Jumaat, 7 Mac 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini Di Kajang!

Posted: 07 Mar 2014 07:17 AM PST

Pimpinan pakatan rakyat sedang memberi ucapan dan sedang menyatakan sokongan kepada anwar dan perjuangan rakyat.

Laknat pemimpin zalim!

Anwar umum tidak bertanding PRK DUN Kajang, akan terus berkempen

Posted: 07 Mar 2014 04:27 AM PST



Astro Awani

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui wartawan sebaik keluar dari Istana Kehakiman Putrajaya mengesahkan beliau bukan lagi calon PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Sesiapapun yang ganti, beliau mestilah calon lebih baik," katanya.

Anwar bagaimanapun menegaskan beliau akan terus berkempen untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac nanti.

Ketua Pembangkang itu hilang kelayakan bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang setelah mahkamah rayuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium enam tahun lepas.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjaran lima tahun atas kesalahan tersebut dan Anwar dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Persoalan yang timbul kini, ialah siapakah yang bakal dipertaruhkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Nama dua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail disebut-sebut bakal menggantikan Anwar sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang dilaksanakan pada 23 Mac nanti manakala penamaan calon pula pada 11 Mac.

MB: Keputusan Mahkamah Rayuan episod hitam institusi kehakiman negara

Posted: 07 Mar 2014 04:09 AM PST



SHAH ALAM 7 MAC: Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung kes Fitnah II sebagai episod hitam dalam institusi kehakiman negara.

Menteri Besar Selangor itu kesal dengan keputusan mahkamah berkenaan yang memenjarakan semula Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Satu lagi episod hitam dalam institusi kehakiman negara. Moga Datuk Seri Dr Wan Azizah serta keluarga bersabar atas ujian dan dugaan ini," katanya melalui twiter petang ini.

Khalid dan Anwar memiliki hubungan rapat yang berterusan apabila mereka bersama-sama memperjuangkan rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Gandingan itu juga memainkan peranan penting apabila Khalid dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang ditandingi Anwar.

- FZL

Liwat II: Anwar didapati bersalah, 5 tahun penjara, tidak layak bertanding di Kajang

Posted: 07 Mar 2014 03:07 AM PST



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pihak pendakwaan kes liwat II untuk mengenepikan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi dua tahun lalu atas kesalahan meliwat.

Ketua Pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas di sebuah kondominium di Damansara.

Dengan keputusan ini, mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dijadualkan berlangsung 23 Mac nanti.

Keputusan tersebut dibacakan Hakim Balia Yusof dan menegaskan ia adalah keputusan sebulat suara panel hakim.

Balia Yusof yang mengetuai panel berkenaan memberitahu panel integriti bahawa bahan bukti telah dikompromi.

Sebelum itu, mahkamah diberitahu profil DNA pihak ketiga ditemui di bahagian dubur Saiful.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula berhujah pihak pendakwa gagal menjelaskan sumber DNA berkenaan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Anwar didapati bersalah liwat Saiful Bukhari - Mahkamah Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Posted: 07 Mar 2014 02:49 AM PST

PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan sebulat suara itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sejurus keputusan dibacakan, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilihat meluru kepadanya.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, memohon mahkamah memberi tempoh seminggu bagi melakukan mitigasi.

Bagaimanpun, permohonan itu dibantah Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memaklumkan bahawa pihaknya sudah menunggu sejak Julai untuk membuat rayuan.

Mahkamah Rayuan kemudian memberi tempoh satu jam bagi membolehkan pihak pendakwaan melakukan mitigasi. Perkara itu kemudian dibantah Karpal yang memaklumkan bahawa terdapat agenda untuk memcepatkan keputusan.

Perkara itu kemudian dibantah Karpal yang memaklumkan bahawa terdapat agenda untuk memcepatkan keputusan.
Keadaan Mahkamah Rayuan turut bertukar riuh apabila penyokong Anwar tiba-tiba menjerit.

Tiada ulasan: