Ahad, 30 Mac 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Bukan ke kiri.. tapi pusing 270º pulak dah! Terpusing kepala hotak pembaca!!

Posted: 30 Mar 2014 06:53 AM PDT


Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar dipapar di atas merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.



Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya. Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja)," kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu lalu.

Jika teori laluan baru itu benar, ini menunjukkan satu tindakan yang telah difikir secara masak oleh juru terbang dan juru terbang memahami apa yang dibuat.

Untuk membuat pusingan 270 darjah sekurang-kurangnya kapal terbang kena buat pusingan sekitar 80 km. Ini suatu yang memerlukan kemahiran tinggi.


"Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan," kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.


Saya merasai musykil kenapa kapal terbang yang sepatutnya terus ke lauatan Andaman patah 270 darjah pula ke lautan Hindi lauatan yang bukan lalaun pernebangan??

Jangan terpusing kepala 'hotak' anda!





Kembar MH370 di Tel Aviv Israel Menjadi Perbincangan Baru Pencarian MH370 (bersama video)

Posted: 30 Mar 2014 05:50 AM PDT


Seorang wartawan Amerika Syarikat, Christopher Bollyn yang menulis buku berjudul "Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn" telah membawa satu teori tentang kehilangan MH370. Teori ini menjadi perbincangan hangat dikalangan warga siber setelah sekian lama pencarian MH370 dilihat gagal.

Teori ini seiring dengan teori konsiprasi yang melibatkan Amerika Syarikat yang telah banyak kita baca. Selain US sudah pasti tidak lain daripada puak Yahudi atau Israel.


Untuk pengetahuan pembaca Bollyn juga turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini. Akibat daripada analisis tersebut kedua-dua mereka diserang oleh mereka yang tidak dikenali dan dipenjara atas alasaan yang tidak manasabah.

Walaupun penglibatan Israel secara khusus tidak dapat dibuktikan, namun ada banyak bukti (alibi) yang nyata dan boleh membuatkan teori ini turut diperkatakan dalam perbincangan umum.

Kedutaan Israel juga didakwa "bercuti" tanpa sebarang alasan kukuh pada pada hari kejadian kehilangan MH370 dimana mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2011.

Terdapat bukti lain yang lebih meyakinkan iaitu tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6 (ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).


Pesawat "kembar MH370" ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes Lourdes Pyrenees, Perancis pada 4 Oktober 2013 sebelum kapal terbang ini dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.

Mengikut maklumat yang ada pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.

Teori Bollyn mengapa Israel membeli dan cuba memiliki pesawat lama MAS berkenaan?



Saya tinggal persoalan peribincangan di sini untuk pembaca meneliti dan membuat rumusan sebagaimana DS Najib membuat rumusan.

Untuk rujukkan pembaca sila masuk ke laman Christopher Bollyn di bawah:-
http://www.bollyn.com/

Najib buat lawak hari ini.. lancar pelan tarik pelancong ke Langkawi!

Posted: 29 Mar 2014 11:36 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay di Teluk Burau di sini dan melahirkan harapan untuk melihat tiga juta pelancong akan mengunjungi Langkawi setiap tahun dan menyumbang RM3.8 bilion kepada ekonomi.

Beliau berkata pelancongan adalah elemen utama Program Transformasi Ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

"Saya mahu melihat ketibaan 3 juta pelancong ke pulau ini setiap tahun, membawa RM3.8 bilion kepada ekonomi dan melahirkan sekurang-kurangnya 4,200 pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia," katanya semasa pelancaran itu.

DS Najib sedar tak??

1. Tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) diboikot agensi pelancongan atas talian China kerana tidak berpuas hati dengan cara mereka mengendalikan insiden MH370.

2. Agensi popular China seperti eLong, LY.com dan Qunar didapati tidak lagi menjual tiket MAS, menurut laporan laman berita agensi South China Morning Post.

3. Perniagaan hotel dan pusat peranginan terjejas dalam jangka masa pendek walaupun bukan untuk jangka panjang menurut Pengarah Eksekutif Berjaya Hotels and Resorts Leong Wy Joon.

4. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, bercakap di Dewan Parlimen 24 Mac berkata, insiden pesawat hilang tersebut menyebabkan jumlah pelancongan luar terutama dari China, berkurangan secara mendadak. Beliau tidak dapat dinafikan insiden MH370 memberikan kesan besar kepada sektor berkenaan. Ekoran itu, Nazri berkata, kementeriannya telah membuat keputusan untuk menangguhkan promosi 'Tahun Melawat Malaysia' bagi menghormati perasaan ahli keluarga penumpang serta anak kapal MH370.

5. Litar Antarabangsa Sepang (SIC) turut sama-sama merasai kesan tragedi MH370. Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali mengakui penjualan tiket F1 tahun ini tidak begitu memberangsangkan.


Semua yang saya tulis di atas menjadi lebih parah apabila DS najib membuat rumusan "MH370 berakhir di lautan Hindi"

Satelit Thailand kesan 300 objek, UK cerap 122 objek.. 1 habuk pun tak jumpa!

Posted: 29 Mar 2014 10:38 PM PDT


3 hari lalu satelit Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi berkemungkinan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kira-kira 200 kilometer daripada barat daya tempat operasi misi mencari dan menyelamat, lapor The Nation.

Sebelum itu ada penemuan 122 objek di Lautan Hindi menjadi petunjuk baru kepada pasukan mencari pesawat MH370 yang disahkan penerbangannya berakhir di kawasan laut berkenaan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata objek itu dicerap melalui satelit Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus dari United Kingdom (UK). Katanya lagi objek-objek yang bertebaran di kawasan seluas 400 kilometer persegi itu terletak 2,357 kilometer dari Pearth, Australia. Objek-objek itu ada yang berwarna putih dan yang terpanjang adalah 23 meter.

Hampir semua aset pencarian ditumpu di lautan Hindi sehingga lautan Hindi yang sunyi sepi menjadi seperti medan perang dengan kehadiran kapal perang pelbagai negara.



Malangnya kapal China dan Australia tidak menemui apa-apa yang bermakna dan boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 dari kawasan pencarian baharu selepas objek pelbagai warna yang dikesan semalam hanya sampah laut sahaja.


Wartawan BBC yang berada di atas salah sebuah kapal itu menunjukkan ia hanya jaring biasa yang sukar untuk dikaitkan dengan MH370.Semalam, kapal terbang tentera China melihat tiga objek yang disyaki dari pesawat MH370 berwarna putih, merah dan oren di kawasan baharu pencarian semalam yang meliputi kawasan seluas 1,850 km di barat Perth, Australia, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.

Soalannya bagaimana sampah boleh berada di lautan Hindi yang bukan laluan kapal?

Kita tertipu lagi dengan rumusan Datuk Seri Najib Razak.. "MH370 berakhir di lautan Hindi"

Sarah Bajc kekasih Philip Wood percaya pesawat MH370 tidak terhempas

Posted: 29 Mar 2014 07:18 PM PDT


Sarah Bajc kekasih kepada Philip Wood yang dikatakan menghantar masej meminta pertolongan (saya dah tulis sebelum ini - baca di sini) percaya pesawat itu tidak terhempas.Dalam temuramah dengan saluran BBC News dia mengatakan dia merasakan "seolah-olah wujud motif lain" di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

Katanya lagi "Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Terdapat 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik. Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka".

Sarah Bajc berpendapat ada banyak motif disebalik kehilangan MH3700 tetapi dia tidak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas.

Sarah Bajc berkata dia tidak memiliki sebarang kepakaran dalam membuat kenyataan ini tetapi berdasarkan "common sense". Tetapi katanya pandangannya juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama 'Finding Philip Wood'.

Sarah Bajc berkata ramai memberi pandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami," katanya mengakhir temubuat berkenaan.



Manakala Datuk Hishammuddin Hussein menafi mengenai spekulasi yang kononnya MH370 mendarat di Diego Garcia. dalam temubualnya dengan media. Lihat youtube di bawah:-



@ jika youtube bermasalah dilihat di sini http://www.tv3.com.my/beritatv3/news-MAS/Spekulasi_Orang_Ramai_Disentuh.html

Kita belum pasti kebenarannya selagi serpihan atau mayat tidak ditemui..




RTM TV2: “Pesawat MH370 Sah Dirampas”

Posted: 29 Mar 2014 01:14 PM PDT


Pada jam 12.05 pagi 29 Mac 2014 ketika tayangan Telemovie keudara, RTM TV2 telah memaparkan apa yang dikenali sebagai "rerayap" mengenai insiden MH370 dengan mesej "PESAWAT MH370 SAH DIRAMPAS".

Walaupun perkara ini berlaku tengah malam (pagi) ada yang sempat 'capture' dan memuat naik di media sosial.

Tak lama kemudian, melalui facebook RTM telah meminta maaf atas kesilapan atau kecuaian berkenaan dan berjanji siatan dalaman akan dilakukan untuk mengenalpasti kecuaian tersebut.

Nampaknya semua orang lebih cenderung MH370 dirampas daripada jatuh di lautan Hindi.

Siapa bagi idea kepada Najib "MH370 berakhir di Lautan Hindi"?

Posted: 29 Mar 2014 12:35 PM PDT


Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Saya telah menulis perkara ini dengan mengganggap DS Najib sengaja membuat kesimpulan MH370 berakhir di lautan Hindi untuk menamatkan drama MH370. Tulisan saya boleh dibaca di sini.


Kenyataan DS Najib ini dibuat menurut pendapat pengalisis adalah setelah berbincang dengan Presiden Australia dan UK.

DS Najib dikatakan membuat rumusan berdasarkan satelit British Inmarsat menggunakan satu fenomena gelombang ditemui pada abad ke-19 untuk menganalisis tujuh ping yang berjaya dikesan satelitnya daripada pesawat Malaysia Airlines untuk menentukan destinasi akhir. Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati dalam kes satelit tersebut.

Penemuan terakhir itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat kesimpulan pesawat berusia 11 tahun itu terhempas beribu batu daripada Malaysia di selatan Lautan Hindi dan menyebabkan semua 239 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Semalam Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt menafikan teori MH370 berakhir di lautan Hindi dengan berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri.
Kenyataan DS Najib ini telah
membangkitkan kemarahan dikalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu. Malah rakyat China mula memboikot Malaysia.

Di Malaysia pula kenyataan membuatkan Majlis Fatwa pun pening kepala... Dikatakan mati tapi tak boleh solat jenazah. Malah ada negeri-negeri sudah mula bergabung dengan menaikan bendera separuh tiang. Kan semua ini celaru dan haru biru!!

Soalannya siapa yang bagi idea kepada DS Najib untuk mebuat kenyataan ini? Kenyataan ini tidak didorong oleh apa-apa penemuan yang meyakinkan

Apa yang terjadi selepas kenyataan Najib rakyat lebih mempercayai MH370 telah dirampas. Pelbagai teori rampasan telah tersebar melalui media sosial.

Tiada ulasan: