Kelab Greenboc |
- Polis Kata Gambar Bertindih Semasa Fotokopi... Dimana Profesyenalismenya?
- [TERKINI] Pekerja Pelantar Minyak New Zealand Dakwa Nampak Pesawat Terbakar
- [TERKINI] Kawasan Disyaki Bangkai Pesawat MH370 Ditemui
- [EDISI MEMALUKAN] Apa Sudah Jadi Ni?
- [TERKINI] Jika Benar Ia Milik MH370, Memang Sesuatu Yang "Ajaib"!
Polis Kata Gambar Bertindih Semasa Fotokopi... Dimana Profesyenalismenya? Posted: 13 Mar 2014 01:25 AM PDT PDRM Nafi Ubahsuai Gambar Dua Individu Misteri Bukit Aman menafikan Polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri yang menaiki pesawat MAS MH370. Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata gambar-gambar itu diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). "Kami tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua tercabut. "Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama," katanya ketika dihubungi pada Rabu. Asmawati mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar dan kaki yang sama. "Kedua-dua foto sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka kedua-dua lelaki itu jelas kelihatan," katanya. Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa polis telah mengenal pasti salah seorang individu misteri sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19. Beliau percaya lelaki tersebut menuju ke Frankfurt, Jerman dan tiada kaitan dengan pengganas. Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata Interpol mengenalpasti individu kedua sebagai warga Iran, Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. -mstar ULASAN GB "Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama," Di dalam hal sebegini penting, bolehkan hendak fotokopi pun tak faham-faham? Bukankah itu menunjukkan tidak profesyenalnya anggota polis di dalam melakukan kerja yang begitu kecil? Jika kerja sebegitu kecil seperti fotokopi pun melakukan kesilapan apatah lagi di dalam hal-hal yang lebih besar? Satu-satu maklumat penting yang diedarkan kepada umum tidak sepatutnya mempunyai kesilapan apatah lagi kesilapan yang bersifat kecuaian. Ini mengingatkan kita tentang kisah pegawai penyiasat polis bernama Jude Blacious Pereira yang didakwa telah mengusik sample bahan bukti dengan memotong plastik yang sepatutnya sampel itu TIDAK sepatutnya diusik lansung bagi mempastikan TIADA KERAGUAN terhadap bahan bukti berkenaan. Kita bukan nak merendah-rendahkan kewibawaan pihak polis tetapi ruang masih banyak untuk PDRM menngkatkan professionalismenya dan mutu kerjanya supaya ia tidak menjadi isu seperti kes gambar photofit warga Iran berkenaan. |
[TERKINI] Pekerja Pelantar Minyak New Zealand Dakwa Nampak Pesawat Terbakar Posted: 12 Mar 2014 11:30 PM PDT Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang. Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay. Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam. Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370. Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang. Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur. Pesawat itu dilaporkan bergerak dari arah barat daya dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi. Susulan itu, Mckay menjelaskan beliau telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu. -astoawani
|
[TERKINI] Kawasan Disyaki Bangkai Pesawat MH370 Ditemui Posted: 12 Mar 2014 09:02 PM PDT Sebuah satelit negara China yang mengkaji kehilangan pesawat MH370 telah menemui satu kawasan yang disyaki berlaku kemalangan di laut", yang menurut pakar merupakan satu petunjuk kukuh di dalam usaha mencari pesawat yang hilang tersebut. Tiga imej satelit, yang dikeluarkan oleh pihak Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri negara China, telah muncul bagi menunjukkan serpihan bangkai yang berada di laut pada hari Ahad - sehari selepas pesawat yang membawa 239 orang hilang. Imej ini, pertama kali dikeluarkan oleh CCTV Amerika, menunjukkan satu objek di lautan dikesan oleh satelit China pada hari Ahad. Satelit itu menemukan tiga tompok yang berlainan saiz, yang terbesar bersaiz 24m kali 22m. Menurut CNN, agensi Cina itu juga telah memberikan koordinat 105.63 longitud timur dan 6.7 latitud utara, yang menunjukkan ia berada di perairan timur laut dari tempat ia berlepas di Kuala Lumpur, Malaysia dan sebelah selatan Vietnam serta berhampiran dengan kawasan di mana pesawat itu dikesani terputus hubungan. Tapak carian baru adalah lebih kurang 225km ( 140k batu) dari kedudukan MH370 itu hilang. Seorang bekas pegawai keselamatan Penerbangan Amerika berkata imej-imej berkenaan merupakan satu petunjuk kuat yang pertama yang ditemui selaras dengan laluan penerbangan pesawat Malaysia Airlines itu. Peter Goelz , bekas pengarah urusan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat, memberitahu CNN: "Ini (imej) adalah satu bukti kukuh yang kita ada setakat ini di mana ia beada di laluan penerbangan yang betul." -news.com.au/terjemahan bebas oleh GB |
[EDISI MEMALUKAN] Apa Sudah Jadi Ni? Posted: 12 Mar 2014 04:05 PM PDT Nampaknya semakin parah gerakan takhyul dan khurafat apabila dibiarkan. Lihat sajalah foto di atas. Tapi malangnya tak oriiginal. Sudah ciplak idea P.Ramli... zam zam ala kazam... Keratan akhbar di bawah ini jelas menyatakan rawatan perbomohan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin sudah diputuskan sesat oleh panel JAKIM pada tahun 2004. Tetapi malangnya masihkah ramai Melayu yang masih mahu percaya kepada hal-hal takhyul dan khurafat atau JAKIM sendiri sudah terlupa keputusannya itu atau kerana ...? ADA HUBUNGAN DGN UMNO BN? MAKA ITU TIADA TINDAKAN DIAMBIL? SEMALAM YANG TERBARU AGAKNYA APA YANG OBAMA FIKIRKAN BLA TENGOK GELAGAT BOMOH INI? EDISI PARODI oleh warga siber. Saksikan: OOOOOH MY GOD! klik untuk baca |
[TERKINI] Jika Benar Ia Milik MH370, Memang Sesuatu Yang "Ajaib"! Posted: 12 Mar 2014 05:01 AM PDT Nelayan Port Dickson dakwa jumpa objek menyerupai rakit penyelamat pesawat Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson tengah hari semalam, lapor Sinar Harian. Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat. Menurut akhbar harian itu, Azman yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 bersama tiga rakan lain, tertarik untuk mendapatkan objek berkenaan. "Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya. Dia yang keluar menangkap ikan jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam tadi memaklumkan penemuan itu kepada Berita Harian. Katanya, penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370. "Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan 'boarding' pada objek itu," katanya. Beliau berkata, sejurus bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka menyambung kerja menangkap ikan. Jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke tempat kejadian. Bagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM, lapor akhbar itu lagi. Hari ini masuk hari ke lima pesawat MH370 selepas hilang Sabtu lepas dan sehingga kini, sudah empat laporan saksi berkaitan kapal terbang ini. Penduduk Pengkalan Chepa, Kelantan, melihat kapal terbang rendah, penduduk Tumpat melihat pesawat dengan ekor terbakar, nelayan di Marang mendengar bunyi yang kuat dan kini nelayan Port Dickson menemui objek umpama rakit keselamatan pesawat itu. Kesemua maklumat ini selaras dengan kenyataan TUDM bahawa radar mereka mengesan pesawat ini berpatah balik selepas satu jam terbang dan hilang di perairan Vietnam. – TMI.
ULASAN GB Terbang ke China, tapi temui rakit penyelamat di Selat Melaka. Bukankah itu satu yang "ajaib"? Mungkin benar pesawat itu berpatah balik... dan mungkin sebab itu tiada ditemui di Laut Cina Selatan... wallahu 'alam. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan