Isnin, 31 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


MH370 : Bagaimana PM buat kesimpulan MH370 ‘berakhir’ di Laut Hindi?

Posted: 31 Mar 2014 04:55 AM PDT


(Oleh: Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 31 MAC:  KEADILAN mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara mudah membuat kesimpulan berhubung kehilangan pesawat MH370 dengan mendakwa pesawat tersebut 'berakhir di Lautan Hindi'.
n_surendranAhli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, Najib membuat kesimpulan hanya berdasarkan analisis data satelit Inmarsat tanpa sebarang bukti kukuh.
"Hanya semudah itu Najib membuat kesimpulan, jelas kerajaan tak bersifat telus dalam mengendalikan MH370. Maklumat lengkap tidak sampai kepada keluarga, mereka mahu tahu sebab dan apa alasan mengatakan pesawat tersebut berakhir di sana.
"Kerajaan seolah-olah sembunyikan sesuatu, ini tindakan tidak wajar," jelasnya yang turut mengatakan kegagalan tersebut sebagai punca kerajaan dipersalahkan masyarakat antarabangsa.
Sementara itu, Surendren turut mempersoal keangkuhan kerajaan yang enggan membuat sebarang perbincangan dengan pihak lain dalam menguruskan krisis tersebut.
"Kerajaan juga tidak menunjukkan prestasi yang baik, media tempatan dikawal, kerajaan terus sombong dan bongkak, tak panggil Ahli Palimen Pakatan Rakyat untuk berbincang dengan BN,
"Mereka juga gagal untuk membuat perbincangan dengan Ketua Pembangkang, semua buat sendiri, taknak berbincang akhirnya kita dikutuk dan dikritik hebat oleh mereka. Bagus," sindirnya.
Pada 29 Mac lalu, jurucakap Inmarsat, Jonathan Sinnatt dalam kenyataannya menerusi laporan China Daily berkata pihaknya hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri.
Jonathan dalam kenyataanya turut menegaskan bahawa Inmersat tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".
-RM

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60452

MH370: Usah letak kesalahan pada Kapten Zaharie

Posted: 31 Mar 2014 03:43 AM PDT

MH370: Usah letak kesalahan pada Kapten Zaharie
GEORGE TOWN - Seorang bekas rakan sekolah Kapten Zaharie Ahmad Shah meminta agar juruterbang itu tidak dipersalahkan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, Jalil Saad berkata beliau tidak berpuas hati dengan laporan nagatif pihak media asing yang cuba mencari kesalahan Zaharie (gambar).
Beliau berkata media asing seperti CNN (Cable News Network) dan Asia Wall Street Journal (AWSJ) datang ke sekolah itu minggu lalu bagi mendapat butiran lebih lanjut tentang juruterbang tersebut.
"Saya beritahu mereka saya tidak setuju dengan laporan mereka sebelum ini terutama CNN yang cuba menggambar imej negatif Zaharie dengan mengaitkannya dengan pengganas," katanya hari ini.
Beliau berkata juruterbang itu yang merupakan rakan sekolahnya di sekitar tahun 70-an merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan bekerja kuat untuk mencapai cita-citanya menjadi juruterbang.
"Saya berharap semua media asing tidak membuat spekulasi mengenai Zaharie sehingga siasatan ke atas kehilangan misteri pesawat yang dipandunya selesai," tambahnya.
Semasa perhimpunan di sebelah pagi, para pegawai, guru dan pelajar sekolah tertua di Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 1,045 pelajar bertafakur selama seminit bagi mengingati penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang.
Bendera turut dinaikkan separuh tiang. - Bernama

MH370 : Keluarga penumpang China dibawa ke lokasi rahsia

Posted: 30 Mar 2014 11:48 PM PDT


  •  Keluarga penumpang China dibawa ke lokasi rahsia
 1 / 1 
SUBANG - Usaha untuk mendapatkan respons daripada keluarga penumpang MH370 yang tiba dari China sejak semalam gagal sama sekali apabila pihak MAS telah membawa mereka keluar dari Hotel Holiday Villa tepat jam 10 pagi tadi.

Keluarga tersebut yang diiringi pihak polis dan pengawal dibawa secara berkumpulan menuju ke pekarangan lobi hotel untuk menaiki dua buah bas e-Putra yang disediakan khas untuk mereka.

Kelihatan anggot keluarga penumpang MH370 berwajah sugul dan muram namun agak tenang ketika dibawa menuju ke kenderaan yang telah tersedia.


Usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut dari pegawai MAS dan juga sukarelawan tidak berhasil apabila mereka enggan memberikan kerjasama.

Kira-kira 48 ahli keluarga penumpang MH370 tiba dari China semalam untuk menuntut penjelasan dan maklumat terperinci mengenai misi SAR yang dilancarkan di Laut Hindi.

Kumpulan tersebut yang menetap di Hotel Holiday Villa, Subang telah dibawa keluar oleh pihak MAS dengan bantuan polis pengawal dan sukarelawan ke suatu lokasi yang tidak dapat dipastikan.- SH

Tiada ulasan: