Isnin, 3 Mac 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[KEMPEN ANTI-SYIAH] Zahid Hamidi Punya Pasal, Hubungan Malaysia-Iran Terjejas

Posted: 03 Mar 2014 01:12 AM PST

Kempen anti Syiah jejas ekonomi, menteri minta bantuan PAS pulih hubungan dengan Iran

Kempen anti Syiah secara agresif kerajaan Malaysia sejak hujung tahun lalu menjejaskan ekonomi negara sehingga kerajaan kerugian jutaan ringgit selepas Iran yang mempunyai majoriti penganut mazhab tersebut bertindak balas, menyebabkan seorang menteri menghubungi pemimpin PAS, minta bantuan bagi memulihkan hubungan, kata satu sumber.

Pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengesahkan perkara itu tetapi enggan menamakan menteri yang menghubunginya.

"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Syed Azman kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Adun Batu Burok berkata, Malaysia mengalami kerugian besar apabila Iran bertindak balas terhadap kempen anti Syiah di Malaysia yang diterajui oleh Umno sebelum ini.

"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya.

AS dan negara-negara Eropah mula menjalinkan semula hubungan dengan Iran selepas Hassan Rouhani yang lebih liberal mengambil alih kepimpinan daripada Mahmoud Ahmadinejad.

Sebagai pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Syed Azman mempunyai hubungan rapat dengan majoriti pemimpin gerakan Islam di dunia termasuk dari Iran.

Selain beliau, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu juga mempunyai hubungan dengan pemimpin Iran dalam arena politik antarabangsa.

Selain Petronas, turut rugi adalah industri minyak sawit apabila Iran mencari alternatif lain selain Malaysia.

Pada Januari hingga November 2013 sahaja, Iran mengimport 671,384 tan minyak sawit dari Malaysia. Ia menjadikan negara itu antara pengimport utama minyak sawit Malaysia.

Susulan kempen anti Syiah Umno yang dimulakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya semasa perhimpunan parti itu tahun lalu dan disambut beberapa pihak lain, Iran mula menyekat dan mengurangkan import minyak sawit dari Malaysia.

Perhimpunan Agung Umno 2013 juga meluluskan usul menjadikan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai tafsiran kepada Islam Malaysia dan fahaman Syiah disifatkan sebagai ajaran sesat dan terkeluar daripada Islam.

Penghujung tahun lalu, Ahli Parlimen dari Baghdad, Iraq, Syeikh Jalaluddin Asy-Shoghir, dalam satu ucapannya berkata, kerajaan Malaysia merupakan kerajaan pertama di dunia yang secara rasmi mengkafirkan Syiah.

Katanya, tindakan ini dilaksanakan dengan cara yang amat buruk, namun Kementerian Luar Iraq tidak mengambil tindakan balas berkaitan isu tersebut.

"Kerajaan Malaysia sanggup mengkafirkan majoriti rakyat Iraq biarpun Kedutaan Malaysia tidak diarahkan untuk tampil diberi teguran secara lembut.

"Syarikat Malaysia sedang bergembira dengan meraih pelbagai projek di Iraq dan banyak peluang perniagaan dianugerahkan secara istimewa kepada kerajaan Malaysia.

"Saya tidak tahu bagaimana kerajaan Malaysia boleh sampai ke tahap diplomasi yang hancur seperti ini dan melakukan pelanggaran akidah. Di mana Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)? Sama ada ini sebuah sikap yang ekstrem atau tidak, tindakan pengkafiran bakal menjurus kepada pembunuhan," katanya dalam rakaman video di Youtube yang tersebar luas.

Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata Malaysia harus mencontohi negara Islam di Timur Tengah dalam menguruskan perbezaan mazhab, iaitu penganut mazhab Sunni tidak pernah mendakwa kumpulan Syiah di negara mereka terkeluar daripada Islam.

Mohamad berpendapat, jika Malaysia tidak berhati-hati dalam perkara ini, imej negara akan terjejas dan pendukung hak asasi manusia akan menuduh Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.

Pada 2004, Malaysia di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi menandatangani perjanjian Amman Message di Jordan.

Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah Muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut. – TMI

Alasan Menteri Kabinet Rakyat Tolak BR1M Melucukan

Posted: 02 Mar 2014 08:01 PM PST


Geli hati dengar alasan menteri'

SHAH ALAM – Kenyataan seorang menteri berhubung 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang enggan menerima bantuan tersebut dianggap melucukan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya berasa geli hati apabila seorang menteri menyifatkan keengganan 17,000 golongan individu menerima BR1M sebagai bukti kematangan rakyat di negeri ini.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal memahami sentimen rakyat. Kegagalan parti politik untuk memahami permasalahan dan keperluan masyarakat merupakan satu kerugian besar dalam bidang politik," katanya yang dipetik dari blognya, Chedet.com, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penolakan itu membuktikan rakyat Malaysia semakin 'matang' dan tidak memerlukan bantuan dari kerajaan.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya yang turut memaklumkan nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Tambah Mahathir lagi, kerajaan telah memperuntukkan RM3.5 bilion kepada 7 juta rakyat Malaysia dan ianya disifatkan satu pembaziran dengan jumlah yang besar.

"Masih terdapat golongan individu atau keluarga yang miskin di negara ini, kita sepatutnya menggunakan peruntukan tersebut untuk membantu mereka," jelasnya. -SH

17,000 Penerima Yang Layak Tolak BR1M Tahun Ini - Ahmad Husni Hanadzlah


IPOH, 23 Feb -- Sebanyak 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun lepas mengambil inisiatif memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memerlukan bantuan itu tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu menunjukkan tahap kematangan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M 2014 bagi Parlimen Tambun di sini hari ini.

Beliau berkata ada juga di kalangan mereka yang memaklumkan kepada kerajaan bahawa bantuan itu tidak lagi diperlukan kerana pendapatan mereka melepasi had kelayakan.

Ahmad Husni berkata nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Sementara itu, beliau berkata 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.

"Hari Isnin (esok) akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu). Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M itu akaunnya di bank tersebut," katanya.

Mengulas mengenai ada penerima yang tidak layak tetapi masih menerima bantuan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penerima terbabit untuk memaklumkan kepada kerajaan.

"Tulis surat dan beri nama orang itu. Kita akan semak dan ambil tindakan," katanya.

Ahmad Husni turut menasihatkan orang ramai supaya mengisi borang permohonan BR1M dengan jujur dan ikhlas bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan itu.

Sebanyak 5.4 juta penerima BR1M 2014 yang mempunyai akaun bank menerima terus bantuan berkenaan melalui akaun mereka semalam manakala kira-kira dua juta penerima yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula hari ini.

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.
-- BERNAMA


ULASAN GB

Yang GB cuba nak persoalkan betulkan 17,000 rakya tulis surat tak mahu lagi BR1M?

Agak-agaknya jika diminta menteri berkenaan tunjukkan bukti surat-surat yang 17,000 berkenaan mahu terkangkang dia.

Kalau puluh atau ratus pun mungkin ada juga logiknya. Tapi kalau dah sampai 17,000 nampak sangat kuat temberangnya menteri yang bernama Ahmad Huzni Hanadzlah ini.

Mungkin yang dapat ditunjukkan nanti beribu-ribu surat itu mengandungi ayatnya sama tapi nama lain-lain. Seperti "bot twitter" yang kita dedahkan hari itu seperti di bawah ini:


[SELINGKAR KISAH] Ayah, Ibu, Anak & Ayam Goreng Kunyit

Posted: 02 Mar 2014 04:41 PM PST

Alkisah sebuah hidangan isteri…

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, "Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini."

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

"Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan," kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

"Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?"

"Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak," jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.

Senyum -fb

Tiada ulasan: