RAKYAT MARHAEN |
- MH370: Promosi Tahun Melawat Malaysia di China ditangguh
- Defisit fiskal sejak 1990-an, tidak halang negara membangun, kata Najib
- Jangan jadikan krisis MH370 alasan membeli-belah, kata ahli Parlimen DAP
- Fiscal deficit not a bad thing, says Najib
- Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Jabatan Perdana Menteri
- Hanya Di Negeri UMNO: Kontraktor diminta sumpah laknat sebelum dapat projek Kerajaan BN Terengganu
- MH370: Kerajaan perlu buat 'post mortem'
- Flight 370: Who can be trusted
- "Rasa Tenang di Kelantan" - Tun Musa Hitam
- MH370: 'Sock Lay mungkin tidak pulang lagi'
- Siapa Bill Shorten dalam isu MH370?
- Sedih mengenang Tuan Guru semakin uzur
- MH370: Makin Celaru...Makin Pening 1 Dunia..!!!
- A device that could have tracked Flt 370
- Hi-tech satellites zero in on Indian ocean
- MH370: Penantian suatu siksaan
- Hanya Di Negara UMNO: Mualaf amal ciri Melayu wajar diberikan hak istimewa, kata bekas hakim...masuk Islam Jadi Melayu..?????
- Apakah Selangor sedang dipermainkan dalam isu air oleh Kerajaan Pusat, soal pemimpin Pakatan
- Thank God for Hisham
- Shame on Zahid and Immigration Dept
- Ejen Penerbangan Israel Enggan Terima Tempahan MH370 Pada Tarikh Kejadian
- Hakim Amerika tolak permohonan firma guaman tuntut bukti MH370
- MH370: Seminggu lagi sebelum isyarat kotak hitam lenyap
- Sebab utama Kapten Nik Ahmad Huzlan yakin MH370 dirampas
- Adakah ATC Subang akan dedahkan respons awal ketika MH370 hilang?
MH370: Promosi Tahun Melawat Malaysia di China ditangguh Posted: 31 Mar 2014 09:31 PM PDT Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah ini dibuat untuk menunjukkan kerajaan bersimpati dengan tragedi yang berlaku. "Kalau kita meneruskan 'road show' ini, ia menunjukkan seolah-olah kita tidak mengendahkan tragedi itu. "Walaupun kita menangguhkannya...tapi kita mengalihkan tumpuan pasaran ke negara yang lain seperti negara Asean, India, Timur Tengah dan Eropah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, dekat sini, semalam. Katanya, kerajaan amat memahami perasaan rakyat negara China yang meluahkan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia dalam perkara ini. Read More / Baca Lagi >> |
Defisit fiskal sejak 1990-an, tidak halang negara membangun, kata Najib Posted: 31 Mar 2014 09:29 PM PDT Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini menegaskan defisit fiskal bukanlah sesuatu perkara yang baru dan negara mula mengalaminya sejak 1990-an lagi. Perdana menteri berkata, kerajaan sentiasa memastikan kewangan negara berdaya tahan untuk menghadapi sebarang krisis ekonomi pada masa hadapan. "Ini kerana apabila hutang negara terkawal, ia akan memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus melabur di negara kita. Perlu diketahui, defisit fiskal bukannya satu perkara yang tidak baik. |
Jangan jadikan krisis MH370 alasan membeli-belah, kata ahli Parlimen DAP Posted: 31 Mar 2014 09:28 PM PDT Ahli Parlimen DAP, Steven Sim (gambar) hari ini menyelar kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dilihat menjadikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai peluang untuk membeli aset pertahanan negara baru. Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu turut mempertikaikan kenyataan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Dr Noordin Ahmad yang menyifatkan satelit RazakSat-2 yang akan dilancarkan pada 2016 dapat membantu negara menghadapi insiden kehilangan pesawat. "Ini satu rujukan sangat jelas kepada insiden MH370. Hishammuddin dakwa, ini masa untuk dapatkan lebih banyak wang beli aset pertahanan baru dalam hadapi krisis MH370. |
Fiscal deficit not a bad thing, says Najib Posted: 31 Mar 2014 09:19 PM PDT |
Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014 Jabatan Perdana Menteri Posted: 31 Mar 2014 09:19 PM PDT |
Hanya Di Negeri UMNO: Kontraktor diminta sumpah laknat sebelum dapat projek Kerajaan BN Terengganu Posted: 31 Mar 2014 08:52 PM PDT |
MH370: Kerajaan perlu buat 'post mortem' Posted: 31 Mar 2014 08:40 PM PDT KUALA TERENGGANU – Kerajaan perlu membuat 'post mortem' secara besar-besaran berhubung insiden kehilangan pesawat MH370 yang mengundang pelbagai spekulasi sehingga di peringkat antarabangsa. Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, insiden itu dianggap penuh misteri sejak hari pertama ia dilaporkan dan berdasarkan penelitian yang dilakukan, satu jawapan yang tepat perlu diberikan bagi mengungkai setiap persoalan daripada banyak pihak. "Dalam misteri itu ada perkara yang perlu diberi jawapan dengan tepat terutama melibatkan tanggungjawab seperti tugas spesifik pengawal udara; Jabatan Penerbangan Awam (DCA); TUDM dan penyelia radar. "Dalam perkara ini, saya lebih berminat untuk lihat adakah berlakunya elemen kecuaian sebagai contoh, kecuaian memaklumkan dengan segera apabila pesawat buat lencongan. Misalnya, pihak tentera udara boleh hantar jet untuk memintas pesawat berkenaan, tetapi maklumat itu dibuat beberapa jam selepas berlakunya perkara itu," katanya. Menurutnya, selain elemen kecuaian berkaitan tugas spesifik, terdapat juga beberapa perkara lain yang menyebabkan kecuaian seperti sistem keselamatan di laluan masuk seperti di sekatan imigresen dan penyemakan bagasi. Read More / Baca Lagi >> |
Flight 370: Who can be trusted Posted: 31 Mar 2014 08:28 PM PDT |
"Rasa Tenang di Kelantan" - Tun Musa Hitam Posted: 31 Mar 2014 08:14 PM PDT |
MH370: 'Sock Lay mungkin tidak pulang lagi' Posted: 31 Mar 2014 08:12 PM PDT Keng Lian adalah ibu saudara kepada salah seorang pramugari MH370, Goh Sock Lay, 45, yang hilang sejak 8 Mac lalu. "Tahun ini, pasti suasana Musim Cheng Beng (menziarah kubur) bertambah suram. Sebelum ini Sock Lay pasti akan bersama kami memberi penghormatan kepada mendiang moyang, berdoa dan upacara sembahyang. |
Siapa Bill Shorten dalam isu MH370? Posted: 31 Mar 2014 08:10 PM PDT Tidak ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tahu siapakah Bill Shorten. Beliau bukanlah penumpang pesawat MAS MH370, bahkan tiada saudara maranya yang menaiki pesawat tersebut. Bukan juga pakar penerbangan yang membuat apa-apa teori berkaitan, malah bukan juga perisik. Jadi apa kaitannya beliau dengan insiden MH370? Tidak ada lansung! Beliau hanyalah Ketua/ presiden Parti Buruh merangkap Ketua Pembangkang dalam parlimen Australia. Shorten berusia 46 tahun dan menjadi ketua pembangkang sejak 2013. Beliau menjadi Ahli Parlimen sejak 2007 lagi. Yang menarik perhatian saya bukanlah latar belakang peribadi dan politik beliau tetapi cara masyarakat Australia menghormati sistem demokrasi dan antara satu sama lain. Ketika membelek akhbar harian, The Star hari ini, saya terlihat suatu berita yang menunjukkan Shorten melawat pasukan Mencari dan Menyelamat MH370, Tentera Udara Diraja Australia di Lapangan Terbang Pearce, Bullsbrook, Australia. Bagi negara seperti Australia, ketua pembangkang bebas untuk melawat mana-mana jabatan kerajaan dan kakitangan kerajaan pula tidak dicop yang bukan-bukan kerana kunjungan ketua pembangkang. Perkara ini merupakan suatu contoh bagaimana demokrasi diraikan dan dihormati. Sebelum ini pun, Perdana Menteri Australia membentangkan penemuan baru di parlimen, bukannya secara sorok-sorok seperti di Malaysia – pembangkang kena memohon untuk mendapat taklimat tentang MH370. Saya berharap, suatu hari nanti rakyat dan pemerintah di Malaysia benar-benar melaksanakan prinsip demokrasi dan menegakkan keadilan tanpa ada batas politik, pangkat, keturunan, agama dan bangsa. |
Sedih mengenang Tuan Guru semakin uzur Posted: 31 Mar 2014 07:36 PM PDT Keadaan tokoh pemimpin yang satu ini mengundang doa dari umat Islam di sana sini semoga beliau dipulihkan dari keuzuran untuk meneruskan perjuangan. Beliau kini berumur 82 tahun dan baru-baru ini beliau menggagahkan diri menyampaikan Kuliah Subuh di masjidnya di Pulau Melaka dengan suara yang tertahan-tahan, mengundang rasa pilu para jamaah. Kasih sayang rakyat kepadanya sepanjang masa justeru sepanjang hayatnya beliau telah mendambakan perjuangannya kepada Islam melalui wadah PAS. Menyampaikan ribuan kuliah dan ceramah, melayani rakyat pelbagai kaum dan agama di mana-mana. Beliau adalah legasi yang akan terukir dalam sejarah dan akan dikenang lama, bahawa seorang pemimpin yang menjalani kehidupan serba sederhana, bersuara lembut, tetapi tegas telah mengambil peranan penting mewarnakan perjuangan politik Islam di tanah airnya. Kini Kerajaan Negeri Kelantan telah menubuhkan 'Institut Pemikiran Tok Guru' sebagai mengenang jasanya bukan saja sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun, bahkan sebagai tokoh ulung pimpinan dan pemikir gerakan Islam PAS sejak puluhan tahun. Penubuhan institut diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini. Menteri besar itu berharap, idea, pemikiran, ilmu dan dedikasi yang selama ini dikongsikan oleh Tok Guru sejak sekian lama termasuk di peringkat kerajaan selama 23 tahun dapat dikongsi bersama oleh orang ramai. Kekuatan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz terletak kepada istiqamah perjuangannya, menebarkan dakwah sepanjang hayat, ketegasannya mempertahankan PAS dari serangan musuh, menyuntik semangat perjuangan kepada generasi lama dan baru, wawasannya yang sangat jauh ke depan – melampaui zaman – serta kemampuannya menterjemahkan kesyumulan Islam di tengah politik baru Malaysia. Maka kepimpinannya diterima oleh semua kaum. Read More / Baca Lagi >> |
MH370: Makin Celaru...Makin Pening 1 Dunia..!!! Posted: 31 Mar 2014 07:03 PM PDT " Kenapa 1Dunia Buang Masa Cari Kotak Hitam Jika MH370 Tidak Terhempas...??" |
A device that could have tracked Flt 370 Posted: 31 Mar 2014 06:56 PM PDT |
Hi-tech satellites zero in on Indian ocean Posted: 31 Mar 2014 06:55 PM PDT |
MH370: Penantian suatu siksaan Posted: 31 Mar 2014 06:51 PM PDT Kini masuk minggu ketiga kehilangan pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 kru. Ia hilang pada pagi 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Perdana Menteri, Datuk Najib Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, bahawa penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". Adalah ia berada di tujuh petala langit, atau tujuh petala bumi. Pesawat itu tidak juga dilihat baik di alam ghaib, mahupun di alam nyata. Jadi kemanakah gerangan hilangnya. Kini 24 negara dengan segala peralatan dan ilmu teknologi modenya sedang mencari pesawat di Lautan Hindi, namun belum juga berjumpa. Kehilangan pesawat itu memang sungguh menggemparkan dan menambah gempar lagi dengan kehadiran bomoh tersebut, sehingga dua isu serentak diperkatakan di seluruh dunia – MH370 yang hilang dan bomoh yang meneropongnya. Ini suatu kegemparan luar biasa. Andai kata, melalui teropong bomoh tadi ditakdirkan dapat dilihat di mana pesawat MAS itu berada, gambarkanlah bagaimanakah gamatnya dunia. Maknanya bukan saja pesawat MH370 itu menarik perhatian dunia, bahkan juga "keajaiban" teropong bomoh itu menjadi perhatian. Ini adalah episod yang sangat lucu dan menggemparkan. Tetapi ada episod lain yang sangat sedih dan mengecewakan dalam pencarian pesawat tersebut, apabila fitnah besar perlaku pula, iaitu mengenai laporan Akhbar Daily Mail di London kononnya juruterbang MH370 mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat itu hilang pada 8 Mac. Ahli keluarga dan sahabat handai juruterbang itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah sangat kesal dan marah atas laporan palsu tersebut. Akhbar tabloid Britain itu sebelum ini melaporkan Kapten Zaharie yang bekerja dengan Malaysia Airlines (MAS) selama 33 tahun dan pernah menerbangkan pesawat selama lebih 18,000 jam mempunyai masalah peribadi dan kononnya adalah penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Juruterbang MAS itu disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas pesawat membawa 239 penumpang hilang tetapi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mendapati Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu selepas tidak menemui apa-apa yang pelik terhadap simulator penerbangan Boeing 777 itu. Anak juruterbang itu, Aishah Zaharie di akaun Facebooknya kelmarin menyatakan dengan marah: "Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar. Saya tidak akan maafkan anda," tulis anak juruterbang itu, Aishah Zaharie di akaun Facebooknya malam tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 31 Mar 2014 06:46 PM PDT Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah (gambar) berkata hanya mualaf yang mengamalkan ciri-ciri Melayu seperti yang ditakrifkan di dalam Perlembagaan Persekutuan wajar menikmati keistimewaan orang Melayu. Beliau berkata ciri-ciri berkenaan ialah menganut agama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. Mohd Noor yang juga Penaung Persatuan Darus Sa'adah Negeri Sembilan menjelaskan perkara itu terkandung dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan. Beliau menjelaskan anggota-anggota Darus Sa'adah adalah mualaf yang menepati Perkara 160 (2) Perlembagaan dan mereka layak menerima keistimewaan itu. Mohd Moor berkata mereka sepatutnya layak diberi peluang membeli tanah rizab Melayu, melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi berdasarkan kuota bumiputera. |
Apakah Selangor sedang dipermainkan dalam isu air oleh Kerajaan Pusat, soal pemimpin Pakatan Posted: 31 Mar 2014 06:31 PM PDT Apakah Putrajaya sedang mengambil kesempatan ke atas Selangor berhubung persetujuan ke atas industri air berbilion ringgit yang boleh dilihat apabila penswastaan konsesi dilaksanakan? Itulah persoalan ahli Parlimen dan politik Pakatan Rakyat (PR) yang mengawasi secara rapat perjanjian antara pentadbiran persekutuan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri Selangor. Kenyataan Putrajaya baru-baru ini menunjukkan ia tidak melihat terma perjanjian itu dengan cara yang sama seperti Selangor. Walaupun Selangor terus menegaskan segala terma masih diikuti. "Kenyataan itu bertentangan dengan memorandum persefahaman (MoU) tersebut," kata bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkenaan kenyataan Putrajaya bahawa penyusunan semula industri akan dijalankan oleh agensi persekutuan – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span). Dzulkefly, yang merupakan sebahagian daripada panel penyusunan semula industri air Selangor berkata, mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 26 Februari itu, syarikat milik negeri Selangor (Kumpulan Darul Ehsan Berhad) akan menjalankan penyusunan semula industri. "(Kerajaan persekutuan) seolah-olah berdolak-dalih... Terdapat tindakan teragak-agak untuk menggunakan Seksyen 114 WSIA," kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mengulas sama ada kerajaan persekutuan akan menggunakan undang-undang untuk mengambil alih empat syarikat konsesi yang kini menguruskan industri air. Santiago percaya Putrajaya masih enggan menggunakan WSIA kerana ia akan memberi mesej yang salah kepada komuniti perniaga. "Ia benar-benar mengelirukan," katanya berkenaan kenyataan berbeza yang datang daripada Selangor dan Putrajaya. Santiago juga mendakwa beliau tidak mendapat jawapan yang jelas sama ada daripada pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengenai sama ada Selangor atau Putrajaya akan menguruskan industri bersama apabila ia disusun semula kelak. "Timbalan Menteri (Datuk Mahadzir Khalid) enggan berkata ya atau menafikannya," kata Santiago yang menyoal Mahadzir di Dewan Rakyat pada 25 Mac. Di bawah MoU 26 Februari dengan Selangor, Putrajaya sepatutnya "memudahkan" proses pengambilalihan industri air. Ini bertentangan dengan penswastaan industri selama ini dan meletakkan pengurusan industri dikawal sepenuhnya oleh Selangor melalui sebuah syarikat milik negeri – Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 31 Mar 2014 06:25 PM PDT He is Malaysia's saving grace amidst the bungling over MH370 I think of the people waiting to hear of the fate of their loved ones, spouses wondering what might have happened to their partners, parents anxious for news about sons and daughters, relatives and friends praying for the safety of everyone on board and, most heart rending of all, children waiting for the return of their parents. I do not know any of the passengers or crew members, and yet I read, watch and listen to every bit of information coming from out there and try to imagine how those with loved ones on the flight are bearing their pain. I'm sure millions out there share my thoughts and feelings and are thankful that the world has joined Malaysia in the search for closure. I have to believe that our government is doing all it can to to search for the missing aircraft. I am comforted by the confidence and precise manner with which Acting Transport Minister-cum-Defence Minister Hishammuddin Hussein faces the world media and answers the questions thrown at him. When he does not know something, he says he does not know. When a question can be better answered by MAS CEO Jauhari Yahya, he defers to him. Hishammuddin is Malaysia's public face for a world hungry for information, and he does not disappoint. But others who at various time have taken centre stage for their fifteen seconds of fame have been disappointing. The IGP and the Chief of Armed Forces are often lost in their own self-importance and our nation will be better off if they are kept in the background. Hishammuddin alone suffices. I cringe as I watch the police and armed forces chiefs bask in their imagined glory on the world stage. These two have not conducted themselves with the honour that their positions demand. Even Najib has failed For some reason, our Prime Minister thought it worthwhile to give two press briefings, but what he had to say I and millions of others had already heard from the Internet and other sources. And he was not even clear on what he wanted to say – did the plane crash or not? How could it end its flight it Indian Ocean without crashing? And he did not have the nerve to take questions from the hungry global media and walked away from the briefings with his tail between his legs. Obviously, he did not have the confidence to face the unscripted questions of the international media in their unrelenting pursuit of the truth. Read More / Baca Lagi >> |
Shame on Zahid and Immigration Dept Posted: 31 Mar 2014 06:24 PM PDT Interpol's revelation shows we're definitely not world class, as the minister has claimed. It has taken a crisis of titanic proportions to expose how embarrassingly inefficient Malaysia's immigration authorities are. Last Friday, it was revealed that the Immigration Department would have taken mere seconds to discover that two men using stolen passports were about to board Malaysia Airlines Flight 370 on March 8 if it had bothered to consult Interpol's database. The revelation, contained in a statement issued from Interpol headquarters in Lyon, disputed Home Minister Ahmad Zahid Hamidi's assertionon Wednesday that the check would have been too cumbersome to be useful. The statement said recent tests on the database showed that it took only a fifth of a second to reveal whether a passport was listed. Interpol also revealed that Malaysia had not run a single Interpol passport check this year before the MH370 incident. In comparison, Singapore ran its checks 29 million times, Britain 140 million times and the United States 230 million times. About 800 million searches were made in 2013, resulting in 60,000 successful alerts for false or stolen passports. One may conclude from this revelation that Malaysia's Immigration Department is far from being of a "world class" standard, as Zahid has maintained. "Malaysia's decision not to consult Interpol's Stolen and Lost Travel Documents database cannot be defended by falsely blaming technology or Interpol," the Interpol statement said. "If there is any responsibility or blame for this failure, it rests solely with Malaysia's Immigration Department. Read More / Baca Lagi >> |
Ejen Penerbangan Israel Enggan Terima Tempahan MH370 Pada Tarikh Kejadian Posted: 31 Mar 2014 06:17 PM PDT Ingat tak lagi seramai 4000 orang pekerja WTC terselamat dalam serangan 9/11 kerana tidak datang bekerja pada hari tersebut. Nampaknya macam ada kebetulan juga apabila terdapat penumpang Israel terselamat dari nahas MH370. Lapuran freemalaysiantoday(1) juga mempersoalkan pesawat tersebut dapat memuatkan seramai 300 orang penumpang, tetapi siapakah dalam senarai menunggu yang tidak mengambil penerbangan tersebut. Read More / Baca Lagi >>Kebetulannya peristiwa 9/11 berlaku pada hari sambutan selichos(2) dan yang menyebabkan ramai pekerja yahudi lewat datang bekerja kerana terlebih dahulu melakukan acara sambutan tersebut. Kerana kelewatan itulah yang menyelamatkan semua pekerja yahudi tersebut. Seperti diilapurkan oleh timesofisrael(3) penumpang tersebut terselamat kerana ejen pelancungannya di Israel enggan mengambil tempahan kerana hari tersebut jatuh pada hari Sabbath. Mengikut kepercayaan yahudi orthodox membantu perjalanan seseorang pada hari sambutan tersebut ditegah dan dikira bersubahat mencemari hari sambutan tersebut. Berikut ialah petikan email antara salah seorang penumpang yang dikenali sebagai Andy dengan ejen pelancungan Israel tersebut antara 13 dan 14 Januari lalu: Andy: One amendment, I need the KUL-PEK flight a day later. I need the extra day in Kuala. once that is set you can lock in. Travel Agent: I wish I can give you a day later, but you know I just don't like flying Jews on Shabbat. I can take that leg out if you want and you book yourself. Andy decides to book the flight himself but later changes his mind: Andy: I reconsidered, you are right I should be more observant, I'll manage without that day in Kuala. Since I'll have an extra night in PEK Any recommendations for a good Friday night dinner in Beijing? Agent: Ok, glad to hear. Try this: http://www.chabadbeijing.com/ Then, on March 8, Andy writes: Holy God, You sure heard what happened to MH370 I cannot stop thinking about this. This is a true miracle for the books. You are a true life saver… I cannot think anymore! We'll talk later this week. Don't know how to thank you enough Portal berita timesofisrael mendapatkan pengesahan dari Daniel Eleff dari syarikat Dan's Deal, dan mendapat maklum balas seperti berikut: "At this time the travel agent and the passenger are opting to remain anonymous. There has been a fair amount of negative feedback and they are choosing to wait until the fate of the flight in known to determine if they'll go public. "I have personally verified the story and can vouch for its authenticity. The emails I posted with time stamps are unaltered except to remove identifiable information." Berikut adalah butiran terperinci penumpang tersebut(4): On 01/13/14 Andy emailed his travel agent his desired itinerary: The travel agent, an Orthodox Jew, proposed the following business class itinerary, slightly altering the Kuala Lumpur-Beijing flight from Saturday to Friday. |
Hakim Amerika tolak permohonan firma guaman tuntut bukti MH370 Posted: 31 Mar 2014 06:15 PM PDT Hakim Illinois semalam menolak permohonan firma guaman Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan bukti reka bentuk dan kecacatan pembuatan berkemungkinan daripada Boeing Co dan Malaysia Airlines (MAS) berkaitan kehilangan penerbangan MH370 tiga minggu lalu, lapor Reuters. Hakim Kathy Flanagan juga mengancam mengenakan sekatan terhadap Ribbeck Law Chartered, memetik contoh sebelumnya di mana firma guaman berpusat di Chicago "tidak wajar memfailkan" petisyen, seperti nahas kapal terbang Asiana Airlines di San Francisco tahun lepas. "Di sebalik arahan ini, firma guaman sama sekali lagi memfailkan petisyen walaupun mengetahui mereka tidak mempunyai asas untuk melakukannya," kata Flanagan dipetik laporan agensi berita antarabangsa itu. Ribbeck Law minggu lalu memfailkan tindakan undang-undang pertama di Mahkamah Illinois berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum hilang pada 8 Mac lalu. |
MH370: Seminggu lagi sebelum isyarat kotak hitam lenyap Posted: 31 Mar 2014 06:14 PM PDT Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi. Operasi pencarian oleh pelbagai negara telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 1,850km dari barat Perth di Australia, sebagai kemungkinan lokasi pesawat itu berakhir. Jika mereka menemui serpihan itu dan mengesahkannya daripada pesawat berkenaan, ia akan membantu pasukan mencari untuk mengecilkan kawasan pencarian kotak hitam itu. Bagaimanapun, dengan ketibaan kapal Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat, dan kapal selam kecil tanpa pemandu Bluefin 21 yang dijangka tiba di kawasan pencarian pada Khamis, harapan tinggi disandarkan bagi mengesan kotak hitam itu. Mengenai objek berpotensi yang dikesan pada Sabtu, Hishammuddin berkata lima objek diambil oleh kapal perang tentera laut Australia OHMAS Success dan Haixun, sebuah kapal dari China. "Bagaimanapun, didapati tiada ada satu pun objek itu yang berkaitan dengan MH370," katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai perkembangan terkini berhubung misi pencarian MH370 di Kuala Lumpur, semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Sebab utama Kapten Nik Ahmad Huzlan yakin MH370 dirampas Posted: 31 Mar 2014 04:35 PM PDT Beberapa keping gambar terbaru berhubung laluan pesawat MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah tanggapan awal tentang kes tersebut. Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, kesemua gambar itu merupakan satu pencerahan baru yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri. Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya. "Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja)." Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya. "Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan." |
Adakah ATC Subang akan dedahkan respons awal ketika MH370 hilang? Posted: 31 Mar 2014 04:14 PM PDT Pakar industri penerbangan kini mahukan pusat kawalan trafik udara Malaysia mendedahkan respons awal mereka ketika pesawat MH370 hilang pada 8 Mac selepas pihak berkuasa malam tadi akhirnya berkata juruterbang pesawat berkata "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong" ("Good night Malaysian Three Seven Zero" dan bukannya "Baiklah, Selamat Malam" ("All right, Good Night"). Perubahan transkrip perbualan itu adalah pendedahan terbaru dalam perubahan maklumat berkenaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang bersama 239 penumpang ketika dalam perjalanan ke Beijing sejak 24 hari lalu. "Pusat Kawalan Trafik (ATC) Subang tidak menjelaskan tindakan awal mereka ketika pesawat itu hilang selepas keluar dari ruang udara Malaysia. Adakah mereka melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan serta-merta? Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri pada 26 Mac berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan pesawat yang tidak dikenali melakukan pusingan namun menganggap tindakan itu dilakukan atas araahan menara kawalan udara. "Kami mengesan 'pusingan' namun tidak menganggap itu sebagai ancaman dan ia hanya pesawat 'rakan'. Kami menganggap pesawat menerima arahan daripada menara kawalan namun kami kemudian sedar pesawat itu hilang daripada radar di Laut Andaman atau utara Selat Melaka. "Untuk makluman, keupayaan radar kita hanyalah seluas 250 batu nautika," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen minggu lalu. Abdul Rahim menukar kenyataannya sehari kemudian dan berkata kenyataannya di Parlimen sebagai "tidak tepat." Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan