Khamis, 27 Mac 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Regim Zionis As-Sisi: Wajah sebenar pengguling Dr Mursi terserlah

Posted: 27 Mar 2014 09:20 PM PDT

 
Wajah sebenar pemimpin tentera  Abdel-Fattah al-Sissi akhirnya terbongkar dengan pengumumannya mahu bertanding jawatan presiden Mesir, kata Kumpulan Islamis pro-Mohammed Mursi yang digulingkan.

"Wajah sebenar individu yang melancarkan kudeta telah terserlah selepas bersubahat dengan musuh-musuh Mesir," Gabungan Kebangsaan Mempertahankan Legitimasi dalam kenyataannya pada Khamis.

"Kini dia memasuki pilihan raya dengan tangan masih menetes darah ribuan rakyat Mesir yang tidak bersalah," kata gabungan yang turut disertai gerakan Islam Ikhwanul Muslimin itu.

Al-Sissi, dipercayai jurutera di sebalik penggulingan Mursi pada Rabu meletakkan jawatan sebagai menteri pertahanan.

Beliau turut mengumumkan akan bertanding sebagai presiden dalam pilihan raya yang dijangka pada Mei.

Pilihan raya itu itu pertama kali diadakan selepas penggulingan Mursi pada Julai tahun lalu selepas demonstrasi besar menentang pentadbirannya.

Mursi adalah presiden Mesir pertama dipilih secara demokratik.

Satu-satunya pesaingnya Al-Sissi setakat ini, pemimpin kiri Hamdeen Sabahy, menyambut  penyertaan itu dengan menulis di Twitter:

"Kita bergelut untuk kejujuran, ketelusan, pilihan raya demokratik yang menjamin sikap neutral negara dan kebebasan rakyat untuk memilih presiden yang mereka mahu."

Read More / Baca Lagi >>

Amsa: MH370 mungkin terbang lebih pantas, kawasan pencarian diubah

Posted: 27 Mar 2014 08:48 PM PDT

Kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang 8 Mac lalu kini diubah lokasinya susulan penemuan baru yang kredibel oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web Amsa, hasil maklumat yang disampaikan oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia, kawasan pencarian baru akan diubah lokasinya 1,100 kilometer ke timur laut.
Agensi penyiasat, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), sudahpun memeriksa maklumat yang diberikan dan berpendapat maklumat itu adalah paling kredibel untuk mengesan kawasan serpihan.
Kawasan pencarian baru itu dianggarkan merangkumi kawasan seluas 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850 kilometer ke barat Perth.
Maklumat terbaru ini adalah berdasarkan analisa data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sehingga hubungan radar terputus.
Hasil siasatan juga mendapati pesawat terbang lebih pantas dari masa yang dianggarkan sebelum ini, menyebabkan peningkatan penggunaan minyak dan berkemungkinan mengurangkan jaraknya menuju ke Lautan Hindi.
ATSB juga berpendapat maklumat akan lebih diperincikan oleh pasukan penyiasat yang kini terus menganalisa maklumat radar.
Pertubuhan Perisikan-Geospatial Australia juga dilaporkan kini sedang berusaha mendapatkan imej satelit di kawasan baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Andaian Bakri parahkan 'krisis kredibiliti'

Posted: 27 Mar 2014 08:46 PM PDT

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri patut berundur atau dipecat kerana  membuat andaian berhubung kehilangan MH370 yang didakwa menjadikan "krisis kredibiliti" kerajaan menjadi lebih parah.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menganggap, andaian bahawa MH370 berpatah balik atas arahan pusat kawalan yang dibuat Rahim itu tidak bertanggungjawab, cuai dan karut.

"Kesilapan Abdul Rahim menjadi lebih parah apabila beliau kelmarin mendakwa bahawa jawapan lebih tepat akan diberikan hanya setelah sisa pesawat ditemui," kata angggota Parlimen Gelang Patah itu.

Abdul Rahim semalam berkata, kenyataannya sebelum ini, bahawa MH370 berpatah balik kerana mendapat arahan pusat kawalan, hanya andaian dan ia tidak tepat.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim mempersoalkan kenapa penjelasan itu ditangguhkan sedangkan rakyat Malaysia berhak tahu mengenainya.

"Apakah Abdul Rahim ingin mengatakan bahawa tidak mungkin untuk mengetahui mengapa tiada tindakan susulan oleh TUDM (tentera udara) ketika MH370 hilang dari radar awam, tetapi berjaya dikesan oleh radar tentera melainkan jika 'kotak hitam' ditemui?"

MH370: Musa Hitam gesa rakyat terus berdoa

Posted: 27 Mar 2014 08:44 PM PDT

KOTA BAHARU: Rakyat diminta tidak membuat tohmahan terhadap mana-mana pihak berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.
  
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata kerajaan sedang bertungkus lumus untuk mengatasi masalah yang amat sukar tersebut dan pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu.
  
"Ini bukan perkara yang senang dicapai, rakyat harus terus berdoa dan sembahyang hajat," katanya kepada pemberita selepas majlis diskusi bertema 'Politik Malaysia Dulu dan Sekarang' di sini, malam tadi.
  
Musa berkata tragedi itu menyentuh pemikiran dan rasa simpati kepada seluruh rakyat tanpa mengira keturunan  dan fahaman politik.
    Read More / Baca Lagi >>

Nahas MH370: Disengajakan?

Posted: 27 Mar 2014 08:42 PM PDT

Terhempasnya? Pesawat malang MH370 di Lautan Selatan, 1,500 batu barat laut Perth, Australia adalah disebabkan oleh perbuatan manusia. Manusia yang boleh berbuat demikian adalah seseorang yang mempunyai pengalaman mengendalikan pesawat seumpama itu, seseorang yang mahir berkaitan navigasi dan alat komunikasi pesawat. Dan orang itu mendekati kepakaran juruterbang pesawat malang itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah.
MH370 dipercayai tiga kali menukar arah dan dua ketinggian. Hanya pesawat yang dikendalikan manusia sahaja boleh berbuat demikian.
Menurut pakar penerbangan mengubah arah pesawat, tangan manusia diperlukan; atas sebab komputer pesawat memerlukan kod baru bagi arah baru samada untuk kegunaan auto pilot atau pesawat diterbangkan secara manual. Kod baru hanya boleh dilakukan oleh manusia.

MH370 dikatakan mengubah ketinggian daripada 35,000 kaki kepada 45,000 kemudian turun ke 5,000 kaki atas permukaan laut. Mengubah-ubah ketinggian ini memerlukan seseorang memasukan ketinggian pada komputer pesawat.
 
Selain itu pesawat membuat dua pusingan pertama ke arah North West dan kemudian ke arah selatan. Keadaan ini hanya memungkinkan melalui tangan manusia.
 
Pesawat terbang semula ke paras 35,000 ketinggian normal bagi pesawat komersil, selain menjimatkan minyak juga pesawat boleh terbang lebih laju. Juga melalui ketinggian itu, radar tentera tidak akan bertindak memintas, apatah lagi, laluan pesawat adalah laluan pesawat komersil.
 
Read More / Baca Lagi >>

Lautan Hindi jarang dikaji

Posted: 27 Mar 2014 08:33 PM PDT

PUTRAJAYA - Operasi mencari badan dan kotak hitam pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi lebih kompleks kerana kawasan itu amat jarang dikaji dari segi topografinya.

Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, ini kerana, kawasan itu tidak mempunyai kepentingan ekonomi dan komersil.

"Di selatan Lautan Hindi, tidak ada kepentingan ekonomi seperti hasil minyak atau laluan kapal dagang.

"Jika ada laluan kapal dagang di situ, sudah tentu lokasi itu diketahui. Maklumat sedia ada ini adalah hasil kajian oseanografi secara meluas yang menyatakan kedalaman laut sekitar 2,000 hingga 3,000 meter. Itu hanya maklumat asas saja," katanya ketika ditemui di Program Dialog MPN bersama Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai kesukaran mencari badan dan kotak hitam pesawat MAS, yang hilang 8 Mac lalu.

Ibrahim berkata, topografi laut seperti Lautan Hindi adalah sama dengan topografi di darat yang mempunyai banjaran gunung dan lurah kedalaman tinggi.

"Kita tidak boleh bayangkan apa ada di sana kerana tiada data mengenainya," katanya.

Ditanya mengenai peralatan sesuai untuk mencari kotak hitam pesawat sekiranya ia tertimbus di dasar laut Lautan Hindi, Ibrahim berkata, pencarian akan jadi lebih sukar melainkan lokasi sebenar diketahui.

Menurutnya, kapal selam dikendalikan manusia atau kapal selam robotik boleh digunakan untuk mencari kotak hitam itu di dasar laut dengan menggunakan teknologi tertentu untuk mengesannya sedalam 2,000 hingga 3,000 meter.

Read More / Baca Lagi >>

Terus berdoa agar MH370 selamat – Presiden PAS

Posted: 27 Mar 2014 08:28 PM PDT

JERAI: Seluruh masyarakat diseru terus mendoakan keselamatan para penumpang dan kru kapal terbang MH370 yang dilaporkan hilang di selatan Lautan Hindi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menaruh harapan agar seluruh penumpang dan kru MH370 masih berada dalam keadaan selamat serta kembali semula.

Ini Kerana katanya, maklumat yang disahkan sehingga kini adalah kapal terbang tersebut dirampas.

Pun begitu ujar beliau, seandainya mereka ditemui meninggal dunia, ahli keluarga diminta bersabar dan reda kerana akan beroleh syafaat dari mereka itu di akhirat kelak.

"Seandainya mereka mati dalam keadaan begitu, kita berdoa Allah mengampunkan mereka kerana menerima kematian luar biasa dari orang lain.

"Dalam Islam, mati sebegitu dikira syahid akhirat, dengan syarat keluarganya mesti sabar. Jika keluarganya sabar, orang yang syahid akhirat ini dapat memberi syafaat kepada keluarganya di akhirat kelak. Keluarga kena reda menerima," nasihatnya.
Read More / Baca Lagi >>

MH370 terbang lebih laju dari dijangka

Posted: 27 Mar 2014 08:27 PM PDT


Badan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengumumkan kawasan carian akan beralih kepada 1,100 kilometer ke Timur Laur daripada kawasan carian semasa ekoran petunjuk baru berwibawa daripada siasatan antarabangsa di Malaysia.

Ini bermaksud operasi mencari dan menyelamat kini melibatkan kawasan seluas 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850kilometer daripada Barat Perth.

"Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB)... menilai nasihat (pasukan Malaysia) dan mendapati perkara ini petunjuk paling berwibawa di mana serpihan-serpihan mungkin berada," katanya dalam kenyataan.

AMSA berkata, analisis berterus pada data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum hubungan radar hilang, menunjukkan pesawat itu bergerak lebih pantas daripada yang dijangka sebelum ini.

Ia, justeru, menurut Amsa, meningkatkan penggunaan bahan api dan mengurangkan kemampuan jaraknya di Lautan Hindi

MH370: Imej Satelit Malaysia mananya?.. Ada atau tak ada ni?

Posted: 27 Mar 2014 08:25 PM PDT

Dalam mengikuti perkembangan operasi mencari MH370 sejak beberapa hari kebelakangan ini aku tertanya-tanya bila membaca laporan-laporan ini..

20 Mac..Pasukan Austalia menjalankan operasi memeriksa kawasan di kawasan selatan Lautan Hindi selepas satelitnya mengesan dua objek yang disyaki sebagai bahagian kapal terbang di lokasi tersebut.

Pihak berkuasa maritim Austalia menyebut, menyatakan ada di antara objek berkenaan dikesan sepanjang 24 meter.

Ia dikesan pada kedudukan 2,500 kilometer dari barat daya Perth di pantai barat negara itu, kata pengurus besar badan tersebut John Young dalam sidang media yang diikuti melalui Internet.



22 Mac... Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin mendedahkan satelit China telah menjumpai objek yang berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

Menerima maklumat itu semasa taklimat hariannya petang hari tersebut, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata objek itu berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.

Beliau menambah bahawa maklumat itu disampaikan kepadanya oleh kedutaan China di Kuala Lumpur dan kerajaan China akan membuat pengumuman mengenai perkara itu lewat hari ini.

23 Mac pula.. Malaysia menerima gambar satelit baru daripada pihak berkuasa Perancis menunjukkan objek berpotensi di koridor Selatan, dalam usaha pencarian pesawat MH370.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, Malaysia segera menyampaikan imej itu kepada pusat penyelarasan usaha menyelamat Australia.

Perkembangan terbaru ini sekali gus menguatkan teori bahawa MH370 mungkin berada di kawasan itu.

Kementerian Pengangkutan bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat terperinci berhubung imej itu atau mengedarkannya kepada media buat masa ini.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan iktiraf kerajaan zionis al-Sisi di Mesir

Posted: 27 Mar 2014 08:15 PM PDT

Abdel Fattah al-Sisi, Jeneral yang mengulingkan Mohamed Mursi, Presiden Pertama yang dipilih secara demokratik, telah melanggar tata susila dan dianggap sebagai perampas hak rakyat yang secara sah memilih Mursi sebagai pemimpin negara Mesir. Dengan kekuatan tentera yang ada dan seolah-olah tentera mengatasi segala pentadbiran negara dan tidak mengikut perundangan yang sepatutnya dipatuhi maka, terjadilah perampasan kuasa yang mengecewakan rakyat dan juga dunia terutama sekali dunia Islam.

 Yang menjadi masalahnya apabila sesiapa juga yang menentang Jeneral al-Sisi akan ditangkap ataupun dibunuh dengan begitu kejam. Terbaharu, lebih 500 rakyat Mesir penentang al-Sisi diberkas dan dijatuhkan hukuman bunuh. Tindakan ini adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan dan amat kejam sekali.

Kini Jeneral al-Sisi berhasrat untuk bertanding jawatan presiden Mesir. Sudah tentu sekali undian itu sekali lagi akan menjadi kontroversi kerana mana mungkin beliau akan kalah. Hal ini kerana apabila beliau berhasrat untuk bertanding bermakna beliau sudah pastikan dan sudah diaturkan bahawa beliau akan menang dalam apa keadaan sekali pun. Inilah yang diramalkan akan terjadi dan tidak mungkin dapat memadamkan kemarahan rakyat Mesir. Keadaan ini akan menghuruharakan dan mengeruhkan lagi suasana selagi demokrasi yang adil tidak dapat dikembalikan semula kepada Mohamed Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah.

Sepatutnya negara-negara Islam yang lain termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktiraf Kerajaan yang tidak sah dan menzalimi rakyatnya sendiri.

Malaysia perlu bersikap jelas terhadap Mesir - Mapim

Posted: 27 Mar 2014 08:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendirian adalah menjadi suatu tindakan yang munasabah untuk Malaysia mengambil sikap yang jelas apabila sebuah negara melaksanakan sistem politik diktator yang menzalimi rakyatnya sendiri.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, hukuman mati yang dijatuhkan oleh mahkamah Mesir kepada 529 rakyatnya adalah prisiden pertama seumpamanya dalam sejarah moden negara itu hatta dunia seluruhnya.

"Malaysia harus mengambil pendirian yang berprinsip ke atas apa yang berlaku di Mesir. Ia harus berani menunjukkan contoh tidak berkompromi dengan kezaliman di mana sahaja ia berlaku," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa Malaysia menggantung hubungan dengan Mesir sehingga keadaan di Mesir kembali stabil setelah mahkamah negara itu menjatuhkan hukuman mati kepada 529 orang awam secara paling luar biasa dan tidak mengikut proses undang-undang yang wajar.

Kami berpendirian adalah menjadi suatu tindakan yang munasabah untuk Malaysia mengambil sikap yang jelas apabila sebuah negara melaksanakan sistem politik diktator yang menzalimi rakyatnya sendiri. Hukuman mati massa ini adalah prisiden pertama seumpamanya dalam sejarah moden Mesir hatta dunia seluruhnya.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Bentuk JK Parlimen tanpa ditemui kotak hitam

Posted: 27 Mar 2014 08:13 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menyeru Kabinet yang bermesyuarat hari ini untuk membuat keputusan menyokong pembentukan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan MH370 yang diketuai oleh Pembangkang dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung tanpa mengira sama ada kotak hitam ditemui atau tidak.

Katanya, tindakan segera untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan MH370 yang diketuai Pembangkang adalah mustahak atas dua sebab.

Pertama, katanya keyakinan pihak di dalam dan luar negeri terhadap Malaysia dan Kerajaan Malaysia akan dapat dipulihkan kerana langkah pembentukan Jawatankuasa berkenaan akan memberi mesej jelas bahawa Malaysia dan Kerajaan Malaysia tidak cuba untuk menyembunyikan sesuatu dan bersungguh-sungguh hendak memberi pendedahan lengkap dan telus berkenaan bencana MH370.

Kedua, ujar beliau kerja-kerja awal perlu dijalankan dengan segera untuk melancarkan siasatan ke atas bencana MH370.
Read More / Baca Lagi >>

Objek dalam imej satelit Jepun mungkin MH370, lapor agensi

Posted: 27 Mar 2014 08:12 PM PDT

Anggota Pengawal Perairan Jepun (ketiga kiri) disapa oleh pasukan Disaster Relief Team Jepun dan pegawai Australia, di pangkalan RAAF Pearce, Perth pada 26 Mac, 2014. Hari ini Jepun mendapati lebih kurang 10 objek terapung yang dikatakan mungkin serpihan pesawat MH370. – Gambar Reuters, 28 Mac, 2014. Anggota Pengawal Perairan Jepun (ketiga kiri) disapa oleh pasukan Disaster Relief Team Jepun dan pegawai Australia, di pangkalan RAAF Pearce, Perth pada 26 Mac, 2014. Hari ini Jepun mendapati lebih kurang 10 objek terapung yang dikatakan mungkin serpihan pesawat MH370. – Gambar Reuters, 28 Mac, 2014.

Imej satelit dari Jepun menunjukkan dalam lebih kurang 10 objek terapung berdekatan Australia yang kemungkinan berasal daripada penerbangan Malaysia Airlines MH370, lapor AFP yang memetik sumber kerajaan Jepun.
Objek tersebut dilihat di perairan kira-kira 2,500 kilometer selatan barat dari Perth, menurut agensi berita Kyodo dan Jiji.
Imej daripada Japan's Cabinet Satellite Intelligence Center menunjukkan objek-objek sepanjang lapan meter dan empat meter lebar, dirakam antara 9AM dan 3PM (0000 GMT and 0600 GMT), pada Rabu, kata Kyodo.
Sebuah sumber kerajaan mengatakan ia mungkin bangkai pesawat yang hilang tersebut, kerana ia berada di dalam kawasan di mana serpihan dijumpai sebelum ini, kata agensi tersebut.
Jiji memetik seorang pegawai kerajaan berkata objek terapung tersebut 'kemungkinan besar' sebahagian daripada pesawat MH370.
Jepun sudahpun memberikan maklumat sedia ada kepada Malaysia, kata laporan itu lagi.

Perakam suara kokpit tidak akan bantu merungkai misteri kehilangan MH370

Posted: 27 Mar 2014 08:10 PM PDT


Perakam suara kokpit (CVR) Malaysia Airlines MH370 tidak akan menghasilkan sebarang jawapan mengenai tempoh kritikal pesawat yang menyimpang dari laluan penerbangannya ke Beijing berikutan data suara dipadamkan disebabkan kitaran rakaman selama dua jam oleh perakam itu, lapor MStar Online.
Menurut portal berkenaan, ini bermakna penyiasat tidak mungkin menyelesaikan misteri MH370 dengan sepenuhnya kerana ia akan menjadi mustahil untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam kokpit selepas pesawat terputus hubungan dengan kawalan trafik udara di ruang udara sempadan Malaysia-Vietnam.
Mstar Online memetik sumber yang biasa menjalankan tugas berkaitan "kotak hitam", yang terdiri daripada CVR dan Perakam Data Penerbangan (FDR), berkata maklumat teknikal daripada FDR sahaja tidak akan mencukupi sekiranya penyiasat mendapati bahawa kesilapan mekanikal bukan masalah kepada punca kehilangan pesawat.
"Pakar terlatih akan mendapat banyak maklumat daripada Perakam Data Penerbangan. Tetapi bagaimana sekiranya ia bukan masalah mekanikal tetapi tindakan yang disengajakan? Saya fikir kita tidak akan mendapat tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku tanpa data suara," katanya seperti dilaporkan Mstar Online.
Menurut firma AS Honeywell Aerospace yang membekalkan kotak hitam, hanya rakaman dua jam terakhir dikekalkan apabila perakam itu akan terus membuat rakaman dengan sendiri sepanjang penerbangan.
Read More / Baca Lagi >>

Pencarian MH370 mungkin termahal dalam sejarah penerbangan, kata pakar

Posted: 27 Mar 2014 08:08 PM PDT


Anggota pesawat Royal Australian Air Force AP-3C Orion meneliti peta dalam usaha mencari penerbangan MH370 yang hilang di Lautan Hindi semalam. Seorang pakar oseanografi berkata anggaran belanja bagi pencarian MH370 sebagai sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada pencarian Air France setiap tahun. – Gambar Reuters, 28 Mac, 2014.

Anggota pesawat Royal Australian Air Force AP-3C Orion meneliti peta dalam usaha mencari penerbangan MH370 yang hilang di Lautan Hindi semalam. Seorang pakar oseanografi berkata anggaran belanja bagi pencarian MH370 sebagai sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada pencarian Air France setiap tahun. – Gambar Reuters, 28 Mac, 2014. Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kemungkinan akan menjadi operasi yang termahal dalam sejarah penerbangan, lapor South China Morning Post (SCMP) hari ini yang memetik saintis China.
Mereka memberi amaran bahawa bil tahunan untuk pencarian MH370 kemungkinan lebih 10 kali daripada apa yang dibelanjakan dalam pencarian pesawat Air France lima tahun dahulu.
Ia melaporkan bahawa Perancis dan Brazil membelanjakan lebih daripada 40 juta dolar (RM 131.6 juta) dalam masa dua tahun untuk membawa kembali kotak hitam daripada penerbangan 447 Air France tersebut yang terhempas ke dalam Lautan Atlantik dalam perjalanan ke Paris dari Rio de Janeiro pada 2009.
Robot selam dihantar untuk mencari di kawasan dasar laut. Pihak berkuasa menghentikan operasi tersebut apabila mereka menjumpai 50 daripada 228 mayat penumpang.
Seorang pakar oseanografi daripada Universiti Ocean China di Qingdao Zhao Chaofang memberitahu SCMP bahawa dia menganggarkan belanja bagi pencarian MH370 sebagai sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada pencarian Air France setiap tahun.
Dia berkata 200 juta dolar (RM658 juta) setahun juga cukup makan sahaja untuk menampung pencarian tersebut.
Zhao dalam laporan tersebut berkata segelintir daripada saintis China yakin negara mereka sudahpun berbelanja beberapa juta yuan dalam usaha mencari pesawat hilang tersebut yang kini memasuki hari ke-21.
"Jika operasi ini diregangkan kepada pencarian jangka masa panjang, 200 juta dolar setahun hanya cukup makan untuk mengekalkan usaha multinasional ini," Zhai dipetik berkata.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: DAP desak timbalan menteri pertahanan dipecat

Posted: 27 Mar 2014 08:06 PM PDT


DAP menuntut agar Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri (gambar) dipecat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan kredibiliti Malaysia.
Menurut Penasihat DAP Lim Kit Siang, imej Malaysia sudah pun sedia terjejas dengan kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370.
"Sepanjang dua minggu lalu, Malaysia dikritik hebat daripada seluruh pelusuk dunia," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
"Jadi kita tidak perlukan timbalan menteri yang bercakap perkara mengarut di Parlimen," katanya merujuk kepada komen Abdul Rahim.
Abdul Rahim pada Rabu memberitahu Parlimen bahawa penerbangan MH370 berpatah balik kerana menerima arahan daripada pusat kawalan trafik udara di Subang.
Semalam Abdul Rahim menarik balik kenyataan beliau di Parlimen pada Rabu bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan dengan menyatakan ia hanyalah andaian beliau.
Semasa perbahasan titah Diraja di Parlimen pada Rabu, Abdul Rahim menjelaskan kenyataannya hanyalah andaian berdasarkan kemungkinan yang berlaku apabila persoalan mengapa tiada tindakan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila mendapati pesawat tersebut berpatah balik.
"Jawapan saya pada sesi Parlimen semalam menyatakan pesawat MH370 berpatah balik berkemungkinan setelah menerima arahan daripada pusat kawalan hanyalah andaian," katanya dalam satu kenyataan petang semalam.
Abdul Rahim juga mengakui selepas semakan dibuat, pihaknya mendapati andaian tersebut adalah salah sama sekali.
Read More / Baca Lagi >>

Flt. 370 search: 'Time not on our side'

Posted: 27 Mar 2014 08:01 PM PDT

Partner: MH370 turned my world upside down

Posted: 27 Mar 2014 07:59 PM PDT

Could underwater volcanoes hamper the search for MH370?

Posted: 27 Mar 2014 07:58 PM PDT

MH370 search area shifts 680 miles

Posted: 27 Mar 2014 07:58 PM PDT

Debris is 'absolutely' plane wreckage

Posted: 27 Mar 2014 07:57 PM PDT

Family, Friends Defend Flight 370 Pilots

Posted: 27 Mar 2014 05:14 PM PDT

Terbongkar: "Semasa kejadian Memali Dr M tiada didalam negara iaitu berada di China tapi sebenarnya berada di Kuala Lumpur"

Posted: 27 Mar 2014 05:02 PM PDT



MH370: Jepun pula kesan objek, satelit Malaysia kesan apa..!!

Posted: 27 Mar 2014 04:39 PM PDT

KUALA LUMPUR: Jepun adalah negara terbaru mengesan objek pada imej satelit mereka yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.
Objek itu terapung kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth iaitu di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini

Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.
FotoGRAFIK daripada Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun menunjukkan lokasi 10 objek dikesan. FOTO AP

Maklumat tersebut sudah diberi kepada pihak Malaysia, katanya.

Namun, belum terdapat pengesahan objek itu berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang, 8 Mac lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Sweden: Keputusan perbicaraan Azizul, Shalwati hari ini

Posted: 27 Mar 2014 04:37 PM PDT


AZIZUL


KUALA LUMPUR – Keputusan perbicaraan pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan isterinya, Shalwati Norshal yang didakwa memukul anak mereka akan dikeluarkan secara bertulis di Mahkamah Daerah Sona, Stockholm, Sweden pada pukul 9 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia) hari ini.
Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, keputusan perbicaraan tidak diadakan di mahkamah terbuka seperti di Malaysia sebaliknya dibuat secara bertulis.
"Keputusan perbicaraan akan diputuskan secara bertulis oleh tiga hakim iaitu Hakim Mattias Moller dan dua juri awam.
"Barisan peguam termasuk ahli keluarga, pakar kaunseling dan pegawai Kedutaan Malaysia di Sweden dijangka menghadiri sesi keputusan tersebut dan pihak SukaGuam optimis serta yakin akan menang berdasarkan keterangan yang diberikan sebelum ini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tiada ulasan: