Ahad, 30 Mac 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kenapa laluan penerbangan MH370 yang ditunjukkan kepada China dan kita berbeza?

Posted: 30 Mar 2014 08:12 AM PDT


"Berdasarkan komunikasi satelit baru, kami boleh katakan dengan tahap keyakinan tinggi bahawa sistem ACARS dimatikan sebelum pesawat tiba ke pantai timur Malaysia," kata Najib ketika mencerita semula rentetan kejadian pada awal pagi 8 Mac.

Sejurus kemudian, alat transponder yang menentukan kedudukan pesawat itu pula dimatikan, kata Najib yang menceritakan semula rentetan peristiwa pada hari tersebut.

Seterusnya, radar Tentera Udara Diraja Malaysia mengesan pesawat berkenaan membuat berpatah balik dan kemudiannya menukar arah ke barat merentasi Semenanjung Malaysia.

Setelah itu, pesawat berkenaan dikesan meneruskan perjalanan ke timur laut... laluan penerbangannya adalah seperti di atas.

Tetapi satu lagi persoalan timbul bilamana gambar laluan penerbangan MH370 yang ditunjukkan kepada keluarga di China berbeza dari laluan asal..

Laporan dari Astro Awani mendedahkannya...

Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.

Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.


Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

"Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja)," kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.

Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

"Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan," kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.

Apa Motif Israel Miliki Pesawat Serupa MH370 Ini?

Posted: 30 Mar 2014 05:50 AM PDT


Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai 'dalang sebenar' di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.

Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn.

Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah 'mendapat susah' termasuk diserang dan dipenjara.

Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan.

Selain Kedutaan Israel didakwa 'cuti tanpa sebab kukuh' pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.

Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Pesawat 'kembar' MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 OktobeR 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.

Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.

Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.

Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?

Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang 'pakar keselamatan' negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.

Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:

"What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it."

(Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai).

Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada:

Obama should call Chinese President following today's incident and say "we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?"

3:50 AM – 8 Mac 2014

777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies.

4:15 PM – 9 Mac 2014

World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden.

2:23 AM – 15 Mac 2014

777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat.

2:26 AM – 15 Mac 2014

Sejak dahulu lagi, Israel sering 'digosipkan' sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.

Rancangan ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.



Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.

Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel.

Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan ala 9-11 menggunakan pesawat MAS tidak lama lagi?

Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan ditunjukkan akhirnya.

Wallahu'alam. - REM RAMZI MYNEWSHUB

Yang tak faham Bahasa Malaysia, sila baca artikel asalnya di sini.. Are the Israelis Planning Another 9-11 Using the Missing Boeing 777?

MH370 : Pasangan Philip Wood dakwa Kerajaan sembunyikan sesuatu..

Posted: 29 Mar 2014 11:00 PM PDT


Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.

Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

"Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

"Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas," katanya.

Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.

Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama 'Finding Philip Wood'.

"Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

"Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami," katanya lapor Sinar Harian



Anwar-Azizah bertembung lagi ..

Posted: 29 Mar 2014 09:00 PM PDT


Pemilihan pucuk pimpinan PKR kali ini bakal menyaksikan pertandingan suami isteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - bagi merebut jawatan presiden parti.

Situasi ini sama seperti yang berlaku pada pemilihan PKR pada tahun 2007 PKR apabila Anwar dan Wan Azizah bersaing untuk jawatan presiden dalam pertandingan tiga penjuru.

Seorang lagi calon ialah Abdul Rahman Othman, Wan Azizah ketika itu bertindak sebagai "insurans" kerana Anwar yang baru sahaja dibebaskan dari penjara mempunyai larangan lima tahun daripada aktif berpolitik.

Dalam kenyataan media petang ini, Wan Azizah mengesahkan yang beliau bertanding sebagai satu bentuk 'insurans', jika suaminya dihalang daripada bertanding.

Anwar kini sedang merayu hukuman penjara lima tahunnya di Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah dalam kes Liwat II oleh Mahkamah Rayuan.

Di bawah Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan 1966, seorang pemegang jawatan tidak boleh memegang jawatan atau mengekalkan jawatan dalam pertubuhan berdaftar jika disabit kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara untuk tempoh tidak kurang daripada setahun.

"Rakyat Malaysia telah lihat betapa zalimnya penguasa, tatkala saudara Anwar mahu melengkapkan 'Langkah Kajang', beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, lalu dinafikan hak demokratik beliau untuk bertanding.

"Kini tidak mustahil akan ada percubaan dari pihak Umno-BN untuk sekali lagi menafikan hak demokratik saudara Anwar untuk bertanding dan memegang jawatan presiden PKR secara sah," katanya..

Berdasarkan sikap itu, Wan Azizah berkata beliau perlu mengambil sikap berhati-hati dalam menghadapi taktik BN dan Umno.

Justeru, beliau menerima cadangan daripada ahli parti untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya.

"Keputusan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau" katanya.

Pertandingan enam penjuru

Sementara itu, bagi jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertandingan enam penjuru. Penyandangnya, Azmin Ali turut mempertahankan jawatan tersebut.

Lima lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.

Bagi jawatan naib presiden pula, 16 calon telah menyerahkan borang pencalonan mereka hari ini.

Tian Chua yang bertanding jawatan timbalan, turut mempertahankan jawatan naib presiden.

Lima belas lagi calon naib presiden ialah Baru Bian (penyandang), Datuk Mansor Othman (penyandang), Fuziah Salleh (penyandang), N Surendran (penyandang), Nurul Izzah Anwar (penyandang), Mustapha Kamil Ayub, Elizabeth Wong, Dr Shanmugam Rangasamy, Dr Streram Sinnasamy, Mohd Rafizi Ramli, Mohd Yahya Sahri, Lee Chin Cheh, Suresh Kumar, Dr Xavier Jayakumar dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Seorang lagi naib presiden secara lantikan, Datuk Chua Jui Meng tidak mempertahankan jawtaannya.

Seramai 78 calon akan bertanding untuk jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Manakala tiga calon bertanding bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Mereka ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Amir Shari dan Nazree Mohd Yunus.

Empat calon akan berebut jawatan timbalan Ketua AMK - Mohd Serman Hassnar, Chang Lih Kang, Afif Bahardin dan Ramesh Kumar.

Calon bagi naib ketua AMK - Raymon Ahuar, Mohd saifullah Zulkifli, Ginie Lim, Rajaresh Gabaran Maniraju, Carol Urmilla, Sri Sanjeevan Ramakrishnan, Nor Hizwan Ahmad, Mohd Razlan Jalalauddin, dan Sangeetha Jayakumar.

62 calon bertanding untuk jawatan exco AMK.

Dua calon akan bertanding merebut jawatan ketua Wanita PKR, iaitu Rodziah Ismail dan Zuraida Kamaruddin (penyandang).

Calon timbalan ketua Wanita (3) - Haniza Mohd Talha, Rusnah Anai, Tengku Intan Tengku Abdul Halim.

Calon naib ketua Wanita - (6 orang) Gan Pei Nie, Nor Sham Abu Samah, Dr Daroyah Alwi, Sivamalar Ganapathy, Johar Mat Lani dan Tan Poh Lai.

Manakala 30 calon bertanding jawatan exco Wanita.

~ Malaysiakini

Pesawat MH370 sah dirampas?.. TV2 dah kena 'hack' ke ni?

Posted: 29 Mar 2014 07:00 PM PDT

Setelah melewati 3 minggu kehilngan pesawat MH370 menjadi misteri, kepastian yang ditagih masih samar bagaikan digantung tidak bertali.

Spekulasi bersilih ganti melalui berbagai medium sosial seperti Twitter, Blog, Facebook, WhatsApp, Instagram dan berbagai lagi membuatkan Kerajaan meminta rakyat mempercayai hanya saluran berita yang rasmi.

Media-media elektronik seperti TV1, Tv2, dan juga TV3 serta lain-lain media yang dikawal kerajaan perlu dipercayai oleh rakyat sebagaimana yang diminta oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan.

Bagaimanapun timbul berbagai spekulasi dan pertanyaan bila mana secara tiba-tiba sebuah TV yang dikawal oleh Kerajaan menyiarkan apa yang dipanggil mereka sebagai rerayap yang menimbulkan kontroversi.

Hingga ada yang mengatakan media elektronik yang dikawal oleh kerajaan itu telah digodam oleh penyokong Pakatan Rakyat sepertimana fitnah yang tersebar terhadap Kapten Zaharie.

Pada pukul 12.05 a.m ketika tayangan Telemovie bersiaran, TV2 telah memaparkan apa yang dikenali sebagai "rerayap" mengenai insiden MH370 dengan mesej "PESAWAT MH370 SAH DIRAMPAS".


Walaupun tidak ramai yang menyedari perkara itu, sekeping gambar "Print Screen " yang dimuatnaik ke dalam media sosial telah menjadi viral dan rata-rata terkejut dengan pengumuman itu.

Bagaimanapun menyedari kesilapan telah berlaku pihak TV2 dengan kadar segera telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf tentang tersiarnya rerayap itu.

Mereka juga turut mengatakan satu siasatan dalaman sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kecuaian yang berlaku.


TAHNIAH buat TV2.. cepat dalam memohon maaf bila sedar adana kesilapan.. bukannya seperti pihak yang menuduh Kapten Zaharie tu..

FBI dah sahkan Kapten Zaharie tak terbabit dalm kehilangan MH370 itu pun dia buat tak peduli..

Siapa dia itu?.. lihatlah di ( SINI )

Kantoilah pulak!! MH370 berakhir di Lautan Hindi adalah teori Najib rupanya.. bukan Inmarsat..

Posted: 29 Mar 2014 09:07 AM PDT


24 Mac yang lalu, Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO dalam satu sidang media yang diperhatikan oleh seluruh dunia telah mengumumkan bahawa penerbangan MH370 telah berakhir di Lautan Hindi.

Menurut Najib, beliau telah dimaklumkan perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Najib turut berkata pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan bahawa pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.

"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan. Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Transkrip kenyataan media tersebut melalui Twitter sila baca di ( SINI )

Ni video sidang media tersebut..



Pengumuman Najib yang mendakwa penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi itu telah menimbulkan kemarahan waris penumpang dari negara China.

Selain itu bukan sahaja ianya tidak dipercayai oleh waris warga China, anak Kepten Zaharie dan Penganalisa Penerbangan juga tidak mempercayai apa yang Najib umumkan itu.. baca di ( SINI )

Bagaimanapun.. hari ini terbongkar keseluruh dunia.. apa yang Najib dedahkan dalam sidang media itu kononnya kesimpulan yang mengatakan 'MH370 berakhir di Lautan Hindi' itu datangnya dari Inmarsat adalah bohong semata-mata.

Dalam satu laporan oleh China Daily, portal berita dari negara China itu telah mendedahkan Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri.

"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat,"


Laporan oleh ChinaDaily ini juga telah disiarkan oleh Asia News Network..


Kesimpulan dari apa yang dinyatakan oleh Jurucakap Inmarsat itu ialah mereka menafikan dakwaan Najib kononnya teori yang mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi itu adalah teori mereka..

Jadi dalam masa yang sama mereka juga telah mendedahkan Najib telah berbohong kepada seluruh dunia...

Tiada ulasan: