RAKYAT MARHAEN |
- Agensi satelit sertai misi cari MH370
- PDRM & INTERPOL Siasat Penumpang MH370 Punyai Kepakaran & Pernah Buat Kajian Simulasi Penerbangan
- MH370 : Seluruh Dunia, Akhbar Dan Agensi Berita Ternama Sudah Mula Menyelar Malaysia ??
- PRK Dun Kajang: Peniaga kata tiada ayam RM1 seekor – DS Wan Azizah
- MB Selangor: Nilai hartanah diserah TALAM meningkat RM700 juta
- Zamihan KDN: Bukan isyarat lucah pada Kassim..!!
- Adakah pengurus IT dari Chicago dapat menemui MH370 dengan ‘crowdsourcing’?
- MH370: Malaysia hantar pesawat pencari ke kawasan objek ditemui satelit China
- Bebomoh.. Tahyul, Khurafat, Kerja Bodoh & Tidak Waras. - Dr Mohd Asri
- Trending 'tikar terbang', syirik dan memalukan
- MH370: Jangan tanya saya tentang pasport curi kata IGP
- Apakah dipelajari dari MH370?
- AGAKNYA APA YANG OBAMA FIKIRKAN BILA TENGOK GELAGAT RAJA BOMOH ...!!!!
- Setelah hampir seluruh dunia gelak kat kita.. Raja bomoh kata tak tahu di mana MH370...!!!
- [EDISI MEMALUKAN] Apa Sudah Jadi Ni?
- MH370: Pegawai Jais pantau KLIA elak bomoh lakukan ritual
- Satelit China temui ‘kawasan disyaki’ MH370 terhempas
- Rekod radar mungkin bantu rungkai kehilangan MH370
- Pasport Curi: Penjelasan PDRM Gambar Edit Penumpang MH370..!!!
- What's the big deal about transponders?
- How YOU can help with Flight 370 search
- China: Satellite images may show plane wreckage
- Breaking down possible Malaysia flight wreckage images
- Pengurusan krisis MH370 perlu diperkasakan
- Misteri MH370 Kini Mula Bertukar Menjadi Tekanan Terhadap Najib
Agensi satelit sertai misi cari MH370 Posted: 12 Mar 2014 09:05 PM PDT PARIS - Beberapa agensi satelit pemantau Bumi menyertai misi mengesan pesawat MH370, menurut laporan pengurusan satelit semalam. Menurut AFP, ini berikutan permintaan China supaya Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa dan Bencana Utama diaktifkan. Di bawah persetujuan tersebut, sebanyak 15 agensi angkasa dan institut angkasa kebangsaan memulakan usaha bantuan dengan menyebarkan imej dari satelit yang melalui kawasan berkenaan. "Imej satelit kini sedang digunakan bagi mencari sebarang bukti kejadian sebelum dan selepas pesawat itu hilang. "Sehingga hari ini, pencarian masih diteruskan," katanya dalam kenyataan. Menurut ahli Agensi Angkasa Eropah (ESA), Pentadbiran Meteorologi China menyediakan data beresolusi tinggi bagi tujuan pencarian itu, bagaimana pun kawasan yang terlibat dalam pengimejan satelit itu tidak didedahkan. Ini merupakan kali pertama Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa membantu dalam misi mencari pesawat yang hilang selepas ditubuhkan pada tahun 2000. Selepas diaktifkan, juruteknik angkasa akan menimbangkan satelit yang paling sesuai digunakan untuk misi pencarian itu berdasarkan data radar darat atau gambar. | ||
PDRM & INTERPOL Siasat Penumpang MH370 Punyai Kepakaran & Pernah Buat Kajian Simulasi Penerbangan Posted: 12 Mar 2014 08:11 PM PDT Kuala Lumpur: Kepakaran seorang penumpang pesawat MH370 dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah membuat kajian mengenai simulasi penerbangan, mendorong pihak berkuasa memberi tumpuan untuk melakukan siasatan terhadapnya. Menurut sumber, disebabkan kemahiran dimilikinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan INTERPOL kini memberi lebih tumpuan kepada lelaki etnik Uighur berusia 35 tahun itu, berbanding penumpang lain. "Kita tidak kata dia terbabit dengan pengganas, disyaki mensabotaj atau merampas pesawat itu, cuma lebih perhatian diberikan kepadanya disebabkan latar belakangnya yang dirasakan ada unsur penting yang perlu dilihat," katanya. Sumber itu berkata, semakan mendapati lelaki yang berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom itu kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di Turki. Menurutnya, profil peribadi lelaki itu juga mencatatkan dia pernah membuat kajian di pusat latihan dan simulasi penerbangan milik sebuah syarikat pengeluar enjin kenderaan terkemuka di Sweden pada 2004 hingga 2005. | ||
MH370 : Seluruh Dunia, Akhbar Dan Agensi Berita Ternama Sudah Mula Menyelar Malaysia ?? Posted: 12 Mar 2014 08:08 PM PDT
Setakat ini, pemimpin kerajaan daripada Datuk Seri Najib Razak ke bawah gagal dalam satu aspek penting: memberikan keyakinan dan jaminan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa mereka tahu apa yang perlu diperkatakan dan dilakukan. Terdapat fakta yang tidak konsisten dan bercanggahan sehingga Vietnam terpaksa menggantung operasi pencarian udara mereka sehingga Putrajaya dapat memberitahu arah terbaru untuk mencari Boeing 777-200ER yang hilang. Ironinya, China meminta Malaysia untuk "lebih terbuka" dengan maklumat mengenai pesawat penumpang itu di mana dua pertiga daripada 239 penumpang merupakan rakyatnya. Faktanya, pemimpin tertinggi Malaysia dan ahli politik berkemungkinan menyembunyikan maklumat, tidak dapat membuat keputusan atau tidak begitu tahu dengan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi rakyat Malaysia tidak seharusnya terkejut dengan prestasi pentadbiran Najib. Lagipun, mereka sudah beberapa kali tercabar dengan banjir di Pantai Timur beberapa bulan lalu. Tidak ada sesiapa yang mengharapkan Najib mempengerusikan sidang akhbar harian atau mengetuai misi mencari dan menyelamat, tetapi tidak ada sesiapa menjangka beliau akan terpinggir sementara pasukan tentera udara, polis, pihak berkuasa penerbangan dan Malaysia Airlines berlumba-lumba untuk memberikan maklumat bercanggah. Di antara maklumat membingungkan yang kedengaran semenjak pesawat penumpang itu hilang pada Sabtu adalah Malaysia Airlines pada awalnya mengatakan Boeing 777 terputus hubungan dengan pusat kawalan udara pada 2.40 pagi selepas dua jam berada di udara. Kemudian Malaysia Airlines mengatakan mereka terputus hubungan pada 1.30 pagi, mengikut maklumat ditunjukkan dalam laman sesawang pengesan pesawat. Maklumat mengenai waktu yang tidak tepat itulah yang menyebabkan spekulasi pesawat terhempas di antara Vietnam dan China. Dua hari lalu, maklumat bocor dan disahkan kemudiannya bahawa pesawat tersebut berpatah balik ke semenanjung Malaysia dan menuju ke arah barat di Laut Andaman sebelum hilang pada 2.40 pagi. Maklumat ini mengubah arah misi mencari dan menyelamat daripada Laut China Selatan di pantai timur Semenanjung Malaysia ke pantai barat di mana terletaknya Selat Melaka. Bukan sahaja keluarga mangsa dan wartawan antarabangsa merasa jengkel, ini menyebabkan jiran Malaysia yang menghantar pesawat dan kapal-kapal penyelamat ternganga. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRK Dun Kajang: Peniaga kata tiada ayam RM1 seekor – DS Wan Azizah Posted: 12 Mar 2014 08:03 PM PDT KAJANG: Calon PKR N25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapati tidak ada ayam yang dijual dengan harga RM1 seperti mana yang didakwa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Wan Azizah dalam sesi bertemu peniaga di Pasar Kajang seawal jam 8.00 pagi tadi turut bertanya beberapa peniaga ayam sama ada mereka ada menjual ayam dengan harga RM1 seekor. "Saya tanya peniaga ayam, ayam satu ringgit ada? Mereka cakap tak ada. Mereka terus tunjuk tanda harga yang ditulis ayam sekilo RM8.40," ujar Wan Azizah kepada wartawan. Menurutnya, Pasar Kajang perlu diberi perhatian khususnya dari segi infrastruktur yang perlu diperbaiki dan paling penting adalah kebersihan. "Hari ini kita hanya bertemu dengan peniaga di sini, sebagai memperkenalkan calon dan kita akan adakan pertemuan selanjutnya dengan peniaga. "Kita akan senaraikan keutamaan dan perkara yang pertama kita perlu buat," katanya yang akui suka ke pasar untuk membeli barang keperluan dapur. Pada kesempatan itu Wan Azizah turut membeli petai dan diberi sejambak bunga ros oleh peniaga pasar kajang. "Semalam saya pergi pasar malam, saya dapat nangka madu dan daging. Saya dapat petai dan saya akan masak sambal petai," ujarnya yang mengakui petai adalah ulam kegemarannya tetapi hanya makan untuk masa-masa tertentu sahaja. Read More / Baca Lagi >> | ||
MB Selangor: Nilai hartanah diserah TALAM meningkat RM700 juta Posted: 12 Mar 2014 07:59 PM PDT KAJANG, 13 MAC: Nilai hartanah yang diserahkan Talam Corporation (TALAM) sebagai membayar hutang kepada Kerajaan Negeri pada 2012 meningkat daripada RM398 juta kepada hampir mencecah RM700 juta. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peningkatan nilai hartanah itu berlaku berikutan usaha Kerajaan Negeri membangunkan tanah terbabit dan kawasan berhampirannya. "MCA tidak boleh cakap banyak sebab sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). MCA nak salahkan Kerajaan Negeri konon tak pandai, tolong syarikat Talam. "Apabila kiraan dibuat termasuk daripada audit negara, mereka kata bagus sebab aset atau pendapatan negeri bertambah. "Dahulu RM398 juta, sekarang naik hampir RM700 juta sebab tanah itu saya urus jadi lebih baik," katanya dalam ceramah umum yang diadakan di Taman Mesra, di sini, semalam. Abdul Khalid turut menyelar Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong yang cuba memutar belit fakta berhubung isu kutipan hutang TALAM oleh kerajaan negeri. "MCA diam. Sekarang kalau MCA beri ceramah malu tak malulah," katanya. Abdul Khalid berkata, ketika menjalankan proses tuntutan hutang itu, beliau dimaklumkan pemilik TALAM bahawa syarikat itu ada membuat pembayaran kepada pihak tertentu dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak dinyatakan indentitinya ketika diberikan tanah berkenaan. "Maka kita dapat lihat dalam PRU lalu, Pakatan Rakyat (PR) berjaya tambah lapan kerusi, BN tinggal 12 kerusi sahaja daripada Umno, manakala MCA langsung tidak ada kerusi. "Orang Kajang tidak payah pilih MCA sebab mereka tidak ada tempat di Dewan Negeri Selangor," katanya. | ||
Zamihan KDN: Bukan isyarat lucah pada Kassim..!! Posted: 12 Mar 2014 07:57 PM PDT Presiden Pertubuhan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Zamihan Mat Zain antara pihak yang paling lantang mengkritik pemikiran kontroversi Kassim Ahmad dalam hal ehwal agama, dengan mengatakan sarjana itu boleh terkeluar daripada Islam. Read More / Baca Lagi >>Bagaimanapun, selepas dialog satu jam setengah di rumah Kassim di Kulim, Kedah, beliau pula menjadi sasaran kritikan, khususnya di Internet apabila bergambar dengan cara yang dipertikaikan bersama Kassim. Sekeping gambar yang dimuat naik ke Internet memaparkan Zamihan, yang juga pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), berdiri di belakang Kassim dengan menunjukkan isyarat tangan ibu jari ke bawah, tanda tidak bagus. Gambar itu mengundang kritikan ramai, khususnya pengguna maya yang merasakan langkah itu tidak patut dibuat dan tidak selari dengan akhlak Islam. Zamihan bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini semalam berkata, beliau tidak kisah perkara yang "sekecil itu" dibangkitkan kerana beliau sudah melaksanakan tanggungjawabnya. "Saya tidak ambil perhatian benda kecil sebegitu, yang penting saya sudah ambil tindakan mendekati Kassim Ahmad dan cuba memperbetulkan fahaman beliau. "Lagipun gambar itu bukan gambar isyarat lucah pun," katanya sambil menjelaskan, isyarat itu dibuat tanda dialog tidak berhasil mencapai kata sepakat dan tidak dengan niat lain. | ||
Adakah pengurus IT dari Chicago dapat menemui MH370 dengan ‘crowdsourcing’? Posted: 12 Mar 2014 07:39 PM PDT Seorang pengurus IT dari Chicago, Amerika Syarikat, mungkin sudah dapat mengesan pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang – hanya dengan melayari Internet. Laporan dalam akhbar Mirror berkata Mike Seberger mungkin menemui lokasi pesawat yang hilang itu selepas meneliti imej satelit beresolusi tinggi yang diambil dari atas laut di mana pesawat tersebut hilang pada pagi Sabtu. Imej yang dijumpai Mike menunjukkan objek berupa kapal terbang di bawah gumpalan awan di Teluk Thailand. Lebih kurang setengah juta sukarelawan mendaftar untuk misi dalam talian itu pada hari pertama, dan sebanyak 100,000 orang menggunakan laman web itu dalam masa seminit. Laman web ini juga sering tergendala kerana trafik yang sesak. Laman web ini berfungsi dengan memberi setiap pengguna sepetak kecil daripada kawasan pencarian itu. Pengguna kemudiannya meneliti imej tersebut dengan terperinci – dalam kaedah ini yang dinamakan sebagai 'crowdsourcing'. | ||
MH370: Malaysia hantar pesawat pencari ke kawasan objek ditemui satelit China Posted: 12 Mar 2014 07:25 PM PDT Malaysia menghantar pesawat menuju ke kawasan tiga objek ditemui satelit China yang disyaki kawasan penerbangan Malaysia Airlines 370 terhempas, lapor CNN. CNN memetik sumber daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tidak mahu dinamakan yang memaklumkan mereka pagi ini. Awal hari ini, satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines 370 yang hilang pada Sabtu menemui "kawasan disyaki pesawat terhempas", lapor CNN memetik agensi kerajaan China, yang berkemungkinan menjadi petunjuk baru dalam misi mencari dan menyelamat hari keenam ini. "Satelit China menjumpai asap dan objek terapung.. pada masa ini kami tidak dapat mengesahkan ia berkaitan dengan pesawat Malaysia yang hilang," Li Jiaxiang memberitahu wartawan semasa mesyuarat tahunan Parlimen China. Beliau menambah bahawa tiada sebarang bukti angkatan tentera Malaysia sedang menyembunyikan maklumat tentang pesawat itu. | ||
Bebomoh.. Tahyul, Khurafat, Kerja Bodoh & Tidak Waras. - Dr Mohd Asri Posted: 12 Mar 2014 07:23 PM PDT Bomoh Ibrahim Mat Zin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sedang berusaha membantu pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370. Hari ini masuk hari kelima semanjak pesawat MH370 hilang pada Sabtu . Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar sebelah) menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan "khurafat dan tahyul" itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras. "Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam. Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu. Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan "khurafat dan tahyul" itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras. "Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam. Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu. Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan "khurafat dan tahyul" itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras. | ||
Trending 'tikar terbang', syirik dan memalukan Posted: 12 Mar 2014 07:22 PM PDT SHAH ALAM - Belum pun habis kontroversi upacara ritual 'buluh bubu', masyarakat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan aksi 'tikar terbang' oleh Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang dilihat bersungguh-sungguh mahu membantu pihak berkuasa mencari pesawat MH370. Read More / Baca Lagi >>Parodi 'tikar terbang' yang sudah tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter sejak petang semalam menjadi trending seluruh masyarakat termasuk golongan pemimpin politik dan anak-anak muda. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam turut memuat turun gambar tiga jururawat hospital swasta sedang duduk di atas tikar dan berpura-pura 'berlepas' ke udara untuk memperkasakan lagi usaha mencari pesawat MH370. "Harap-harap tidak ada pesakit yang akan bertambah sakit," memetik kenyataannya dari laman Twitter rasminya kira-kira jam 10 malam. Terbaru, Ibrahim Mat Zim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP bersama dua lelaki lain memakai sut lengkap duduk di atas tikar sambil memegang bakul mengkuang dan dua biji kelapa, melakukan ritual untuk berlepas ke ruang angkasa bagi meninjau lokasi pesawat MH370 yang hilang. Pengguna media sosial rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan aksi "Zam-Zam Alakazam" seperti filem Laksamana Do Re Mi itu. | ||
MH370: Jangan tanya saya tentang pasport curi kata IGP Posted: 12 Mar 2014 07:20 PM PDT Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas tentang versi bercanggah pasport curi yang digunakan dua rakyat Iran untuk menaiki penerbangan MH370. "Elok saya jangan bercakap. Tanyalah pada Interpol, tanyalah pada (Jabatan) Imigresan, janganlah tanya pada saya," katanya sewaktu ditanya wartawan tentang perkara itu selepas Malam Anugerah Sukan PDRM 2013, di Cheras malam tadi. "Saya rasa hari ini saya tak mahu cakap apa-apa juga tentang perkembangan siasatan ini," katanya sambil memberi jaminan beliau akan memberi taklimat tentang perkara itu dalam masa terdekat nanti. Jabatan Imigresen dan Interpol didapati mengeluarkan kenyataan yang bercanggah mengenai pasport curi yang digunakan oleh dua rakyat Iran untuk menaiki penerbangan MH370. Bercanggah dengan versi Interpol, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat berkata pasangan itu masuk ke Malaysia, masing-masing menggunakan pasport Itali dan Austria. Aloyah berkata, Pouria Nourmohammadi, 19, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Februari pada jam 8.28 malam dan mengemukakan pasport Austria. Rakyat Iran kedua, Delavar Seyed mohammaderza, 29, tiba di KLIA pada 7 Mac jam 10.43 malam dengan pasport Itali. Aloyah berkata kedua-dua lelaki itu dibenarkan masuk ke Malaysia berdasarkan tatacara operasi standard (SOP) oleh pegawai imigresen yang tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena. Bagaimanapun, versi Interpol pula, seperti yang dilaporkan oleh Reuters berkata kedua-duanya datang dari Doha ke Kuala Lumpur menggunakan pasport Iran. | ||
Posted: 12 Mar 2014 07:18 PM PDT Walaupun MH370 mungkin terjumpa, namun pelbagai soalan telah mula membelenggu negara kita yang mesti ditangani segera oleh semua. Kejadian kehilangan sebuah pesawat bukanlah sesuatu yang tidak pernah terjadi tetapi dalam kejadian ini, soalan-soalan yang tidak terjawab telah mengakibatkan khabar-khabar angin yang keterlalauan. Di laman-laman sosial seperti Facebook dan twitter, ada sahaja pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membuat komen-komen yang tidak masuk akal atau memperlekehkan orang lain. Walau bagaimanapun, dari kita membuang masa membidas kelakuan mereka, adalah lebih penting jika pihak bertanggungjawab dalam menangani tragedi ini bertindak dengan lebih profesional and teratur. Boleh dikatakan bahawa menteri-menteri kita tidak cekap langsung dalam menyalurkan informasi yang terkini, bukan sahaja kepada media tetapi juga kepada saudara-mara penumpang-penumpang MH370. Kenyataan-kenyataan yang bercanggah hanya mampu mengeruhkan keadaan yang ada pada masa kini. Bayangkan diri kita sendiri jika dibiarkan dalam situasi yang memilukan lagi terpinga-pinga untuk mendapat jawapan yang membawa erti dan logik kepada kita. Pelbagai teori disuap oleh pihak berkuasa tanpa berfikir panjang. Akibatnya selepas lebih lima hari MH370 hilang, saudara mara penumpang kelihatan lebih bengang dengan tatacara krisis ini ditangani. Tidak masuk akal jika hanya selepas tiga hari pencarian dilakukan sebelah perairan pantai Timur Malaysia, tiba-tiba Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) mengeluarkan kenyataan bahawa ada rekod menunjukkan kapalterbang tersebut membuat "Pusingan-U" merentasi bahagian utara Semananjung Malaysia; ke arah barat semenanjung. Pencarian sekarang diperluaskan pula ke arah Selat Melaka. Soalnya: tidakkah mereka bertanggungjawab untuk bertindak lebih pantas dan secara terperinci memandangkan tahap keseriusan kejadian ini? Usaha awal oleh 10 negara dalam operasi ini mungkin boleh digembeling dengan lebih efisien dari awal-awal lagi. Sindiket pemerdagangan manusia Dalam pada itu, penggunaan paspot yang dicuri di Thailand oleh dua warga Iran sama sekali tidak boleh diambil remeh oleh pihak polis dan imigresen Malaysia. Bayangkan berapa ramai mungkin telah terlepas sebelum kejadian ini dari pemantauan pemerdagangan manusia, kecurian identiti dan sindikit-sindikit antarabangsa lain. Adakah kita hanya bertindak dengan mata terbeliak bilamana malapetaka sebesar ini berlaku sambil mengambil sikap terlena sebelum itu? Read More / Baca Lagi >> | ||
AGAKNYA APA YANG OBAMA FIKIRKAN BILA TENGOK GELAGAT RAJA BOMOH ...!!!! Posted: 12 Mar 2014 06:52 PM PDT | ||
Setelah hampir seluruh dunia gelak kat kita.. Raja bomoh kata tak tahu di mana MH370...!!! Posted: 12 Mar 2014 06:47 PM PDT Raja bomoh Ibrahim Mat Zin yang popular selepas mendakwa pernah 'menampar' mati seekor buaya hari ini meluahkan rasa bingung keatas kehilangan pesawat MH370 Sabtu lepas. Ditemui di KLIA tengahari ini, Ibrahim bersama sama beberapa pengikut lain dilihat sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat tersebut serta menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan jampi serapah. "Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada," kata Ibrahim dalam nada bingung. "Tetapi saya sedang cuba sedaya upaya untuk membantu dalam misi pencarian ini. Saya tidak menggunakan jampi," "Saya ikhlas dalam hal ini," tambah beliau. Semasa upacara tersebut Ibrahim dilihat membawa dua biji buah kelapa. Ketika ditanya, beliau menjawab bahawa kelapa tersebut bertujuan untuk melepaskan tahanan didalam kapal terbang. "Simboliknya, dua biji kelapa ini akan dilagakan kerana dapat melepaskan kubu tahanan ghaib," "Andainya di udara ataupun di laut dapat ditimbulkan kerana kelapa tidak tenggelam," ujar beliau lapor Free Malaysia Today.. Elok sangatlah tu.. setelah hampir satu dunia gelak kat kita rakyat Malaysia ni.. dia kata dia tak tahu.. Antara negara yang rakyatnya mempersendakan Malaysia kerana menggunakan khidmat Bomoh UMNO ini ialah rakyat Negara China.. ) (Siapakah Yang Arahkan Bomoh Ni..???) Baca ni... Read More / Baca Lagi >> | ||
[EDISI MEMALUKAN] Apa Sudah Jadi Ni? Posted: 12 Mar 2014 06:43 PM PDT Nampaknya semakin parah gerakan takhyul dan khurafat apabila dibiarkan. Lihat sajalah foto di atas. Tapi malangnya tak oriiginal. Sudah ciplak idea P.Ramli... zam zam ala kazam... Keratan akhbar di bawah ini jelas menyatakan rawatan perbomohan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin sudah diputuskan sesat oleh panel JAKIM pada tahun 2004. Tetapi malangnya masihkah ramai Melayu yang masih mahu percaya kepada hal-hal takhyul dan khurafat atau JAKIM sendiri sudah terlupa keputusannya itu atau kerana ...? ADA HUBUNGAN DGN UMNO BN? MAKA ITU TIADA TINDAKAN DIAMBIL? SEMALAM YANG TERBARU EDISI PARODI oleh warga siber. Saksikan: OOOOOH MY GOD! | ||
MH370: Pegawai Jais pantau KLIA elak bomoh lakukan ritual Posted: 12 Mar 2014 06:42 PM PDT SEPANG: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lepas. Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais Hardi Mohd Sadali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang. Pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang ini, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Anjung Tinjau di sini malam tadi. Sepasukan 15 pegawai dan anggota daripada JAIS melakukan pemantauan di Anjung Tinjau selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua, malam tadi. Pasukan penguat kuasa Jais yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada 10.15 malam. Tengah hari semalam, Ibrahim yang mendakwa "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji buah kelapa yang tidak diketahui fungsinya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Satelit China temui ‘kawasan disyaki’ MH370 terhempas Posted: 12 Mar 2014 06:39 PM PDT Satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines 370 yang hilang pada Sabtu menemui "kawasan disyaki pesawat terhempas", lapor CNN memetik agensi kerajaan China, yang berkemungkinan menjadi petunjuk baru dalam misi mencari dan menyelamat hari keenam ini. Objek ditemui satelit tidak kecil: 13 x 18 meter (43 x 59 kaki), 14 x 19 meter (46 x 62 kaki) dan 24 x 22 meter (79 kaki x 72 kaki). Sebagai rujukan, lebar sayap Boeing 777-200ER yang hilang adalah kira-kira 61 meter (200 kaki) dan panjang keseluruhannya adalah kira-kira 64 meter (210 kaki). Imej-imej diambil pada 9 Mac, sehari selepas pesawat hilang, tetapi tidak didedahkan sehingga awal pagi ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Rekod radar mungkin bantu rungkai kehilangan MH370 Posted: 12 Mar 2014 04:32 PM PDT Petunjuk terbaharu itu bagaimanapun terus mencetus pelbagai teori berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200ER yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal Sabtu lepas. Pihak berkuasa Malaysia kini bekerjasama dengan pakar penerbangan antarabangsa meneliti kedua-dua rekod radar Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan militari berhubung laluan penerbangan MH370 sebelum pesawat itu hilang. Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat, Lembaga Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dan Syarikat Boeing dalam meneliti rekod kedua-dua radar. Beliau berkata radar DCA menunjukkan butiran bahawa terdapat pesawat yang terbang di ruang udara negara. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pasport Curi: Penjelasan PDRM Gambar Edit Penumpang MH370..!!! Posted: 12 Mar 2014 04:31 PM PDT Penjelasan PDRM isu gambar edit dua penumpang MH370 yang menggunakan pasport curi. Foto dua penumpang warga Iran dalam pesawat MH370 telah mencetuskan kontroversi dilaman sosial apabila gambar kaki suspek utama tidak selari dengan foto badannya. Kesimpulannya, foto kaki suspek kedua digunakan dan dicantum kepada foto suspek pertama supaya menghasilkan gambar satu anggota badan yang lengkap. Berikut adalah penjelasan rasmi PDRM mengenai isu atau persoalan yang ditimbulkan oleh pengguna laman sosial. Penjelasan PDRM Gambar Edit Penumpang MH370 Pasport Curi Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata gambar-gambar itu diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). "Kami tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua tercabut. Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama," katanya. Asmawati mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar dan kaki yang sama. Menurutnya lagi, kedua-dua foto tersebut adalah sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka kedua-dua lelaki itu jelas kelihatan. | ||
What's the big deal about transponders? Posted: 12 Mar 2014 04:16 PM PDT ) | ||
How YOU can help with Flight 370 search Posted: 12 Mar 2014 04:15 PM PDT ) | ||
China: Satellite images may show plane wreckage Posted: 12 Mar 2014 04:14 PM PDT ) | ||
Breaking down possible Malaysia flight wreckage images Posted: 12 Mar 2014 04:13 PM PDT ) | ||
Pengurusan krisis MH370 perlu diperkasakan Posted: 12 Mar 2014 08:24 AM PDT Dunia terus terkejut dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sebelum dinihari Sabtu 8 Mac 2014. Hingga kini segala usaha untuk mencari kesan pesawat dan 239 orang penumpang serta anak kapal yang malang masih belum berjaya. Rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa kini mula melahirkan kegusaran dengan cara pengendalian tragedi yang sangat mengecewakan. Sehingga kini tidak terdapat satu task force yang mantap, dengan struktur yang jelas, kesatuan gerak kerja dan penampilan media yang professional dan meyakinkan. Contohnya siapakah jurucakap rasmi bagi krisis ini? Kenapa setiap agensi berlumba-lumba memberikan maklumat dan terdapat percangahan maklumat yang ketara, misalnya mengenai lima orang yang didakwa mendaftar masuk tetapi tidak menaiki pesawat. Begitu juga dengan identiti pemegang pasport palsu yang sebutkan oleh seorang menteri sebagai berwajah Asia tetapi akhirnya dibuktikan sebaliknya. Persoalan juga timbul mengenai pihak angkatan tentera yang mengumumkan pencarian di Selat Melaka dan kemudian menarik balik pengesahan bahawa pesawat dikesan terbang ke Selat Melaka. Dalam keadaan rakyat dan dunia tertanya-tanya mengenai nasib yang menimpa penerbangan MH370, kecekapan dan profesionalisme Malaysia juga tercabar dan sehingga kini kecelaruan ini mencalar kewibawaan negara. Kita amat berharap kerajaan mewujudkan satu task-force yang padu dan professional untuk menangani tragedi ini. Task force ini wajib mempunyai garis arahan yang jelas, struktur yg mantap dan seorang jurucakap yang berwibawa. Kegagalan negara menangani krisis ini dengan professional akan terus menjadikan tindak-tanduk kita sebagai bahan ketawa masyarakat antarabangsa serta menjatuhkan imej negara. * Dr Omar Yaakob Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia. | ||
Misteri MH370 Kini Mula Bertukar Menjadi Tekanan Terhadap Najib Posted: 12 Mar 2014 08:06 AM PDT Misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari kelima tanpa sebarang jawapan kini sudah beransur-ansur bertukar menjadi tekanan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak di mana pelbagai pihak sama ada dalam negara, mahu pun antarabangsa mulai melihat aspek kecelaruan, tiada kesepakatan dan saling tuduh-menuduh dalam proses mencari jawapan pesawat yang hilang itu. Sementara waris mangsa turut merungut kerana sejak hari pertama lagi tiada keselarasan dalam menyampaikan maklumat sehingga ada yang meluahkan kemarahan dengan membaling air kepada petugas MAS di Beijing, rakyat dalam negara dan masyarakat antarabangsa juga turut keliru dengan perbagai maklumat yang bercampur-campur antara yang benar dengan yang palsu. Walaupun pelbagai pihak daripada semua keturunan, agama dan kepercayaan tidak putus-putus mendoakan agar pesawat yang ditakrifkan hilang itu segera ditemui dan semua penumpangnya selamat, mereka juga sebenarnya ingin mendapatkan maklumat terkini yang pantas dan tepat. Namun hari demi hari yang berlalu sebenarnya lebih membuktikan kira tidak cukup bersedia untuk menghadapi krisis dan bencana yang menimpa. Daripada pimpinan kerajaan, jabatan kerajaan dan ketua-ketua jabatan yang berkaitan terlihat seperti hilang punca dalam menangani dan menyalurkan maklumat mengenai insiden ini. Hishammuddin Hussein yang diberi dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan dan memangku di Kementerian Pengangkutan oleh Najib Razak sebagai sebahagian pelan meningkatkan imejnya di kalangan perwakilan UMNO dan seharusnya bertanggungjawab penuh dalam menyeleras dan memastikan maklumat yang tepat disalurkan kepada pelbagai pihak, ternyata gagal berbuat demikian. Bloomberg hari ini, setelah hari kelima kehilangan pesawat itu masih menjadi misteri, secara terbuka mengkritik ketidakselarasan dan ketidakcekapan Malaysia dalam mengurus krisis yang digambarkan sebagai salah satu kelemahan kepimpinan Perdana Menteri kerana masih terbelenggu dengan kawalan ketat terhadap maklumat yang diamalkan kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan