Rabu, 5 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Celaka .....Siti Kassim Gelar Orang Melayu Bodoh

Posted: 05 Mar 2014 08:08 PM PST


Wednesday, 05 March 2014 
Written By Safiq Yaacob
Rakyat News

PUTRAJAYA 5 Mac - Seorang peguam yang kononnya membawa imej keamanan semasa perhimpunan umat Islam mempertahankan Kalimah Allah di Istana Kehakiman hari ini menggelarkan orang melayu bodoh.

Siti Kasim yang hadir membawa bunga sebagai lambang keamanan mendakwa, tindakan kira-kira 2000 orang yang berhimpun tersebut adalah sia-sia kerana tidak semua bangsa melayu di negara ini menyokong tindakan mereka.

Rakyat News


"Apa yang mereka buat ini menunjukkan melayu itu bodoh dan mudah diperbodohkan.

"Mereka tidak mewakili setiap rakyat di Malaysia kerana masih ramai lagi penduduk di Malaysia yang menyokong penggunaan Kalimah Allah ini," katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman di sini.
 
alt

Siti memberitahu isu penggunaan Kalimah Allah ini merupakan perkara yang kecil dan tidak perlu diperbesarkan oleh umat Islam di Malaysia.

Katanya, tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mengetuai perhimpunan tersebut adalah bahaya dan mengancam keselamatan orang lain.
"Kita tidak mahu timbul perbalahan hanya kerana 'satu perkataan', kenapa umat Islam di Malaysia terlalu 'istimewa', perkataan Allah telah digunakan oleh pelbagai masyarakat di seluruh dunia.
 
Rakyat News

"NGO-NGO yang hadir hari ini tidak membawa suara orang-orang melayu dan tindakan mereka ini sebenarnya sangat ganas dan mampu menimbulkan ancaman keselamatan terhadap rakyat di negara ini," ujarnya.

Siti turut mengetuai kumpulan Melayu Islam yang dipercayai turut menyokong tuntutan COMANGO dan telah menyampaikan bunga kepada paderi sebagai tanda sokongan penggunaan kalimah Allah kepada penganut kristian selepas sidang mahkamah ditangguhkan. - rakyat news

Khalwat : Wajah isteri tidak sama dengan kad nikah

Posted: 05 Mar 2014 05:21 PM PST

Oleh Iskandar Shah Mohamed
Melaka: Akibat terlalu panik, seorang lelaki dikatakan cuba memperdayakan penguat kuasa dengan menunjukkan kad nikah ketika dicekup dengan kekasih gelapnya dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel bajet di sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam serbuan jam 2 pagi, lelaki lingkungan 30-an itu sanggup memaklumkan kononnya sudah bernikah dengan wanita berusia 20-an berkenaan.
Namun, pemeriksaan mendapati wajah wanita pada kad nikah itu tidak sama dengan wajah sebenar pasangan yang dicekup bersamanya di bilik hotel terbabit.
Selepas disoal siasat, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan bapa kepada empat anak itu dikatakan sedang dalam proses perceraian dengan isterinya.
Perkara itu dibongkar sepasukan 25 pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menjalankan Ops Ambang Tahun Baru di hotel bajet di sekitar Ujong Pasir dan Plaza Mahkota, di sini, bermula kira-kira jam 12 tengah malam.
Dalam operasi empat jam yang turut mendapat kerjasama polis itu, sebanyak 16 hotel diperiksa dan seramai tujuh pasangan berusia 16 dan 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Sepasang warga Indonesia berusia 28 dan 30 tahun turut dicekup bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang didakwa anak mereka walaupun gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan status pernikahan.
Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIM Zuruliman Zakaria berkata, operasi itu dijalankan bagi mengesan pasangan terutama remaja yang mengambil kesempatan melakukan maksiat sempena tahun baru.
"Ia lebih memfokuskan kepada hotel bajet menjadi tumpuan kepada pasangan beragama Islam yang bukan mahram disyaki membuat perkara maksiat di bilik hotel disewa mereka," katanya.
Foto
WANITA warga Indonesia yang didakwa sudah berkeluarga turut ditahan dalam operasi JAIM, semalam.

"Justeru, pemeriksaan di premis berkenaan yang membawa kepada penahanan tujuh pasangan atau 12 individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun," katanya yang mengetuai operasi itu.
Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung yang mendatangkan syak.

"Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Bill Gates - orang paling kaya di dunia

Posted: 05 Mar 2014 06:20 AM PST

Washington: Bill Gates kembali ke kedudukan teratas senarai tahunan orang paling kaya di dunia yang dikeluarkan majalah Forbes, semalam.
Berdasarkan pengumuman yang dibuat majalah berkenaan, dengan nilai bersih hartanya yang berjumlah AS$76 bilion (RM 249.5 bilion), pengasas Microsoft itu kembali menduduki tangga teratas senarai selepas empat tahun berada di belakang jutawan komunikasi Mexico, Carlos Slim Helu.
 Amanico Ortega dari Sepanyol yang menjadi pengasas konglomerat pakaian, termasuk rangkaian fesyen jenama Zara, berada di kedudukan ketiga dengan kekayaan berjumlah AS$ 64 bilion (RM 210.1 bilion). 

Ikon pelaburan Warren Buffet yang menguruskan Berkshire Hathaway Inc dan sering menjadi rakan kongsi Gates, berada di tempat keempat dengan harta AS$ 58.2 bilion (RM 191.1 bilion) manakala pengarah Oracle Corp di tempat kelima dengan AS$ 48 bilion (RM157 bilion).

Gates menduduki tempat pertama sebanyak 15 kali dalam tempoh 20 tahun.

Sementara itu, senarai bilionair Forbes meningkat daripada 1,426 orang tahun lalu kepada 1,645 dengan taksiran kekayaan bernilai kira-kira AS$6.4 trilion (RM21 trilion).

Senarai terbaru itu juga menyaksikan 10 peratus daripada mereka wanita 172 orang berbanding 138 tahun sebelumnya.

Pewaris Wal-Mart Stores Christy Walton menduduki tangga teratas dalam senarai wanita dan tangga ke sembilan secara keseluruhan dengan jumlah kekayaan AS$ 36.7 bilion (RM 120.5 bilion).

Warga Perancis Liliane Bettencourt yang kebanyakan kekayaannya datang daripada syarikat kosmetik L'Oreal menduduki tangga kedua senarai wanita dan ke-11 keseluruhan dengan harta berjumlah RM113.2 bilion.

Pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin berada di kedudukan 17 dan 19 dengan kekayaan RM106 bilion dan RM104 bilion manakala pemilik Amazon.com Jeff Bezos di antara mereka dengan harta RM105 bilion.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, 29, menggandakan kekayaannya kepada RM93.5 bilion berada di tangga ke-21.

Bekas Datuk Bandar New York yang bersara dua bulan lalu, Michael Bloomberg berada di tangga ke-16 dengan RM108.3 bilion yang datang dari hasil syarikat media miliknya.

Mengikut Forbes, kekayaan jutawan Brazil, Eike Batista jatuh lebih AS$300 juta (RM985.2) daripada RM34.8 bilion menjadikannya orang yang mengalami kerugian paling teruk tahun ini.

Ia berlaku apabila empayar industri minyak dan sumber semula jadinya runtuh akibat hutang dan pengeluaran yang merudum.

Secara kasarnya, dua per tiga daripada bilionair dunia atau 1,080 orang menjadi kaya menerusi hasil usaha mereka sendiri.

Amerika Syarikat mencatatkan senarai paling ramai bilionair dengan 492 diikuti China, 152 dan Russia, 111.

Algeria, Lithuania, Tanzania dan Uganda masing-masing mempunyai seorang bilionair. - AFP

Tiada ulasan: