MIMPI SENJA |
- Vietnam sahkan pesawat MAS terjunam ke dalam laut
- PKR senaraikan 12 nama ganti Anwar dalam PRK Kajang
- SPR kaji kelayakan Anwar bertanding PRK Kajang
- Liwat II: Anwar dihukum 5 tahun penjara
Vietnam sahkan pesawat MAS terjunam ke dalam laut Posted: 07 Mar 2014 10:33 PM PST Pihak berkuasa di Vietnam mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang dalam perjalanan ke Beijing pagi tadi telah terhempas di Laut Cina Selatan, menurut sebuah akhbar Vietnam. Laporan akhbar Tuoi Tre memetik admiral tentera laut Ngo Van Phat sebagai berkata radar tentera mengesan pesawat yang membawa 239 penumpang itu terhempas ke dalam laut, 153 batu selatan Pulau Phu Quok. Sementara itu, Ketua Eksekutif Malaysian Airlines, Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media pagi tadi berkata penumpang dan anak kapal dalam pesawat malang itu terdiri daripada 14 warganegara berbeza Mereka termasuk warganegara 152 orang rakyat China, Malaysia (38), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), U.S (3), New Zealand (2), Kanada (2), Ukraine (2), Russia (1), Itali (1), Belanda (1), Taiwan (1) dan Austria (1). Bercakap pada pemberita di sidang media di Sama-Sama Hotel di Sepang, Ahmad berkata kenyataan rasmi hanya dikeluarkan pada 8.30 pagi memandangkan pesawat tersebut masih mempunyai baki minyak mencukupi untuk terbang sehingga waktu ini. "MAS sahkan pesawat MH370 hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara Subang pada 2.40 pagi. Bagaimanapun, ia memiliki baki minyak mencukupi untuk terbang ke Beijing," kata Ahmad. Beliau juga berkata spekulasi mengatakan pesawat yang berkongsi kod bersama China Southern Airlines telah mendarat di Nanning masih belum dapat disahkan. Pesawat Boeing 777-200 tersebut berlepas dari Malaysia pada 12.41 pagi dan sepatutnya di Beijing pada 6.30 pagi tadi (waktu China), tetapi hilang pada 2.40 pagi. "Pesawat MH370 dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah berusia 53 tahun yang mempunyai jumlah jam penerbangan lebih 18,365 jam. "Pegawai pertama adalah Fariq Ab Rahman berusia 27 tahun yang mempunyai jumlah penerbangan 2,763 jam," kata Ahmad. Beliau berkata Zaharie sudah berkhidmat dengan MAS pada 1981 dan Fariq pula pada 2007. Ahmad mengesahkan sudah menghubungi pihak berkuasa Vietnam untuk meminta bantuan bagi mencari pesawat MH370, yang berusia 11 tahun dan 10 bulan itu. Ketika ditanya sama ada MAS akan menyekat penerbangan pesawat Boeing 777-200, Ahmad berkata ia bergantung jika terdapat bukti kegagalan teknikal. Malah, pengeluar pesawat tersebut masih belum membuat sebarang cadangan, tambah beliau. Sebelum itu, MAS menghubungi ahli keluarga terdekat dan anak kapal pesawat MH370 selepas ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara awal pagi ini. Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkuan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerusi akaun Twitter, menggesa ahli keluarga penumpang dan anak kapal bertenang. "Kepada ahli keluarga penumpang dalam pesawat, bertenang dan dapatkan maklumat yang sahih. Kami akan maklumkan. Doa untuk semua," tulis beliau. MAS berkata ia akan menyediakan laporan terkini dari masa ke semasa. Orang ramai boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat. Ahli keluarga penumpang dan anak kapal disarankan berkumpul di Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA. Untuk maklumat, hubungi 03-8787 1269. Orang ramai juga boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk maklumat lanjut. – 8 Mac, 2014.- TMI Kehilangan Pesawat MAS MH370 Jadi Liputan Utama Portal Berita Seluruh Dunia KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang sedang dalam perjalanan dari sini ke Beijing awal pagi Sabtu telah mendapat liputan meluas pelbagai agensi berita antarabangsa dan dunia. Ini termasuklah portal berita nombor satu dunia, The Mail Online (www.dailymail.co.uk) yang memaparkan kisah kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sebagai berita utama mereka. Dengan judul 'Fears 239 may have died in air crash as Boeing 777 mysteriously vanishes over Vietnam two hours after taking off from Malaysia', portal itu membuat laporan dari pelbagai sudut termasuk mendapatkan pandangan beberapa pakar penerbangan dan pesawat. Menurut The Mail Online, jika benarlah pesawat itu hilang, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Ini termasuklah malapetaka kegagalan enjin, juruterbang cuba mengelak pesawat berkenaan daripada bertembung dengan pesawat lain atau pun mungkin juga disebabkan oleh letupan. Menurut portal berita itu lagi, pesawat MAS MH370 itu tidak mengeluarkan isyarat kecemasan sejurus sebelum ia dilaporkan hilang dari radar. Jika ini benar, ia memberi indikasi yang pesawat itu ditimpa malapetaka tanpa sempat memberi amaran atau isyarat kecemasan. Untuk jarak penerbangan dari Kuala Lumpur-Beijing, kata portal berita itu lagi, pesawat berkenaan mempunyai bahan api yang memadai untuk bertahan tujuh jam di udara tanpa mengisi semula. Tetapi memandangkan ia masih belum ditemui sehingga kini, logik menyatakan yang ia sudah pasti kehabisan bahan api jika tidak mendarat sekarang. Agensi berita China, Xinhua melaporkan yang pesawat itu disahkan hilang sebelum ia sempat memasuki ruang udara China. Ia membawa 153 orang penumpang warga China. Sementara itu portal berita BBC World turut melaporkan tragedi ini sebagai berita utama mereka. Dengan tajuk 'Contact lost with Malaysia Air plane' BBC turut memaparkan laporan sidang akhbar Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berhubung kejadian itu dan juga laporan wartawan mereka secara langsung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. BBC juga memetik Perdana Menteri China, Li Keqiang sebagai berkata yang beliau telah mengarahkan pihak berkuasa China untuk memulakan prosedur kecemasan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam dalam usaha mencari dan menyelamat. Sementara itu koresponden BBC di Beijing, John Sudworth melaporkan yang jadual ketibaan pesawat MH370 itu telahpun dikeluarkan dari senarai papan tanda elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selepas ia memaparkan status 'Tergendala' sejak beberapa jam yang lalu.- mStar |
PKR senaraikan 12 nama ganti Anwar dalam PRK Kajang Posted: 07 Mar 2014 06:45 PM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan PKR semalam sudah menyenaraikan 12 nama untuk menggantikan beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas disabitkan kesalahan liwat kali kedua semalam. Anwar berkata PKR akan memilih calonnya dan membuat pengumuman sama ada hari ini atau pada Isnin, sehari sebelum Hari Penamaan Calon pada 11 Mac bagi kerusi negeri itu. "Keputusan kami tidak akan dipengaruhi dengan jantina. Kita akan melihat calon yang sesuai." "Calon ini mestilah layak dan mampu berkhidmat untuk rakyat Kajang," kata Anwar kepada sidang media di Sungai Sekamat selepas berkempen semalam. Anwar kehilangan hak bertandingnya dalam PRK Kajang pada 23 Mac ini selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah meliwat pembantunya pada 2008 dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara. Beliau dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Rayuan lima tahun penjara atas kesalahan meliwat pembantunya pada 2008 Saiful Bukhari Azlan, yang membatalkan pembebasan dahulu oleh Mahkamah Tinggi bagi ketua pembangkang itu. Anwar berkata Umno menggunakan sistem undang-undang untuk menghalang kemaraan beliau. "Sepatutnya kes ini didengarkan pada April, tetapi disebabkan PRK Kajang, (Umno) mempercepatkannya. "Seluruh minggu di Mahkamah Rayuan kami hanya mendengar tentang kes Anwar sahaja," katanya, merujuk kepada tindakan parti itu yang memaksa Pilihan Raya Kecil ini untuk membuatkannya menteri besar negeri itu. Beliau berkata tindakan Umno itu tidak akan menghalang perancangan PKR untuk Selangor. "Kami akan gunakan Kajang untuk membantu Selangor menjadi negeri modal dalam gerakan kami untuk memenangi Putrajaya," kata Anwar. Dalam ucapannya, pemimpin de facto PKR tersebut berkata walaupun Umno kelihatan memenangi pusingan pertama ini, tetapi banyak lagi pusingan akan datang yang masih tidak diketahui keputusannya. "Ya memang (Umno) menang kali ini. Tetapi... banyak lagi pusingan akan datang. Allah sentiasa di sisi saya," katanya. Anwar menambah bahawa orang muda akan menentukan masa depan Malaysia. "Pada usia saya, saya tidak kisah jika saya masuk ke penjara atau dipukul. Ia tidak akan menghalang saya daripada melawan. Orang muda kita akan menentukan hak kita." katanya. Beliau berkata walaupun poster beliau akan diturunkan, kerana beliau tidak layak bertanding selepas Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan beliau dan mendapati beliau bersalah, beliau akan terus memainkan peranan di Selangor. "Jangan biarkan mereka ganggu fokus kita untuk memenangi Kajang." kata Anwar. Beliau juga berkata akan memohon rayuan pada Isnin dan menggesa penduduk Kajang untuk hadir pada Hari Penamaan Calon untuk PRK Kajang pada 11 Mac untuk memberi sokongan kepada calon PKR. "Kami jamin perhimpunan adalah secara aman, tetapi kami mahu Ketua Polis Negara dan pihak polis untuk jalankan tanggungjawab mereka." katanya. – 8 Mac, 2014. TMI |
SPR kaji kelayakan Anwar bertanding PRK Kajang Posted: 07 Mar 2014 05:32 AM PST Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti peruntukan undang-undang berhubung kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hari ini didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata memandangkan ia kes pertama seumpamanya berlaku, kajian terperinci harus dilakukan bagi mengelakkan sebarang implikasi. Kajian akan dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, katanya. Mahkamah Rayuan hari ini mendapati Anwar yang juga Ketua Pembangkang bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa. Abdul Aziz berkata mengikut undang-undang, sepatutnya jika dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda lebih dari RM2,000, secara automatik hilang kelayakan bertanding "Namun kita akan mengkaji adakah rayuan Anwar, jika dibuat, untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan boleh diguna pakai untuk beliau bertanding," katanya. Abdul Aziz berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan penasihat undang-undang SPR mengenai perkara tersebut. Pihak pendakwa merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Penamaan calon bagi PRK DUN Kajang ditetapkan Selasa ini dan pengundian pada 23 Mac. – Bernama, 7 Mac, 2014. - TMI |
Liwat II: Anwar dihukum 5 tahun penjara Posted: 07 Mar 2014 02:41 AM PST |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan