Tempayan Retak |
- Bukti.. dan petunjuk baru.. “MH370 tergantung di awan” - Najib Razak
- Betul ke?? Ejen Penerbangan Israel Enggan Terima Tempahan MH370 Pada Tarikh Kejadian
- Nak tunjuk kuat.. Tanding telan garfu!
- Negara perlu aset teknologi tinggi.. Ada peluang UMNO kebas duit rakyat lagi!
- MH 370.. Orang lain sedih berduka.. Hishammuddin seorang aje bergembira!
Bukti.. dan petunjuk baru.. “MH370 tergantung di awan” - Najib Razak Posted: 31 Mar 2014 07:43 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menyebut perkataan "terhempas atau tiada yang terselamat" semasa mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi 24 Mac lalu. Perkara ini dijelaskan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar rutin hari ini berikutan tuntutan maaf keluarga penumpang warga China daripada kerajaan Malaysia. Najib hanya sebut perkataan "ended" di lautan Hindi tidak menyebut 'crash' atau 'no survivors'. Maknanya kapal terbang MH370 tergantung di situ. Tak jatuh terhempas walapun kehabisan minyak?? Kalau kita faham sama dengan pendapat BOMOH GILA yang kata kapal terbang tergantung di tiga negara!! Saya rasa setelah 24 hari tak jumpa cari.. semua orang mula nak jadi gila! Paling awal jadi gila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berpendirian penumpang dan anak kapal pesawat MH370 beragama Islam bergelar "syahid akhirat". Hari-hari kita baca yasin dan al fatihah.. mati syahid tapi tak boleh solat jenazah. Sebelum ini wartawan Perancis tanya Hishammuddin "Can you confirm that you are PM Najib's cousin? Are you protected?" ... Wartawan wanita dari Perancis ini membuatkan Hishamuddin Hussein kelihatan terpegun dalam sidang media tersebut. Sebelum menjawab Hishamuddin telah bertanyakan kepada wartawan tersebut beliau dari akhbar negara mana. "Yes I can confirm that Najib is my cousin, and I do not know what am I supposed to be protected from," jawab Hishamuddin yang kelihatan agak tidak selesa dan terganggu menyebabkan para wartawan dalam dan luar negara di Sama Sama Hotel Sepang pecah perut gelak kat dia. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-tidak-disebut-terhempas-atau-tiada-yang-terselamat-hishammuddin-32918?cp Nampaknya imej Najib makin merundum.. |
Betul ke?? Ejen Penerbangan Israel Enggan Terima Tempahan MH370 Pada Tarikh Kejadian Posted: 31 Mar 2014 05:04 AM PDT Sebelum ini ada teori mengaitkan Isreal dalam misteri kehilangan MH370 berdasarkan tulisan seorang wartawan Amerika Syarikat, Christopher Bollyn. Dalam tulisan berkenaan Bollyn dalam hujahnya selain klon MH370 juga menekankan bahawa kedutaan Israel juga didakwa "bercuti" tanpa sebarang alasan kukuh pada pada hari kejadian kehilangan MH370 dimana mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2011. (boleh rujuk di sini) Masih kita ingat seramai 4000 orang pekerja WTC terselamat dalam serangan 9/11 kerana tidak datang bekerja pada hari tersebut. Dalam hal ini nampaknya macam ada kebetulan juga apabila terdapat penumpang Israel terselamat dari nahas MH370. Laporan daripada laman FreeMalaysianToday(1) juga mempersoalkan pesawat tersebut dapat memuatkan seramai 300 orang penumpang, tetapi siapakah dalam senarai menunggu yang tidak mengambil penerbangan tersebut. Kebetulannya peristiwa 9/11 berlaku pada hari sambutan selichos(2) dan yang menyebabkan ramai pekerja yahudi lewat datang bekerja kerana terlebih dahulu melakukan acara sambutan tersebut. Kerana kelewatan itulah yang menyelamatkan semua pekerja yahudi tersebut. Seperti diilapurkan oleh timesofisrael(3) penumpang tersebut terselamat kerana ejen pelancungannya di Israel enggan mengambil tempahan kerana hari tersebut jatuh pada hari Sabbath. Mengikut kepercayaan yahudi orthodox membantu perjalanan seseorang pada hari sambutan tersebut ditegah dan dikira bersubahat mencemari hari sambutan tersebut. Berikut ialah petikan email antara salah seorang penumpang yang dikenali sebagai Andy dengan ejen pelancongan Israel tersebut antara 13 dan 14 Januari lalu: Andy: One amendment, I need the KUL-PEK flight a day later. I need the extra day in Kuala. once that is set you can lock in. Travel Agent: I wish I can give you a day later, but you know I just don't like flying Jews on Shabbat. I can take that leg out if you want and you book yourself. Andy decides to book the flight himself but later changes his mind: Andy: I reconsidered, you are right I should be more observant, I'll manage without that day in Kuala. Since I'll have an extra night in PEK Any recommendations for a good Friday night dinner in Beijing? Agent: Ok, glad to hear. Try this: http://www.chabadbeijing.com/ Then, on March 8, Andy writes: Holy God, You sure heard what happened to MH370 I cannot stop thinking about this. This is a true miracle for the books. You are a true life saver… I cannot think anymore! We'll talk later this week. Don't know how to thank you enough Portal berita timesofisrael mendapatkan pengesahan dari Daniel Eleff dari syarikat Dan's Deal, dan mendapat maklum balas seperti berikut: "At this time the travel agent and the passenger are opting to remain anonymous. There has been a fair amount of negative feedback and they are choosing to wait until the fate of the flight in known to determine if they'll go public. "I have personally verified the story and can vouch for its authenticity. The emails I posted with time stamps are unaltered except to remove identifiable information." On 01/13/14 Andy emailed his travel agent his desired itinerary: The travel agent, an Orthodox Jew, proposed the following business class itinerary, slightly altering the Kuala Lumpur-Beijing flight from Saturday to Friday. Andy loved the price, but again requested the Saturday morning flight from Kuala Lumpur to Beijing: The travel agent responded that he would not be able to book travel for him over the Sabbath, but that he was free to book that flight by himself: Andy agreed with that and planned to book the flight by himself: And the travel agent noted that if he changed his mind to just let him know: Shortly afterward Andy did just that: And the travel agent recommended a place to get a nice kosher meal and booked him the originally proposed itinerary, flying from Kuala Lumpur to Beijing on Friday early morning instead of Saturday. Fast forward to 2 days ago. The travel agent is in Israel and reads this email once Shabbos is over. The email was sent after shabbos, at 7:15pm Beijing time/1:15pm Israel time: And the travel agent wrote back, equally in shock at the realization of Shabbos saving his client's life:
|
Nak tunjuk kuat.. Tanding telan garfu! Posted: 31 Mar 2014 03:47 AM PDT Seorang lelaki Bacau, Romania, Radu Calincescu, 25 tahun telah mendapat rawatan kononnya mengalami kesakitan pada kerongkongnya. Dia tidak memberitahu doktor kenapa mengalami kesakitan tersebut Setelah di jalankan ujian X-ray ke atas Radu didapati objek yang tersekat adalah garfu. Setekah didesak akhirnya Radu memberitahu bahawa dia menelan garpu berkenaan kerana bertaruh dengan rakannya bagi membuktikan kekuatannya. "Saya mabuk ketika itu dan bertaruh dengan rakan yang saya mampu menelan garpu itu tanpa tercedera. Saya memasukkannya ke dalam mulut dan dapat menelannya. Bengang dengan kenyataan itu, doktor memberitahu Radu mereka "tidak ada masa" untuk mengeluarkan garpu berkenaan. Cerita ini saya dapati daripada akhbar Daily Mail yang juga menulis cerita fitnah kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah. Ingat P. Ramlee sahaja suka garfu... rupanya orang Romania pun suka main garfu.. |
Negara perlu aset teknologi tinggi.. Ada peluang UMNO kebas duit rakyat lagi! Posted: 30 Mar 2014 09:30 PM PDT Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad, berkata sejak kejadian kehilangan MH370 negara menjadi bertambah matang dalam menghadapi situasi ini dan keperluan terhadap aset berteknologi tinggi adalah penting. "Pelancaran satelit penderiaan jauh RazakSAT-2 pada 2016 dilihat dapat membantu negara merakam imej khususnya untuk tujuan perancangan pembangunan tetapi dapat juga digunakan bagi menghadapi insiden seperti kehilangan pesawat dan bencana. Manakala Datu Hishammuddin pula berkata "Malaysia telah membuat keputusan amat berani untuk memaklumkan mengenai keupayaan pertahanan negara, Dan kini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mencari wang untuk saya menukar sistem radar kita kerana seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar." Kita tahu RazakSAT telah dilancarkan di Pulau Omelek, Kwajalein di Republik Kepulauan Marshall pada tahun 2006 dengan kos 134 juta. RazakSAT seberat 180 kilogram telah melalui dua fasa pembinaan iaitu model kejuruteraan dan model kelayakan mampu menghasilkan imej pankromatik dengan resolusi 2.5 meter dan imej panca spektra lima meter. Kedua-dua ciri ini antara lain akan digunakan untuk melakukan pemetaan prasarana, memantau laluan perkapalan, melakukan pemetaan geologi dan memantau ekosistem marin. RazakSAT akan ditempatkan 600 kilometer (km) atau 700 km dari bumi dalam kedudukan Orbit Hampir Khatulistiwa (NEO). Satelit itu mempunyai kemampuan pencerapan ke bumi sejauh 600 km dari angkasa dan berupaya memantau sebarang bentuk penerokaan hutan secara berleluasa menerusi penghantaran imej yang lebih kerap berbanding TiungSAT-1. Selain berupaya memantau sebarang aktiviti alam sekitar lain termasuk cuaca dan iklim, RazakSAT juga boleh mengesan objek setinggi 2.5 meter iaitu bersaiz sebuah bas atau lori di bumi. Sama juga dengan kapal selam Scorpene sebelum beli dikatakan boleh membuat Search & Rescue Subs tetapi bila nak guna kata hanya untuk Search & Destroy subs. Akhbar-akhbar pengampu akan memuji dan melambungkan keupayaan aset yang dibeli oleh kerajaan dengan kos yang tinggi sedangkan aset berkenaan adalah "sampah" daripada negara barat. Kerana penyelewengan dan rasuah negara menghabiskan duit untuk sampah ini!! Scorpene juga tidak berfungsi dalam keadaan genting pencarian MH370. Hanya kita tahu skandal demi skandal pasal pembelian ini. Akhbar Suara Keadilan telah mendedahkan dua bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah sebelum itu dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene. Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia. Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Saya melihat dalam keadaan negara memerlukan pakar dan aset tinggi demi keselamatan dan kesejahteraan ada kesempatan daripada puak UMNO yang rakus dan zalim untuk mengkhianati kepercayaan rakyat demi untuk memuaskan nafsu haloba mereka. Negara tidak akan aman selagi ada pemimpin yang menerajui negara bukan untuk rakyat tetapi untuk tembolak mereka dan orang-orang yang berkepentingan bersama mereka (kroni)!!! |
MH 370.. Orang lain sedih berduka.. Hishammuddin seorang aje bergembira! Posted: 30 Mar 2014 06:00 PM PDT South China Morning Post (SCMP) yang berpangkalan di Hong Kong menulis Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menerima kritikan dalam mengendalikan krisis MH370 daripada media luar mendapat sokongan yang baik daripada rakyat Malaysia. Katanya lagi cara Hishammuddin mengendalikan kes ini lebih baik daripada peristiwa Lahad Datu dan akhbar itu mampu mengedalikan tugas dan mengambil alih tugas perdana menteri. Perkara ini di sokong oleh Oh Ei Sun, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2009 kata akhbar SCMP berkenaan. Hishammuddin juga dikatakan tidak terlibat dengan rasuah (ya ke?) dan politik wang serta tidak banyak masalah dalam umno. Kata akhbar itu lagi yang membuat tinjauan rambang kepada masyarakat sekitar termasuk pemandu teksi mengiyakan apa yang diutarakan dan masyarakat bawahan pun melihat Hishammuddin mampu mengendalikan krisis ini. Adakah Hishammuddin sebagai bakal perdana menteri, serta meneruskan legasi keluarga Razak dalam pemerintahan negara dalam usaha menyingkirkan Datuk Seri Muhyiddin Mat Yasim?? Cara media menyajikan berita ini sebenarnya adalah pertanda akan berlaku perang besar dalam UMNO selepas ini!! |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan