DIALOG RAKYAT |
- Fitnah II: Bukti dikemuka pasukan pendakwa rapuh
- Kes telur busuk: Polis ambil keterangan lelaki
- Imam Muda Tegur Hanez Suraya Bercuti Dengan Bukan Mahram Ke Luarnegara
- Hindraf persoal JK kabinet kaum India dipulih
- TV3 cabar integriti hakim dalam kes Nizar
- Leman Raja Lawak ketuai desakan tetap harga getah
- Mungkinkah keputusan rayuan Liwat II diumum hari ini?
- MBPJ : 10 bas percuma mulai April
- Kembalikan hak air untuk rakyat jadi legasi terbaru saya – MB
Fitnah II: Bukti dikemuka pasukan pendakwa rapuh Posted: 06 Mar 2014 08:35 PM PST Oleh: Sidiqin Omar PUTRAJAYA : Bukti yang dikemukakan pasukan pendakwaan yang terdiri daripada eksibit dan penemuan DNA dari tubuh pengadu tidak berwibawa dan rapuh, kata ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. Beliau yang juga seorang peguan berkata, Shafee turut berhujah memutar belit beberapa perkara termasuk alibi Anwar Ibrahim, bukti ahli parlimen Permaang pauh itu tidak berada di unit kondominium Desa Damansara ketika kejadian didakwa berlaku. "Bagi saya Shafee banyak bangkitkan beberapa isu yang tidak susah untuk dibalas. (Malah) Shafee putar beberapa isu termasuk isu alibi. "Dia putar fakta dan tak dapat buktikan sepanjang perbicaraan Apa yang cuba dibuktikan hanya kewujdan DNA," kata Sivarasa ketika ditemi Keadilandaily di Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini. Menurut Sivarasa, Shafee berhujah bahawa sampel DNA diambil dari tubuh pengadu 48 jam sebelum diserahkan kepada pakar untuk pemeriksaan. Sampel itu kemudiannya disimpan di dalam kabinet biasa, bukannya di dalam peti simpanan selamat yang biasanya diguna pengamal perubatan. Malah, kata Sivarasa, sampel itu kemudiannya dibuka oleh pegawai pemyasat, DSP Jude Pereira di antara tempoh tersebut. "Pakar DNA Australia, Dr Brian MacDonalds berkata, DNA tersebut dalam keadaan lengkap (pristine) dan tiada pencemaran, seolah-olah ini DNA yang baru diambil. Ia mustahil," kata Sivarasa. Kata Sivarasa, dalam tempoh 48 jam, kualiti eksibit DBA tersebut pada kebiasannya telah menurun (degradation). "Ini tak masuk akal. Kalau kenyataan diambil, jelas ia rekacipta. Hakim wajar memutuskan wujud keraguan munasabah," kata Sivarasa. |
Kes telur busuk: Polis ambil keterangan lelaki Posted: 06 Mar 2014 08:29 PM PST BUTTERWORTH - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian telur busuk pecah di tangan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok ketika bersalam dengan seorang pengunjung semasa ceramah anjuran pakatan pembangkang di Taman Cermai di sini malam semalam. Lelaki berusia 25 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas polis mengambil keterangannya. "Siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan dan kami minta orang ramai tidak buat sebarang spekulasi... biar polis siasat," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Teresa dihampiri seorang lelaki dan telur busuk yang berada dalam genggaman lelaki berkenaan pecah ketika mereka bersalam. Susulan itu, keadaan bertukar kecoh dan Kok segera dibawa keluar dari tempat ceramah dengan kawalan ketat Unit Amal Pas, manakala lelaki terbabit ditahan penyokong pakatan pembangkang sebelum diserah kepada polis. Sementara itu dalam kes berasingan, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera di kepala dan menerima 10 jahitan selepas dilapor dipukul bapa saudaranya dengan topi keledar dan kerusi plastik di rumahnya di sini Ahad lepas. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Pulau Pinang Superintendan Shahurinain Jais yang melawat kanak-kanak itu di Hospital Seberang Jaya di sini hari ini, berkata kanak-kanak tersebut dilapor dipukul kerana mengoyakkan buku teks ketika membuat kerja sekolahnya. "Beberapa anggota keluarga yang turut berada di dalam rumah menghalang lelaki terbabit dan membawa kanak-kanak berkenaan ke hospital sebelum membuat laporan polis," katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu. Beliau berkata berikutan kejadian itu polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan. - Bernama |
Imam Muda Tegur Hanez Suraya Bercuti Dengan Bukan Mahram Ke Luarnegara Posted: 06 Mar 2014 08:26 PM PST KELAB GREENBOCHanez Suraya 'ditegur' Imam? BAHARU sahaja menjengah bulan ketiga dalam tahun 2014, namun pelbagai kontroversi yang terpalit di kalangan selebriti tempatan. Bukan sahaja kisah penceraian artis, malah mereka juga turut terlibat dalam beberapa kontroversi lain seperti saman-menyaman, pergaduhan sesama artis dan juga hubungan bersama suami orang. Salah seorang daripada mereka adalah selebriti cantik, Hanez Suraya yang turut menjadi 'mangsa' dalam kemelut rumah tangga orang. Walaupun baharu kelmarin, Hanez tampil mengadakan sidang media untuk membersihkan namanya dari tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan, masih ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti itu. Apatah lagi, gambar-gambar mesra ketika percutian pelakon ini bersama Mr R atau nama sebenarnya, Romie Razin Adilha, mula tersebar. Seakan terpanggil untuk memberi teguran, Juara Imam Muda Musim Kedua, menerusi laman sosial, Facebook, miliknya tampil bersuara. Walaupun tulisannya itu tidak 'bernama', namun ramai yang boleh mengagak ianya ditujukan kepada pelakon ini. Meskipun tidak menyentuh mengenai masalah tiga penjuru yang dihadapi selebriti ini, namun Imam Muda Hassan, tetap mengingatkan bahawa percutian dengan bukan mahram tetap haram walaupun berteman. "Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara! "Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal. "Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram," katanya. Tambah Hassan, perkara ini tidak perlu timbul kerana masing-masing pasti tahu batas-batas pergaulan antara bukan mahram. "Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja... Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang. "Jangan cuba menghalalkan yang haram!," tegasnya lagi. -SH |
Hindraf persoal JK kabinet kaum India dipulih Posted: 06 Mar 2014 08:16 PM PST MALAYSIAKINI Setiausaha Persatuan Hindraf Malaysia (PHM), P Ramesh mempersoalkan langkah kerajaan untuk memulihkan jawatankuasa kabinet mengenai halehwal masyarakat India, dan bertanya sama ada ia satu langkah panik untuk mengembalikan sokongan masyarakat India terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Katanya, langkah tersebut akan menemui kegagalan kerana jawatankuasa lain yang mensasarkan masyarakat Inia Malaysia India telah gagal, dan rakyat telah hilang kepercayaan kepada kerajaan. Katanya, jika perdana menteri cuba untuk mengambil hati masyarakat India bahawa beliau berpegang pada janjinya dengan memulihkan jawatankuasa kabinet yang sudah mati, maka beliau silap dalam penilaiannya mengenai jiwa masyarakat India. Masyarakat India, katanya, telah serik dengan janji-janji BN yang dikotai dan mainan wayang kulit mereka bersama dengan sekutu politik India mereka. Mereka telah benar-benar hilang harapan terhadap MIC, kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini. Menurut portal berita Free Malaysia Today, semalam Najib telah mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu yang tidak aktif sejak tahun 2010. |
TV3 cabar integriti hakim dalam kes Nizar Posted: 06 Mar 2014 08:06 PM PST MALAYSIAKINI TV3 memfailkan usul untuk mengetepikan penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang memihak kepada bekas menteri besar Perak yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana kemungkinan hakim "berat sebelah". Menurut usul itu yang difailkan pagi ini dan dilihat oleh Malaysiakini, stesen penyiar itu berkata ini kerana Hakim Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof yang mempengerusikan panel hakim "sepatutnya hilang kelayakan" kerana penglibatan beliau dengan PAS. Pihak responden berhujah bahawa Hakim Mohamad Ariff bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket PAS dan terus aktif dalam parti itu walaupun selepas dia kalah dalam pilihan raya tersebut. Malah, menurut usul tersebut, Hakim Mohamad Ariff telah terpilih sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS untuk sesi 2007-2009. Tambahnya, antara penglibatan Hakim Mohammad Ariff dalam PAS ialah bertindak sebagai penasihat undang-undang dan peguam dalam beberapa petisyen pilihan raya. Ia menambah bahawa oleh kerana panel Mahkamah Rayuan mesti mempunyai sekurang- kurangnya tiga orang ahli, maka kehilangan kelayakan Hakim Ariff, bermakna tidak akan ada kuorum tersebut. Oleh itu, notis usul TV3 itu memohon agar keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Februari lepas, yang memihak kepada Mohammad Nizar, diketepi atas alasan kegagalan kuorum. Usul itu difailkan oleh TV3 dan penerbit Buletin Utama TV3, Rohani Ngah melalui peguam mereka di Messr TH Liew & Partners. Nizar telah menyaman TV3 kerana dakwaan fitnah berhubung laporannya mengenai tweet nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang telah berjaya dibida oleh Sultan Johor. Panel tiga anggota yang dipengerusikan oleh Hakim Mohamad Ariff, sebulat suara membenarkan rayuan Nizar untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM50 juta terhadap TV3. TV3 telah diarahkan membayar kepasdsa Nizar RM30,000 untuk kos undang-undang. |
Leman Raja Lawak ketuai desakan tetap harga getah Posted: 06 Mar 2014 07:57 PM PST MALAYSIAKINI Selebriti program realiti TV Leman Raja Lawak semalam mengetuai himpunan beberapa kumpulan petani dan peladang di bangunan Menara Getah Asli bagi menuntut kerajaan menetapkan harga lantai bagi getah beku. Beliau yang nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim bersama-sama Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang turut menyertai himpunan itu, turut menyerahkan memorandum kepada Lembaga Getah Malaysia di Jalan Ampang. Kumpulan lain yang turut serta ialah Gerakan Pekebun Kecil Getah Gen 2, Kampung Nyalas Melaka, Jaringan Anak Petani SeMalaysia, dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan. Dalam himpunan itu, Suhaizan menamakan Leman untuk mengetuai 'Gerakan Suara Orang Kampung' sebagai inisiatif Pemuda PAS bagi "memperjuangkan keperitan hidup petani, penternak dan nelayan". Dalam memorandum itu, mereka mendesak Lembaga Getah Malaysia mencadangkan kepada kerajaan supaya menetapkan harga lantai getah beku kepada RM4 sekilogram termasuk menyediakan subsidi kepada pekebun kecil getah. Selain itu, mereka juga menuntut mekanisma penentu Harga Penutupan Fizikel (FOB) yang lebih mantap digubal serta merta bagi menggantikan sistem penetapan harga yang sedia ada sekarang. Mereka turut mendesak lembaga itu menetapkan kos proses atau kos kilang pada kadar di bawah RM1/sekilogram dan pihak kilang diwajibkan mematuhi peraturan itu jika tidak boleh ditarik balik lesen. Memorandum itu diterima oleh Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Datuk Dr Salmiah Ahmad. |
Mungkinkah keputusan rayuan Liwat II diumum hari ini? Posted: 06 Mar 2014 07:53 PM PST MALAYSIAKINI Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II bersambung hari ini dengan peguam Ram Karpal meneruskan penghujahannya mengenai sampel air mani yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ram membayangkan kepada mahkamah semalam bahawa beliau memerlukan dua jam lagi untuk mengakhiri hujahnya. Beliau dijangka menyediakan hujah selanjutnya mengenai isu integriti sampel air mani itu dan kemungkinan sampel itu telah diganggu. Tumpuan utama pihak pendakwa dan pembela bergantung ialah integriti sampel itu kerana hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semasa membebaskan Anwar, mendapati ia tidak selamat untuk membuat sabitan kerana sampel itu mungkin telah diganggu. Ia telah didedah di mahkamah bahawa pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira telah membuka beg plastik yang tertutup dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan meletakkan 12 sampel dalam sampul surat berasingan sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia untuk dianalisis. Walaupun peguam yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah bertegaskan bahawa rantaian bukti tidak terjejas walaupun beg plastik dari HKL dibuka, Ram pula menyatakan sebaliknya berkaitan "keaslian" sampel air mani, walaupun diperiksa empat hari selepas kejadian yang dikatakan itu. Selepas kejadian liwat yang dikatakan pada 26 Jun 2008 di kondominium Desa Damansara, Saiful memberi keterangan bahawa dia tidak mandi dan tidak membasuhnya dalam usaha "untuk menyimpan bukti". Dia membuat laporan polis dua hari kemudian dan sampel itu diambil pada malam 28 Jun dan awal pagi 29 Jun. Sampel itu kemudiannya disimpan oleh Pereira, bukan dalam peti sejuk seperti yang diarahkan oleh doktor HKL, tetapi dalam kabinet logam di pejabatnya dan kemudian diserahkan kepada ahli kimia pada malam 30 Jun. Shafee juga telah membuat hujah teknikal bahawa ujian mahkamah hendaklah di atas imbangan kebarangkalian, manakala peguam kanan Karpal Singh berkata itu salah kerana mahkamah perlu menerima pakai pendekatan 'melampaui keraguan yang munasabah'. Dalam prosiding jenayah, pihak pendakwaan sering diperlukan untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala imbangan kebarangkalian biasanya diguna pakai dalam kes-kes sivil. Selepas penghujahan pihak pembela pagi ini, Shafee akan meneruskan penghujahan balas. Beliau mengambil dua setengah jam dalam berhujah kes pendakwaan semalam. Adalah menarik untuk melihat sama ada panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, akan menyampaikan keputusannya hari ini atau sebaliknya mengumumkannya pada tarikh yang lain. Bagi Anwar, keputusan itu boleh menjejaskan usahanya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang di mana tarikh pencalonan telah ditetapkan pada Selasa depan. Malaysiakini membuat laporan langsung hari kedua prosiding rayuan pendakwa terhadap penghakiman dalam Liwat II. LAPORAN LANGSUNG 11.35am: Ram berkata panduan mengenai prosedur ini menyatakan bahawa pemisahan sel perlu dilakukan untuk mengeluarkan sel bukan sperma. "Faktanya, dalam sebahagian sperma yang dianalisis, terdapat sel bukan sperma di dalamnya. "Ia boleh diubah dan jika kenyataan pendakwaan itu (benar) sekalipun, sukar untuk dikatakan bahawa sel sperma itu datang dari 'male Y'," katanya. Ram berkata Seah tidak boleh mengatakan perkara itu dengan pasti, maka Shafee tidak boleh mengatakan bahawa sel sperma itu dari 'male Y' (Anwar)," katanya. 11:30am: Penyokong Anwar Ibrahim beralih lokasi ke bahagian pintu belakang untuk menunggu Anwar keluar dari mahkamah. Kumpulan itu dihiburkan dengan seorang penyokong, dikenali dengan nama Uncle Sow yang membacakan puisi. 11.15am: Ram berkata ujian DNA tidak dijalankan dengan sebaiknya. "Ia tidak dari sumber sel mana DNA itu diperolehi." 11.12am: Persidangan mahkamah bersambung semula. 11.10am: Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang memasuki mahkamah. MP lain yang turut berada di galeri awam ialah Johari Abdul, Wong Chen dan Sim Tze Tzin. 10:57am: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyertai kumpulan penyokong dalam dilihat bertegur sapa dengan individu berkenaan. Sebanyak tiga buah kenderaan pacuan empat roda polis, termasuk unit anjing pengesan juga kelihatan di kawasan tersebut. 10:40am: Kira-kira 80 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul satu kawasan bersebelahan dengan Istana Kehakiman bagi menyatakan sokongan. Menurut seorang penyokong dari Pulau Pinang, mereka berhimpun secara aman di kawasan itu kerana tidak dibenarkan memasuki mahkamah. "Mereka (anggota polis) tidak bagi masuk jadi kita berlumpul di sini lah, tidak mengapa sini redup bawah pokok, kita datang nak sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja," katanya. Kumpulan itu diawasi oleh beberapa orang anggota polis. 10.40am: Persidangan mahkamah ditangguhkan. 10.30am: Ram seterusnya mempertahankan kewibawaan pakar luar negara yang dipertikaikan oleh Shafee sebelum ini. 10.30am: Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik terhadap undang-undang dalam mengenepikan semua itu. Beliau menambah bahawa beban bukti memerlukan integriti sampel itu dijamin. "Bagaimanapun, dalam kes ini ia tidak begitu... Terdapat banyak soalan. Jika terdapat anomali ia sepatutnya memihak kepada tertuduh." 10.20am: Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik dengan berkata Jude hanya memotong membuka beg plastik HKL tetapi tidak mengganggu sampel itu. Namun begitu, kata Ram, berlaku pencemaran yang tidak dapat dijelaskan. "Terdapat dua jenis pencemaran, secara langsung dan tidak langsung. "Kes-kes yang dirujuk oleh Shafee menunjukkan tiada apa yang pelik tetapi dalam kes ini, walaupun jika dikatakan Jude memotong plastik itu, tidak ada penjelasan mengenai degradasi dan pencemaran." 10.10am: Peguam Ram berhujah ada kemungkinan 18 allele berpunca dari pegawai penyiasat Jude Pereira kerana beliau menyimpan sampel untuk itu satu tempoh masa. "Bukan untuk kita bagi membuat spekulasi, tetapi bagi pihak pembela untuk mewujudkan keraguan yang munasabah," kata Ram sambil menambah ia adalah wajib kepada pihak pendakwa untuk mengecualikan kehadiran pihak ketiga itu. 9.50am: Ram mempersoalkan keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong mengenai tuala itu kerana pada mulanya beliau berkata 18 allele itu penting tetapi kemudian apabila ditanya lebih lanjut dalam keterangannya, beliau berkata ia tidak penting. Ram juga menimbulkan persoalan berkaitan keterangan seorang lagi ahli kimia, Nor Aidura Saedon mengenai pemeriksaannya ke atas tuala tersebut. Menurut Ram, Nor Aidura berkata alasan beliau tidak melaporkan mengenai 18 allele itu kerana ia adalah di bawah ambang (threshold) dan ia mengkin satu 'starter'. "Saya katakan kepada beliau ia bukan starter, dan ia tidak mengikut garispanduan Jabatan Kimia dan dia bersetuju. " Pokoknya, kata Ram, 18 allele terdapat di situ, tetapi ahli kimia itu tidak menjalankan ujian lanjut ke atasnya kerana ia adalah dari penyumbang lelaki yang lain. "Ini menunjukkan terdapat pencemaran di dalam sampel intim itu dan kita tidak tahu siapa penyumbangnya itu." 9.40am: Ram seterusnya menyentuh tentang pencemaran. Beliau berkata tuala 'Good Morning' diambil dari sel lokap Anwar mempunyai satu ciri yang tidak dikenali dengan kehadiran 18 allele dalam bacaan DNA. 18 allele, katanya, juga terdapat dalam swab rektum tinggi. Ini bermakna DNA orang ketiga ditemui dalam dubur tetapi tinggi sehingga rektum." Katanya, terdapat dua cara ia boleh berlaku. Melalui hubungan seksual, air mani dipancut dalam dubur. Menurutnya lagi, pengadu (Saiful) berkata dia bukan homoseksual, jadi Ram berkata, bagaimana seseorang boleh menjelaskan kehadiran 18 allele di situ. Ahli kimia berkata, kehadirannya boleh disebabkan oleh 'drop-in' (pencemaran), tambahnya. 9.24am: Menyambung penghujahannya hari ini, peguam Ram Karpal berhujah bahawa sampel peri-anal menunjukkan tanda degradasi tetapi swab rektum tinggi tidak menunjukkan tanda degradasi. Semua sampel itu, katanya, diambil pada kira-kira masa yang sama dan semua harus menunjukkan tanda-tanda degradasi. Walau bagaimanapun, katanya, swab rektum yang tinggi tidak begitu. Ini, hujah Ram menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan ia telah diganggu. 9.14pm: Mahkamah mula bersidang dengan panel Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh. Balia menegur bahawa prosiding itu lewat 15 minit. "Apabila kita katakan jam 9 pagi, ia mesti jam 9 pagi." Peguambela Ram Karpal berkata mereka tiba pada masanya dan ia mungkin kerana mahkamah berpendapat peguam Karpal Singh akan datang. "Karpal akan datang kemudian," katanya. Hakim Balia mahu peguam menjalankan prosiding secara profesional. Balia mengingatkan mereka supaya tidak membaca dari penghujahan mereka kerana hakim telahpun membacanya. 9.10am: Keadaan di luar rumah mahkamah sunyi dan tenang. Terdapat kira-kira sedozen anggota polis berlegar-legar di sekitar kawasan itu. 8.56am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden PKR, Datin SeriDr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Istana Kehakiman bersama-sama dengan tiga orang anak mereka. Mereka menuju ke Mahkamah Rayuan yang terletak di tingkat dua. 8.55am: Datuk Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang dilantik oleh kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan tersebut, memasuki mahkamah. Juga kelihatan di mahkamah ialah beberapa pemerhati antarabangsa dan juga penyokong PKR. Ruang dewan mahkamah semakin dipenuhi. 8.50am: Beberapa kedutaan menghantar dua wakil, kata kakitangan mahkamah. Hari ini, lebih ramai meminta pas masuk dan beberapa wartawan - sepertimana semalam - tidak dapat masuk ke dalam dewan mahkamah. 8.28am: Kawalan ketat di semua pintu masuk di Istana Kehakiman di Putrajaya, dengan anggota polis berpakaian seragam membantu polis bantuan mahkamah. |
MBPJ : 10 bas percuma mulai April Posted: 06 Mar 2014 07:47 PM PST Naeem Raffi SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan meneruskan perkhidmatan bas percuma kepada penduduk di wilayah itu mulai April depan. Datuk Bandar Datin Paduka Alinah Ahmad berkata program tanggungjawab sosial itu adalah jalinan kerjasama MBPJ bersama syarikat pengendali pengangkutan awam, Rapid KL. "Penyediaan bas percuma ini adalah satu lagi inisiatif MBPJ mengatasi masalah kesesakan jalan raya di Petaling Jaya. "Sebanyak 10 buah bas akan disediakan untuk kemudahan penduduk ke destinasi seperti sekolah, jabatan kerajaan, pasar, stesen LRT dan hospital," jelasnya kepada Selangor Kini. Alinah berkata, perkhidmatan terbabit membabitkan Jalan Yong Shook Lin, Jalan Sultan, Jalan Templer, Jalan Penchala, Jalan Semangat, Jalan Gasing, Jalan Othman serta sekitar Pusat Bandar Seksyen 52. "Justeru, MBPJ berharap semua penduduk Petaling Jaya dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini. "Inisiatif ini juga sebagai langkah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam khususnya di kawasan Pusat Bandar," katanya. Pelaksanaan perkhidmatan bas percuma itu sejajar dengan fokus MBPJ membangun sektor infrastruktur pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas yang efisyen serta berintegrasi bagi memastikan kemudahan juga keselesaan penduduk sekitar. Selain itu, MBPJ sudah menyediakan jaringan laluan basikal dengan jarak lima kilometer (km) meliputi seluruh kawasan majlis yang dibina sebagai tambahan daripada 5.6 km sedia ada. Empat buah kemudahan 'park and ride' yang menawarkan 1,911 petak letak kereta di stesyen Transit Aliran Ringan (LRT) sedia ada juga akan dibina. |
Kembalikan hak air untuk rakyat jadi legasi terbaru saya – MB Posted: 06 Mar 2014 07:43 PM PST Oleh NAZLI IBRAHIM KAJANG : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya sebagai peluang untuk meneruskan legasi perjuangannya mengumpulkan aset untuk rakyat. Beliau berkata, legasi itu termasuk kejayaan terbaru memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang mengembalikan industri air Selangor kepada rakyat Selangor. "Saya ada pengalaman ambil alih aset bermanfaat untuk rakyat. Saya pernah lakukan terhadap Guthrie di London. Saya juga ambil alih aset ladang di Indonesia yang dibeli Guthrie. "Sekarang saya beli aset air yang jika dimiliki rakyat tentunya lebih baik untuk rakyat Selangor. "Maknanya, legasi saya cuba dapatkan harta untuk kepentingan rakyat. Harta itu akhirnya bukan untuk saya tetapi untuk rakyat. "Macam saya beli ladang kelapa sawit di Indonesia pada 2000, ada orang kata saya buang duit tetapi sekarang bila kita beli banyak, kita pula cetak duit. "(Tapi) Saya taklah dapat duit itu," katanya pada sidang media Perhimpunan Perdana Badan Pengurusan Bersama (JMB) Perbadanan Pengurusan (MC) baru-baru ini. Abdul Khalid sebelum menceburi bidang politik adalah ahli korporat yang memiliki kemahiran luar biasa dalam selok belok dunia korporat. Antara paling diingati dalam peringkat dunia antarabangsa apabila berjaya mengembalikan syarikat peladangan terbesar, Guthrie dari tangan British ke pangkuan Malaysia pada 1981. Dalam misi yang terkenal sebagai 'Dawn Raid' atau 'Serangan Waktu Subuh' di kota London itu, Abdul Khalid dipertanggungjawab merancang strategi mengambil alih syarikat peladangan itu secara 'serangan mengejut' di Bursa Saham London. Abdul Khalid pada 2000 ketika menyandang jawatan Ketua Eksekutif Guthrie, berjaya mengambil alih syarikat peladangan kelapa sawit di Indonesia menerusi tender pembelian saham bernilai AS$350 juta. Legasinya diteruskan dengan kejayaan menyingkirkan Alam Flora sebagai kontraktor kutipan sampah tunggal dan menyerahkan pengurusan sisa pepejal kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sekaligus menjimatkan wang rakyat sehingga RM80 juta setahun. Beliau juga bertanggungjawab memungut kembali hutang bernilai RM392 juta dari Talam Corporation Berhad (Talam) yang gagal dikutip kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelumnya.- FZL |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan