MIMPI SENJA |
- Tragedi MH370 : Kelam kabut di Hotel Sama-Sama KLIA kononnya pesawat dah jumpa...
- Kisah Benar Seorang Ustaz dengan Seorang Pramugari Boeing 777 MAS
- JAKIM selar guna bomoh cari MH370
- #dimanaMH370 : Vietnam henti misi mencari pesawat
- MENCARI MH370 : JANGAN CAMPUR ADUKKAN DENGAN PERBUATAN KHURAFAT [Guna Raja Bomoh]
- Jepun hantar pasukan bantu usaha cari MH370
Tragedi MH370 : Kelam kabut di Hotel Sama-Sama KLIA kononnya pesawat dah jumpa... Posted: 12 Mar 2014 10:24 PM PDT Ini cerita dari pusat operasi media MH370 Hotel Sama-Sama KLIA pada malam Rabu lebih kurang 10.30 malam. Al Kisah kononnya akan ada sidang media tergempar, entah dari mana dan siapa bawa cerita, kelam-kabut wartawan berkejar ke sana. Ada yang sudah balik selepas sidang media terakhir jam enam petang Rabu, terpaksa berkejar semula. Ada krew yang terpaksa standby jika ada sidang media, walaupun Jabatan Penerangan kata tidak ada. Misteri kepada tiba-tiba ada sidang media tersebut terjawab sebelas CNN menyiarkan imej satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan. Imej berkenaan dirakamkan pada 9 Mac lalu di selatan Vietnam atau timur laut Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kedudukan longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud. Bagaimanapun, Ketua Penerbangan Awam China berkata bahawa tiada bukti objek terapung di Laut China Selatan dari satelit itu berkaitan dengan pesawat MH370 Malaysia yang hilang. "Satelit China menjumpai asap dan objek terapung.. pada masa ini kami tidak dapat mengesahkan ia berkaitan dengan pesawat Malaysia yang hilang," Li Jiaxiang memberitahu wartawan semasa mesyuarat tahunan Parlimen China. Objek-objek terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter. Kementerian Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan China yakin penemuan ini adalah petunjuk baru kepada kes kehilangan MH370. Sementara itu pagi Khamis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke Laut China Selatan, di mana tiga objek dikesan satelit China itu pagi ini Perkara ini disahkan melalui pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui laman Twitternya hari ini. Dalam perkembangan berkaitan seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang. Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael McKay. Menurut beliau dia melihat pesawat yang terbakar di di udara kira-kira 50 - 70km dari lokasi beliau. "Saya percaya telah melihat kapal terbang Malaysia Airlines terjunam. Masa yang tepat ," kata Encik McKay dalam e-mel. " Saya memerhatikan ia terbakar pada di udara,"ujar beliau.-13/3/2014 - Agenda Daily | ||
Kisah Benar Seorang Ustaz dengan Seorang Pramugari Boeing 777 MAS Posted: 12 Mar 2014 07:00 AM PDT Hari ini sudah masuk hari yang kelima dan sudah 116 jam berlalu tragedi pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines hilang. Kalangan pasukan penyelamat terus bertungkus lumus untuk terus mendapatkan petunjuk sekaligus melancarkan usaha menyelamat dan menemui kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370. Insyaallah….. Disebaliknya itu, hari ini….ingin saya kongsikan di sini satu kisah benar & pengalaman seorang Ustaz dengan pramugari Malaysia Airlines MAS. Ia ditulis sendiri dengan harapan dapat memperbetulkan persepsi orang ramai terhadap perilaku sesetengah pramugari Malaysia Airlines MAS. Sangat baik untuk dikongsikan bersama… Kisah Yang Menyentap Jiwaku: Pramugari Boeing 777-200 dikala ramai yang bersoal jawab mengenai kehilangan MH370, izinkan saya berkongsi sebuah dialog yang berlaku antara saya dan ketua Pramugari sekitar 2010; Seperti biasa saya dapat jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010, alhamdulillah penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness Class, Malaysian Airlines, biasanya naik economy class je, kadang-kadang drive ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 777-200, MH berapa tak ingat. Ceritanya begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kepada penumpang " Welcome a board sir, have a pleasant trip" atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari yang sambut saya pada ketika itu, "Assalamu alaikum Ustaz", saya jawab "Wa alaikum salam". Agak terkejut, berkata dalam hati "mak ai akak tu kenal aku la..." Sebabnya begini, prasangka yang ada dalam hati bila melihat orang yang tidak bertudung ialah, jauh dari Agama, sesat, tak sempurna iman... dan macam-macam lagi. Sebetulnya masa mula-mula mata pandang kearah Kakak Pramugari tu, dalam hati berkata "Ya Allah berilah hidayah kepada mereka ni". Setelah masuk dalam dan dah dapat tempat duduk saya diberi minuman ringan... pastinya "Guava Juice " pilihan ku dulu kini dan selamanya.Bila dah take of, " Teh Tarik"... kena pulak duduk di window seat... sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil mengagumi kebesaran Allah swt. Sedang kapal dah terbang dalam 20 minit, Ketua Pramugari yang mula-mula sambut saya, menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum...saya pun balas senyum, dialognya begini; Pramugari: Assalamu alaikum Ustaz, Saya: Wa alaikum salam, yea. Pramugari: Saya dan seisi famili suka dengan rancangan mengaji al-quran ustaz... Saya: Tilawah Interaktif ka? Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak-anak pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru-guru tahfiz, kalau ada anak-anak murid ustaz di tempat ustaz mengajar pun boleh. Saya: (Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar) Saya: In Sha Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan. Pramugari: Ini no saya ustaz... tolong yea Ustaz. (jelas penuh harapan)Selepas Pramugari itu beredar, saya mengucap panjang, ya Allah, mulianya insan ini, padaMu jua aku berharap, ya Allah ku mohon agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini. Mulai hari itu presepsi saya terhadap cabin crew telah berubah, bukan sekadar itu, kadang-kadang dalam perjalanan yang agak jauh seperti dari KL-KK, atau KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan-soalan agama kepada saya untuk kepastian dan penjelasan. Moral of story "JANGAN BERSANGKA BURUK DENGAN ORANG, DAN JANGAN MENGHUKUM ORANG DARI ZAHIRNYA". | ||
JAKIM selar guna bomoh cari MH370 Posted: 12 Mar 2014 05:11 AM PDT Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. "Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my. "Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita," kata Othman dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, tatkala pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara ini dan dari negara luar yang menghulurkan bantuan," kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh tiga hari ini". "Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt," katanya. Menurutnya, dalam satu mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. "Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa raja bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. "Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat," katanya. Sehubungan itu, Othman mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. "Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt. "Umat Islam harus menyakini bahawa Allah swt adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal," tambahnya. Menurutnya, setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan "maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa". "Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua," tambah Othman. Semalam, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu. Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan "khurafat dan tahyul" itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras. "Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam. - malaysiakini | ||
#dimanaMH370 : Vietnam henti misi mencari pesawat Posted: 12 Mar 2014 03:03 AM PDT PHU QUOC - VIETNAM 12 Mac - Kerajaan Vietnam akan menghentikan aktiviti pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) di perairan mereka sementara menunggu jawapan dari Malaysia mengenai kedudukan terakhir pesawat itu. Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu hari ini berkata, operasi mencari pesawat yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu itu dihentikan selepas laporan media semalam menyebut bahawa tentera Malaysia kali terakhir mengesan pesawat itu di Selat Melaka. "Kami telah menghantar dua notis kepada Malaysia (sejak semalam) untuk mengesahkan laporan media antarabangsa (berhubung kedudukan terakhir pesawat itu). "Tiada jawapan diterima setakat ini," katanya dalam sidang media di pusat operasi mencari dan menyelamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc, pagi tadi. Namun Pham berkata, dua penerbangan untuk operasi mencari dan menyelamat akan tetap dibuat hari ini tetapi semua aktiviti lain akan dihentikan. Beliau juga berkata, sehingga kini Vietnam hanya berhubung dengan seorang pegawai dari Malaysia dan maklumat yang diperolehi dari Malaysia tidak mencukupi. Kerajaan Malaysia pada Sabtu lalu mengumumkan lokasi pencarian pesawat yang membawa 239 individu itu diperluas ke Selat Melaka. | ||
MENCARI MH370 : JANGAN CAMPUR ADUKKAN DENGAN PERBUATAN KHURAFAT [Guna Raja Bomoh] Posted: 12 Mar 2014 01:40 AM PDT Timeline Photos | ||
Jepun hantar pasukan bantu usaha cari MH370 Posted: 12 Mar 2014 01:01 AM PDT Tokyo menghantar sebuah pasukan Bantuan Bencana Jepun (JDR) semalam bagi memenuhi permintaan Kuala Lumpur membantunya mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang. Dalam kenyataan hari ini, Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur bagaimanapun berkata tiada penetapan dibuat tentang skop tugas pasukan itu atau tempoh perkhidmatan unit utamanya. Namun demikian, aset udara yang dibekalkan Pasukan Pertahanan Diri Jepun dan Pasukan Pengawal Pantai Jepun dijangka digunakan untuk membantu operasi menyelamat pesawat berkenaan. Menurut kenyataan itu, sebuah pasukan hadapan yang mengandungi lapan pegawai Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan, Pasukan Pengawal Pantai dan Agensi Kejasama Antarabangsa Jepun berlepas ke Kuala Lumpur semalam. Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER MAS ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada pengesanan radar pada pukul 1.30 pagi, kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Walaupun operasi mencari dan menyelamat pesawat itu yang turut melibatkan negara asing memasuki hari kelima hari ini, namun ia belum dijumpai dan nasib penumpang serta anak kapalnya juga tidak diketahui. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan