Kelab Greenboc |
- Tak Terhempas? Habis Dulu Kenapa Menangis Ya Hishamuddin?
- [HOT] Pelik.. Israel Macam Sudah Tahu Apa Yang Bakal Menimpa MH370
- MH370: Najib Suruh Cari Sampai Dapat, Saintis Dunia Kata Tak Mungkin Ditemui...
Tak Terhempas? Habis Dulu Kenapa Menangis Ya Hishamuddin? Posted: 01 Apr 2014 12:41 AM PDT Soalan Mudah Untuk Bakal PM: Apa Bezanya Berakhir Di Lautan Hindi Dengan Terhempas Di Lautan Hindi? Berikutan desakan waris penumpang MH370 daripada negeri China agar kerajaan memohon maaf kerana sehingga ini masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan pesawat itu terhempas di Lautan Hindi dan semua penumpangnya terkorban, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein yang dikatakan terlonjak namanya sebagai bakal PM berikutan insiden ini, terpaksa membuat kenyataan berdolak-dalik untuk menyelamatkan sepupunya, Najib Razak. Hishammudin berkata, tiada keperluan untuk kerajaan memohon maaf kerana dakwanya, kenyataan Najib Razak pada 24 Mac lalu tidak menyebut pesawat itu terhempas atau semua penumpangnya terkorban, sebaliknya hanya mengatakan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi. Memanglah dalam kenyataan Najib itu beliau tidak menyebut perkataan terhempas, sebaliknya menggunakan ayat berakhir di Lautan Hindi. Najib juga menyebut kawasan pesawat MH370 itu dikesan kali terakhir adalah di sebuah kawasan terpencil yang jauh daripada mana-mana landasan. Bukankah ianya bermaksud terhempas? Rasanya budak sekolah rendah pun faham mengenainya. Lagi pula selepas pengumuman itu, Najib juga memaklumkan pencarian akan dilakukan di Lautan Hindi di kawasan yang dikenalpasti itu. Kalau bukan terhempas, apa jadahnya pula pencarian dilakukan? Begitu juga tujuan Najib ke Perth Rabu ini, adakah bertujuan meninjau pencarian pesawat yang terhempas atau membeli-belah? Sambil merakamkan rasa sedih, Najib juga menyebut kesimpulan yang dibuatnya bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi yang berdasarkan penemuan data satelit Immarsat, adalah berita sedih yang sukar diterima dan semua waris penumpang juga sudah dimaklumkan lebih awal mengenainya. Kenyataan ini pula bukankah bermaksud semua penumpangnya sudah terkorban? Lebih daripada itu, kesokan harinya pula semua akhbar arus perdana yang semuanya dalam kawalan pejabat Perdana Menteri telah melaporkan bahawa pesawat itu telah terhempas di Lautan Hindi. Tidakkah ini mengesahkan lagi bahawa kenyataan Najib itu memang bermaksud MH370 telah terhempas? Pada 25 Mac itu juga, Najib telah membawa usul takziah di Parlimen untuk merakamkan rasa dukacita kerajaan atas tragedi yang berlaku dan meminta semua pihak bersatu hati mengenainya. Najib juga mengumumkan bahawa Majlis Fatwa akan bermesyuarat pada petang 25 Mac itu untuk menentukan bilakah sembahyang jenazah ghaib boleh diadakan. Bagaimanapun Majlis Fatwa yang bermesyuarat tidak menetapkan keperluan tarikh tertentu sembahyang jenazah perlu diadakan sehingga bukti mayat atau cebisannya ditemui terlebih dahulu. Tidakkah semua fakta dan keterangan ini menunjukkan bahawa memang Najib bermaksudkan pesawat itu telah terhempas dan tiada nyawa yang terselamat, tetapi hanya berselindung di sebalik ayat berakhir di Lautan Hindi, rasa sedih, ucapan takziah dan keperluan mengadakan sembahyang jenazah ghaib? Jika tidak bermaksus tiada yang terkorban sebagaimana kenyataan Hishammuddin hari ini, buat apa pula Najib membawa usul takziah di Parlimen, menyatakan rasa sedih dan menyatakan Majlis Fatwa akan menetapkan tarikh untuk sembahyang jenazah secara ghaib? Dalam SMS MAS kepada waris penumpang pula sebagaimana yang dipetik oleh BBC ianya bertulis, "Dengan penuh rasa kesal Malaysia Airlines percaya bahawa tiada syak lagi MH370 telah hilang dan tiada yang terselamat." Bagaimanapun sejak pengumuman menyedihkan itu, bukan saja tiada mayat atau serpihan pesawat yang ditemui di Lautan Hindi, bahkan objek-objek yang dikesan satelit yang sebelumnya dipercayai kemungkinan daripada MH370 hanyalah sampah-sampah yang dibuang di lautan saja. Sumber satelit Immarsat pula kemudiannya menafikan bahawa kesimpulan MH370 berakhir di Lautan Hindi datangnya daripada mereka, sebaliknya menyatakan Immarsat hanya membekalkan maklumat tetapi kesimpulan dibuat oleh kerajaan Malaysia. Setelah seminggu sejak pengumuman Najib itu dan tempoh pencarian keseluruhan sudah menjangkau hari ke 25 tetapi tiada juga sebarang penemuan, ramai waris mangsa mula meluahkan kemarahan dan menuntut kerajaan mengemukakan bukti kukuh atau meminta maaf mengenainya. Tindakan Hishammudin cuba mempertahankan Najib semata-mata kerana enggan memohon maaf adalah tindakan memalukan dan menjelaskan kepada dunia bagaimana standard kita menangani krisis yang menjadi perhatian dunia. Setelah kenyataan Najib bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi adalah berdasarkan kesimpulan penemuan data satelit Immarsat tetapi kemudian dinafikan oleh Immarsat bahawa mereka hanya membekalkan maklumat dan kesimpulan dibuat oleh kerajaan Malaysia, telah menjejaskan wibawa negara, penafian tanpa asas Hishammuddin terhadap kenyataan abang sepupunya itu, sekali lagi meletakkan imej negara menjadi perbualan dunia. Sikap Hishammuddin ini bukan saja menjadikan kita sering berubah pendirian atau flip-flop dalam memberikan maklumat tetapi juga akan dikenali sebagai bangsa dan negara yang sukar meminta maaf. Apalah sukarnya meminta maaf jika benar Najib yang silap? Dalam hal ini, siapakah sebenarnya yang menjadi keutamaan Hishammuddin dalam tragedi MH370 ini - Najib atau maruah negara? -shahbudindotcom
ULASAN GB Bukankah semas apengumuman oleh Najib tempohari para media melaporkan Hishamuddin turut sebab dan menitiskan air mata? Apa ertinya itu? Bukan ia memberi gambara yang Hishamuddin sendiri memperakui kenyataan Najib membawa makna pesawat itu telah terhempas dan tiada yang sealamt? Lagi lama, lagi banyak "wayang" yang kita nak kena layan bab MH370 ni. Berbalik-balik, berpusing-pusing. Bila ditegur tahu nak marah, tuduh kita tak prihatin, tak sensitif terhadap emosi dan perasaan keluarga mangsa disamping tuduh kita sebar maklumat bercanggah sedangkan yang buat kenyataan dan sebar maklumat bercanggah dan yang mempermainkan emosi para waris adalah kamu. Cubalah berkata yang benar. Inilah akibat dari suka berdusta dan berbohong akhirnya di dalam kes yang sebegini kritikal, lidah pun bersengketa dan sering keluarkan maklumat-maklumat yang sekejap kata begini sekajap kata begitu. |
[HOT] Pelik.. Israel Macam Sudah Tahu Apa Yang Bakal Menimpa MH370 Posted: 31 Mar 2014 08:06 PM PDT Ejen Penerbangan Israel Enggan Terima Tempahan MH370 Pada Tarikh Kejadian Ingat tak lagi seramai 4000 orang pekerja WTC terselamat dalam serangan 9/11 kerana tidak datang bekerja pada hari tersebut. Nampaknya macam ada kebetulan juga apabila terdapat penumpang Israel terselamat dari nahas MH370. Lapuran freemalaysiantoday juga mempersoalkan pesawat tersebut dapat memuatkan seramai 300 orang penumpang, tetapi siapakah dalam senarai menunggu yang tidak mengambil penerbangan tersebut. Kebetulannya peristiwa 9/11 berlaku pada hari sambutan selichos dan yang menyebabkan ramai pekerja yahudi lewat datang bekerja kerana terlebih dahulu melakukan acara sambutan tersebut. Kerana kelewatan itulah yang menyelamatkan semua pekerja yahudi tersebut. Seperti diilapurkan oleh timesofisrael penumpang tersebut terselamat kerana ejen pelancungannya di Israel enggan mengambil tempahan kerana hari tersebut jatuh pada hari Sabbath. Mengikut kepercayaan yahudi orthodox membantu perjalanan seseorang pada hari sambutan tersebut ditegah dan dikira bersubahat mencemari hari sambutan tersebut. Berikut ialah petikan email antara salah seorang penumpang yang dikenali sebagai Andy dengan ejen pelancungan Israel tersebut antara 13 dan 14 Januari lalu: Andy: One amendment, I need the KUL-PEK flight a day later. I need the extra day in Kuala. once that is set you can lock in. Travel Agent: I wish I can give you a day later, but you know I just don’t like flying Jews on Shabbat. I can take that leg out if you want and you book yourself. Andy decides to book the flight himself but later changes his mind: Andy: I reconsidered, you are right I should be more observant, I’ll manage without that day in Kuala. Since I’ll have an extra night in PEK Any recommendations for a good Friday night dinner in Beijing? Agent: Ok, glad to hear. Try this: http://www.chabadbeijing.com/ Then, on March 8, Andy writes: Holy God, You sure heard what happened to MH370 I cannot stop thinking about this. This is a true miracle for the books. You are a true life saver… I cannot think anymore! We’ll talk later this week. Don’t know how to thank you enough Portal berita timesofisrael mendapatkan pengesahan dari Daniel Eleff dari syarikat Dan's Deal, dan mendapat maklum balas seperti berikut: “At this time the travel agent and the passenger are opting to remain anonymous. There has been a fair amount of negative feedback and they are choosing to wait until the fate of the flight in known to determine if they’ll go public. “I have personally verified the story and can vouch for its authenticity. The emails I posted with time stamps are unaltered except to remove identifiable information.” Berikut adalah butiran terperinci penumpang tersebut: On 01/13/14 Andy emailed his travel agent his desired itinerary: The travel agent, an Orthodox Jew, proposed the following business class itinerary, slightly altering the Kuala Lumpur-Beijing flight from Saturday to Friday. Andy loved the price, but again requested the Saturday morning flight from Kuala Lumpur to Beijing: The travel agent responded that he would not be able to book travel for him over the Sabbath, but that he was free to book that flight by himself: Andy agreed with that and planned to book the flight by himself: And the travel agent noted that if he changed his mind to just let him know: Shortly afterward Andy did just that: And the travel agent recommended a place to get a nice kosher meal and booked him the originally proposed itinerary, flying from Kuala Lumpur to Beijing on Friday early morning instead of Saturday. Fast forward to 2 days ago. The travel agent is in Israel and reads this email once Shabbos is over. The email was sent after shabbos, at 7:15pm Beijing time/1:15pm Israel time: And the travel agent wrote back, equally in shock at the realization of Shabbos saving his client’s life: Sumber: petunjukzaman
|
MH370: Najib Suruh Cari Sampai Dapat, Saintis Dunia Kata Tak Mungkin Ditemui... Posted: 31 Mar 2014 04:14 PM PDT Saintis dunia ramal pencarian MH370 akan gagal Saintis David Mearns meramalkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac akan menemui kegagalan, berdasarkan kepada petunjuk sedia ada. "Saya terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 berdepan kesukaran untuk menemukan rangka pesawat itu di dasar laut di selatan Lautan Hindi berdasarkan petunjuk yang ada," katanya dipetik daripada temuramahnya dengan China Central Television, Sabtu lalu. Beliau berkata, tempoh pencarian yang kini sudah melebihi 20 hari akan menyebabkan rangka pesawat itu sudah pun dibawa arus lautan ke pelbagai arah yang tidak diketahui. "Biarpun jika ada serpihan M370 yang dapat dibawa naik, mustahil untuk menjejak kapal tersebut," katanya. Mearns, yang juga pakar pencari kapal karam dari United Kingdom, berkata beliau turut berpendapat kotak hitam MH370 tidak mungkin dapat dijumpai walaupun pelbagai peralatan dan teknik sedia ada digunakan. Katanya, semua peralatan dan kemahiran itu masih tidak berupaya untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. "Satu-satunya cara untuk mendapatkan kotak hitam itu adalah dengan mencari dan menapis bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui," katanya. Selain itu, beliau menjangkakan kos pencarian pesawat MH370 lebih tinggi dengan angka mencecah US$45 juta (RM147 juta), mengatasi kos pencarian Air France di Lautan Atlantik pada 2009. "Pencarian MH370 memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan perbelanjaan beratus juta dolar, memandangkan ia sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya. Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pesawat MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi selepas 17 hari hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA pada jam 12.40 pagi. Bagaimanapun, sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat belum menemui rangka atau serpihan pesawat MH370 di kawasan yang dikatakan itu iaitu di kawasan barat Perth, Australia di Lautan Hindi, berdasarkan kepada maklumat diperolehi daripada data satelit. -TMI
ULASAN GB Terlalu banyak teori, terlalu banyak andaian... sedangkan MH370 masih belum ditemui. Sekarang saintis dunia menyatakan tak mungkin dapat ditemui di Lautan Hindi. Yang diangkut barang-barang di Lautan Hindi yang dikesan dari satelit rupa-rupanya sampah yang terapung. Hishamuddin pula menyatakan PM tak pernah pun sebut pesawat itu "terhempas" di Lautan Hindi. Katanya, Najib cuma sebut "berakhir". Hishamuddin cuba bermain dengan kata-kata. Teori yang menyatakan pesawat berada di Diego Garcia juga telah ditolak oleh Hishamuddin, katanya tak berasas walaupun beliau sendiri menyatakan kita perlu menyiasat segala kemungkinan. Pelik. GB baru terbaca teori dari seorang penganalisis (dilaporkan oleh BERNAMA) yang menyatakan pesawat telah mendarat dengan selamat.
Sebelum ini GB telah mencadangkan bahawa : GB tetap berpegang kepada prinsip "jika sesat dihujung jalan baliklah ke pangkal jalan". Ertinya di dalam keadaan bercelaru di dalam menentukan dimana sebenarnya kedudukan MH370 hari ini, adalah perlu untuk memulakan pencarian di tempat dimana ia terputus hubungan dengan satelit iaitu di Laut Cina Selatan. Itu pangkalnya. Carilah sampai ke dasar lautnya. Mengapa terlalu cepat SAR memberhentikan operasinya di Laut Cina Selatan? Terlampau banyak "wayang" yang kita nak tonton. Namun, apa pun yang terjadi, apa pun teori, apa pun konspirasi, GB amat yakin bahawa pengetahuan dan kekuasaan Allah tetap mengatasi segala-galanya. Marilah kita terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 1) Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan