Khamis, 27 Mac 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[Live Tertunda] Kuliah Dhuha - Ustaz Tarmizi Shamsul Arif

Posted: 27 Mar 2014 02:57 AM PDT


Pengajaran & Iktibar Disebalik Tragedi MH370 : Gantikan Pakaian Menjolok Mata & Hidangan Arak. MAS Tonjol Malaysia Sebagai Negara…

Posted: 27 Mar 2014 02:54 AM PDT

Pengajaran & Iktibar Disebalik Tragedi MH370 : Gantikan Pakaian Menjolok Mata & Hidangan Arak. MAS Tonjol Malaysia Sebagai Negara…


Arak MAS
Pengajaran & Iktibar Disebalik Tragedi MH370 : Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Setiap musibah yang Tuhan berikan, Tuhan akan bukakan 2 pintu hikmah kepada kita. Insyaallah.
Realitinya, acapkali ramai yang tersedar & mengakui kesilapan seterusnya mahu berubah selepas ditimpa kecelakaan atau musibah. Contohnya…..
  • Apabila ada runtuhan bangunan buat post mortem
  • Apa ada runtuhan di lereng-lereng bukit, baru tersedar kemusnahan yang dilakukan selama ini tanpa pemantauan
  • Dan lain-lain lagi
Sebenarnya disebalik tragedi MH370 ini, kita semua ambil iktibar selepas kehialangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal sejak 8 Mac 2014. Mungkin bermula daripada sekarang, perlu ada perubahan dan anjakan pradigma untuk melakukan lebih baik daripada sebelum ini seperti :

Langkah Penambaikan Disebalik Tragedi MH370?

  1. Tidak menghidangkan makanan dan minuman haram untuk dihidangkan kepada penumpang di dalam pesawat. Mungkin boleh tukarkan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti _______. Anda ada contoh yang boleh dikongsikan?
  2. Pramugari Malaysia Airlines boleh mulakan daripada sekarang diberikan kelonggaran & kebenaran untuk menutup aurat (bagi Islam) & berpakaian sopan (bagi bukan Islam) serta membiasakan anak kapal mengingati Allah di dalam pesawat. Usahlah kita terikut-ikut tradisi syarikat penerbangan negara lain. Kenapa jikalau menutup aurat atau tidak menonjolkan bentuk badan dan betis pramugari (pramugari Air Asia), penumpang semakin berkurangan? Adakah sekarang keuntungan Malaysia Airlines semakin melonjak (HAKIKATNYA DI SINI)? Hakikatnya, amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang
  3. Sudahlah negara ditimpa dengan tragedi MH370, ditambah kekusutan sehingga memalukan nama Malaysia yang dicop sebagai sebuah negara Islam selama ini, tetapi tercalar dengan munculnya Bomoh 1Malaysia (SEPERTI DI SINI)
  4. Suka atau tidak, disebalik tragedi MH370 telah sedikit sebanyak "menelanjangkan" tahap keselamatan & pertahanan Malaysia selama ini yang menunggu masa diintai oleh musuh negara. Jadi, bersiap siagalah, jangan biarkan pertahanan negara dirogol oleh kalangan orang-orang yang berkepentingan yang "tidak cintakan" Malaysia sepenuhnya. Perbaikilah…..
  5. Ada nak tambah yang lain?
Bala Allah kalau nak kena, bukannya boleh dipilih-pilih yang jahat atau baik, tetapi semua kena…contohnya macam tsunami 2005 dahulu….Masih teringat lagi? Bukankah ada baiknya kita berpesan-pesan dan sentiasa beringat walau di mana juga?
"Benda baik mengapa tidak kita amalkan"
Akhirnya sekali kepada pembuat dasar dan pemimpin politik serta pemimpin negara termasuk Malaysia Airlines amnya, sementara berkuasa ini gunakan semata-mata atas keredhaan Allah sepertimana yang termaktub & dijamin perlembagaan negara. Kita bimbang, apabila sudah tidak ada kuasa nanti atau ditimpa malapetaka, baru nak menyesal.
"Jangan leka ketika berkuasa, hanya bertaubat setelah pencen"
P/S : Berita Semasa simpati terhadap apa yang menimpa negara dan MAS berkaitan MH370. Apabila menaiki MAS ada sekelumit rasa bangga dengan penerbangan negara kita sendiri. Cuma Berita Semasa sedih apabila MAS menghidangkan arak dan penumpang sebelah meminumnya sambil bersendawa. Disgusting!
PP/S : Kadang kala kita tonjolkan promosi kita 'cinta Allah dan Rasul' tetapi polisi kita kadang-kala kurang seiras. Harap ada pembaikian. This is our country, we love it so much and we want good for our people. May Allah bless us.

Tiada ulasan: