Kelab Greenboc |
- [TERKINI] Pesawat MAS Yang Hilang Terhempas Di Laut China Selatan -updated
- Anwar Dihukum Penjara, Negara Huru-hara, Najib Bakal Jatuh 5 Bulan Lagi!
- Anwar Dihukum Penjara 5 Tahun, Mengapa Tak Rayu Ke Mahkamah Persekutuan?
- [TERKINI] Anwar Didapati Bersalah!
[TERKINI] Pesawat MAS Yang Hilang Terhempas Di Laut China Selatan -updated Posted: 08 Mar 2014 12:50 AM PST Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News. Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc. Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat. Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China. Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu. -astroawani
ULASAN GB Bala pertama... Maaf, lari sikit dari topik asal, namun demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Turunnya bala pertama apabila fitnah bermaharajalela.... |
Anwar Dihukum Penjara, Negara Huru-hara, Najib Bakal Jatuh 5 Bulan Lagi! Posted: 07 Mar 2014 09:12 PM PST Keputusan mahkamah Rayuan semalam yang menetapkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar telah menjadikan negara berada di dalam keadaan huru-hara. Ramai melihat ia sebagai satu campurtangan Putrajaya untuk menamatkan kareer politik Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia yang telah menerima sokongan lebih 50% undi popular yang telah mengalahkan kerajaan Najib yang hanya memperolehi 47% undi popular di dalam PRU13 tahun lalu. Sekalipun Putrajaya menyatakan keputusan mahkamah itu adalah isu antara dua individu di antara Anwar dan bekas pembantunya tidak melibatkan kerajaan, namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini menunjukkan kerajaan memang terlibat di dalam kes berkenaan. Kenyataan dikeluarkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Balia Yusuf Wahi yang menyatakan tindakan Anwar sengaja melambatkan proses perbicaraan, sebagai tidak adil dan tidak wajar. Naib Presiden PKR, Tian Chua di dalam tweetnya malam tadi menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan jelas menunjukkan kerajaan Najib telah mengisytiharkan perang ke atas Pakatan Rakyat dan rakyat sudah bersedia untuk bangkit bertindak. Langkah memenjarakan 5 tahun ke atas Anwar akan menyebabkan Najib bakal diturunkan sebagai PM oleh rakyat dalam lima bulan lagi, tambah Tian Chua. Presiden PAS, TuanGuru Haji Abdul Hadi Awang di dalam kenyataannya semalam menyatakan PAS sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi. PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas, tambahnya. Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa. Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini. PAS berkongsi kekecewaan ini dengan anggota keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan. Sementara itu, di laman sosial rakyat terus mengecam keputusan hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang dilihat menjadi jurucakap Najib dan UMNO BN. Hakim-hakim berkenaan dilihat hanya menumpukan perhatian terhadap hujjah-hujjah Shafee dan tidak memberi perhatian terhadap hujjah peguam Anwar. Apa tah lagi Shafee yang menegetuai pendakawaan bagi kes Fitnah Anwar adalah peguam peribadi Perdana Menteri Najib Razak. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung kes Fitnah II sebagai episod hitam dalam institusi kehakiman negara. Menteri Besar Selangor itu kesal dengan keputusan mahkamah berkenaan yang memenjarakan semula Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Satu lagi episod hitam dalam institusi kehakiman negara. Moga Datuk Seri Dr Wan Azizah serta keluarga bersabar atas ujian dan dugaan ini," katanya melalui twiter petang semalam. Di dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali malam tadi telah mengisytiharkan permulaan Reformasi 2.0 di hadapan 500 orang di pusat gerakan pilihan raya parti itu di Kampung Sungai Sekamat, Kajang. Beliau bertanya kepada hadiran sama ada mahu berjuang melalui pilihan raya atau turun ke jalanan, dan mereka bersorak tanda bersetuju. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membenarkan sebarang demonstrasi mahupun perhimpunan besar-besaran membantah keputusan mahkamah tersebut kerana setiap bantahan seharusnya dilakukan di mahkamah. Namun, ia bertentangan dengan kenyataan Putrajaya sebelum ini yang menolak dakwaan Human Right Watch (HRW) kerana menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan memberikan banyak kebebasan kepada rakyat di samping meminda undang-undang yang sudah usang. "Di bawah pentadbiran perdana menteri, kebebasan rakyat diperluaskan dan undang-undang usang dipinda," kata satu kenyataan yang dihantar pejabat perdana menteri. Dalam kenyataan tersebut, dakwaan mengatakan pentadbiran Najib menghalang atau menekan hak rakyat untuk berhimpun adalah tidak benar. "Kebebasan rakyat diperluaskan menerusi Akta Perhimpunan Aman, perhimpunan selepas pilihan raya dan lain-lain demonstrasi di ibu kota berjalan tanpa sebarang insiden. Pada GB, ada hikmah keputusan semalam, ia bakal mengubah lanskap politik negara secara besar-besaran sepertimana yang berlaku pada tahun 1999 sewaktu Anwar dipenjara kali pertama! Kita tunggu dan lihat. |
Anwar Dihukum Penjara 5 Tahun, Mengapa Tak Rayu Ke Mahkamah Persekutuan? Posted: 07 Mar 2014 03:33 PM PST Mahkamah Rayuan putus Anwar bersalah meliwat pembantunya, penjara lima tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar. Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan. Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah keputusan tersebut. Mahkamah kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini. Keputusan hari ini adalah sebulat suara di kalangan tiga hakim itu. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai penal hakim masih belum menjatuhkan hukuman yang boleh dikenakan sehingga 20 tahun itu. Dengan hukuman ini, masa depan polik Anwar hampir berakhir. Dia tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon PRK Kanag yang akan diadakan 23 Mac ini. Ekoran keputusan itu, polis mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya. Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben "kawasan kejadian jenayah" yang berwarna kuning. Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, semasa menyampaikan keputusannya, berkata, semua tertumpu kepada bukti DNA. "Kami telah mengkaji bukti yang diberikan oleh IO Jude Blacious. Apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan meletakkan penanda pada setiap sampul surat. "Perubahan berlaku kepada plastik bag dan bukan bahan bukti. Mohor ke atas sampel adalah utuh dan tidak ada perubahan pada sampel," kata hakim itu. Katanya, hakim Mahkamah Tinggi memutuskan perubahan berlaku pada beg plastik sahaja. "Kami dapati tiada sebab hakim itu lari dari penemuan awalnya (memanggil Anwar membela diri)." "Kami dapati hakim yang bijaksana telah salah dalam penghakimannya dalam isu integriti sampel itu. "Kami benarkan rayuan ini dan mendapati (Anwar) salah sebagaimana didakwa," katanya. Mahkamah kemudiannya memutuskan untuk menimbang rayuan untuk meringankan hukuman selepas mahkamah berehat satu jam. Sebelum itu peguam Karpal Singh meminta ia dibuat minggu depan namun dibantah oleh Shafee yang meminta ia dibuat hari ini juga walaupun tidak bersedia. Selepas berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak lalu Anwar bangun dan berkata, "Kita buat sekarang". -TMI
ULASAN GB GB merasakan ada sesuatu yang tercicir di dalam mitigasi yang dikemukakan oleh Karpal Singh. Di dalam mitigasinya, Peguam Karpal berkata Anwar mengalami sakit belakang, tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Itu saja di dalam mitigasi yang dikemukakan Karpal. Lalu Balia menyoal sekiranya terdapat mitigasi lain. Persoalannya mengapakah Karpal tidak memohon penangguhan hukuman ke atas tertuduh sementara kes itu di bawa ke Mahkamah Persekutuan? Bukankah sistem kehakiman negara ini berperingkat-peringkat sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuanlah yang menjadi penentu akhirnya, bukan Mahkamah Rayuan? Mengapa tiada dikemukakan rayuan penangguhan hukuman sementara rayuan dibuat ke Mahkamah persekutuan atau kerana Karpal, sepertimana dakwanya, tidak mendapat arahan dari kliennya, Anwar? Dan Anwar pula terlupa mengenainya? Sebelum ini iaitu semalam diberitakan Anwar yakin beliau akan menang. Namun pelan untuk worst case scenario iaitu persediaan untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan sepatutnya dilakukan jika keputusan hari ini tidak memihak kepadanya. Hakim Balia hanya memberikan apa yang dituntut: Balia: "Kami akan memberikan hak anda"Yang dituntut oleh pihak pembelaan hanyalah penangguhan hukuman sementara menyediakan laporan perubatan. Tetapi tidak disebutkan permohonan penangguhan kes sementara kes dapat dikemukakan ke Mahkamah Persekutuan. p/s ada mana-mana peguam boleh bantu untuk menjawabnya? klik untuk baca |
[TERKINI] Anwar Didapati Bersalah! Posted: 07 Mar 2014 02:45 AM PST Seperti sudah dijangka, hakim Mahkamah rayuan petang ini mendapati Anwar bersalah. Hakim Balia Yusof berkata ia adalah keputusan sebulat suara panel hakim, demikian lapor malaysiakini. Hakim Balia berkata pendakwaan mendapati hakim membuat kesilapan dalam keputusannya. "Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu. "Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul. "Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel. Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan. "Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri)." Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing. "Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan". Peguam Karpal Singh telah memohon mitigasi tetapi dibantah oleh Shafee dengan menyatakan rayuan telah tertangguh. Karpal menyelar kenyataan Shafee, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain. "Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik," katanya. Kemudian hakim Balia berkata, "Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam." Anwar bangun dan berkata, "Kita jalankan (mitigasi) sekarang." Anwar turut menyatakan kejadian pada 1998 kini berulang apabila mahkamah juga mendapati beliau bersalah pada jam 5 petang. "Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka tidak mahu teruskan dengan mitigasi," katanya. ULASAN GB Mengapa GB menyatakan ia sudah dijangka? Kerana beberapa faktor sebelum proses rayuan bermula menunjukkan bahawa Anwar akan didapati bersalah. Pertama, tarikh pilihanraya kecil Kajang terlalu lambat, bererti ada usaha lain yang sedang diatur oleh kerajaan UMNO BN bagi mempastikan Anwar tidak boleh bertanding. Kedua, hanya sehari sebelum rayuan bermula, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan bantahan yang dikemukakan pihak pendakwaan untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat, Jude Bilacious Pereira sebagai saksi utama dalam rayuan kes liwat. Ketiga, keputusan Mahkamah Rayuan 3 Mac menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk membatalkan peguam Umno, Shafee Abdullah daripada menjadi pendakwaraya dalam rayuan kerajaan berhubung kes Fitnah 2. Anehnya pada ketika hakim seperti telah menjatuhkan hukuman kepada Anwar kerana menurutnya Anwar sengaja melambatkan proses rayuan Kerajaan. Tidak mengapa. sekalipun kemungkinan Anwar tidak dapat bertanding di Kajang namun, seperti kejadian pemenjaraan Anwar kali pertama dulu, rakyat akan tetap bangun menentang kezaliman UMNO BN. Simpati besar terhadap Anwar akan menaikkan semangat seluruh rakyat bagi mempastikan rejim UMNO BN ditumbangkan bukan saja di Kajang malah diseluruh negara. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan