Isnin. GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide pada Isnin berkata, ia mula melakukan pencarian sendiri pada 10 Mac lalu, dua hari selepas pesawat MH370 hilang, dan bangkai pesawat mungkin dikesan di Teluk Bengal, kira-kira 5,000 km dari lokasi pencarian semasa di selatan Lautan Hindi , di barat Perth. Pencarian GeoResonance itu meliputi 2,000,000 kilometer persegi zon kemungkinan berlakunya nahas, menggunakan imej yang diperolehi dari satelit dan pesawat, dengan pakar-pakar sains syarikat itu menumpukan usaha mereka di utara dari lokasi terakhir MH370 yang diketahui, menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear. | |||
Harap Teresa Kok tidak berbohong? Posted: 29 Apr 2014 08:59 PM PDT
Menurut laporan, individu yang hadir ialah; Naib Presiden PKR Tian Chua, anggota MPP Sivarasah Rasiah manakala dari DAP Timbalan Setiausaha Agung Ngeh Khoo Ham, ahli parlimen Kluang Liew Ching Tong dan ahli parlimen Seputeh Teresa Kok. Pihak Pas atau kerajaan negeri Kelantan pula diwakil sendiri oleh MB, Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah. Harap-harapnya penjelasan itu dapat memberi pencerahan dan isu hudud tidak mengalukan lagi dalam Pakatan Rakyat sehingga menggusarkan ahli dan penyokong. Pihak Ahmad Yaakub dikatakan berpuas hati dengan pertemuan awal itu. Pihak PKR dan DAP dilaporkan menimbulkan beberapa perkara berhubung isu itu, antaranya Liew Ching Tong mengingatkan kerajaan Kelantan, hukum hudud bukan agenda bersama dalam Pakatan Rakyat. Apa yang beliau ingin tegaskan bahawa hukum hudud tidak menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat. Apakah Ahmad dan Nik Amar mengerti hal ini? Benar, soal hukum hudud tidak ada termeterai dengan apa-apa konotasi dan istilah pun di dalam manifesto Pakatan Rakyat. Apa yang diakui ketiga parti menghormati dasar perjuangan masing-masing. Maka Hudud itu pun adalah istimewa untuk Kelantan sahaja. Jadi Kelantan berhak melaksanakannya kalau ia sudah bersedia. Kerana hudud itu adalah antara matlamat dan aspirasi perjuangan Pas. Diharap ahli parlimen Kluang itu memahami tanggungjawab kerajaan Kelantan dan juga tanggungjawab agama Pas sebagai penguasa Kelantan. Maksudnya kalau kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud, hanya terbatas di negeri berkenaan sahaja. Hakikat ini sangat perlu dimengertikan dan tidak kabur dengan karut marut dimainkan Umno. Bagaimana pun penjelasan pihak Kelantan kepada Teresa Kok, yang hudud perlu dilaksanakan di Kelantan adalah kerana hendak menyelamatkan undi Melayu bagi Pas, sesuatu jawaban yang tidak bijak sama sekali. Ini melemahkan daya politik orang yang menjawab dalam pertemuan itu. Apakah ia dijawab oleh Ahmad Yaakub atau Nik Amar? Jawaban dangkal sekali dan ia kontras dengan suara hati Pas sendiri termasuk "presideng", yang bertegas untuk laksanakan hudud kerana ia adalah perintah Allah walaupun tanpa sokongan DAP dan PKR. Aduh...! Oleh itu tidak sepatutnya pihak kerajaan Kelantan menjelaskan kepada Teresa Kok pelaksanaannya kerana untuk mendapatkan undi. "Pemimpin Pas memberi tahu kami kesukaran mereka dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana Umno menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal DAP. "Mereka kata tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan oleh Umno dalam isu hudud. "Jika tidak respon dalam keadaan ini maka lebih banyak undi akan hilang." Demikian beritahu Teresa Kok seperti mana dilapor sebuah portal. Saya berharap kata-kata Terasa yang dipetik itu tidak benar. Kalau benar apa dijelaskan Terasa itu diucap pemimpin Pas Kelantan, maka jelas pemimpin Pas cakap tidak ikhlas dan tidak konsisten. Ia juga menampakkan yang kerajaan Kelantan memang benar-benar takutkan kepada DAP seperti mana dituduh Umno selama ini. Pendedahan Terasa itu menyebabkan orang ramai bukan sahaja setakat tersenyum, tetapi boleh ketawa terbahak-bahak, mengenang dolak dalih dan silat politik Pas Kelantan tentang hukum hudud. Keadaan itu juga menyebabkan orang boleh pertikaikan keikhlasan Pas mengenai hudud. Kenapa Pas tidak menegaskan di hadapan wakil DAP dan PKR bahawa hudud harus dilaksanakan kerana itu adalah kehendak Quran? Apa malukah untuk menyebut Quran? Begero. Sikap beralasan dan malu alah tidak bertempat beginilah yang akhirnya menyusahkan diri sendiri dan mengelirukan orang ramai. Sekiranya kita tidak dapat mempertahankan pendirian dan sikap kita dalam sesuatu perkara, baik jangan mula daripada awal. Jika takut kehilang jawatan jangan melempar cabaran! Bila kita sudah mula dan orang serang dan goyang kita, kita goyah maka ke mana maruah hendak diletakkan. Sikap beginilah tanda-tanda lemah dan keringnya integriti seseorang pemimpin. Cuba ambil sikap Nik Aziz yang tetap tegas dengan pendiriannya mengenai hudud dan kebenciannya kepada Umno kerana parti itu tidak mahu mengambil Quran sebagai perlembagaan. Pergilah Muhyiddin Yassin atau Mahathir Mohamad sekali pun untuk 'mendongengkan' beliau, beliau tetap dengan pendiriannya. Ok baiklah, kita terima Pas buat acsah-acah saja hendak laksanakan hukum hudud, kerana nak selamat undi Melayu, helah itu bagus dari segi politik. Tetapi apakah Pas khasnya Ahmad Yaakub dan Nik Amar tidak fikir yang Pas juga akan kehilangan undi dari bukan Islam gara-gara daripada kenyataanya mengenai hukum hudud itu? Apakah terlupa untuk hitung perkara ini. Sekali lagi situasi menjelaskan bahawa kedua pemimpin itu (AYMA) bercakap tanpa membuat penyelidikan dan kajian tentang untung nasib partinya. Saya katakan kalau kerajaan Kelantan hendak melaksanakan hukum hudud dengan kuasa politik, mereka harus peka dan memahami politik. Kalau tidak hudud itu akan jadi angan-angan saja lah. Justeru sebelum kita membuat sesuatu kenyataan kena fikir banyak kali. Macam kita keluar dari bank selepas keluar duitlah, ratusan ribu misalnya duit komisyen kawasan balak, jual tanah dan lombong, kena bilang banyak kali untuk memastikan ianya tidak "mipat". Begitu juga dalam politik. Jangan berdolak dalih dan mudah membuat kenyataan kerana semua aksi dan percakapan kita direkod. Hari ini rekod dari manusia perlu ditakuti daripada rekod malaikat kerana rekod malaikat hanya akan didedah selepas mati besok. Tetapi rekod manusia akan terdedah bila-bila masa sahaja | |||
Bekas KP DCA Ketuai Pasukan Penyiasatan Antarabangsa MH370 Posted: 29 Apr 2014 08:48 PM PDT Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Kok Soo Chon dilantik mengetuai Pasukan Penyiasatan Antarabangsa yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kok merupakan pilihan yang tepat kerana beliau juga merupakan bekas wakil tetap bagi majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Montreal, Kanada. Beliau berkata pasukan itu, yang telahpun memulakan tugas, terdiri daripada perwakilan dari pelbagai badan, termasuk Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NSTB) Amerika Syarikat, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom dan Jabatan Siasatan Kemalangan Pesawat China. Ini katanya, termasuk Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), Bureau d'EnquĂȘtes et d'Analyses (BEA) Perancis, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan wakil negara ASEAN dari Singapura dan Indonesia. "Wakil Boeing, Rolls Royce dan Inmarsat turut berada dalam pasukan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan. Hishammuddin berkata, tujuan utama pasukan itu adalah untuk menyiasat, menilai dan menentukan punca sebenar kejadian itu untuk mengelakkan kejadian yang sama daripada berlaku pada masa depan. "Saya ingin menegaskan bahawa penyiasatan ini bukan bertujuan untuk meletakkan kesalahan atau liabiliti berkaitan nahas ini. "Ia adalah penting bagi Kerajaan untuk membentuk pasukan ini secara bebas, yang bukan sahaja cekap dan telus tetapi sangat boleh dipercayai," katanya. | |||
Atlit Para Powerlifting Dakwa Terabai, Tidak Dihargai Posted: 29 Apr 2014 08:46 PM PDT Oleh: AFANDY YUSOF BUKIT MERTAJAM: Walaupun menyedari dirinya tidak sempurna, namun seorang lelaki yang kudung kaki kiri tidak menjadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk berbakti kepada negara. Dengan semangat juang yang tinggi, Mohd Yuspi Mat Dali, 38, berjaya meletakkan nama negara di kedudukan ke-15 dalam Kejuaraan Powerlifting Dunia IPC di Dubai pada 11 April lalu. Kegembiraan Mohd Yuspi yang berjaya bersaing dengan 65 wakil negara-negara lain bagaimanapun tidak kekal lama. Hal ini kerana, sebaik sahaja tiba di Kuala Lumpur selepas tamat kejohanan, dia diminta pulang ke rumah di Pulau Pinang tanpa dihargai atau dibekalkan sedikit wang saku. "Semasa menyertai kejuaraan powerlifting di Dubai, Majlis Sukan Negara (MSN) hanya memberikan tiket penerbangan dan tempat tinggal sahaja selain berbekalkan wang yang saya bawa sendiri iaitu sebanyak RM50. "Oleh itu, ketika pulang bersama kejayaan dan baki wang saku sebanyak RM21, saya rasakan pihak MSN dapat menghantar pulang ke Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya membiayai tambang bas. "Tapi lain pula jadinya apabila saya diminta pulang begitu sahaja tanpa ada sebarang susulan atau penghargaan," katanya sedih ketika ditemui mStar di rumahnya di Mukim 16 di sini. Sepanjang penglibatan Mohd Yuspi dalam acara powerlifting, dia berjaya meraih pingat gangsa dan perak dalam Sukan Para Asean di Vietnam dan Filipina. Mohd Yuspi ketika menerima anugerah olahragawan orang kelainanan upaya (OKU) Pulau Pinang. Selain itu, dia pernah menduduki tempat keempat di Kejohanan Paralimpik Dunia, tempat ketiga dalam Kejohanan Sukan Fespic kelapan di Busan dan meraih kedudukan kelima di Kejohanan Kerusi Roda Dunia Dunia di Christchurch, New Zealand. | |||
Catuan Air Ditarik Balik Secara Berperingkat Posted: 29 Apr 2014 08:43 PM PDT Susulan hujan lebat yang berterusan, paras air di empangan Sungai Selangor mencecah 40.23% sehingga 8 pagi Selasa, meningkat dari 38.97% pada minggu lalu, menurut laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberikan gambaran seolah-olah akan membuat pengumuman positif pada Rabu. Pada 25 April lalu, catuan air hanya akan ditarik balik secara berperingkat apabila paras air di empangan Sungai Selangor melebihi 40%. Satu sidang media yang sepatutnya diadakan pada pukul 2.30 petang Selasa untuk mengumumkan mengenai perkembangan isu air telah ditangguhkan pada Rabu. Khalid menulis di laman Twitternya mengenai penangguhan tersebut. 'Sehingga menunggu pengumuman dibuat, beliau berkata: 'InsyaAllah positif.' Menurut sumber, tindakan menarik balik pelaksanaan catuan air yang dikuatkuasa sejak dua bulan lalu akan dilakukan untuk meredakan kemarahan rakyat. Sumber berkata, keputusan tersebut turut bermotifkan politik kerana pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PRK) akan berakhir pada 11 Mei ini di Selangor. "Jika catuan air ditarik balik, ia akan memberi gambaran positif terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar," kata sumber. Khalid merebut jawatan Timbalan Presiden dalam saingan tiga penjuru menentang penyandang, Mohamed Azmin Ali dan setiausaha agung parti, Saifuddin Nasution Ismail. Sumber berkata, kerajaan Selangor yakin bekalan air mencukupi walaupun ramalan cuaca menjangka musim kering yang panjang bermula Mei hingga September ini. Empangan Sungai Selangor membekalkan 60% air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Sementara itu, penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Abdul Khalid untuk menghentikan catuan air berikutan peningkatan paras air di kebanyakan empangan di negeri itu. Dalam satu kenyataan, Anwar berkata, walaupun paras air di empangan Sungai Selangor mencecah hanya 40.23% pada Selasa, lima empangan lain di negeri itu turut menunjukkan bacaan stabil dan mampu membekalkan air kepada rakyat. | |||
Anwar: Beri masa PR bincang hudud Posted: 29 Apr 2014 08:40 PM PDT PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PR akan mengadakan satu perbincangan khas sebelum sesuatu ketetapan berhubung usaha Pas membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dapat dibuat di Parlimen. Menurutnya, perbincangan merupakan ruang terbaik yang perlu digunakan untuk memperhalusi sebarang masalah atau kekangan khususnya berkenaan hukum hudud. "Saya tidak fikir sesiapa pun patut menolak atau memperkecil langkah Pas berkaitan hudud. Biarkan mereka terangkan dahulu. Perbezaan pendapat sepatut dirai dan dibincangkan bersama," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini. Anwar berkata, Pas sudah mula menjelaskan langkah melaksanakan hukum hudud kepada PKR dan DAP tetapi perkara itu belum dibincangkan secara rasmi di peringkat kepimpinan. "Ianya akan dibuat dalam masa terdekat dan saya rasa ianya akan berjalan lancar," katanya. Selain itu, Anwar turut khuatir kelemahan sistem kehakiman di negara ini khususnya dari sudut perundangan bakal menyukarkan implementasi atau pelaksanaan hudud di mahkamah. "Hudud boleh dilaksanakan sekiranya sistem kehakiman itu bebas dan adakah hakim yang bakal melaksanakan hukuman itu juga telus?," katanya. Dalam perkembangan lain, Anwar mengkritik alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Presiden Amerika, Barack Obama berkenaan 'gangguan' yang dihadapi terutama membabitkan hal-hal pentadbiran. "Ini alasan yang tidak bijak dan sama sejak dahulu lagi," katanya. Beliau berkata, alasan yang diberikan Najib itu juga hanyalah untuk menutup kelemahan selain cuba menuding jari menyalahkan pihak lain. Katanya, pandangan itu turut disampaikan beliau kepada Penasihat Keselamatan Amerika, Susan Rice dalam pertemuannya dengan pemimpin PR, semalam. | |||
Posted: 29 Apr 2014 08:35 PM PDT SITIAWAN - Pusat Harapan Rakyat Cawangan Simpang 3, Kampung Koh dikendalikan PKR tidak mengenakan caj tertentu dalam membantu menguruskan pembayaran bil penduduk kawasan berkenaan. Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid berkata, ada pihak mendakwa pusat harapan rakyat mengenakan caj bagi setiap pembayaran bil dibuat. Menurutnya, dakwaan itu tidak benar kerana bantuan disediakan terutama kepada warga emas dibuat bagi memudahkan penduduk. "Sebelum ini penduduk membayar sendiri bil kerana masih ada pejabat pos di kawasan ini, tetapi setelah pejabat itu ditutup ada antara mereka tidak dapat membayar bil kerana perlu ke tempat lebih jauh. "Jadi kami mengambil inisiatif membantu mereka membuat pembayaran dan dibuat secara percuma sejak tahun lalu," katanya. Beliau berkata, pihaknya melihat sebaran dakwaan itu tidak lebih sebagai usaha pihak tertentu untuk memburukkan imej parti. Jelasnya, perkara itu timbul pada awal tahun dan disedari apabila ada penduduk mula bertanya mengenai caj tambahan, secara jujurnya tidak ada caj dikenakan. "Kami tetap meneruskan khidmat ini, mana-mana penduduk yang mahu membuat bayaran bil boleh datang ke pusat harapan cawangan Simpang 3 ini dan menyerahkan bil bersama duit kepada petugas di sini," katanya. | |||
Enjin terbakar, pesawat patah balik ke Perth Posted: 29 Apr 2014 08:33 PM PDT Sebuah pesawat penumpang terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Perth pagi tadi selepas salah satu enjin terbakar sejurus berlepas. - Foto ABC News PERTH - AUSTRALIA. Sebuah pesawat penumpang dilaporkan telah berpatah balik di Lapangan Terbang Perth (Australia) pagi tadi dan telah melakukan pendaratan kecemasan selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik sahaja berlepas. Menurut seorang penumpang pesawat Cobham Aviation memaklumkan, mereka (penumpang) melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan. Sementara Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi. "Kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar," menurut kenyataan tersebut. Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiga anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Manakala menurut penumpang pesawat, Jason Grimmett, kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas. "Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin. "Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya menurut laporan ABC News. Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island. | |||
Tak mesti tak bertudung ke neraka? Posted: 29 Apr 2014 08:31 PM PDT SAYA kira pembaca budiman sudah selalu ke masjid dan surau di kawasan sendiri, tetapi apabila ada peluang, kunjungilah masjid ketika dalam perjalanan balik kampung atau di tempat-tempat baru bagi anda. Di samping mengimarahkan masjid dan menikmati ganjaran beriktikaf dan pahala berganda dengan menunaikan solat berjemaah, anda juga akan menyaksikan banyak perkara berbeza dan menarik. Anda akan dapati hampir setiap masjid dan surau yang ada di seluruh pelosok negara ini mempunyai keistimewaan masing-masing. Di zaman digital ini, banyak masjid sudah menggunakan skrin raksasa untuk memaparkan isi khutbah Jumaat ketika khatib menyampaikannya atau ketika ceramah disampaikan. Kalau dengan cara itu pun masih ada jemaah yang boleh tersengguk-sengguk mengantuk, tak tahulah apa nak dikatakan lagi! Di banyak masjid dan surau, di samping mempamerkan waktu solat, kemudahan digital digunakan untuk mengiklankan program yang dianjurkan seperti sesi pengajian dan kuliah, juga untuk memberi peringatan, nasihat dan amaran. Banyak yang mengingatkan jemaah supaya tidak bercakap perkara yang sia-sia dalam masjid, tidak tidur di ruang solat atau menasihatkan umat Islam membaca doa masuk dan keluar masjid serta doa iktikaf, antaranya. Sejauh mana kesan daripada peringatan yang diberi menggunakan kemudahan digital itu, wallahualam. Yang penting ada usaha ke arah kebaikan. Ada pentadbir masjid yang agak 'brutal', yang memilih untuk memaparkan ayat-ayat amaran sebagai peringatan kepada umum. Banyak masjid mempamerkan ayat seperti 'Solatlah di belakang imam sebelum imam solat di belakang kamu', 'Bacalah al-Quran sebelum al-Quran dibaca di hadapan kamu' atau 'Pergilah ke masjid sebelum kamu dibawa ke masjid'. Ayat begini tidak syak lagi merupakan peringatan supaya kita sentiasa ingat kepada mati, menunaikan perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNya. Masalahnya yang membaca peringatan yang diulang-ulang di skrin setiap masa itu ialah mereka yang kerap ke masjid. Bagi yang tidak ke masjid, siapa yang akan mengingatkan mereka tentang perkara seperti itu? Saya kira tentulah yang selalu ke masjid perlu mengambil tanggungjawab itu. Jika tidak, mesej itu mati di situ sahaja. Sebenarnya, pergi ke masjid boleh dapat banyak cerita dan berita baru lagi menarik. Ramai penceramah, apa lagi yang celek teknologi maklumat, bukan calang-calang. Mereka pun ikuti perkembangan melalui internet dan mampu menyampaikan kepada anda apa yang sedang tersebar dan menjadi polemik dalam laman sosial. Di sebuah masjid yang saya pergi baru-baru ini, umpamanya, penceramahnya menyentuh tiga isu kontroversi. Pertama tentang dakwaan tidak semestinya wanita tidak bertudung masuk neraka; kedua mengenai luahan orang yang sanggup ke neraka dalam mempertahankan perlakuannya dan ketiga tentang persoalan terhadap penggunaan hadis oleh ustaz. Penceramah yang memiliki PhD dalam bidang agama itu jelas tidak senang dengan kenyataan-kenyataan seperti itu turut menyentuh tentang pengertian syirik dan murtad dalam penjelasannya ringkasnya itu. Di akhir penjelasannya, beliau berkata, kalau ALLAH mahu memasukkan orang yang melanggar perintahNya ke syurga dan memasukkan orang yang patuh kepada perintahNya ke neraka, tiada siapa boleh menghalang, kerana ALLAH berhak lakukan apa sahaja yang ALLAH mahu. Tetapi apakah ALLAH akan melakukan demikian? Beliau membaca Surah al-Baqarah ayat 286 yang sebahagiannya bermaksud: "...Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." Beliau juga merujuk kepada Surah Ali Imran, ayat 9 yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan himpunkan sekalian manusia untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janjiNya. - Surah Ali'Imran : 9. Apakah ALLAH akan lakukan apa yang bertentangan dengan apa yang ALLAH sendiri janjikan? | |||
Dasar anti-rasuah jadikan P Pinang pusat pelaburan Posted: 29 Apr 2014 08:26 PM PDT GEORGE TOWN: Dasar anti-rasuah yang diamalkan kerajaan Pulau Pinang menjadikan negeri itu sebagai antara destinasi pelaburan utama di Malaysia. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, antara tekad utama Pakatan ketika mengambil-alih pentadbiran negeri pada tahun 2008 adalah membasmi rasuah yang merupakan musuh utama negara. "Kerajaan negeri bertekad untuk membasmi 'musuh awam nombor satu'. Selepas mengambil alih pentadbiran, kami memutuskan untuk menjalankan pemerolehan kerajaan melalui tender terbuka bagi menyingkirkan rasuah. "Ia juga sebagai usaha kami meningkatkan keyakinan perniagaan di Pulau Pinang. Kami ingin masyarakat perniagaan tahu bahawa di sini, mereka beroperasi dalam suasana di mana projek diperolehi melalui idea terbaik dan bidaan yang berdaya saing," katanya lagi. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan tengahari Economist Corporate Network di sini, semalam. Katanya lagi, usaha itu ternyata berjaya apabila negeri itu menunjukkan peningkatan Pelaburan Langsung Asing (FDI). Ketika sesi Parlimen Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri menyebut bahawa Pulau Pinang mencatatkan FDI tertinggi untuk empat tahun terakhir, dengan jumlah pelaburan RM19.7 billion bagi tempoh 2010 hingga Oktober 2013. Menurut Guan Eng lagi, selain membasmi rasuah, Pulau Pinang juga berjaya menarik pelaburan dengan mengamalkan dasar tiada campurtangan daripada kerajaan dalam urusan perniagaan selain untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang nyaman menerusi birokrasi yang cekap dan prasarana yang baik. Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP itu menyeru kerajaan Persekutuan agar mencontohi Pulau Pinang dalam membangunkan ekonomi negara, terutama untuk mengatasi masalah perangkap pendapatan sederhana (middle income trap). "Malaysia tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana. Negara tidak dapat bersaing dari segi teknologi dengan negara seperti Korea, dan dari segi kos tenaga kerja dengan negara seperti Vietnam. "Maka, Malaysia, seperti Pulau Pinang, perlu suasana yang menyamankan untuk bakat, idea, modal dan perniagaan berkumpul dan melakukan inovasi untuk keluar daripada perangkap itu. "Dasar kerajaan Pulau Pinang membebaskan suasana perniagaan dan menjadikannya berkembang. Maka dunia perniagaan harus mengalu-alukan pelaksanaan dasar-dasar sebegini di peringkat negara kerana faedahnya pasti akan berlipat-ganda," katanya lagi. Tinjauan Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2012 [1] mendapati 75 peratus tenaga kerja mendapat gaji di bawah julat pendapatan sederhana (RM27,271 setahun) iaitu purata RM1,881 sebulan, dengan purata kenaikan hanya 2.4 peratus setahun. – Roketkini.com | |||
Hudud: Lebih baik MCA berhenti berdrama, katakan ‘tidak’ kepada kerajaan Posted: 29 Apr 2014 08:24 PM PDT KUALA LUMPUR: DAP hari ini menyarankan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya berhenti dari terus bercakap kosong mengenai hudud jika parti itu tidak berani mengeluarkan kata dua kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Tiong Lai dan MCA sepatutnya memutuskan untuk keluar dari BN selagi tidak ada sebarang jaminan bahawa Perlembagaan sekular negara tanpa tetap dihormati. "Amat sia-sia untuk Tiong Lai melakukan jelajah di seluruh negara, menemui ribuan 'pemimpin akar umbi MCA, pemimpin persatuan dan peniaga Cina' dan menggertak untuk menggerakkan ribuan pemuda partinya di jalanan, termasuk sekitar Parlimen apabila sidang dimulakan Jun nanti, demi menghalang usul hudud jika beliau sendiri tidak berani mengatakan 'tidak' kepada kerajaan. "Adakah Najib meminta pendapat Tiong Lai terlebih dulu berhubung perubahan dasar serta pengumuman bahawa BN tidak pernah menolak hudud yang bukan saja melanggar prinsip asas dan ciri-ciri Perlembaan sekular 1957 tetapi bertentangan dengan perjuangan pengasas negara dalam UMNO, MCA dan MIC. "Atau Tiong Lai telah diberitahu secara peribadi mengenai penerimaan BN terhadap hudud?" soal Kit Siang. Bagi Ahli Parlimen Gelang Patah itu, rakyat berhak tahu sama ada pandangan pandangan Presiden MCA itu pernah diminta sebelum Najib membuat pengumuman dan sama ada beliau atau partinya telah menyatakan persetujuan terhadap pengumuman itu. "Jika seorang yang bergelar Presiden MCA tidak menjelaskan apakah ada sebarang rundingan dibuat, sama ada beliau sendiri telah bersetuju atas sifat peribadi atau ketua parti. Saya kira beliau harus menghentikan 'drama' ancaman itu. "Apa kredibiliti Tiong Lai membuat ancaman itu sedangkan beliau sendiri tidak berani untuk berkata 'tidak' kepada Najib dan mengisytiharkan bahawa MCA tidak setuju dengan pengumuman Perdana Menteri itu, selain mengisytiharkan bahawa MCA tidak akan kembali memegang jawatan dalam kerajaan BN sehinggalah BN kembali kepada prinsip asas dan ciri-ciri Perlembagaan sekular 1957," ujarnya. 24 April lalu, ketika berucap di sebuah majlis di Alor Star, Najib menekankan bahawa kerajaan tidak pernah menolak hudud dan menyokong usaha sesiapa saja yang mahu ia dilaksanakan di Malaysia. Kenyataan Najib kemudiaan disambut dengan nada berbeza daripada sekutunya MCA yang mendakwa mereka akan menentang pelaksanaan hudud habis-habisan. -Roketkini.com | |||
PAS perjelas rancangan hudud pada DAP, PKR Posted: 29 Apr 2014 08:13 PM PDT MALAYSIAKINI Kerajaan PAS Kelantan hari ini mengadakan pertemuan bersama DAP dan PKR bagi memberi penjelasan khusus tentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu. Wakil PAS diketuai oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Ahmad Yaacob itu memberi penjelasan kepada pimpinan bukan Islam DAP dan PKR mengenai rancangan mereka. Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang bersama dalam pertemuan itu berkata, penjelasan dibuat kerana rakan-rakan Pakatan Rakyat itu ingin tahu lanjut mengenai hasrat Kelantan membawanya ke Parlimen. "Daripada apa yang kita jelaskan pada pandangan sayalah, positiflah... mereka faham apa yang kerajaan Kelantan laksanakan walaupun pada dasarnya mereka tidak setuju, itu kita hormatilah," katanya dipetik dari Harakahdaily. Perjumpaan hampir dua jam di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur itu berlangsung hampir dua jam. Sementara itu, Mohd Amar turut mengalu-alukan sesiapa sahaja pemimpin bukan Muslim lain untuk menemui mereka bagi mendapatkan penjelasan mereka. "Soal setuju atau tidak setuju itu hak masing-masing, kita tidak akan paksa," katanya. Turut bersama dalam perbincangan itu dua Naib Presiden PKR Tian Chua, anggota majlis pimpinan pusatnya Sivarasa Rasiah. Wakil DAP pula Timbalan Setiausaha Agung Datuk Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Liew yang ditemui berkata, pihaknya mengutarakan dalam perbincangan itu bahawa hudud bukan agenda bersama Pakatan. Walaupun perbezaan pandangan, katanya, mereka akan mencari titik persamaan dan cuba mencari penyelesaian terbaik. "Kita masih dalam perbincangan. Kita harap semua boleh memahami isu dan risiko politik dalam isu ini. Kita telah terangkan pendirian kita, dan kongsikan pandangan masing-masing," katanya. Sementara itu Kok memberitahu Malaysiakini, PAS mengambil inisiatif melaksanakan hudud bagi mengelakkan kehilangan sokongan Melayu. "Pemimpin PAS memberitahu kami kesukaran mereka dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana Umno menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal DAP. "Mereka kata tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan oleh Umno dalam isu hudud. "Jika tidak respon dalam keadaan ini, lebih banyak sokongan Melayu akan hilang," kata Teresa yang juga anggota parlimen Seputeh. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan