RAKYAT MARHAEN |
- MoU: PAS ucap tahniah kepada Kelantan dan Selangor
- MAS Rugi: Belum siasat Pengerusi PAC dah buat kesimpulan?
- Mahkamah perintah blogger bayar RM50,000 kerana fitnah Husam
- Anwar terharu sokongan PAS walaupun dapat tekanan di Kajang
- PRK Dun Kajang: Biar majoriti 'meletup', kata Mat Taib
- Dun Kelantan: Stesen TV guna visul lama dedah penerokaan haram
- Kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan, NGO cuba rempuh pintu mahkamah
- Ahbash: Aliran pengkafir umat
- PRK Dun Kajang: Terima kasih PAS, kata Anwar
- PRK Dun Kajang: Biar calon BN hilang deposit
- KENAPA MEREKA NI TAK PERNAH DIDAKWA KERANA MENGHINA ISLAM?
- Rakyat rasa tidak selamat, pasukan polis perlu reformasi - Sri Sanjeevan
- Aktivis bawa bunga lambang keamanan di khalayak NGO bantah gereja depan mahkamah
- PRK Dun Kajang: PAS pegang prinsip setiakawan dalam PR
- [Geletek] Perempuan 15K..'Dang Ka Ku Duluuu!!!' - Ustaz Azhar Idrus
- PRK Dun Kajang: Setia kawan PAS tidak pernah luntur
- MACAI TERHEBAT ABAD INI HASANG ALI, KENG LIANG & HAPIS
- Muslim patuhi ikrar, taat setia kepada Allah
- Pendidikan politik baru kepada ahli
- Mencari halatuju selepas PRU13
- Panel 7 hakim dengar permohonan gereja Katolik di Mahkamah Persekutuan
- Wretched Umno, Mustapha and Taib
- Pemandu kereta sewa Kajang lantik Anwar penaung, tuntut penyelarasan kadar tambang
- Pedagang Iran pulau barangan Malaysia ekoran kempen anti-Syiah Umno
- Gossip Ku Nan Dengan Erra Fazira, Jangan Lepas Ni Betul Pulak!!
MoU: PAS ucap tahniah kepada Kelantan dan Selangor Posted: 04 Mar 2014 09:09 PM PST "MoU ini yang secara khususnya adalah merujuk kepada beberapa inisiatif kerjasama ekonomi dan perundingan dalam beberapa projek yang mempunyai kepentingan bersama rakyat di kedua-dua negeri," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau berkata, PAS berpendapat bahawa MoU yang ditandatangani antara Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah merupakan satu langkah permulaan yang sangat penting yang sedang diterokai antara kedua-dua kerajaan di bawah Pakatan Rakyat. "Hal ini, menjadi lebih bermakna dalam kita menterjemahkan prinsip serta polisi bersama yang dipersetujui dalam Pakatan Rakyat dengan membangunkan model kerjasama sebelum berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat pada hujung minggu ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang. Read More / Baca Lagi >> |
MAS Rugi: Belum siasat Pengerusi PAC dah buat kesimpulan? Posted: 04 Mar 2014 09:08 PM PST KUALA LUMPUR: PAS mempersoal kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed yang membuat kesimpulan mudah untuk tidak menyiasat punca kerugian Malaysia Airlines Bhd (MAS). Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata alasan Nur Jazlan bahawa PAC tidak perlu menyiasat kerugian RM1.17 bilion MAS kerana kerugian itu berpunca dari masalah pengurusan bukan ketirisan adalah satu alasan yang tidak wajar. Katanya, sebagai seorang pengerusi PAC, Nur Jazlan seharusnya menunjukkan integriti beliau dengan menyatakan komitmen untuk menyiasat, dan bukannya membuat kesimpulan awal bahawa kerugian bukan berpunca dari ketirisan. "Nur Jazlan tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian, sebelum siasatan sudah tahu punca sebenar. PAC perlu melakukan siasatan apa punca sebenarnya kerugian tesebut. "Apa pun penyiasatan tidak boleh lari dari ketirisan yang berpunca dari masalah pengurusan. Kedua-duanya berkait rapat, penyiasatan tidak boleh lari dari kedua-dua perkara," jelasnya kepada Harakahdaily. Menurut beliau lagi, kerugian MAS ini turut berpunca dari keputusan-keputusan politik terutamanya melibatkan perjanjian yang merugikan MAS. "Kerugian MAS juga berpunca dari perjanjian yang melibatkan keputusan politik dan kroni. Read More / Baca Lagi >> |
Mahkamah perintah blogger bayar RM50,000 kerana fitnah Husam Posted: 04 Mar 2014 09:03 PM PST Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang sebelum ini menolak tuntutan Husam terhadap seorang blogger, Faisal Rohban Ahmad yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF). Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer memutuskan bahawa bukti yang dikemukakan oleh Husam sepanjang perbicaraan mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut. Mahkamah seterusnya membatalkan semua perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini termasuk perintah mengenai kos. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengarahkan jumlah gantirugi ditaksirkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Husam diwakili peguam Gurbachan Singh, Rueben Netto, Hisham Fauzi dan Ahmad Mustaqim manakala responden diwakili oleh Adzly Ab Manas dan Sallehuddin Bajuri. Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak saman Husam terhadap Faisal kerana tidak dapat mengesahkan sama ada defendan adalah penulis dalam blog RBF itu. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar terharu sokongan PAS walaupun dapat tekanan di Kajang Posted: 04 Mar 2014 09:01 PM PST Walaupun tanpa presiden PAS dan menerima tekanan kuat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh parti itu dalam membantu beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Ketika berucap di majlis pelancaran jentera PAS PRK Kajang, Anwar yang akan menjadi calon PKR dalam pilihan raya itu berkata, rakannya dalam Pakatan iaitu PAS dan DAP menunjukkan semangat setiakawan yang utuh. "Terima kasih kawan-kawan pimpinan PAS yang bagi kerjasama luar biasa untuk kita pertahankan Kajang walaupun mereka menerima tekanan yang kuat," katanya. "Hari itu saya ke Jepun. Presiden PAS sudah turun di Kajang sebelum penamaan calon, ini menunjukkan semangat setiakawan yang terus utuh. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Biar majoriti 'meletup', kata Mat Taib Posted: 04 Mar 2014 09:00 PM PST KAJANG: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib meminta pengundi Kajang memberi isyarat yang jelas kepada BN dengan meningkatkan lagi majoriti undi calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac ini. Berucap pada pada program Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi, bekas Naib Presiden Umno itu juga berkata, PRK Kajang adalah penting sebagai medan mengembalikan semula demokrasi yang sihat. "Kalu boleh majoriti kali ini bair meletup. Biar calon BN hilang deposit. "Saya minta pengundi Melayu, orang tua orang muda yang macam saya, untuk mengundi calon Pakatan Rakyat," katanya dalam nada berseloroh disambut gelak ketawa para hadirin. Mengulas lanjut beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media PAS berkata, sekatan dan halangan pelbagai bentuk terhadap Pakatan Rakyat menjadikan pertandingan tidak berlaku atas padang yang sama rata. Keadaan itu sekaligus telah mewujudkan situasi demokrasi yang tidak sihat dalam negara ini. "Dulu waktu saya dalam Umno, setiap hari muka saya dalam akhbar. Sekarang bila saya masuk PAS, sokong PKR dan DAP, baru saya tahu betapa azabnya. Disekat dengan apa cara pun. Read More / Baca Lagi >> |
Dun Kelantan: Stesen TV guna visul lama dedah penerokaan haram Posted: 04 Mar 2014 08:59 PM PST Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata apa yang berlaku di kawasan Taman Negara itu sebenarnya tidak benar sama sekali' Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata apa yang berlaku di kawasan Taman Negara itu sebenarnya tidak benar sama sekali dan penyiaran visual berkenaan dianggap cuba untuk memanipulasikan keadaan. "Tidak benar ada penerokaan haram di situ. Memang ada kawasan yang ditanam dengan aktiviti pertanian tetapi ia dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar. "Apa yang disiarkan oleh stesen tv berkenaan, kerajaan negeri difahamkan ia adalah gambar lama. Keadaan sebenar tidak berlaku seperti itu," katanya ketika menjawab soalan Abd Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di sini, hari ini. Mohd Amar berkata kerajaan negeri telah bersetuju untuk menubuhkan Jabatan Pemantauan dan Penguatkuasaan Sumber Asli Kelantan tidak lama lagi yang kini dalam proses mengenal pasti anggotanya. Read More / Baca Lagi >> |
Kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan, NGO cuba rempuh pintu mahkamah Posted: 04 Mar 2014 08:56 PM PST Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan permohonan gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitannya sebelum ini yang memutuskan Kementerian Dalam Negeri mempunyai hak mengharamkan penggunaan perkataan itu dalam Herald. Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria menangguhkan keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak. Sementara itu di luar mahkamah, kira-kira 1,500 peserta perhimpunan yang kebanyakannya terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) Melayu hari ini cuba merempuh masuk ke Istana Kehakiman kira-kira jam 11.15 pagi tadi. Setakat ini peserta perhimpunan melempar mikrofon dan botol air mineral ke arah pintu kaca di mana tempat wartawan dan orang awam sedang menunggu. |
Posted: 04 Mar 2014 08:54 PM PST Dr Mohd Asri Zainul AbidinSabda Nabi Muhammad: "Sesiapa yang memanggil orang lain dengan 'kafir' atau 'musuh Allah' sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Sikap suka menuduh orang lain kafir atau sesat sewenang-wenangnya merupakan penyakit jiwa yang terpendam dalam dada si penuduh yang berpunca daripada keegoan, sikap pantang berbeza pendapat, suka monopoli kuasa dan suka menyalahgunakan agama. Lebih bahaya daripada itu, sikap suka mengkafir ini akan membawa kepada perbalahan yang meruncing dalam masyarakat Islam, bahkan sering membawa kepada tumpah darah yang banyak terjadi dalam sejarah umat ini. Antara aliran yang terkenal suka mengkafirkan orang lain ialah aliran 'Ahbash'. Ahbash adalah aliran atau puak yang berpusat di Lebanon yang diasaskan oleh seorang lelaki habsyi atau negro yang dikenali dengan nama Abdullah al-Harari. Mereka mendakwa merekalah Ahlus Sunnah wal Jama'ah sejati dan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka menjadi sesat atau kafir. Dr Yusuf al-Qaradawi mengulas tentang puak ini dengan katanya:"Sejak beberapa tahun lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan merbahaya dalam persoalan akidah, fekah dan akhlak, dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai ulama semasa seperti al-'Allamah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz Baz, pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya. Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah daripada mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-'Asy'ariy segi akidah, mazhab al-Imam al-Syafi'i segi fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa'iyyah dalam berakhlak. Tetapi hakikatnya mereka amat jauh daripada manhaj semua imam itu sama ada dalam pemikiran, adab dan akhlak. Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah baharu, yang hasrat utamanya ialah memecahbelahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam). Al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyebut:"Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan imam Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma' dalam persoalan ini dan itu.." Remeh-temeh Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Terima kasih PAS, kata Anwar Posted: 04 Mar 2014 08:35 PM PST |
PRK Dun Kajang: Biar calon BN hilang deposit Posted: 04 Mar 2014 08:35 PM PST |
KENAPA MEREKA NI TAK PERNAH DIDAKWA KERANA MENGHINA ISLAM? Posted: 04 Mar 2014 07:51 PM PST |
Rakyat rasa tidak selamat, pasukan polis perlu reformasi - Sri Sanjeevan Posted: 04 Mar 2014 07:45 PM PST Setiap hari, Malaysia mencatatkan purata satu kematian untuk dua bulan pertama tahun ini menjadikan rakyatnya rasa tidak selamat, forum tentang jenayah diberitahu malam tadi. Forum bertajuk "Masa untuk mereformasi pasukan polis" yang disertai kira-kira 100 orang di Dewan Perhimpunan Cina Selangor - Kuala Lumpur bersetuju majoriti rakyat negara ini rasa tidak selamat sama ada di bandar atau desa. Pengerusi NGO pemerhati jenayah, MyWatch, R Sri Sanjeevan memberitahu forum itu, 67 pembunuhan dicatatkan dalam dua bulan pertama tahun ini manakala lebih 6,000 motosikal dicuri dan 900 kes jenayah dilaporkan sepanjang masa itu. Turut menjadi panel forum ialah pengarah eksekutif Women's Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah, Roger Chan dari Majlis Peguam dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Professor Datuk Khaw Lake Tee. Read More / Baca Lagi >> |
Aktivis bawa bunga lambang keamanan di khalayak NGO bantah gereja depan mahkamah Posted: 04 Mar 2014 07:44 PM PST Seorang wanita Islam yang menghadiahkan kuntuman bunga gereja kepada penganut Kristian di Klang awal tahun ini, menghadirkan diri dengan mesej yang sama di Istana Kehakiman di Putrajaya, pagi ini. Sekali lagi, aktivis, Siti Kassim membawa sejambak bunga sebagai menyatakan solidariti bersama rakan Kristian dan Islam yang lain untuk membawa mesej keamanan. "Kami ingin buktikan ini bukan ajaran Islam dan ucapan yang dikeluarkan pagi ini tidak melambangkan semangat Malaysia. Beberapa pertubuhan lain yang membantah penggunaan nama Allah oleh Herald juga berhimpun pagi ini, termasuk Perkasa. Siti bersama anak bekas perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir, tiba di Gereja Our Lady of Lourdes di Klang Januari lalu dengan membawa bunga untuk penganut Kristian yang sedang menghadiri upacara Ahad. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: PAS pegang prinsip setiakawan dalam PR Posted: 04 Mar 2014 07:29 PM PST |
[Geletek] Perempuan 15K..'Dang Ka Ku Duluuu!!!' - Ustaz Azhar Idrus Posted: 04 Mar 2014 06:29 PM PST |
PRK Dun Kajang: Setia kawan PAS tidak pernah luntur Posted: 04 Mar 2014 05:56 PM PST KAJANG: Semangat setia kawan PAS di dalam Pakatan Rakyat tidak pernah luntur apatah lagi dalam situasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang demi memastikan BN tumbang pada 23 Mac ini. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berjanji PAS akan memberi komitmen yang tinggi dalam PRK Kajang ini dan membuat apa sahaja untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat. "Inilah rasa tanggungjawab, inilah semangat setia kawan yang mampu kita berikan sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat. "Dalam keadaan senang dan susah PAS dan ahli-ahlinya bekerjasama memastikan perpaduan dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan baik apatah lagi dalam menghadapi PRK Kajang," katanya ketika berucap pada program Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi. Katanya, walaupun ada suara yang cuba mengganggu persahabatan PAS dan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat, parti yang satu-satunya berteraskan agama itu akan tetap bersama Pakatan Rakyat. "Kita sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat seawal tiga minggu lalu kita telah menyiapkan jentera bersama tuan rumah. Telah susun jentera kita dan kekuatan kita. "Dan ingin bagi tahu rakan kita dalam Pakatan Rakyat kita bersama dan bangga memacakkan panji-panji kemenangan di Kajang. Read More / Baca Lagi >> |
MACAI TERHEBAT ABAD INI HASANG ALI, KENG LIANG & HAPIS Posted: 04 Mar 2014 05:30 PM PST Buatlah fatwa merapu meraban apa pun asal bahagia. Lepas ni suruh Ustaz Tan Keng Liang pulak keluar fatwa. Read More / Baca Lagi >>1. tak tegur pmimpin rasuah. 2. berdiri atas pentas parti yg rasuah 3. panjangkan fitnah dan aibkan org lain 4. menyebarkan fitnah aktiviti murtad 5. membisu dgn kegiatan golongan anti hadis 6. Perangai Assobiyyah dgn berburuk sangka dgn kaum dan agama lain 7. Memusuhi jemaah yg mmperjuangkan Islam 8. Angkat diri sendiri utk jadi pmimpin 9. Bercakap tanpa berlandaskan fakta dan hujah 10. Penakut untuk berjuang PAS patut nyatakan siapakah gerangannya Hafiz Nordin yang berada di sebelah Hasan Ali semalam |
Muslim patuhi ikrar, taat setia kepada Allah Posted: 04 Mar 2014 05:13 PM PST Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM MENYATAKAN ikrar, taat setia khususnya kepada Allah SWT, Tuhan sekalian alam adalah satu tindakan mulia di sisi-Nya terutama yang membabitkan persoalan keagamaan. Ini kerana ia menyatakan satu bentuk sumpahan makhluk bernama manusia kepada Pencipta mereka serta berjanji berusaha menjadi insan-insan yang sentiasa mempunyai hubungan intim kepada-Nya, bukan mengangkat al-Quran untuk bersumpah dalam isu bola sepak seperti yang dilakukan oleh sebuah kelab bola sepak negeri dalam Semenanjung. Ini dapat dilihat dalam segenap tindak-tanduk rutin dalam kehidupan setiap Muslim yang sentiasa mengadakan hugungan baik dengan Allah SWT. Mengapa tidak? Kalau dilihat segenap aktiviti Muslim penuh dengan janji-janji, sumpahan terhadap Allah, ikrar, taat setia dan apa pun namanya sejak bangkit dari tidur sampailah kepada masuk tidur. Sumpahan serta taat setia yang dibuktikan itu adalah hasil kefahaman mendalam seorang individu Muslim yang amat taat kepada agama Allah SWT. Ini dapat dibuktikan dengan amalan-amalan zikir dan doa yang warid (sampai kepada Rasulullah s.a.w.) seperti doa masuk tidur, doa bangun daripada tidur, masuk bilik air dan keluar dari bilik air, membaca doa menuju ke masjid yang terdapat padanya ciri-ciri bagaimana seseorang Muslim itu dapat menghubungkan diri dengan Allah agar Dia menganugerahkan kepadanya hati yang dipenuhi dengan cahaya iman, Islam, takwa kepada Allah SWT. Doa itu bermaksud: "Ya Allah! Jadikan dalam diriku ini cahaya, pada pendengaraku cahaya, pada penglihatanku cahaya, di sebelah kananku cahaya, di sebelah kiriku cahaya, di hadapanku cahaya, di belakangku cahaya, di atasku cahaya, di bawahku cahaya, agungkan dalam diri dan sanubariku dengan cahaya itu." Tidakkah doa berkenaan menyatakan ikrar seseorang Muslim kepada Allah apabila dianugerahkan cahaya iman, Islam dan takwa, kerana elemen berkenaan adala antara nikmat Allah yang paling penting dalam kehidupan, dengannyalah muncul golongan khalifah-khalifah di muka bumi ini yang mentadbir negara dengan Islam. Mari kita sama-sama memerhatikan bacaan dalam amalan solat kita, kita mulakan dengan membaca doa iftitah, di dalamnya menyebut bahawa Ya Allah, aku akan jadikan seluruh amalanku, solatku, hidup dan mati kerana-Mu Ya Allah! Kita juga membaca surah al-Fatihah dengan memohon kepada-Nya jalan yang lurus, iaitu jalan-jalan para anbiya, golongan siddiqin (yang membenarkan agama), syuhada' (orang-orang yang mati syahid) dan solihin (orang-orang yang salih). Read More / Baca Lagi >> |
Pendidikan politik baru kepada ahli Posted: 04 Mar 2014 05:12 PM PST ABD SHUKUR HARUN Tidak syak lagi keperluan mengadakan pendidikan politik baru kepada ahli PAS sangat diperlukan masa kini memandangkan politik moden yang terbentang di depan kita sekarang sedang berkembang dengan pantasnya, dengan sifatnya yang sangat berbeza dengan politik masa lalu. Ia bukan lagi berasaskan perkauman dan pemahaman agama yang sempit di mana coraknya lebih banyak ditentukan oleh generasi baru. Ini berdasarkan kenyataan bahawa jumlah pengundi muda di Malaysia hampir mencapai 40%, suatu jumlah yang boleh merobah segalanya dalam lanskap politik negara ini. Pendidikan politik moden ini, jika dipersetujui boleh diletakkan sama ada di bawah Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan atau Lajnah Penerangan dan Dakwah – mana-mana yang difikirkan wajar, ataupun bekerjasama antara kedua-duanya. Adapun modul Lajnah Terbiyah atau Lajnah Penerangan PAS yang ada sekarang masih tetap relevan dan sangat wajar diteruskan. Yang perlu hanya di-upgrade-kan, iaitu diberikan suntikan baru atau pendekatan baru dengan pengisian mengenai ilmu politik moden. . Dalam ucapan perasmiannya di Munaqasyah Ucapan PAS Selangor baru-baru ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu ada menyarankan supaya pendekatan tarbiyah kepada warga PAS dikaji semula, diberi nafas baru dan pemahaman baru yang mendalam mengenai kehadiran mereka dalam parti Islam, terutama peringkat pimpinan, dalam menangani isu-isu politik terkini. Pada pendapat saya mungkin yang dimaksudkan oleh Haji Muhamad Sabu itu ialah mendedahkan ahli kepada politik baru yang sedang berubah dengan cepatnya. Politik baru Malaysia, sangat berbeza dengan politik tradisional yang diamalkan di negara ini lebih dari setengah abad. Politik baru Malaysia menjauhi politik perkauman dan pandangan agama yang sempit. Ia lebih kepada perjuangan menuntut hak rakyat dan keadilan dalam sebuah negara demokrasi. Kita menyaksikan generasi baru yang mendominasi politik baru Malaysia ini seperti yang terpancar dalam kempen dan keputusan PRU yang lalu yang bergerak dalam jalur menegakkan keadilan dan hak rakyat dan menentang sikap perkauman. Ini adalah asas dari wajah politik baru ini dan ia tidak lagi bergerak sekitar isu kaum, maka itu perkauman adalah musuh utama politik baru. Adapun politik perkauman dan agama yang sempit yang menjadi alat ampuh parti yang memerintah selama lebih setengah kini hanya berlegar di luar bandar dan sedikit-sedikit diwarisi oleh generasi lama di bandar dan semi bandar yang masih berkhayal dengan nostalgia masa lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Mencari halatuju selepas PRU13 Posted: 04 Mar 2014 05:11 PM PST Oleh Lim Hong Siang DALAM perjuangan kita sesat seandainya hilang halatuju. Pada pengamatan saya, semangat Pakatan Rakyat merudum selepas PRU13 bukan hanya kerana kegagalan menawan Putrajaya, tetapi kehilangan halatuju selepas itu. Meskipun kemarahan membara sepanjang siri perhimpunan "Blackout 505", tetapi akhirnya terpadam meninggalkan asap yang memedihkan mata. Jelas, momentum gerakan politik-sosial tidak boleh dipacu hanya dengan retorik mahupun motivasi, tetapi lakaran halatuju yang nyata untuk masa depan. Senario pasca PRU13 sudah pasti berbeza dengan senario tsunami politik pada 8 Mac 2008. Pemimpin dan aktivis politik selepas PRU12 yakin bahawa harapan menawan Putrajaya cerah seandainya usaha dilipatgandakan di peringkat akar umbi. Maka pendaftaran pengundi digerakkan secara bersungguhsungguh, dan disahut oleh mereka yang sebelum ini kurang yakin dengan kuasa yang boleh dicetuskan dengan sehelai kertas undi dalam tangan. Matlamat Pakatan jelas, menyasarkan anak muda kerana golongan ini memperlihatkan kedahagaan untuk perubahan. Senario 5 Mei 2013 pula memberi gambaran berbeza. Pakatan Rakyat berdepan dengan hakikat bahawa parti yang melawan Umno-Barisan Nasional tetap menjadi pembangkang meskipun berjaya memperolehi majoriti undi popular – dalam sistem pilihan raya rekaan SPR. Anak muda telah dikerah untuk balik mengundi. Apa yang boleh diusahakan telah diusahakan. Hasilnya Pakatan mencatat 51% undi tetapi hanya menawan 40% kerusi. Pakatan memprotes sebermulanya, tetapi akur kemudiannya. Kini retorik yang sama tidak berkesan lagi jika diulangi. Rakyat akan bertanya bagaimana jikalau Pakatan memperolehi 55% undi popular tetapi bilangan kerusinya masih memihak kepada BN? Seandainya Pakatan akur dengan keputusan itu, maka soalan seterusnya, berapa peratus undi yang disasarkan Pakatan, kerana mengikut perkiraan di atas kertas, BN boleh menguasai kerajaan Persekutuan (112 kerusi) dengan hanya 20% undi popular. Mungkinkah Pakatan memperolehi lebih 80% undi dalam sistem politik sedia ada, untuk menjadi kerajaan yang memenuhi kerangka sistem pilihan raya ala-UBN? Sebaliknya, jikalau Pakatan enggan menjadi pembangkang yang menguasai 55% undi popular, maka rakyat akan mempersoalkan, "Dalam PRU13, Pakatan memperolehi 55% sementara BN hanya memiliki 45% undi di negeri Perak. Mengapa pula Pakatan menerimanya, walaupun jurang perbezaannya setinggi 10%?" Read More / Baca Lagi >> |
Panel 7 hakim dengar permohonan gereja Katolik di Mahkamah Persekutuan Posted: 04 Mar 2014 05:03 PM PST Panel tujuh hakim diberikan hak undang-undang mendengar permohonan kebenaran untuk merayu yang difailkan gereja Katolik dalam kes Allah, hari ini, yang akan bermula tidak lama lagi. Mengetuai panel itu ialah Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria. Panel itu turut disertai Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Hwa. Sekiranya permohonan itu ditolak, keputusan Mahkamah Rayuan pada Oktober 14 tahun lalu dianggap betul daripada segi fakta dan undang-undang, dan pihak gereja dilarang membuat rayuan lagi. |
Wretched Umno, Mustapha and Taib Posted: 04 Mar 2014 03:41 PM PST Never in the history of Malaysia has a head of a state acknowledged that Umno is NOT as good as it advertises itself to be. Taib Mahmud stepped down as the Chief Minister of Sarawak after holding the reign for 33 long years. He outlasted Mahathir Mohammad, as the Prime Minister of Malaysia, by more than a decade. His length as CM speaks volumes of the politician who stayed in office longer than any other leaders in Malaysia and his insight into Umno's character. It is interesting to note that never in the history of Malaysia has a head of a state acknowledged that Umno is NOT as good as it advertises itself to be and that Umno should be rejected from Sarawak. In his speech to the Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Supreme Council last month, Taib sat out two prerequisites for his coming successor. Firstly, Umno must not be allowed to enter Sarawak. Taib acknowledged that there are vast differences between the people in Sarawak and those from Malaya. Secondly, his successor must maintain the rights of Sarawak when forming Malaysia which is based on "the Malaysia Agreement 1963, nothing more, nothing less". These two fundamentals turned Malaysian politics on its head and may have a far wider and in-depth consequences. Taib has every reason to see Umno for what it really is. Umno has over the years showed that it has become more racist and more intolerant. They bark hate overtones and use words of threats to whoever is against them. In short they have turned Malaysia into a Fascist state. As a responsible and visionary leader in Sarawak, this is a disease Taib does not want to spread in Sarawak. Callous Umno Sabah which is Sarawak's closest neighbour embraced Umno in 1990. In the process of embracing Umno, the people in Sabah had to sacrifice Usno. In order for this to happen, its founder and the father of independence for Sabah – Tun Mustapha Harun – had to demote himself to 'Timbalan Perhubungan Sabah Umno'. But after Umno managed to secure its position in Sabah, Tun Mustapha was simply discarded like some dirty old rag into the dustbin of history. Tun Mustapha died not as Umno member. His Usno was already dusts and Tun Mustapha was buried as a simple man without the respect due to a leader in Sabah. This is how ungrateful, churlish and crude Umno is to Sabah and its leaders. The Barisan Nasional (BN) component parties are just ornaments that Kuala Lumpur will use at their convenience. Read More / Baca Lagi >> |
Pemandu kereta sewa Kajang lantik Anwar penaung, tuntut penyelarasan kadar tambang Posted: 04 Mar 2014 03:38 PM PST Tidak tahan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, Persatuan Kebajikan Pemandu Kereta Sewa Daerah Hulu Langat hari ini menuntut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) segera melaksanakan penyelarasan kadar tambang seperti dijanjikan dua tahun lalu. Pengerusinya, Karnail Singh (gambar), berkata kehidupan pemandu teksi kini bertambah kritikal dengan peningkatan harga barang dan kos operasi. "Hidup pemandu kereta sewa memang susah, kita kerja macam lembu 24 jam hanya untuk mencari rezeki menyara keluarga dan sekarang ia semakin sukar," katanya yang mengibaratkan kehidupan pemandu teksi seperti "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Pada program itu, tuntutan supaya kadar tambang kereta sewa diselaraskan merupakan antara beberapa perkara yang ditekankan persatuan tersebut. Karnail berkata, persatuan kereta sewa yang ditubuhkan hampir lima tahun itu turut kecewa apabila kebajikan pemandu teksi seringkali dipinggirkan pihak berkuasa. Sehingga kini, katanya, pemandu kereta sewa masih gagal menerima perlindungan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). "Kalau hendak bawa satu teksi, anda kena fikir 10 kali kalau tidak ada insurans, Perkeso. Jadi kalau kita mati, mati katak, bagaimana dengan keluarga kami," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Pedagang Iran pulau barangan Malaysia ekoran kempen anti-Syiah Umno Posted: 04 Mar 2014 03:37 PM PST Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-Iran (Mifa), Azizi Ahmad, berkata halangan datang daripada kalangan orang perseorangan Iran dan bukan dasar rasmi kerajaan negara itu. "Mereka tidak mahu membeli barangan Malaysia sejak kempen itu. Ia umpama kempen yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) dahulu, Buy British Last, sekarang jadi Buy Malaysian Last," kata Azizi kepada The Malaysian Insider. "Jika ulama mereka kata berhenti berurusan dengan Malaysia, susahlah kita nanti," katanya yang mendengar ura-ura perkara itu akan berlaku. Selain masalah yang dihadapinya di Iran, Azizi juga berdepan masalah sama di kalangan rakyat Malaysia apabila beliau didakwa menjadi "tali barut Syiah" kerana hubungannya dengan republik Islam itu. "Saya sedang dalam proses memfailkan saman ke atas seorang ustaz kerana membuat pelbagai tuduhan kepada saya sehingga menyebabkan saya dipulau dan perniagaan saya terjejas," katanya. Sementara itu, seorang pegawai kedutaan Iran di Kuala Lumpur, ketika ditemui The Malaysian Insider, mengakui bahawa jumlah nilai perdagangan negara itu dengan Malaysia berkurangan dalam dua bulan pertama tahun ini. Read More / Baca Lagi >> |
Gossip Ku Nan Dengan Erra Fazira, Jangan Lepas Ni Betul Pulak!! Posted: 04 Mar 2014 03:31 PM PST Dengan tidak semena-mena tiba-tiba muncul gossip mengenai hubungan yang dikatakan sudah terjalin antara Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dengan aktress yang belum habis edahnya, Erra Fazira. Sampai ke tahap mana hubungan mereka atau ia betul-betul hanya khabar angin tidaklah diketahui, tetapi kedua-duanya pantas menafikan adanya hubungan itu. Tengku Adnan yang lebih mesra dengan Ku Nan apabila ditanya mengenai gossip yang berlegar itu segera menafikannya. Menurut Ku Nan, beliau adalah lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinannya. Erra pula kemudiannya turut menafikan beliau mempunyai hubungan atau mengenali Ku Nan, malah terkejut dan mengatakan beliau tidak pernah mengenali pun Setiausaha Agung UMNO dan Ahli Parlimen Putrajaya itu. Erra juga berkata, beliau terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki ketika ini. Apabila timbul gossip sedemikian, mereka yang terbabit memang pantas menafikan tetapi kerap juga berita yang bermula dengan penafian akhirnya betul-betul menjadi kenyataan. Terutama dalam politik, berita yang dinafikan itu selalunya ada kebenarannya, bak kata pepatah, pokok takkan bergoyang kalau tidak ditiup angin. Tetapi zaman sekarang, pokok juga bergoyang kerana sengaja digoyang atau mungkin kerana ada kera yang sedang menggoyangnya. Terakhir berita yang dinafikan tetapi akhirnya benar-benar berlaku ialah mengenai pilihanraya kecil Kajang dan ura-ura Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Ketika mula beritanya timbul, semua menafikannya, termasuk Anwar sendiri tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang. Begitu juga ketika Anwar mahu dipecat daripada kerajaan pada 1998 dulu, berkali-kali Mahathir menafikannya. Bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar dan ketika ia sudah menjadi perbualan hangat, Mahathir tetap menafikannya. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan