. |
Kekuatan Pas Kelantan masih belum tergugat Posted: 30 Mar 2014 02:48 AM PDT HIMPUNAN REFROMASI
lu dan sekarang", dilihat satu perencanaan jitu untuk memberi kefahaman politik kepada generasi terkini sebagai satu perbandingan. Dua perkara yang memerasaankan saya dengan dua event berkenaan. Pertama, kurangnya sambutan, kedua mauduk majlis itu tidak kesampaian. Bukan saja masa terhad, (dua jam setengah), tetapi persoalan yang dibangkitkan oleh pengerusi Dr Muhammad Agus Yusuf, tidak fokus kepada tajuk tetapi mencecer ke soal-soal bersifat personal mengenai kedua ahli panel.
Hiburan, tidak akan membawa ke arah kekuatan dan kematangan poilitik, melainkan ia santapan jiwa saja. Yang agak dikesalkan juga diskusi itu tidak disertai ramai pimpinan politik maupun kerajaan Kelantan. Ini menyedihkan. Dalam tilikan saya dalam pergerakan ruang pandang terhad, tidak ada seorang pun wakil rakyat, kecuali Ahmad Bahaqi Atiqullah yang hadir. Itu pun kebetulan dia tolong petik galexy saya yang duduk dengan Musa Hitam, kalau tidak saya juga terperasaan kehadirannya. Hairan, ke mana para pimpian dan wakil rakyat atau pun anak-anak muda bakal menerajui kepimpinan politik Kelantan masa depan? Apakah mereka tidak hadir disebabkan salah seorang panelisnya Husam Musa? Tidak mesra dengan majlis dihadiri Husam bukan satu tindak baik. Orang politik atau Pas Kelantan harus matang dan bersifat rasional, serta tidak menampakkan 'bulu ketiak' masaing-masing sehinggakan menjadi rupa diri Pas itu huduh. Kalau ada yang tidak suka dengan Husam kerana sebab-sebab yang sedia maklumat, tetapi tidak seharusnya majlis itu dikosongkan. Ilmu politik yang bakal dicurahkan Husam dan Musa Hitam perlu dikunyah, untuk dijadikan bekal dalam berpolitik. Perkara lain yang mungkin juga layak disebut di sini, tidak ada wakil negeri ataupun pimpinan tertinggi Pas Kelantan yang menami Musa untuk minum rengan selepas majlis. Tidak sepatutnya kalau tetamu negeri seperti Musa tidak diiringi oleh pimpinan tertinggi kerajaan dan Pas Kelantan. Busuk atau tidak Musa adalah tetamu negeri Kelantan yang wajar diraikan. Masalah protokol nampaknya tidak diutamakan oleh kerajaan Membangun Bersama Islam? Kedinginan menyertai majlis itu bukan saja di kalangan orang Pas, tetapi pimpinan PKR juga tidak hadir. Dengan keahlian di Kelantan mencecah 30,000 rasanya tidak sampai 100 orang ahli PKR, khasnya permimpin yang hadir. Apakah mereka melihat event itu terpisah dengan semangat Pakatan Rakyat? Kalau kita rancak menuntut itu dan ini, tetapi majlis dalam rangka memperkuatkan Pakatan Rakyat, sepatutnya hadirlah sama. Bagaimana pun syabas kepada penganjur kerana berani memanggil Musa Hitam. Apabila meletakkan. Tidak sia-sia kehadiran Musa sedikit sebanyak menyuntik ilmu dan membuka minda mereka yang hadir. Manakala penganjur meletakkan Husam sebaris dengan Musa menjelaskan kebisaan Husam di dalam hal ini. Seapatutnya penganjur memilih sesiapa di kalangan pimpinan Pas Kelantan yang lain untuk berdiskusi. Apakah mereka tidak setanding untuk diregukan dengan Musa? Apakah kalau takdirnya Mohd Amar Nik Abdullah yang menjadi penalis jumlah kehadirannya berubah? Satu lagi event ialah, himpunan Reformasi 2:0 di Padang Perdana. Majlis itu kembar dengan solat hajat berhubung tindakan kerajaan Mesir membunuh penyokong Dr Mohamad Morsi. Himpunan Reformasi 2:0 berlainan wajahnya. Kehangatan sambutannya menunjukkan sokongan kepada kerajaan Kelantan masih mantap. Kira-kira 15,000 hadir pada majlis berkenaan. Sambutan hangat himpunan Reformasi menunjukkan kekuatan sokongan untuk kerajaan Kelantan masih utuh. Bagaimana pun ketentuan mutlak tidak dapat dipastikan kerana majlis itu adalah gabungan Pas dengan Pakatan Rakyat. Penampilan Anwar bersama Ahmad Yaakub dalam menyemarakkan Reformasi 2:0 sudah tentu menjadi daya tarikan himpunan di Padang Perdana itu. Sama ada sokongan Pas Kelantan masih bersemarak atau tidak selepas Nik Aziz Nik Mat melepaskan pimpinan Pas Kelantan dapat diketahui apabila Pas mengadakan programnya tersendiri. Adalah elok juga kalau Pas Kelantan mengadakan program perdananya tersendiri untuk mengukur sejauh mana kerajaan Kelantan masih disokong seperti di era Nik Aziz Nik Mat. Hari ini khasnya menerusi himpunan solat hajat dan reformasi itu bukan boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan dokongan dan sambutan umum terhadap kerajaan Kelantan apakah lemah atau kuat kerana faktor Anwar Ibrahim. Selalunya kehadiran Anwar di Kelantan sambutannya tidak pernah mengecewakan. Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Zulkifli Mamat semasa makan dengan saya bersama Sobree Sahafei di hotel perdana membayangkan himpunan reformasi di Padang Perdana itu hangat kerana ianya bersekali dengan solat hajat. Apa yang dapat dikutip dari kata-kata Zulkifli itu bahawa Pas Kelantan tidak boleh tidak harus bersendirian untuk menganjurkan sesuatu program umum melainkan kena bergabung dengan PKR. Dalam konteks ini sudah pasti Anwar masih menjadi denak yang baik untuk memanggil orang Kelantan khasnya anak-anak muda keluar untuk memenuhi padang ceramah umum mereka. Mungkin tanpa Anwar bersama dalam himpunan solat hajat, kemuncak majlis malam itu tidak mencecah 15,000 hadirat. Himpunan di Padang Perdana itu adalah majlis pertama yang mendapat sambutan hangat di era Ahmad Yaakub menjadi MB Kelantan. Kesimpulan daripada apa dapat disaksikan pada program itu, bahawa kepaduan dan sokongan orang ramai kepada kerajaan Pas masih belum tergugat. Sedikit sebanyak perselihangan yang berlaku sebelum ini tidak sampai menggugatkan kedudukan kerajaan Pas Kelantan. Bagaimana pun usaha pengukuhan dengan meredakan beberapa persepsi buruk di antara satu sama lain khasnya dikalangan para pemimpin hendaklah diatasi segera dari masa ke semasa. [wm.kl.5:25 pm 30/03/14] | ||||
Memali: Siapa bohong Musa atau Mahathir? Posted: 29 Mar 2014 09:10 PM PDT DISKUSI 2 Sebaik saja Musa Hitam menjelaskan yang Mahathir Mohamad berada di dalam negara sewaktu kejadian berdarah Memali, saya sudah bayangkan yang Mahathir akan menafikan dakwaan Musa itu. Pendedahan Musa itu menuntut Mahathir bersuara. Kalau takdir masa ini Mahathir berada dalam ICU, dan Tuhan telah menarik suaranya daripada berkata-kata, Mahathir kena jawab dengan cara menulis. Kalau tangannya mengalami gengren, dia harus menulis dengan kaki.
Musa semasa berdiskusi di Kota Bharu, menegaskan yang Mahathir Mohamad ada dalam negara pada hari kejadian itu. Malahan menurut Musa, Mahathir berada hingga ke hari ke empat? Pendedahan itu mengejutkan kerana dunia mengetahui yang Mahathir dilaporkan tidak ada dalam negeri ketika kejadian itu, ini menyebabkan tragedi itu terpikul di atas bahu Musa seratus peratus yang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri. Mahathir dikatakan berada di China. Pendedahan oleh Musa itu mengejutkan bukan sahaja mereka yang ada dalam dewan diskusi, tetapi di mana-mana juga yang sebelum ini telah hafal mengenai kes berdarah Memali. Moderator diskusi Muhammad Agus Yusuf juga terkejut dengan jawaban itu kerana dalam rekod ditemuinnya Mahathir tidak ada di dalam negara. Mungkin bagi Agus pendedahan Musa itu sesuatu sandiwara untuk Musa 'menyamak' dirinya dengan kejadian Memali. Saya tidak musykil kalau rekod yang Agus simpan mengatakan Mahathir tiada dalam negara. Sebab rekod-rekod itu boleh dibuat atau boleh di backdated untuk melindungi Mahathir. Musa sebagai timbalan Mahathir sudah tentu mempunyai kehormatan tinggi kepada Mahathir dan sanggup menanggung risiko atas kejadian itu, asalnya bos selamat. Kerajaan yang dikenali dengan 2M ketika itu perlu dipertahankan. Dan ternyata Mahathir telah menyembunyikan suaranya berhubung dakwaan Musa itu. Penuh simplistik Mahathir mengatakan dia kena semak kejadian itu kerana dia tidak ingat. Jawaban Mahathir itu mendedahkan sikap dan stail dia berpolitik. Mahathir tidak menampakkan serius dalam hal-hal penting dan mustahak, sebaliknya dilayan secara sambil lewa sahaja. Cara Mahathir itu adalah tetktik dia meremehkan benda yang penting kemudian akan dialpakan begitu saja. Tindakan Mahathir samalah dengan kerja kunci kambus tahi. Masakan kejadian yang cukup penting begitu dia tidak mengingati kronologinya? Budak yang berusia 10 tahun pada kejadian itu dan kini sudah 30 tahun pun ingat satu persatu. Mereka kenal dan hafal nama Ibrahim Libya yang terbunuh bersama pengikutnya. Geoogle sahaja mengenai Memali akan keluarkan info detik-sdetik kejadian itu serta beberapa gambar mangsa yang menjadi sasaran peluru polis? Apakah Mahathir jahil IT? Mungkin sebab itulah beliau mengsyorkan agar internet ditutup untuk mengambuskan kejahatannya? Saya tidak percaya kalau Mahathir tidak ingat di mana dia ketika Ibrahim Libya dan pengikutnya diserang hingga mati. Mahathir tentu tahu apakah dia berada dalam jamban di rumahnya di Seri Perdana, atau pun berada di masjidi Haram di Makkah? Kecualilah Mahtahir sudah gila dan hilang ingatan sebaik Musa mendedahkan fakta baru mengenai Memali itu pada diskusi bertajuk Politik Malauysia, dulu dan sekarang itu. Apabila Mahathir menjawab secara simplistik begitu, mungkin dia tidak mahu bercakap panjang mengenai Memali. Dia mahu membungkus kejadian itu dalam lipatan mindanya dan biarlah sejarah bercerita tentangnya tanpa ada campur tangannya. Biar ia berkubur seperti kes, kematian Jalil Ibrahim dalam isu BMF atau isu-isu lain? Namun minda manusia yang waras tetap bergerak dan menunggu semakan rekod Mahathir itu. Boleh jadi dihujung usia bagi Mahathir mengenang segala tragedi sebegitu ia terlalu perit. Era politinya banyak menghirup darah demi kekuasaannya. Saya yakin isu Memali tidak akan dibuka setelah ia ditutup dengan kertas putih di Parlimen. Kertas Putih itu dipaksa agar ia diterima untuk menutupi sebuah peristiwa kejam. Tetapi Mahathir kena ingat pembohongan akan terbongkar juga satu masa kelak. Kalau bukan pada hayatnya dikandung badan, mungkin sesuah jasadnya dibahan tanah. Pendedahan Musa itu adalah permulaan untuk menuju kebenaran. Sesungguhnya kebatilan tidak akan berjaya membunuh kebenaran. Apabila mengingatkan perbuatan Mahatahir kepada Anwar Ibrahim, orang tidak akan mudah menolak pendedahan Musa itu. Apa yang berlaku kepada Anwar, adalah ibu segala kekejamana dan kejahatan politik Mahathir dari dalam Umno sendiri. Apalah kalau hendak diukur dengan Memali, apa lagi Memali beliau boleh dilindungi dengan Musa sebagai penanggungjawabnya dan Ibrahim Linya adalah prokasi lawannya. Semasa minum bersama Musa selepas diskusi malam itu, saya ada bertanya lebih lanjut tentang Memali dan Mahathir. Beliau tidak memberi ulasan panjang mengenai maklumat terbaru itu, tetapi mengatakan semua orang harus berhati-hati dengan Mahathir. "Dia bijak," itulah ulasanya tentang Mahathir. Tetapi jauh di lubuk hati saya juga menyebut, apa kurangnya dengan Musa. Diawal diskusi Husam Musa menyebut atau memberi kredit kepada Musa, sebagai Sang Kancil. Sang Kancil adalah haiwan yang pintar dan bijak, ia boleh melakukan apa saja untuk menyalamatkan dirinya termasuk berpura-pura mati. Apakah Musa sedia membuat pendedahan itu kerana dia tahu malam itu dia dalam lingkungan kawat duri orang-orang yang berdendam dengan kejadian Memali? Siapa yang bohong dan benar dalam kes Memali ini? Atau Musa dan Mahathir memang bersekongkol sama demi kelanjutan politik. Yang nyatanya selepas peristiwa Memali, karak politik Musa menjadi lilin kemudian mati secara beragam. [wm.kl.11:40 am 30/03/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan