RAKYAT MARHAEN |
- MH370: 'Hisham tak konsisten kenyataan 'lampaui politik' - Anwar
- MH370: Spekulasi kaitkan bapa buat keluarga terluka - Aishah
- MH370:Lewat Info, Kementerian Luar China tanggung rugi-DSAI
- MH370:"Mula-mula depa nak kaitkan saya juga,tapi saya tak pandai bawa kapal terbang"-DSAI
- MP DAP Kepong Bahas Titah Diraja 2014
- PM 36 (6) (12): mengenai Isu Kaum lain - MP DAP Kuching
- PSM stages protest outside parliament against TPPA, GST
- MH370: Mechanical error vs. human intervention
- MH370: Penumpang Tidak Sedar Pesawat Dilencongkan/Dirampas
- Investigations into missing flight MH370 appear stalled
- Bomoh, positivism dan MH370
- MH370: 11 days, 7 theories
- Antara Kak Wan dan Kak Ros
- Najib didakwa sembunyi maklumat pelaburan 1MDB kepada Dewan Rakyat
- Bil elektrik kediaman rasmi RM2.2 juta, pandainya Najib berjimat
- Missing MAS: Crisis in managing crisis
- LENSA HIMPUNAN BANTAH TPPA DAN GST DI PARLIMEN.
- PRK Dun Kajang: 1,197 undi awal hari ini
- Mengundang bala di tengah bala
- MH370 boleh mendarat di landasan pendek
- Flight 370 means Israel on high alert..!!
- Banyak Teori Misteri MH370 Masuk Akal
- PRK Dun Kajang: Kempen BN memakan diri?
- PRK Dun Kajang: Wan Azizah hanya mampu pandang sekolah dirasmi suaminya dari luar
- PRK Dun Kajang: Plak perasmian sekolah tertera nama Anwar ditutup gara-gara politik?
MH370: 'Hisham tak konsisten kenyataan 'lampaui politik' - Anwar Posted: 18 Mar 2014 09:49 PM PDT Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung pencarian pesawat MH370 "melampaui politik" menunjukkan beliau tidak konsisten, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap kepada media malam tadi, Anwar mengalu-alukan kenyataan mengenai usaha mencari pesawat itu selepas 10 hari, namun ketua umum PKR itu menggesa Hishammuddin mendisplinkan media yang dikawal Umno dan cybertrooper Umno. Ahli parlimen Permatang Pauh itu membidas kenyataan Hishammuddin itu tetapi majlis penerangan berhubung kehilangan pesawat itu hanya diberikan kepada ahli parlimen BN sahaja. "Saya kata ini tidak konsisten, dia tidak amanah dengan komitmennya," kata Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri. Anwar yang juga bekas menteri kewangan itu juga mendakwa cara krisis ini dikendalikan setakat ini "penuh dengan percanggahan". |
MH370: Spekulasi kaitkan bapa buat keluarga terluka - Aishah Posted: 18 Mar 2014 09:48 PM PDT Aishah, anak perempuan juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, menyifatkan spekulasi media antarabangsa yang mengaitkan bapanya dengan misteri kehilangan pesawat itu melukakan hati keluarganya. Menurut laporan beberapa portal berita Australia, Aishah 27, memberitahu kepada rakan-rakannya bahawa spekulasi mengenai bapanya oleh media antarabangsa tidak benar, laporan Utusan Malaysia hari ini. "Semua spekulasi itu tidak benar dan tidak masuk akal. Dia seorang bapa yang penyayang terhadap anak-anaknya," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia. Laporan itu juga menyebut, difahamkan Aishah, siswazah jurusan senibina Universiti Deakin, Melbourne telah pulang ke tanahair untuk memberikan sokonga moral kepada ahli keluarganya. Akhbar itu juga melaporkan, akaun sosial Instagram dan facebook gadis itu telah ditukar kepada tatapan peribadi, manakala akaun twitter beliau pula telah ditutup. |
MH370:Lewat Info, Kementerian Luar China tanggung rugi-DSAI Posted: 18 Mar 2014 09:40 PM PDT |
MH370:"Mula-mula depa nak kaitkan saya juga,tapi saya tak pandai bawa kapal terbang"-DSAI Posted: 18 Mar 2014 09:39 PM PDT |
MP DAP Kepong Bahas Titah Diraja 2014 Posted: 18 Mar 2014 09:39 PM PDT |
PM 36 (6) (12): mengenai Isu Kaum lain - MP DAP Kuching Posted: 18 Mar 2014 09:38 PM PDT |
PSM stages protest outside parliament against TPPA, GST Posted: 18 Mar 2014 09:38 PM PDT |
MH370: Mechanical error vs. human intervention Posted: 18 Mar 2014 09:01 PM PDT |
MH370: Penumpang Tidak Sedar Pesawat Dilencongkan/Dirampas Posted: 18 Mar 2014 08:48 PM PDT Dengan cuaca yang amat baik, pada jam 12.41 pagi Sabtu, pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370 berlepas daripada KLIA menuju Beijing, destinasi terakhir pesawat itu. Pesawat selain membawa 239 penumpang dan 12 krew juga lebih 4 tan buah manggis, buah tempatan yang dikatakan anti ketuaan. Jumlah buah manggis yang banyak itu yang diangkut dengan pesawat itu kini dicurigai, kemungkinan telah dipasang bom yang menyebabkan pesawat meletup di udara. Namun, berasaskan data satellite, pesawat tidak meletup, atas sebab, pesawat meneruskan penerbangan selama 7 jam, kerana blips pesawat malang itu kali terakhir diterima pada pukul 8.11 pagi 8 Mac, satu setengah jam, seharusnya pesawat malang itu mendarat di Beijing. Penerbangan hanya kurang sejam, apabila pesawat MH370 hilang daripada radar. Jam 1.30 pagi, mutlak pesawat hilang daripada radar menara Subang, namun pada 2.15 (sebelum ini 2.40) radar militeri mengesan pesawat itu 200 batu nautika di utara Pulau Pinang, radar Thailand juga mengsahkan bahawa pesawat malang itu sedang terbang pada laluan itu. Masa kurang sejam, kemungkinan krew belum menghidangkan makanan atau minuman. Mungkin tanda amaran pasangkan tali pinggang baru dipadamkan. Tambahan lagi, tiada sebarang panggilan kecemasan baik daripada pilot/co-pilot atau penumpang yang mengsahkan bahawa pesawat dalam kecemasan misalnya di rampas. Tahun 2001, apabila 4 pesawat dirampas untuk mencipta 9/11, block box pesawat, ACARS dipenuhi suara panggilan penumpang yang sedang panik; akan tetapi bagi pesawat malang MH370, panggilan itu tidak berlaku antara pukul 12.41-1.30. Mungkin penyebab tidak diterimanya panggilan, atas sebab ACARS pesawat itu tertutp selang 14 minit antara satu jam 1.07 dan 1.21. Ketiadaan panggilan itulah, ketiadaan data yang dihantar ACARS, menyebabkan pihak pasukan mencari dan menyelamat membuat kesimpulan bahawa sistem komunikasi pesawat malang itu ditutup dengan sengaja. Read More / Baca Lagi >> |
Investigations into missing flight MH370 appear stalled Posted: 18 Mar 2014 08:45 PM PDT Investigations into the mystery of the missing Malaysia Airlines MH370 jet appeared to be at a deadlock today, with an exhaustive background search of the passengers and crew showing nothing untoward and no sign that the plane could be quickly found. Eleven days have passed since flight MH370 went missing, and 26 nations are struggling to search for the airliner over an area roughly the size ofAustralia, or more than two-thirds the size of the United States. Malaysia's top official in charge of the unprecedented operation said it was vital to reduce the scale of the task and renewed appeals for sensitive military data from its neighbours that Malaysia believes may shed light on the airliner's fate. The US Navy said it had switched mainly to using P-8A Poseidon and P-3 Orion aircraft instead ships and helicopters. "The maritime patrol aircraft are much more suited for this type of operation since the search field is growing," said Navy Lieutenant David Levy, who is on board the USS Blue Ridge, the US Navy ship that is coordinating the search effort. "It's just a much more efficient way to search," he said. Flight MH370, with 239 people on board, vanished from civilian air traffic control screens off Malaysia's east coast less than an hour after taking off from Kuala Lumpur for Beijing early on March 8. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 18 Mar 2014 08:43 PM PDT Oleh Haris ZuanKemudian Tok Raman perasapkan geharu yang membuatkan seluruh ruang rumah kami semerbak dengan bau wangi geharu sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu yang tidak kami jelas butirnya. Saat asap geharu mula menipis, ayam panggang bersama pulut kuning tadi diangkat dan dilayang-layangkan di hadapan saya yang sedari awal duduk mengadap Tok Raman. Kemudian, ayam panggang dan pulut kuning itu diletakkan di atas bahu kanan dan kiri saya beberapa saat sebelum ke atas kepala saya untuk lagi beberapa saat, sambil itu Tok Raman menyebutkan mantera yang tidak jelas – yang kadang-kala bunyinya seperti ayat al-Quran. Tok Raman kemudian capai pula bertih beras dan taburkan ke atas kepala kami. Kami adik-beradik menahan ketawa. Saat itu kami hanya rasakan pengalaman itu lucu dan bergembira kerana kemudiannya dapat makan ayam panggang dengan pulut kuning. Kini, perlahan-lahan kami mula memahami dan menghargai amalan terbabit. |
Posted: 18 Mar 2014 08:37 PM PDT The seven theories, as listed by Australian newspaper, The Age, range from the pilot making a desperate turn towards Pulau Langkawi following an emergency on board to a possible hijacking. Here, The Age lists the theories that have grabbed attention so far: THE THEORY: Goodfellow has posted on Google Plus that he believes the pilot on MH370 may have been heading to the Malaysian resort island of Langkawi to land after the transponders were knocked out by a fire on board. "The left turn is the key here. This was a very experienced senior captain with 18,000 flying hours," he had written. "Maybe some of the younger pilots interviewed on CNN didn't pick up on this left turn. We old pilots were always drilled to always know the closest airport of safe harbour while in cruise. "Instinctively when I saw that left turn with a direct heading I knew he was heading for an airport. Actually he was taking a direct route to Pulau Langkawi, a 13,000-foot strip with an approach over water at night with no obstacles. He did not turn back to Kuala Lumpur because he knew he had 8,000-foot ridges to cross. He knew the terrain was friendlier towards Langkawi and also a shorter distance. "Take a look on Google Earth at this airport. This pilot did all the right things. He was confronted by some major events on board that made him make that immediate turn back to the closest safe airport. "What I think happened is that they were overcome by smoke and the plane just continued on the heading probably on George (autopilot) until either fuel exhaustion or fire destroyed the control surfaces and it crashed. I said four days ago you will find it along that route – looking elsewhere was pointless." 2. SOURCE: Desmond Ross, an Australian commercial pilot and aviation security expert THE THEORY: Ross offers a similar theory to Goodfellow's. He says the aircraft may have depressurised for some reason, possibly because of an explosion causing a hole in the fuselage. "The pilots quickly recognise the need to descend," said Ross, who conducted a security review of Kuala Lumpur's international airport in 2005. "One of them starts to re-programme the flight management system and sets a low attitude and starts to reset the heading to turn back to Kuala Lumpur... however, he passes out before completing the entries into the computer for the new heading. "The aircraft climbs out of control due to the explosion on board and then stalls at somewhere between the cruising height and 13,700m. "It falls out of control to the height the pilot had set into the flight management system but does not complete the turn back to Kuala Lumpur because the pilot had only partly entered the numbers... it flies off on an unknown path." 3. SOURCE: Keith Ledgerwood, who describes himself as a hobby pilot and aviation enthusiast from the United States Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 18 Mar 2014 08:34 PM PDT Timbalan Presiden PKR Azmin Ali membandingkan ketokohan calon PKR dengan pembaziran isteri Perdana Menteri "Calon kita Dr Wan Azizah gigih berjuang. Beliau tidak ambil saham, tidak membeli cincin dan tidak menaiki jet persendirian," kata Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ketua PKR Selangor dalam sesi ceramah di Sungai Sekamat malam tadi. Azmin menyambung ceramahnya dengan menyatakan perihal pembaziran oleh Rosmah. "Di sana siapa yang menggunakan jet persendirian? Saya bukan fitnah. Dia tidak menaiki pesawat MAS atau Air Asia. "Kerajaan membelanjakan RM426,000," jelas Azmin berkenaan jumlah perbelanjaan yang ditanggung kerajaan akibat daripada perjalanan Rosmah ke Qatar. "Wan Azizah semasa bergelar isteri Timbalan Perdana Menteri tidak menyalahguna kuasa," kata Azmin. Beliau turut mendedahkan pembaziran wang menerusi bil elektrik dan air ketika ekonomi gawat dan rakyat terpaksa mengikat perut. Menurut beliau, jumlah kos bil elektrik rumah Najib untuk tahun 2013 ialah RM2.1 juta manakala bil air berjumlah RM231,000. Read More / Baca Lagi >> |
Najib didakwa sembunyi maklumat pelaburan 1MDB kepada Dewan Rakyat Posted: 18 Mar 2014 08:31 PM PDT Menurut jawapan Parlimen Kementerian Kewangan, '1MDB telah melantik syarikat pengurus dana berlesen antarabangsa yang berdaftar di Kepulauan Cayman untuk tujuan pelaburan hasil pulangan ini'. "Dengan hanya menyatakan 'syarikat berlesen di Kepulauan Cayman', ia tidak melegakan rakyat yang membayar cukai. Apa sebenarnya yang terlalu rahsia tentang pengurus dana itu, sehingga namanya kekal rahsia sulit dan tidak boleh didedahkan. "Kedegilan berterusan Najib untuk menamakan dana, pengurus dan pemiliknya membuatkan pelaburan itu sangat meragukan," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam kenyataannya. Beliau sebelum ini meminta Najib memberi penjelasan di Dewan Rakyat, berhubung status dan prestasi pelaburan misteri itu. Pinjaman merugikan Dalam jawapan Parlimen itu, dana RM7.6 bilion adalah pulangan daripada pelaburan usaha sama 1MDB dan Petrosaudi International Limited. "Seperti dinyatakan, ia daripada pelaburan 'Nota Murabaha' dengan Petrosaudi. Ia beri jaminan pulangan tahunan 8.67 peratus sehingga 2021. |
Bil elektrik kediaman rasmi RM2.2 juta, pandainya Najib berjimat Posted: 18 Mar 2014 08:30 PM PDT Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan bil elektrik kediaman rasmi Najib adalah sebanyak RM2.2 juta dan air RM221,000. "Memang daripada segi jumlah keseluruhan terdapat pengurangan berbanding tahun lalu. Tapi pengurangan ini terlalu sedikit. "Jadi ini menunjukkan bahawa Najib tidak benar-benar serius untuk berjimat sedangkan dalam waktu yang sama menyarankan penjawat atau kakitangan awam berjimat. Lagi pun Kompleks Seri Perdana bukannya digunakan sepanjang tahun. "Najib suruh rakyat berjimat tapi beliau sendiri masih mengamalkan pembaziran," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen bersama Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. |
Missing MAS: Crisis in managing crisis Posted: 18 Mar 2014 08:14 PM PDT Everyone feels the need to help in this massive effort and perhaps that is why even a bomoh has a role to play. It was put forth in a press conference held on Saturday, March 15, 2013 that the plane could have been hijacked but till today there is nothing conclusive on this. Due to the many theories being put forth, the government has to be cautious in handling the information available because there could also be many red herrings or false clues popping up now and then. "In the light of recent events, our crisis management system, skills and methodology definitely needs a shake-up," said PAS Pokok Sena MP, Mahfuz Omar. Indeed. The conflicting statements are one of the mistakes that have been made especially pertaining to how many passengers had boarded or not boarded the plane. This led to DAP's Segambut MP Lim Lip Eng raising the issue in a press conference in the Parliament lobby on March 13, 2013 that the government must elect only one spokesman to disseminate information on the Search And Rescue (SAR) efforts and other relevant information on this matter to the media and the public. One thing for sure is that the international community is unhappy because Malaysian officials' reaction time is slow. Why was the matter not acted upon immediately when the plane which took off at 0041 hours was said to have lost contact at 0130 hours on March 8, 2013? Vital information has been lost because no one knows what had happened in the interim. Coupled with too many officials giving out contradicting information, the whole situation thus becomes a maze of confusion. MAS should have acted promptly knowing that something is amiss. With 239 people from 14 nationalities on board, the crisis has become a global one. Managing a situation on such a massive scale never experienced by Malaysia before is therefore a very daunting task for Prime Minister Najib Tun Razak, and he must never have expected it to reach such epic proportions. Politicising the situation Read More / Baca Lagi >> |
LENSA HIMPUNAN BANTAH TPPA DAN GST DI PARLIMEN. Posted: 18 Mar 2014 08:11 PM PDT |
PRK Dun Kajang: 1,197 undi awal hari ini Posted: 18 Mar 2014 08:05 PM PDT |
Mengundang bala di tengah bala Posted: 18 Mar 2014 07:56 PM PDT SUBKY LATIF Air rahmat. Apabila air berlebihan menjadi banjir ia jadi bencana. Panas yangbukan-bukan juga bencana. Bencana banjir kerana berlebihan air. Bencana panas pula hingga sumber air kering kontang tidak berair. Berlebihan air susah, tidak berair pun susah. Di sinilah nikmatnya wasatiyyah – keserdanaan. Air sekadar secukupnya dan sepanas-panas pun tetap berair yang tidak memerlukan sedikit catuan pun. Demikianlah bencana bertimpa-timpa. Selapas banjir, datanglah panas yang tidak menitiskan setitis air pun. Ia menyebabkan sumber air kering kontang hingga bekalan air putus dan catuan terpaksa dikenakan. Tumbuhan kering di sana sini hingga pantang terkena percikan bungi api, lalu terbakar di sana sini. Tengah-tengah panas membakar itu datang pula jerebu yang sepekat-pekatnya hingga membahayakan kesihatan untuk semua. Jangan kata kenaikan kos sara hidup yang menjolok mata yang dirasa oleh semua terutama yang berpendapatan rendah bukan bencana. Tengah-tengah ujian dan bala yanag berganda-ganda itu meletup pula kisah ghaib pesawat penumpang MH370 dengan penumpang dan awak-awaknya. Maka menyeru semua kepada semua masing-masing mendirikan solat hajat berdoa minta hujan, rendah suhu panas, cerahkan jerebu dan selamatkan pesawat dan sekalian penumpang-penumpangnya hilang serta kru sekalian. Semua bencana itu adalah ujian Allah untuk semua, ia adalah balasan dan bala Allah untuk semua atas segala macam kesalahan manusia – maksiat dan kezaliman masing-masing, mendustakan perintah dan hukum Allah oleh setengahnya, menghina Nabi SAW dengan mencampakkan hadisnya ke bakul sampah. Menyedari ia bala dari-Nya maka sekalian bertaubat minta diampun segala dosa, menganjurkan solat hajat di merata-rata dan sewajarnya manusia berjanji tidak terlanjur maksiat lagi jika mahu semua bencana itu ditarik Allah semula. Kita mesti bersetuju bahawa semua bencana itu tidak sekadar terjadi begitu saja tetapi adalah ujian dan balasan Allah atas dosa terkumpul masing-masing. Bencana itu adalah gara-gara manusia, maka cara mengelakkannya dari bertambah bala adalah jangan meneruskan segala maksiat yang menundang bala Allah itu. Ketika penduduk Malaysia merasa parahnya bala dan ujian Allah itu dan memohon ia ditarik balik, ada pula manusia yang tidak merasa serik atas bala lalu menganjurkan pesta maksiat besar-besaran yang dinamai Future Music Festival Asia, menggabung 70 pancaragam terhebat dari 30 negara Asia dan dunia, diberi permit oleh kerajaan wasatiyah Malaysia dia adakan di Stadium Bukit Jalil. FMFA 2014 itu adalah sambungan pesta Woodstock awal tahun 1970-an dulu yang dikecam oleh semua pihak. Pesta maksiat yang dikutuk pada zaman Perdana Menteri Tun Razak dulu itu tiba-tiba diadakan pula pada zaman anak Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Read More / Baca Lagi >> |
MH370 boleh mendarat di landasan pendek Posted: 18 Mar 2014 07:54 PM PDT SHAH ALAM - Pesawat MH370 boleh mendarat di landasan lebih pendek daripada biasa sekiranya memerlukan pendaratan kecemasan mengikut kecekapan juruterbang. Read More / Baca Lagi >>Bekas Pengawal Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Mustapha Kamal Abdul Rahman berkata, apabila ada kecemasan yang memerlukan pendaratan segera, pastinya juruterbang akan cuba mendarat di tempat yang selamat. Menurutnya, tidak kira di pulau atau di atas jalan, asalkan kawasan sekitar muat untuk pesawat itu mendarat. "Setiap pesawat pastinya ada prosedur pendaratan yang disyaratkan agar mengelak sebarang kemalangan. "Oleh itu, pesawat MH370 yang panjang dan besar perlu mendarat di landasan lebih 11,000 kaki panjang," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kebolehan pesawat itu mendarat di landasan pendek jika berlaku kecemasan. Apabila ditanya sama ada pesawat boleh mendarat di landasan yang sudah lama ditinggalkan di beberapa pulau sekitar koridor utara, jawabnya, ia mungkin boleh berlaku asalkan juruterbang pandai mengawal pesawat. "Tetapi risiko kemalangan kecil memang ada, sama ada terbabas sedikit dari landasan itu atau berlaku ketidakseimbangan ketika pesawat berhenti mengejut," katanya. Sementara itu, pakar penerbangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Tarmizi Ahmad berkata, risiko terhempas ketika mendarat di landasan pendek memang tinggi. |
Flight 370 means Israel on high alert..!! Posted: 18 Mar 2014 07:44 PM PDT |
Banyak Teori Misteri MH370 Masuk Akal Posted: 18 Mar 2014 07:40 PM PDT A Kadir Jasin SELAGI misteri penerbangan MH370 tidak dirungkaikan, sama ada dengan penemuan pesawat Boeing 777-200ER itu atau serpihannya, selagi itulah teori mengenai kehilangannya akan dikemukakan. Tetapi sebelum kita berbincang mengenainya, marilah kita mengucapkan terima kasih kepada setiap orang petugas, di darat, laut dan udara, dari negara kita dan lebih 15 negara lain di dunia yang terlibat dalam operasi raksasa mencari dan menyelamat (SAR) sejak 8 Mac lalu. Sumbangan kemanusiaan mereka amat dihargai dan tentunya menjadi penawar kepada keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan itu. Berbilion dolar aset ketenteraan dan awam sedang digunakan dengan memakan belanja yang besar. Kita tolak cerita karut-marut bomoh dan orang bunian. Kalau radar, sonar dan satelit yang canggih pun belum berjaya mengesan secara tepat lokasi pesawat itu, masakan lukah, ruas buluh dan buah kelapa boleh mengesannya. Tapi, ada juga orang yang percaya dan amalkan hal-hal khurafat dan tahayul. Antara teori dan ramalan yang telah kita baca dan dengar, sama ada berwibawa atau semata-mata khayalan termasuklah: 1. Rampasan udara oleh salah seorang atau beberapa orang penumpang. Teori ini dianggap berwibawa kerana terbukti ada dua orang penumpang warganegara Iran yang bolos pemeriksaan masuk MAS, polis dan imigresen dan menaiki pesawat menggunakan pasport curi. 2. Perbuatan sabotaj libatkan Kapten pesawat, Zaharie Ahmad Shah atau pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid. Teori menjadi berwibawa apabila pihak berkuasa mengesahkan yang mereka sedang disiasat. Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, berkata sistem komunikasi pesawat itu dimatikan secara sengaja. Teori ini menjadi lebih sensasi apabila akhbar The Daily Mail, London mengaitkan Zaharie dengan politik pembangkang. Beliau didakwa menghadiri sidang Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 7 Mac apabila Ketua Pembangkang dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat. (Baca di sini). Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Kempen BN memakan diri? Posted: 18 Mar 2014 07:31 PM PDT Kepincangan MCA dalam merancang jadual kempen mungkin akan membawa bala kepada Chew Mei Fun. Beberapa hari lalu komentar penulis berkenaan kempen PKR di dalam pilihan raya kecil Kajang ditafsir oleh segolongan pihak sebagai satu serangan terhadap calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Penulis tidak bermaksud menyerang para calon. Pandangan yang diutarakan hanya perbandingan kempen PKR dengan calon lawan. Sekarang penulis akan memberi fokus kepada calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili BN. Antara kelemahan Chew yang paling ketara ialah kegagalan pihak MCA untuk mengedarkan jadual kempen. Seorang ahli MCA yang membantu kempen Chew memberitahu penulis bahawa mereka sendiri terpaksa ke bilik gerakan parti di Taman Berjaya untuk mengetahui jadual kempen. "Kita pun tak tahu mengapa jadual kempen tidak dihantar menerusi e-mel dan sebagainya. Saban hari saya ke bilik gerakan," kata seorang ahli MCA yang ditemui dalam jejak kempen MCA. Penulis mendapat maklumat bahawa jadual kempen hanya dirancang pada waktu tengah malam. Chew juga gagal mencegah dan membendung semangat perkauman yang diapi-apikan oleh pemimpin parti komponen dan NGO yang berkempen untuk dirinya. Mahu tidak mahu beliau terpaksa menerima kempen perkauman yang dibawa NGO Melayu tertentu seperti Perkasa. Dalam satu sesi ceramah dua minggu lepas, Perkasa dan Chew berkongsi pentas dalam satu majlis anjuran Umno Sungai Kantan. Chew bagaimanapun tidak bertentang mata dengan para pemimpin Perkasa pada ketika itu. Jika NGO pro-BN begitu, parti komponen BN juga tidak kurang lagaknya. Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel mahu mengira jumlah pengundi dengan mengira secara peribadi setiap kali menjalankan sesi berjumpa pengundi. "Setiap kali beliau datang, beliau berkeras untuk mengira pengundi. Ia hanya menunjukkan ketololan beliau," kata seorang pengundi yang menghadiri sesi perjumpaan pengundi anjuran MIC. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Wan Azizah hanya mampu pandang sekolah dirasmi suaminya dari luar Posted: 18 Mar 2014 07:22 PM PDT Menyedari tidak wajar berkempen di dalam kawasan sekolah, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memilih untuk bertemu ibu bapa pelajar di pondok bas luar pagar sekolah. Ironiknya, sekolah terbabit, Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan sebenarnya adalah sekolah yang pernah dirasmikan suami beliau sendiri ketika menganggotai kabinet kerajaan. Menariknya, kehadiran beliau di pondok bas yang terletak sebelah luar pintu utama sekolah, bukan sahaja menarik perhatian ibu bapa yang sibuk menghantar dan mengambil anak masing-masing, bahkan turut menarik perhatian sekumpulan tiga hingga lima guru sekolah berkenaan. Enggan melepaskan peluang bertemu Dr Wan Azizah, kumpulan guru terbabit dilihat secara curi-curi sempat menghampiri ke pagar berhampiran untuk bertemu dan bersalaman dengan Presiden PKR itu. Kumpulan guru terbabit yang kelihatan teruja juga sempat memberi kata-kata perangsang kepada Dr Wan Azizah yang menjalankan kempen PRK sekitar Sungai Kantan hari ini. Selepas pentadbiran Kerajaan Negeri bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat (PR), Kerajaan Pusat bertindak menghalang Menteri Besar dan pemimpin negeri PR mengadakan program di dalam kawasan sekolah di negeri itu. Larangan tersebut turut meliputi program yang boleh memberi manfaat kepada pelajar dan warga guru. Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini turut pernah dihalang untuk menyampaikan wang sumbangan kepada sebuah sekolah di Selangor. Bagaimanapun larangan itu tidak terpakai kepada Barisan Nasional (BN) apabila pemimpin mereka kerap masuk ke sekolah bagi memenuhi keperluan politik mereka. |
PRK Dun Kajang: Plak perasmian sekolah tertera nama Anwar ditutup gara-gara politik? Posted: 18 Mar 2014 07:20 PM PDT KAJANG, 19 MAC: Permainan politik kotor Barisan Nasional (BN) bukan sahaja sanggup memfitnah dan mengaibkan musuh politiknya tetapi turut berusaha memadamkan jasa serta sumbangan individu tertentu dalam sejarah pembangunan pendidikan negara. Perkara itu dapat dilihat apabila plak perasmian yang tertera nama dan tandatangan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah sekolah di Kajang pernah ditutup supaya tidak dapat dilihat pelajar sekolah terbabit. Sekolah rendah yang mula dibuka pada 1987 itu dikatakan dirasmikan Anwar ketika beliau menduduki kerusi Menteri Pelajaran. Bagaimanapun, selepas guru besar sekolah berkenaan bertukar, plak perasmian itu dibuka semula untuk tatapan pelajar sekolah itu. Perkara itu diberitahu salah seorang guru sekolah berkenaan kepada Selangor Kini selepas calon Pakatan Rakyat (PR) , Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil kesempatan bertemu ibu bapa pelajar di luar sekolah terbabit. "Guru besar dahulu tutup plak perasmian tetapi bila tukar baru, plak itu dibuka semula. Plak itu dibuka bukan sebab sokongan kepada pihak tertentu atau berunsur politik tetapi disebabkan itu adalah sejarah sekolah kami," katanya yang enggan mendedahkan nama. Sejak PR mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2008, Kerajaan Pusat mula melaksanakan pelbagai 'arahan tidak rasmi' kepada pejabat kerajaan di negeri itu termasuk di sekolah seluruh Selangor. Antara 'arahan tidak rasmi' itu termasuk tidak membenarkan pejabat kerajaan menggantung gambar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebaris dengan gambar DYMM Sultan Selangor, Perdana Menteri dan menteri berkenaan seperti amalan protokol sebelumnya. 'Arahan tidak rasmi' itu bukan sahaja dilihat bertentangan dengan keputusan rakyat Selangor yang memilih PR dalam dua pilihan raya umum terakhir, bahkan turut tidak menghormati dan membelakangkan institusi DiRaja Selangor yang mengiktiraf dan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar yang sah. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan