Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR] YB PAS Kantoi, Ingat Nak Menyamar & Berselindung, Tetapi Dikenali Juga...
- Apa Kes? Anak Saudara Timbalan Menteri Terjun Jambatan Pulau Pinang...
- [IKTIBAR] Ayat Kursi Pendinding Seorang Jururawat Dari Dirogol Lelaki Bangla
- [ISU MoU AIR] Majlis Pimpinan PR Minta Khalid Usah Terburu-buru
[BERGAMBAR] YB PAS Kantoi, Ingat Nak Menyamar & Berselindung, Tetapi Dikenali Juga... Posted: 06 Mar 2014 01:05 AM PST Walaupun berselindung disebalik topeng ketika mengedarkan topeng2 muka kpd ribuan pelajar disekolah rendah di Meru, Yb Meru hairan bagaimana mereka boleh mengenali beliau... Sambil menjerit nama Yb Dr Rani, mereka berebut menerima topeng muka sambil mengucap terima kasih dan thank you !! Jerebu yg melanda adalah peringatan Allah kpd makhluk Nya agar merenung kembali kesilapan dan dosa yg telah mereka lakukan terhadap Allah dan insan yg lain.... ULASAN GB Dalam ramai-ramai YB yang PAS pernah lahirkan, YB Meru ini, Dr.Abdul Rani Osman namanya, merupakan salah seorang YB ynag GB suka selain daripada seorang lagi rakan GB, YB PAS di pantai timur yang sering berkunjung ke rumah-rumah orang miskin tanpa diketahui sesiapa untuk memberikan bantuan peribadinya, mencontohi peribadi Umar AL-Khattab yang memikul gandum untuk rakyatnya yang merebus batu di tengah malam. YB Terengganu ini tak bagitahu GB, tapi rakyat yang pernah dikunjunginya yang bagitahu sewaktu GB singgah di sebuah surau di sana. Berbalik kepada ADUN Meru ni, kecemerlangan Dr. Abd Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor tetap dikenang. Semasa menyusun jawatankuasanya dulu, beliau tidak meminggirkan mana-mana kumpulan, sehinggalah PAS Selangor mencipta sejarahnya di Selangor di dalam PRU13 yang lalu dimana PAS mampu menambah kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi. Tapi sayang... beliau hanya memegang jawatan PJ cuma sepenggal. Teruskan berkhidmat dengan cemerlang YB!
|
Apa Kes? Anak Saudara Timbalan Menteri Terjun Jambatan Pulau Pinang... Posted: 05 Mar 2014 08:20 PM PST Lelaki Dipercayai Anak Saudara Timbalan Menteri Terjun Dari Jambatan Kedua P.Pinang GEORGE TOWN: Baharu sahaja dibuka untuk orang ramai iaitu pada Ahad lalu, Jambatan Kedua Pulau Pinang mencatatkan tragedi apabila seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan itu pada Rabu. Lelaki berkenaan yang berusia 26 tahun, dipercayai merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri. Dia dikatakan telah melompat dari jambatan dari arah Batu Kawan kira-kira pukul 2.40 petang. Bagaimanapun dia yang dikatakan terapung di laut pada kedalaman 500 meter di KM13.9 jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah itu berjaya diselamatkan oleh nelayan yang lalu di kawasan tersebut. Polis tiba tidak lama kemudian dan dia dibawa ke Pangkalan Polis Marin Batu Uban. Dia kini menjalani rawatan di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, suspek itu kini dalam keadaan stabil dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri. Mereka yang menghadapi tekanan emosi di Pulau Pinang boleh menghubungi Befrienders di 04-281 5161/1108; Ipoh 05-547 7933/7955; dan Lembah Klang 03-7956 8144/8145 -mstar ULASAN GB Jambatan kedua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dibuka pada Sabtu lepas. Tiba-tiba semalam kita dikejutkan dengan kes seorang anak saudara seorang timbalan menteri telah bertindak terjun dari jambatan itu. Bila sebut anak saudara seorang "timbalan menteri", maka yang pasti ialah ia dari parti komponan BN. Apa maksud GB sampai mengheret soal parti politik pula dalam kes ini? Pembukaan jambatan kedua ini kata Najib akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kegiatan ekonomi bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di wilayah utara Semenanjung. Ini bererti Pulau Pinang terus cemerlang di masa akan datang. Membaca "kes terjun" ini dari sudut "ainul-basirah" dan melihat kejadian itu sebagai salah satu "ayat manzurah" - anak saudara timbalan menteri mungkin bermaksud "pewaris BN" - yang terjun laut setelah terbinanya jambatan kedua ini - membawa maksud tiada harapan untuk BN menawan Pulau Pinang, tiada harapan untuk pewaris BN untuk memerintah Pulau Pinang kerana Pulau Pinang bertambah cemerlang dan gemilang di bawah pemerintahan yang sedia ada dengan wujudnya jambatan kedua tersebut. Kena terjun laut nampaknya... OK tak pandangan GB tu? Macai UMNO jangan marah ok, itu sekadar pandangan GB dari sudut yang lain.. :) Apa-apa pun, sebab sebenar kejadian masih di dalam siasatan polis. Yang GB utarakan di atas hanyalah dari sudut pandang seorang yang memakai topi yang sedikit berbeza... tak ada di dalam "topi pemikiran" Edward de Bono (1991/1985) dimana setiap pemikiran dianologikan kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau dan biru. GB pakai topi warna ungu... :) Wallahu 'alam bissawab. |
[IKTIBAR] Ayat Kursi Pendinding Seorang Jururawat Dari Dirogol Lelaki Bangla Posted: 05 Mar 2014 04:14 PM PST Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian ditanggalkannya," kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21. Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dirogol seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu. Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri. Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya. "Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah. Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang," katanya ketika dihubungi, semalam. Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa dirinya anggota polis selain memintanya supaya mendiamkan diri. "Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh. Dia (penjenayah) memeluk dan mula mencium saya. Saya terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan," katanya. Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya. "Belum pun sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mula menanggalkan pakaian dan seluar saya. "Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya kerana mahu merogol. "Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) bersenjata," katanya. Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi dengan kuat selain berniat di dalam hati untuk menyerahkan nasibnya kepada Allah. "Apabila saya baca ayat Kursi, dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa 'panas'. Penjenayah itu tidak jadi untuk merogol saya. "Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali pinggang dan tudung mengikat kaki serta tangan saya," katanya memberitahu, suspek melarikan diri selepas merampas wang tunai RM50 dan beberapa barangan berharga lain. Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK). ULASAN GB Ambil kisah di atas sebagai iktibar, dan sentiasa yakin dengan bantuan Allah swt. Untuk mengelakkan diri dari dirogol dan terjerumus ke lembah kehinaan, amalkan membaca Ayat Kursi sebanyak tiga kali sebelum tidur. InsyaAllah berkesan. Akan lebih tajam jika dibaca dengan memahami maknanya. |
[ISU MoU AIR] Majlis Pimpinan PR Minta Khalid Usah Terburu-buru Posted: 05 Mar 2014 06:22 AM PST MoU Air: Pakatan Rakyat hantar tiga wakil jumpa MB KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk menghantar tiga orang wakil bagi menyampaikan pandangan pakatan rakyat kepada Kerajaan Negeri Selangor berhubung Memorandum Persefahaman (MoU) air. Tiga mereka yang mewakili parti masing-masing adalah Timbalan Presiden DAP Tan Kok Wai, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini turut meminta agar Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak tergesa-gesa menandatangi perjanjian awal dengan kerajaan pusat berhubung MoU itu. "Pandangan harus diberikan penjelasan lebih terperinci tentang kesan kepada Selangor, hal tarif dan beberapa aspek perjanjian termasuk Langat 2 kepada pimpinan (Pakatan) sebelum ditandatangi perjanjian. "Kita memberi ruang kepada Khalid untuk memberi penjelasan, sebelum ini kita nyatakan sokongan terhadap langkah-langkah yang telah diambil," jelasnya. Tambah beliau, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak bermaksud untuk mencampuri urusan kerajaan negeri tetapi setiap keputusan yang diambil perlu memberi keutamaan kepentingan rakyat. Sementara itu, Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat belum melihat kandungan MoU tersebut. "Perkara ini perlu diambil, apa-apa keputusan dibuat biar lebih teratur sebab itu pimpinan haru tahu isi kandungan. "Kita ada persefahaman setiap apa yang dibuat perlu diketahui semua dan dari itu kita akan dapat melihat apa kesan yang dialami oleh rakyat," kata beliau. Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid memberi jaminan bahawa perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak akan menyebabkan pengguna menanggung kos lebih tinggi. "Tidak," kata Khalid ringkas pada sidang media hari ini tanpa menjelaskan lebih terperinci mengenainya. Khalid berkata, Perjanjian Awal menyatakan tiada kenaikan tarif air dalam tempoh tiga tahun akan datang. -HD
ULASAN GB Alhamdulillah. GB sudah ulas dua kali terhadap isu MOU yang cukup meragukan ini, walaupun hati GB agak sedikit gelisah apabila harakahdaily sebelum ini terus-menerus keluarkan kisah MOU hanya dari satu sudut sahaja iaitu dari phak MB Selangor. Petikan: Nampaknya beberapa orang pemimpin BN telah memberikan pujian mereka kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dan kemudian GB ulas lagi. Petikan: Ada sekurang-kurang dua perkara pokok yang jelas tempang dan boleh dipertikaikan. Mujurlah Majlis Pimpnan PR cepat bertindak, jika tidak kita pun tak tahu bagaimana nasib PR Selangor setelah cuba dipermainkan oleh kerajaan Persekutuan melalui MOU yang berat sebelah itu. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan