Selasa, 18 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ketua Puteri UMNO dituduh khalwat

Posted: 18 Mar 2014 10:22 PM PDT

Oleh Shamsul Munir Safini
Kangar: Ketua Puteri UMNO negeri yang juga Ketua Puteri Bahagian Arau, Zuraidahh Zainal Abidin, 34, bersama pasangannya Burhanuddin Ismail, 57, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syariah Kangar, di sini, pagi tadi bagi pertuduhan khalwat di Hotel Sri Garden, pada jam 1.30 pagi pada 3 Mac lalu.
Kedua tertuduh tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka di depan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Jaidi Ahmad. 
Berdasarkan kertas pertuduhan, Zuraidah berasal dari Kampung Changkat Lada, Mata Ayer, di sini, didakwa bahawa pada 3 Mac lalu pada jam lebih kurang jam 1.30 pagi di bilik 201, Hotel Sri Garden di Persiaran Jubli Emas, di sini dikatakan tinggal sekediaman atau berkurung yang mendatangkan syak dengan Burhanuddin yang bukan mahram, maka dituduh melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 9 (2) dalam Seksyen Jenayah Dalam Syariah Negeri Perlis. 

Bagi pertuduhan ke atas Burhanuddin dari Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, dikatakan bahawa pada 3 Mac pada jam lebih kurang jam 1.30 pagi di bilik 201, Hotel Sri Garden di Persiaran Jubli Emas, di sini, dikatakan tinggal sekediaman atau berkurung yang mendatangkan syak dengan Zuraidah yang bukan mahramnya, maka dituduh melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 9 (1) dalam Seksyen Jenayah Dalam Syariah Negeri Perlis.

Jika disabitkan kesalahan dengan seksyen ini maka kedua tertuduh boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak kurang tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Pendakwaraya Syarie, Khairul Anuar Ahmad dengan dibantu Fakhrul Rurrazi Md. Mahdzir. 

Manakala kedua tertuduh pula diwakili oleh peguambela syarie, Rabiatul Adawiah Ramli. 

Jaidi kemudian menetapkan 14 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan.

MH370 boleh ditemui - Badan Pemantau PBB

Posted: 18 Mar 2014 10:16 PM PDT

masih bole

PETALING JAYA: Satu laporan oleh badan pemantau yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberikan harapan baharu bahawa pesawat MH370 yang hilang masih boleh ditemui manakala laporan yang mencadangkan pesawat mungkin berada di kawasan terpencil di Lautan Hindi dan Kudahuvadhoo juga boleh diterima pakai.

Syarikat yang berpangkalan di Austia, Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty Organi­sation (CTBTO) yang mempunyai sensor yang sangat sensitif di seluruh dunia berkata ia tidak mengesan apa-apa letupan atau kemalangan sama ada di atas tanah atau di laut sejak pesawat hilang pada 8 Mac.

Setiausaha Eksekutif CTBTO Lassina Zarbo berkata kemalangan kapal terbang boleh dikesan dengan tiga daripada empat teknologi yang digunakan oleh Sistem Pemantauan Antarabangsa organisasi itu.

"Data kami berpotensi memberi penerangan tentang di mana beradanya penerbangan MH370. Kami berhutang kepada keluarga yang sedang cemas menunggu berita tentang tersayang dengan sistem ini yang berpotensi untuk memenuhi permintaan mereka," kata beliau di laman web CTBTO.

Walaupun sistem ini telah dibangunkan terutamanya untuk mengesan letupan nuklear, ia juga boleh mengesan letupan pesawat yang besar serta kesannya di darat atau air.

Stesen CTBTO telah mengesan beberapa kemalangan kapal terbang pada masa lalu, termasuk kemalangan pesawat di lapangan terbang Narita di Jepun pada Mac 2009.

Jika maklumat CTBTO adalah betul, ia menimbulkan persoalan di mana kapal terbang itu kini berada.

Penyiasat tidak menolak kemungkinan bahawa pesawat itu terhempas di Lautan Hindi tetapi mereka juga mencari di tapak di mana ia mungkin boleh mendarat.

Di koridor selatan, beberapa pulau-pulau telah dikenal pasti untuk diberi penelitian.

Ini termasuklah Male di Maldives, Diego Garcia yang menjadi pangkalan udara Amerika Syarikat, sebuah lapangan terbang di Sri Lanka yang mana semua lokasi ini dilaporkan telah dimuat turun ke dalam simulator pesawat di rumah juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Lain-lain kawasan termasuklah beberapa pulau di Lautan Hindi.

Penduduk Maldives di pulau terpencil di Kudahuvadhoo, Dhaal Atoll telah melaporkan melihat "pesawat terbang rendah" pada pagi pesawat hilang. Diego Garcia terletak di selatan pulau itu.

Beberapa penduduk Kudahuvadhoo memberitahu portal berita tempatan bahawa mereka melihat satu "pesawat jumbo terbang rendah" kira-kira pukul 6.15 pagi pada 8 Mac.

Mereka berkata ia adalah pesawat putih, dengan jalur merah di seluruh badannya, sama seperti pesawat Malaysia Airlines.

3 Juta penduduk dunia cari MH370 tapi masih belum jumpa..!!

Posted: 18 Mar 2014 09:07 PM PDT

Foto

WASHINGTON : Tiga juta penduduk dunia berganding bahu bagi mengesan pesawat MH370 berpandukan imej satelit yang dirakam oleh DigitalGlobe di koridor utara dan selatan kawasan pencarian Boeing 777-200ER milik MAS itu.

DigitalGlobe berkata, lebih tiga juta orang mengambil bahagian dalam program membabitkan 257 juta imbasan peta 2.9 juta kawasan yang ditanda oleh peserta dengan rakaman imej membabitkan kawasan seluas 24,000 kilometer persegi itu ditambah setiap hari.

Pesawat MH370 membawa 239 penumpang dan kru itu dilaporkan hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan hingga kini 25 negara terbabit dalam operasi SAR yang dibahagikan kepada koridor utara iaitu dari Malaysia hingga Kazakhstan dan koridor Selatan hingga ke Lautan Hindi.

DigitalGlobe mengaktifkan platform sumber daya kerumunan (crowdsourcing) dipanggil Tomnod pada 11 Mac lalu bagi mengajak orang ramai meneliti imej yang dirakam menggunakan lima satelit berdefinisi tinggi.

Maklum balas yang diterima DigitalGlobe sangat hebat hingga melebihi kapasiti sistem pelayan komputernya pada minggu lalu.

Syarikat itu menggunakan algoritma dipanggil CrowdRank bagi menapis bukti yang berpotensi berpandukan kepada lokasi yang banyak ditanda oleh orang ramai.

"Pakar penganalisis DigitalGlobe akan memeriksa tanda itu untuk disenarai pendek kepada 10 terbaik sebelum maklumat itu dikongsikan dengan pelanggan dan pihak berkuasa.

"DigitalGlobe ada hubungan langsung dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) selain mempunyai hubungan yang rapat dan berterusan dengan banyak acara antarabangsa," kata syarikat itu dalam satu kenyataan, semalam.

Walaupun tidak ada rekod muktamad yang dicatat oleh sumber daya kerumunan, ia dilihat sebagai usaha terbesar dalam sejarah dunia malah lebih besar daripada bantuan yang diusahakan ketika Taufan Haiyan yang melanda Filipina, November lalu.

"Memang ada projek membabitkan orang ramai namun tidak mengumpulkan seramai orang dalam tempoh sesingkat ini.

"Walaupun usaha sumber daya kerumunan ini masih belum menemukan MH370, setidak-tidaknya ia dapat mengenepikan kawasan yang tiada bukti kehadiran pesawat itu seterusnya  bolemenjimatkan masa penganalisis imej profesional," kata penyelidik yang mengkaji sumber daya kerumunan dari Woodrow Wilson International Center for Scholars, Lea Shanley.

Walaupun belum ada sebarang bukti kukuh, perbualan antara pencari sukarela ini begitu hangat malah ada yang mendakwa berjaya menemukan lokasi MH370.

"Ada yang nampak seperti bentuk kapal terbang tetapi saya meraguinya, bentuk yang mirip pesawat itu di petak peta 112075 dekat sungai...mungkin juga ia pokok tumbang dalam air," komen pencari yang menggunakan identiti Rasande Tyskar Youness Mikou.

Seorang lagi pencari dikenali Alice von Malice menjawab, "Youness, ia kelihatan agak kecil tetapi bentuknya memang seperti kapal terbang."

Ramai yang menanda kawasan yang memaparkan imej seperti kerusi yang terapung dan puing selain ada yang menanda pesawat, bot serta kawasan tumpahan minyak yang besar.

Ada sukarelawan yang mengatakan imej satelit itu tidak seperti rakaman kamera pemantau permukaan bumi kerana hanya merakam mengikut segmen dan ia bermakna anda perlu benar-benar bertuah untuk menjumpai Boeing 777-200ER yang hilang itu. - AFP

MS - Anda boleh menyertai mereka mencari MH370 di tomnod.com.   mana tau InsyaAllah pencariaan anda mudah-mudahan berhasil. Cuba la

Imej Pesawat Di Lautan Didakwa MH370

Posted: 18 Mar 2014 07:28 PM PDT


Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 9:33 AM

Imej pesawat di lautan yang dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.
  (Ubah saiz teks)
GAMBAR sebuah pesawat yang kelihatan tersadai di lautan telah dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.
Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.
Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan ribu pengguna internet di seluruh dunia.
MH370
Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan mengenai ketulenan gambar tersebut memandangkan keseluruhan pesawat kelihatan berwarna putih.
Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.
Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac.

MH370 : Penduduk Maldives Dilaporkan Lihat 'Pesawat Jumbo Terbang Rendah' Pada 8 Mac

Posted: 18 Mar 2014 06:22 PM PDT




PETALING JAYA: Penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives dilaporkan melihat sebuah "pesawat jumbo terbang rendah" di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.
Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.
Skim warna itu adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh pesawat Malaysia Airlines termasuk Boeing 777 untuk penerbangan MH370.
Saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives, dan kesemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.
haveeru
Paparan laman web Haveeru Online yang melaporkan mengenai penduduk Maldives melihat 'pesawat jumbo terbang rendah'.
Salah seorang saksi dapat melihat pintu pesawat dengan jelas, malah ia turut dipersetuji oleh seorang saksi lain.
"Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat," kata saksi, dan dilaporkan bahawa Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.
Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal , berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing pada 8 Mac, mendapat perhatian antarabangsa sejak kehilangannya pada awal pagi hari yang sama.

Pendedahan mengejut dari Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

Posted: 18 Mar 2014 07:04 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuKzqptZ5ZBzYNnc4Y41ozyg4NKqDzAb9uQbLWxTeMRmMT7O5Qfsk_wQ-gAw_B2SFkQvU42xhlyx81beqotfZ6MKo1SYJLICK9Z871F-jC_ntu56b6WsJQg1xvjh0YoN7-B_8sc6Q1B1E/s1600/huzlan.jpg

ANTARA INTIPATI PENDEDAHAN DATUK KAPTEN NIK HUZLAN MENGENAI TRAGEDI MH370?

  • Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
  • Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total 'electrical shutdown' dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
  • MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi 'maintainance' kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
  • Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering "diculik" oleh syarikat penerbangan lain.
  • Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
  • Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
  • Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup "nonsense & dongeng" apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan
  • Berita Semasa tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Kapten Nik Huzlan, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara 'tan' di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka.Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India "sangat-sangat berbahaya".
  • Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.
  • Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
  • Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.
  • Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang

Lagi Pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain : MH370 Dirampas (MH370 Hijacked)?

  • Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan.Siapakah dia?
  • MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan "authorised person" di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang 'mungkin' digerakkan ala-ala komando
  • Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar
  • Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.
  • Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas)
  • Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ade masa untuk bersedia menghantar isyarat kecamasan.
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 hijacked (Mh370 dirampas) oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara
  • Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370 jika Mh370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika Mh370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil 'lonely sea' iaitu lautan hindi, baru kata kapal terbang Mh370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat Mh370 ini.
Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.
Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian 

Kehilangan MH370 : Kapten Zaharie: Antara tuduhan dunia dan kenangan rakan-rakan

Posted: 18 Mar 2014 02:25 AM PDT


Sebelas hari berlalu...kini misteri kehilangan pesawat MH370 nampaknya sudah makin terarah kepada juruterbang pesawat Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Ketika gerakan mencari baru bermula di koridor Selatan dan Utara di mana MH370 ' dipercayai diterbangkan, media asing terutamanya cukup ghairah mengaitkan secara langsung juruterbang itu sebagai dalang misteri kehilangan pesawat B777-200 yang menjadi tanda tanya seluruh dunia.

Siapapun saja di atas pesawat yang melakukan aksi melencongkan penerbangannya yang sepatutnya ke Beijing dengan 'menyorok' dari radar itu, ia pastinya telah mengalahkan semua teknologi yang ada.


Menurut laporan New York Times pada Isnin, lencongan arah yang diambil pesawat MH370, diprogramkan menerusi sistem komputer pesawat, bukan kawalan manual, menguatkan lagi anggapan seseorang di dalam kokpit bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu tidak lama selepas ia bertolak dari KLIA awal pagi Sabtu 8 Mac.

Memetik pegawai kanan Amerika, akhbar itu berkata, individu terbabit yang mengubah laluan penerbangan "taip tujuh atau lapan ketukan kekunci di komputer yang berada di antara kapten dan pegawai pertama (pembantu juruterbang)".


Peralatan itu, yang juga dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pesawat, mengarahkan pesawat dari satu titik ke titik lain seperti dinyatakan dalam pelan penerbangan yang dihantar sebelum penerbangan.

Bagaimanapun, tidak diketahui jika laluan pesawat itu diprogramkan semula sebelum atau selepas berlepas.

Ini mengukuhkan lagi keyakinan penyiasat pesawat itu sengaja dilencongkan dan wujud perbuatan khianat dalam kes kehilangan MH370.

NYT melaporkan pesawat meneliti pita radar dari tempat pesawat berlepas di Kuala Lumpur kerana mereka percaya ia akan menunjukkan ia melepas "pra-perancangan titik arah" – yang dikatakan seperti penanda jarak maya di udara.

Ini menandakan juruterbang berkenaan perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dan perlu ada dalam pesawat itu kerana tidak mungkin ia boleh melepasi titik arah tanpa menggunakan komputer.

Titik arah itu, dalam kes ini, nampaknya ditambah ke dalam laluan penerbangan yang dirancang, kata penyiasat.

Juruterbang biasanya berbuat demikian ketika terbang jika mereka diberitahu oleh pengawal trafik udara untuk mengambil laluan lain bagi mengelak keadaan cuaca tertentu atau kesesakan.

"Tetapi dalam kes ini, titik arah terlalu jauh daripada laluan ke Beijing," kata laporan itu.

"Sesiapa yang mengubah laluan pesawat itu perlu seseorang yang sudah biasa dengan pesawat Boeing, tetapi tidak semestinya 777 – model pesawat yang hilang."

Agak tidak masuk akal untuk mempercayai penumpang yang memprogramkan semula sistem penerbangan itu, kata pegawai dan pakar Amerika.

Sementara itu, ketika spekulasi dunia hangat menghala ke juruterbang, bagi kawan-kawan rapat dan keluarga, mendakwa Kapten Zaharie terlibat adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Satu laman fan page facebook diwujudkan sejak 16 Mac bagi mengatakan soladiriti pada juruterbang berpengalamn berasal dari Pulau Pinang itu.

Fan page itu dinamakan[I] Friends of Captain Zaharie MH370[/I] kini mempunyai lebih 1700 like, dan ditulis tujuan [I]"A page for those who believed that we should not judge a person in his absence"[/I]

Sejak dari berita kehilangan MH370 Kapten Zaharie memang digambarkan seorang yang cukup berpengalaman dalam mengendalikan pesawat. Juruterbang yang telah mencatatkan 18,365 jam penerbangan menyertai MAS sejak tahun 1981 lagi.



"Sangat berdidikasi, saya kenal keluarga beliau secara peribadi, seorang yang sangat bertanggungjawab dan pengetahuannya mengenai penerbangan sangat luar biasa," itu komen rakannya Kapten Norudin Abd Majid.

Kapten Norudin merupakan juruterbang pesawat rasmi kerajaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penyanyi  juga juara Akademi Fantasia Musim 5 (AF5) Mila Jirin mengakui bahawa Kapten Zaharie yang dikenali menerusi kelab peminatnya iaitu Kelab The Voice Of Mila adalah seorang yang tidak banyak bercakap tetapi sangat pemurah hati.

"Dia memang tidak lokek keluar duit untuk belanja kitaorang semua. Malah, dia juga ada hadiahkan saya dengan sebuah cermin besar berbentuk bujur sireh.

"Cermin tu besar sangat dan ia membuatkan Mila tertanya-tanya kenapa dia hadiahkan saya dengan cermin itu. Tapi, katanya cermin itu adalah refleksi kepada diri kita sendiri," kata Mila.

Dedikasinya Kapten Zaharie menyebabkan beliau mempunyai sistem simulator penerbangan Boeing 777 di kediaman sendiri. Alat itu kini disiasat polis dan pakar.

Berusia 53 tahun dan bekas pelajar[I] Penang Free School,[/I] Zaharie juga merupakan pemeriksa bertauliah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). Selain Boeing 777, beliau pernah menerbangkan pesawat Fokker 50, Boeing 737 dan Airbus 300.

"Beliau juruterbang yang melatih juruterbang lain, cukup berpengalaman..." itu ingatan seorang lagi rakannya yang diberitahu kepada [I]Agendadaily[/I] di Hotel Sama-Sama KLIA ketika hari-hari awal kehilangan MH370.



Disifatkan sebagai seorang yang mesra, peramah, ceria, gemar bergurau serta aktif dalam komuniti kejiranan, Zaharie juga mempunyai kebolehan memasak. Antaranya kari ikan, cendawan brokoli dan sambal tauhu malah beliau seringkali menghantar sendiri masakan seperti spaghetti dan bihun goreng untuk kenduri di kawasan perumahannya.

Kerana itu spekulasi yang mengaitkan Zaharie dengan kehilangan MH370 menguris hati ahli keluarganya.

Anak perempuannya, Aishah Zaharie dipetik memberitahu rakannya bahawa tuduhan tersebut seakan-akan "membunuh keluarganya".

Gadis yang menetap di Australia sejak 2010 itu telah pulang ke Malaysia untuk bersama-sama keluarganya di sini.

"Perkara yang ditulis oleh media antarabangsa tentang Zaharie adalah tidak tepat dan tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan ayah yang penyayang kepada anak-anaknya," ujar sumber.

Selain itu, melaporkan dakwaan mengatakan isteri kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah melarikan diri ke luar negara sehari sebelum kejadian juga tidak benar.

Menurut Sinar Harian pada Selasa  isteri Zaharie sebenarnya tidak pernah melarikan diri sebaliknya berada di rumah anak sulungnya di Subang.

Dalam laporkan memetik sumber keluarga itu, isteri Zaharie pergi ke rumah anaknya sehari sebelum kejadian.

"Beliau (isteri) sering berulang alik antara Shah Alam dan Subang apabila suaminya terbang. Kebanyakan masa dihabiskan di Subang dan hanya akan pulang ke rumah sekiranya kapten bercuti. Rumah ini boleh dikatakan sebagai rumah persinggahan untuk ahli keluarga berkumpul,".

Spekulasi yang tersebar kerana sedikit sebanyak menjejaskan emosi keluarga serta memberi tanggapan buruk terhadap keluarga Zaharie terutama isterinya.

Sebelum ini, media antarabangsa Daily Mirror melaporkan bahawa isteri Zaharie bersama tiga orang anaknya telah keluar ke luar negara sehari sebelum kejadian pesawat tersebut hilang.-18/7/2014- OLEH HELME HANAFI Agenda Daily




dimana MH 370 : Polis Siasat Jika Juruterbang Punya Kaitan Dengan 'Bom Kasut'

Posted: 18 Mar 2014 12:51 AM PDT



Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 11:03 AM

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat identiti juruterbang Malaysia jika beliau mempunyai hubungan dengan 'pengebom kasut' dan jika beliau mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.

Sumber polis berkata mereka sedang mengkaji kemungkinan konspirator bersama plot pengeboman pesawat Amerika Syarikat pada Disember 2001 itu mungkin terlibat dalam kes kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines.

"Kami sedang mengkaji beberapa kemungkinan, termasuk hubungan di antara pengebom dan penerbangan yang hilang," seorang sumber polis memberitahu The Star.

Saajid Badat memberi keterangan pada perbicaraan di New York minggu lalu dalam kes menantu Osama bin Laden, Sulaiman Abu Ghaith bahawa kumpulan dari Malaysia telah merancang mengambil alih sebuah pesawat dengan menggunakan 'bom kasut'.

Dia memberitahu mahkamah bahawa beberapa rakyat Malaysia telah merancang untuk merampas kapal terbang dan telah memperoleh bom yang disembunyikan dalam kasut daripadanya dipercayai untuk mengakses kokpit.

Dia menyifatkan Malaysia sebagai 'satu kumpulan yang terdiri daripada 4-5 individu, termasuk juruterbang'.

Saajid juga memberitahu mahkamah dia percaya rakyat Malaysia 'bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan'.

Katanya dalam pertemuan dengan rakyat Malaysia itu, kemungkinan mengenai pintu kokpit yang dikunci telah dibangkitkan.

"Jadi, saya berkata, 'Bagaimana jika saya memberikan salah satu bom untuk membuka pintu kokpit?" Saajid memberitahu mahkamah.

Katanya, dia mengembara dari Afghanistan ke Pakistan pada Disember 2001 dengan rakan-rakan dari Britain dan 'pengebom kasut' Richard Reid dan beberapa rakyat Malaysia.

Dia mendakwa bahawa dia dan Reid telah diarahkan oleh pemimpin al -Qaeda untuk meletupkan dua pesawat AS dari udara dengan bom tersembunyi di dalam kasut mereka.

Saajid dijatuhi hukuman penjara 13 tahun pada tahun 2005 sebagai konspirator bersama dalam plot untuk mengebom pesawat Amerika Syarikat. - mStar

Tiada ulasan: