. |
Adakah sembahyang khas untuk mengekang kenaikan harga barang? Posted: 02 Mar 2014 05:34 AM PST SOAL MALAM Dr Mohd Asri Zainal Abdin menyarankan supaya pemimpin kerajaan mengajak rakyat supaya solat Istisqa, iaini meminta hujan turun dan juga agar bumi yang panas dan kering ke belakang ini menjadi sejuk. Solat agar hujan turun kata Asri, diamalkan di Nabi Muhammad dan ia menjadi sunnah (ikutan) bila berlaku kemarau panjang. Solat Istisqa katanya sembahyang khusus ditanah lapang. Sekurang-kurang saya berpengalaman mendirikan soal Istisqa di Makkah semasa mengerjakan umrah. Semalam, selepas Jumaat beberapa buah masjid di Wilayah Persekutuan telah menganjurkan soal Istisqa. Alhamdulillah hari ini hujan lebat membasahi bumi dibeberapa kawasan di Kuala Lumpur. Antaranya di Setapak, Segambut, Kepong dan Kuala Lumpur. Hujan juga dilaporkan turun di Semenyih dan Cheras. Di sini saya hendak bertanya kepada Dr Mohd Asri apakah ada dalam amalan sebelum ini (Islam) atau dibolehkan untuk diadakan solat khas bagi meminta agar harga barang keperluan yang melambung yang sudah dirasai kini dibolehkah? Begitu juga dengan kejadian jenayah, sepeti ragut, pecah rumah, rompak dan sebagainya ianya juga boleh diikhtiarkan dengan mengadakan sembahyang khas dan doa khas. Nampaknya alat kawalan keselamatan yang canggih, seperti pemasangan CCTV, penggera atau melantik syarikat kawalan keselamatan tetapi ia belum menjamin keselamatan terpelihara. Begitu juga dengan masalah perpecahan di kalangan rakyat negara ini disebabkan perbezaan politik sehinggakan kerananya menimbulkan implikasi buruk dan merugikan semua pihak. Sekiranya ada usaha secara spritual atau dibenarkan dalam hal-hal ini elok kalau Dr Mohd Asri memberi tunjuk ajar atau pun memberi pandangan apakah ianya boleh diusahakan dengan berdoa kepada Allah dengan mengadakan sembahyang khas atau bagaimana? Dan sekiranya perkara berkenaan tidak menjadi larangan dan merupakan amalan yang baik, elok juga kalau dipakejkan sekali saranan agar kerajaan mengajak rakyat melakukan Istisqa itu juga turut melakukan sembahyang bagi mengatasi masalah-masalah yang disebutkan itu. [wm.kl.9:26 pm 02/03/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan