edyesdotcom |
Karnival Rakyat Selangorku: 7-22 Mac 2014 Posted: 06 Mar 2014 01:07 AM PST Kenyataan Media 6 Mac 2014 Karnival Rakyat Selangorku: 7-22 Mac 2014
Karnival yang akan berlangsung selama 16 hari ini juga akan dimuatkan dengan pelbagai acara keramaian termasuklah program ceramah perdana membabitkan pimpinan utama Pakatan Rakyat dan NGO, peluang perniagaan, ruang pameran, program temuduga terbuka yang menyediakan peluang pekerjaan, program santai rider muda, sukaneka dan belon raksasa untuk kanak-kanak, dan pelbagai lagi program yang menjamin kemeriahan di Kajang. Berikut adalah jadual penuh program dan aktiviti sepanjang Karnival Kajang Berlangsung; Acara Perdana - Malam Bersama Pimpinan Rakyat, NGO, Aktivis Mahasiswa dan persembahan artis. Temuduga kerjaya - Syarikat dan perbagai agensi akan membuat temuduga terus di mana ribuan peluang pekerjaan akan dibawa ke kajang khususnya untuk anak muda. Santai Rider Muda - bersama Yaser said (juara cub prix asia) untuk teknik bawa motor dengan betul). Juga akan dibawakan para peguam untuk sesi ‘hak anda dan kuasa polis’. Tawaran untuk ‘tukar minyak hitam’ secara percuma untuk menjayakan program ini. Pameran kereta 'Old School'. Kesihatan - Pemeriksaan kesihatan percuma dan program derma darah. Penerangan Khas - Program penerangan skim 20 meter padu air Selangor percuma dan isu air Selangor. Kebajikan - Daftar warga emas untuk Skim Mesra Usia Emas. Pendaftaran untuk Tabung Pendidikan Anak-Anak dan Hadiah Anak Masuk Universiti juga akan dibuka. Permainan - Untuk kanak-kanak akan ada acara sukaneka, Istana belon gergasi, pertunjukkan kuda dan mini paint ball. Pihak sekretariat SAMM di Karnival Rakyat Selangorku juga akan membuka kaunter semak dan pendaftaran pengundi bagi memudahkan semua pihak. Justeru, kami menjemput semua rakyat Malaysia yang hadir ke Kajang khususnya ketika menjalankan kempem pilihanraya kecil N25 Kajang, menjadikan Stadium Kajang sebagai pusat tumpuan. Semua rakyat tanpa mengira fahaman kepartian dijemput hadir meraikan Karnival Rakyat Selangorku. EDY NOOR REDUAN Pengarah Propaganda SAMM Bagi pihak Sekretariat Karnival Rakyat Selangorku |
Umno Terus Bodohkan Melayu, Teresa Kok Menjadi Mangsa di Permatang Pauh Posted: 05 Mar 2014 10:28 PM PST Kenyataan Media 6 Mac 2014 Umno Bodohkan Melayu, Teresa Kok Menjadi Mangsa di Permatang Pauh Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang) bersama Pemuda Pas Kawasan Pekan Permatang Pauh telah menganjurkan satu ceramah umum di Padang Cermai, Permatang Pauh, malam tadi. Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang tampil ceramah malam tersebut adalah termasuk YB Nizar Jamaludin, YB Teresa Kok, YB Steven Lim dan che'GuBard. Ketika YB Teresa Kok selesai berucap, hadir seorang lelaki mendekati Teresa untuk tujuan bersalaman. Namun berlaku kekecohan apabila lelaki tersebut memecahkan telur ketika bersalam dengan YB Teresa Kok hingga mengotorkan baju beliau. SAMM Penang mengutuk keras kejadian yang melambangkan betapa pihak gerombolan yang konon melaungkan hidup melayu langsung tidak menunjukan adab, tata susila masyarakat timur yang jauh lebih sopan dan bertamadun. SAMM Penang menegaskan, Umno dan Barisan Nasional wajib ditumbangkan segera kerana telah mengamalkan pembodohan melampau terhadap rakyat. Lelaki malang yang menyerang Teresa Kok ini pastinya tidak mendapat maklumat yang betul mengenai video yang diterbitkan oleh Teresa Kok. Media kawalan Umno juga bertanggungjawab dalam siri-siri pembodohan bangsa yang berterusan. Malah, Utusan terus memusing berita apabila mengfitnah kejadian malam tadi kononnya Teresa Kok ditampar. Kini laporan polis telah dibuat, kami menanti apakah hasil siasatan berhubung laporan yang telah dibuat. Semoga slogan "Tegas, Adil & Berhemah" benar-benar terlaksana. Afzanizam Hashim Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang) |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan