Rabu, 19 Mac 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc

MH370: Setelah 12 Hari, Muga Hari Ini Ada Jawapannnya.....

Posted: 19 Mar 2014 12:43 AM PDT

Setelah 11 hari misi mencari pesawat MH370 masih belum menemui sebarang bayang pesawat tersebut.

Ramai pihak terutama ahli keluarga dan rakyat Malaysia tertanya-tanya bilakah episod malang ini akan berakhir dan persoalan di mana MH370 akan dapat dijawab oleh pasukan penyiasat.

Walaupun setiap hari sidang media dibuat di Hotel Sama Sama, KLIA untuk memperjelaskan gerak kerja misi pencarian, namun persoalan di mana MH370 berada masih belum terjawab.

Apa yang menghairankan, insiden kehilangan pesawat ini adalah yang paling lama dalam sejarah insiden melibatkan pesawat di dunia.

Malah, jika dibandingkan dengan nahas pesawat Air France yang terhempas pada 1 Jun 2009 di Lautan Atlantik, cebisan rangka kapal terbang dan dua mayat ditemui di Lautan Atlantik, lima hari kemudian iaitu pada 6 Jun 2009.

Seterusnya pada 27 Jun pencarian mayat dan serpihan pesawat ditamatkan, dengan keseluruhannya 51 mayat ditemui.

Persamaan yang ada antara dua kes ini adalah kedua-duanya hilang daripada radar ketika berada di antara dua sempadan.

Pesawat Air France hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro dan ia hilang di Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika.

Manakala, pesawat MAS pula hilang daripada radar di antara sempadan Malaysia dan Vietnam.

Namun, apa yang penting sekarang adalah semua rakyat Malaysia tidak kira fahaman politik untuk terus menyokong pasukan penyiasat dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari MH370 ini.

Semoga dalam sidang media pada jam 5.30 petang ini dapat memberi jawapan kukuh tentang persoalan, 'di mana MH370 berada?' -SH

Pencarian MH370 sudah cecah 7.68 juta kilometer persegi

SEPANG: Operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 mencapai satu dimensi antarabangsa yang baru meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika persegi yang dipanggil sebagai Koridor Selatan dan Utara.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kawasan itu amat luas dan ia merupakan sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan Malaysia secara bersendirian.

"Oleh itu, saya amat gembira begitu banyak negara yang tampil menawarkan bantuan dan sokongan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, kawasan mencari bagi koridor utara dan selatan itu dibahagikan kepada tujuh kuadran dengan setiap kawasan kuadran dianggarkan 160,000 batu nautika persegi.

"Pencarian itu masih diselaraskan oleh Malaysia manakala rakan-rakannya mengambil peranan yang semakin penting untuk menyusun dan menjalankan operasi di wilayah mereka sendiri dan dalam sektor pencarian yang dipersetujui," katanya dalam sidang akhbar mengenai kemajuan operasi mencari dan menyelamat Penerbangan MH370 di sini hari ini.

Penerbangan MH370 ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi mencari pesawat itu yang disertai pelbagai negara setakat ini, masih belum berhasil.

Hishammuddin berkata dari segi logistik, sejak 24 jam lalu Malaysia berusaha keras dengan negara-negara lain dengan menumpukan kawasan pencarian di koridor berkenaan.

Katanya operasi mencari itu memfokuskan kepada empat tugas; mengumpul maklumat daripada pemantauan satelit, menganalisis pemantauan data radar, meningkatkan aset di udara dan daratan dan meningkatkan jumlah pakar teknikal dan perkara berkaitan.

Di koridor selatan, beliau berkata Australia dan Indonesia bersetuju mengetuai pencarian koridor di kawasan masing-masing dan begitu juga di koridor utara, China dan Kazakhstan bersetuju mengetuai pencarian di kawasan terdekat dengan negara mereka.

"Bagi aset udara dan daratan, saya telah bercakap dengan hampir kesemua para pemimpin Asean untuk memohon sokongan seterusnya termasuk aset dengan keupayaan mengesan bagi pemantauan laut dalam.

"Kita juga meminta rakan-rakan di peringkat antarabangsa yang telah membantu kita sebelum ini supaya meneliti semula data radar utama mereka," kata Hishammuddin.

Beliau berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggerakkan dua buah kapal lagi ke koridor selatan. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga menggerahkan dua pesawat C-130 ke sektor Indonesia bagi pencarian di koridor

Negara-negara lain yang menyumbang aset-aset ialah Amerika Syarikat yang menggerakkan sebuah pesawat P-8 Poseidon, dan akan menggerahkan semula sebuah pesawat P-3 Orion selain Australia yang mengerahkan tiga pesawat P-3 Orion dan sebuah pesawat Hercules C-130.

"New Zealand juga mengerahkan semula sebuah pesawat P-3 Orion untuk menyokong usaha pencarian yang dibuat Australia. Korea pula menjanjikan masing-masing sebuah pesawat P-3 Orion dan Hercules C-130," katanya.

Menurutnya, Jepun pula menjanjikan dua pesawat P-3 Orion, dua C-130 dan sebuah jet Gulfstream dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pula masing-masing sebuah pesawat C-17 dan Bombardier Dash-8.
- Bernama

IKLAN BERBAYAR

JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.

KLIK SINI

Satu Lagi Konsert Maksiat, Tak Serik-Serik Lagi Dengan 6 Kematian!

Posted: 18 Mar 2014 08:31 PM PDT

Konsert: Selepas 6 remaja mati nak anjur lagi

KUALA LUMPUR: PAS mengecam penganjuran satu lagi konsert di saat negara baru dikejutkan dengan insiden kematian enam remaja di konsert Future Music Festival Asia yang diadakan di Bukit Jalil, 13 dan 14 Mac lalu.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof turut mempersoalkan siapa di sebalik penganjuran konsert tersebut, yang dikatakan berkait dengan promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ketika perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, petang ini, Siti Zailah berkata antara sebab doa itu terhijab adalah kerana maksiat yang berleluasa.

"Di saat seluruh negara bersedih dengan misteri kehilangan pesawat MH370, kita dikejutkan dengan kematian remaja di konsert tersebut kerana pengambilan dadah berlebihan.

"Perlu diingatkan, antara sebab doa ditolak adalah kerana berlakunya banyak maksiat yang menyebabkan doa tidak diterima Allah SWT, lebih-lebih lagi di saat kita memohon petunjuk bagi kehilangan MH370, " kata beliau.

Justeru, beliau mengharapkan kerajaan menyatakan siapakah di belakang penganjuran konsert tersebut, selain sejauhmana pemantauan dilakukan kerajaan ke atas konsert tersebut.

Beliau turut mendesak kerajaan untuk membatalkan konsert Life in Color Malaysia yang dijadualkan pada 19 April ini di Sepang.

Konsert anjuran Future Sound Asia dan Zouk itu dikatakan turut disokong Malaysia Major Events Division of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan.

Malah, ia dikatakan turut melibatkan sebuah syarikat arak, Heineken.

Dalam pada itu, Siti Zailah turut menyatakan hikmah di sebalik kehilangan pesawat MH370 apabila Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APPM) menyatakan keluasan perairan kelantan meliputi 20, 000 batu nautika.

Sekaligus, ke

nyataan APMM itu membuktikan keluasan tersebut berada dalam perairan kelantan sepertimana yang ditegaskan kerajaan negeri kelantan berhubung isu tuntutan royalti dari kerajaan pusat.

Ekoran itu, Siti Zailah sekali lagi mendesak kerajaan pusat untuk segera melunaskan tanggungjawab membayar royalti minyak keoada kerajaan negeri kelantan yang dinafikan sekian lama. -HD

IKLAN BERBAYAR

JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.

KLIK SINI

Ini Video Konsert FMFA Dimana 6 Maut, Sekretariat Visit MY Terus Sokong Konsert!

Posted: 18 Mar 2014 04:42 PM PDT

Berikut dipaparkan video Konsert FMFA 2014 yang mendapat restu Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, yang telah mengakibatkan 6 orang maut dan berbelas yang lain mendapat rawatan akibat dadah.

Mengapa GB katakan konsert ini mendapat restu Kementerian pelancongan dan Kebudayaan kerajaan Malaysia? Gambar berikut menjelaskannya:

Malah Sekretariat Visit Malaysia 2014 di bawah kementerian pelancongan & Kebudayaan juga masih terus "menyokong penuh" penganjuran aktiviti maksiat tersebut seklaipun telah ada kematian. Pengurus Besar Sekretariat Visit MY, Nor Yahati Awang menyatakan:

"Tapi kita sokong because event ni sebenarnya VERY GOOD FOR VISIT MALAYSIA sebab ramai pelancong yang datang..."

Gila betul. Hancur negara anak muda dikerjakan UMNO BN.

Ini video Konsert tersebut.. Bagaimana penonton nak bertenaga untuk terkinja-kinja berjoget selama 3 hari kalau bukan bersumber dari pil-pil khayal... Jelas dan nyata.. Ini bukan konsert nyanyian semata-mata tapi parti liar yang dianjurkan secara besar-besaran.... Kerajaan patut buat kajian dari awal benda sebegini sebelum diberi permit penganjuran.... -fb TV PRU13

Tiada ulasan: