Isnin, 31 Mac 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Terkini: 'Good night Malaysian three seven zero'

Posted: 31 Mar 2014 08:40 PM PDT

Terkini: 'Good night Malaysian three seven zero'

'Good night Malaysian three seven zero'. Ucapan itu disahkah oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebagai perbualan terakhir di dalam transkrip antara menara kawalan trafik udara dan kokpit MH370.
 
Siapakah yang menuturkan ucapan tersebut? Jika dirujuk kepada jawapan sebelum ini, komunikasi terakhir antara kokpit MH370 dan menara kawalan trafik datangnya dari pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27 dan berbunyi 'Allright good night'.
 
Namun, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan lewat malam ini memberitahu,  perbualan terakhir antara kokpit dan menara kawalan direkodkan pada pukul 1.19 pagi waktu Malaysia adalah 'Good night Malaysian three seven zero' dan penuturnya masih disiasat.
 
"Pihak berkuasa masih lagi menjalankan penyiasatan forensik untuk memastikan penutur ucapan selamat malam dari kokpit itu sama ada dibuat oleh juruterbang atau pembantunya.
 
"Menteri telah mengarahkan pasukan penyiasat untuk mengeluarkan transkrip penuh perbualan antara menara kawalan dan kokpit pada taklimat ahli keluarga yang akan diadakan dalam masa terdekat ini," kata kenyataan itu.
 
Kenyataan itu dikeluarkan ekoran soalan yang dibangkitkan semasa sidang media petang tadi mengenai komunikasi terakhir antara kokpit dan menara kawalan trafik udara di Kuala Lumpur.

Kakitangan Awam Buat Bisnes Online @ Perniagaan Internet? Ini Surat Amaran “Keras” JPA!

Posted: 31 Mar 2014 07:17 PM PDT

Kakitangan Awam Buat Bisnes Online @ Perniagaan Internet? Ini Surat Amaran "Keras" JPA!

kakitangan awam
Kakitangan Awam Buat Bisnes Online @ Perniagaan Internet? Ini Surat Amaran "Keras" JPA : Kenaikan kos sara hidup terus melambung tinggi. Baik kepada penjawat awam mahupun kakitangan swasta. Suka atau tidak, mereka tiada pilihan lain. Mereka perlu mencari alternatif bagi mendapatkan pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan bulanan mereka.

Termasuklah menyertai bisnes MLM (SEPERTI DI SINI), perniagaan Internet atau bisnes online…..dengan harapan ada "rezeki" disebalik usaha mereka….
Melihatkan senario ini, Jabatan Perkhidmatan Awam mula memerhatikan senario melibatkan kakitangan awam sehingga dilihat mula mengabaikan tugas hakiki yang tidak boleh diabaikan dan pelru dilaksanakan dnegan penuh tanggungjawab :
Atas alasan ini Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA) mula mengambil langkah yang lebih drastik bagi mengelakkan kakitangan awam menyalahgunakan kemudahan yang disediakan di sektor awam, satu surat khas telah pun dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan masing-masing bagi memantau kakitangan awam yang melakukan pernigaaan internet @ bisnes online ketika waktu pejabat. INi adalah surat amaran yang dikeluarkan oleh JPA

Punca Surat Amaran JPA Kepada Kakitangan Awam?

  • JPA mendapati terdapat kakitangan awam yang menggunakan media sosial dan Internet untuk perniagaan Internet atau bisnes online
  • Tindakan kakitangan awam yang menyalahgunakan tanggugjawab dan amanah yang diberikan boleh menjejaskan imej kakitangan awam dan kerajaan
  • Perbuatan kakitangan awam melakukan perniagaan Internet atau bisnes online menyalahi peraturan
  • Jika kakitangan awam ingin melakukan bisnes online atau perniagaan Internet mereka perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu
 P/S : Apa respon balas kakitangan awam mengenai tindakan JPA terhadap mana-mana daripada anda yang terlibat dengan perniagaan online tanpa pengetahuan mereka?

Peguam : Anwar layak pegang jawatan Presiden KEADILAN

Posted: 31 Mar 2014 01:52 AM PDT

Peguam : Anwar layak pegang jawatan Presiden KEADILAN

KUALA LUMPUR 31 Mac : Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mememang jawatan Presiden KEADILAN walaupun dijatuhkan hukuman dalam kes fitnah II baru-baru ini.
Anwar_IbrahimDalam satu kenyataan seorang peguam, Radzlan Jalaludin memaklumkan spekulasi bahawa Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan ekoran sabitannya dalam kes Fitnah 2 adalah tidak tepat.
"Biarpun disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Dato' Seri Anwar Ibrahim masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden KEADILAN selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification)," kenyataan itu dipetik.

Malah tegas Radzlan, tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden.

Penantian rakyat khususnya anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014.

Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan.
Rakyat dan anggota KEADILAN khususnya yakin dan percaya bahawa kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan memperkukuh KEADILAN dan menguatkan muafakat dalam Pakatan Rakyat serta menyemarakkan lagi perjuangan reformasi demi masa depan Malaysia

Memali yang belum pernah dicerita kpd umum - Tun Musa Hitam

Posted: 30 Mar 2014 10:57 PM PDT


Himpunan Reformasi 2.0 KELANTAN -IKUTI PENERANGAN SAIFUDDIN KES ANWAR

Posted: 30 Mar 2014 08:36 PM PDT


Tiada ulasan: