MIMPI SENJA |
- 2 kali dijatuhi hukuman mati, 16 tahun direman sementara menunngu ke tali gantung. tiba-tiba .......
- Ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik - Mizz Nina berhenti menyanyi
- ‘Penghibur jalanan’ meriahkan Bukit Bintang
- Ali Tinju [senaman punggung] marah Malaysiakini kerana laporan mengenai Rosmah
- Budak Perempuan 9 Tahun Tinggal Bersama Anakonda
2 kali dijatuhi hukuman mati, 16 tahun direman sementara menunngu ke tali gantung. tiba-tiba ....... Posted: 02 Mar 2014 09:03 PM PST Selama 16 tahun, Johari (bukan nama sebenar) meringkuk di dalam penjara sebagai banduan reman dan sementara menunggu hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya, atas tuduhan mengedar dadah di Malaysia. Akhirnya, pada Selasa lalu (25 Februari), Mahkamah Rayuan membebaskannya selepas melalui proses perundangan panjang dan penuh berliku. Peguamnya, Karpal Singh, berkata Johari kini dianggap orang yang paling lama dipenjarakan di Malaysia sebelum disabit kesalahan. Pada 4 Januari, 1998, Johari dan seorang lagi ditangkap polis di Gelugor, Pulau Pinang, kerana memiliki 35kg ganja, dan sejak itu dia direman kerana tuduhan ke atasnya tidak boleh diberikan jaminan. Seorang lagi yang ditangkap bersamanya didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Mei 2000. Johari dijatuhkan hukuman mati sebanyak dua kali, pertama pada Mei 2004 dan kedua pada Januari 2011, oleh Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang. Karpal berkata, selepas disabit kesalahan, Johari ditempatkan sebagai tahanan menunggu hukuman mati di antara 2004 dan 2010. Hukuman ini diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2010, dan perbicaraan semula diarahkan. Pada Januari 2010, sekali lagi, Johari dijatuhkan hukuman mati, tetapi minggu lalu, Mahkamah Rayuan membebaskannya atas alasan teknikal. Karpal berkata, perbicaraan semula memerlukan anak guamnya dikenakan tuduhan di mahkamah majistret telebih dahulu sebelum perbicaraan tuduhan pengedaran dadah boleh dilakukan di Mahkamah Tinggi. "Mereka mengulangi semua prosedur dan membekalkan dokumen kepada si tertuduh seolah-olah Johari dihadapkan tuduhan baru," katanya. Namun, katanya, pihak pendakwa memulakan perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Kini, Johari bebas, tetapi dia masih dihantui hari-harinya di penjara Perlis itu. Mana tidaknya, dia ditahan sebegitu lama. "Mereka yang ditahan teruk menghadapi tekanan kerana menunggu hukuman mati. Ia mematahkan anda. "Anda tidak akan keluar sebagai orang yang sama, walaupun didapati tidak bersalah atau diampunkan. Semuanya terlambat. Selagi belum kena, anda tidak akan tahu perasaan ini," kata lelaki berusia 41 tahun itu kepada The Malaysian Insider di Pulau Pinang, Sabtu lalu. Johari berkata, apa yang dilaluinya tidak boleh dibayangkan orang lain, dan dia kehilangan beberapa tahun daripada hayatnya, dikurung bersendirian di dalam sebuah bilik yang tiada kemudahan ketika berusaha untuk bebas daripada tuduhan yang membawa kepada hukuman mati mandatori. "Tidak ada televisyen, tetapi ada masanya banduan diberi peluang baca akhbar. Teman saya hanyalah sebuah walkman yang dibelikan keluarga saya. "Bila anggota keluarga menziarahi saya, kami diberikan masa 30 minit berbual, namun sentuhan fizikal dihalang oleh sebuah skrin. Ia tidak dibenarkan walaupun pada Hari Raya," katanya. Johari kelihatan masih diselubungi pengalamannya di penjara, seolah-olah masih belum reda daripada kejutan kesan apa yang berlaku. Tetapi beliau dengan tegas dan jelas mahu hukuman mati dimansuhkan, kerana setiap insan perlu diberi peluang kedua. Dia masih ingat ketakutannya di dalam penjara, dan bagaimana beberapa rakan banduan akan dibawa keluar, tidak kembali lagi, dan hanya mampu berdoa. "Tidak ada pengampunan jika dijatuhkan hukuman mati. Janganlah lakukannya. Manusia tidak boleh membuat undang-undang untuk membunuh manusia lain," katanya, dan menambah bahawa Lembaga Pengampunan lembap dalam memberikan satu lagi peluang hidup kepada banduan hukuman mati. Adik Johari, yang hanya mahu dikenali sebagai Johan, 39, berkata ibu bapa mereka amat terkesan dengan apa yang berlaku ke atas anak sulung mereka, dan beberapa kali menyerah kalah. Mereka tidak arif tentang undang-undang, dan hanya bergantung kepada Karpal dan anaknya Jagdeep Singh Deo, sepanjang perbicaraan. Jagdeep, kini Exco kerajaan Pulau Pinang dan sudah berhenti menjadi peguam. "Kami amat gembira Johari kembali ke pangkuan kami. Jika semua ini tidak berlaku, dia mungkin sudah berkahwin dan sudah ada dua anak. "Keluarga kami mengharungi kesusahan ini bersama. Kami perlu menghadapi pandangan masyarakat. Manusia tidak cepat memaafkan atau memahami bila dapat tahu ada penjenayah di kalangan keluarga anda," kata Johan. Mengenai masa depan Johari, Johan berkata, abangnya kini perlu menyesuaikan diri dengan dunia luar yang banyak berubah sepanjang 16 tahun. "Saya akan mengambil selangkah demi selangkah. Mungkin saya boleh mulakan perniagaan. Dengan usia saya dan rekod saya yang dicemari, saya tidak fikir ada yang mahu ambil saya bekerja," kata Johari. Karpal berkata, Johari mungkin menempa sejarah sebagai orang yang paling lama dipenjara sebelum dibebaskan daripada tuduhan. Beliau terkilan dengan perjalanan kes Johari - ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan untuk perbicaraan semula, dan dijatuhkan hukuman mati untuk kali kedua. "Satu perbicaraan sudah memadai. Saya juga hairan," kata Karpal, yang menulis kepada peguam negara untuk meminda tuduhan ke atas Johari kepada tuduhan memiliki dadah, yang membawa kepada hukuman penjara, namun permohonannya ditolak. Karpal, yang berjuang untuk memansuhkan hukuman mati, berkata hakim boleh menggunakan budi bicara di dalam kes tertentu. "Hakim juga mendapat tekanan kerana hukuman mati mandatori," katanya, dan mencadangkan mahkamah diberi kuasa menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman mati atau tempoh penjara berdasarkan fakta kes. - 3 Mac, 2014.TMI |
Ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik - Mizz Nina berhenti menyanyi Posted: 02 Mar 2014 06:13 PM PST snin Mac 3, 2014 PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian. Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia berbuat demikian kerana ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik dan langsung tidang menyesal dengan keputusan tersebut. "Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap Islam. "Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan," katanya. Tambah isteri kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia juga telah membatalkan hasratnya untuk melancarkan album muzik pop terbaharunya dan bersyukur kerana langsung tidak berasa menyesal dengan keputusan yang dilakukan itu. Dalam pada itu, sebagai langkah pertama di bidang pengacaraan, Mizz Nina bakal muncul di televisyen bagi mengacarakan sebuah program kanak-kanak berbentuk keagamaan tidak lama lagi. "Saya tidak boleh beritahu lagi judul program tersebut kerana ia akan diberitahu pada majlis pelancarannya. "Apa yang saya boleh katakan saya mengendalikan program tersebut dalam bahasa Inggeris dan ia lebih memaparkan mengenai akademik kanak-kanak," ujarnya. Sementara itu, Mizz Nina turut berkata, dia akan menghentikan pengeluaran pakaian di bawah jenama miliknya iaitu Mizz Demeanor dan hanya akan fokus kepada jenama pakaian muslimah yang baharu ditubuhkan iaitu Madeena. "Apa yang saya lihat, sejak menubuhkan Madeena, para peminat lebih teruja dengan rekaan terbaharu jenama ini berbanding Mizz Demeanor. "Kerana itu saya membuat keputusan untuk tidak lagi mengeluarkan pakaian di bawah label Mizz Demeanor. Lagipun menerusi Madeena, saya dapat mengembangkan label ini dengan pengeluaran pelbagai produk halal," tuturnya. |
‘Penghibur jalanan’ meriahkan Bukit Bintang Posted: 02 Mar 2014 06:39 AM PST Sentuhan Penghibur jalanan menjadi tarikan rakyat tempatan dan pelancong ke Bukit Bintang. FMT FOCUS PETALING JAYA: Bukit Bintang dI KuaLa Lumpur merupakan kawasan tumpuan rakyat Malaysia mahupun pelancong untuk membeli belah atau pun hiburan malam. Banyak komplek membeli belah terkenal serta pusat-pusat hiburan seperti kelab malam dan bar. Pelancong dari pelbagai negara, dari Asia, Timur Tengah hingga Amerika Latin memenuhi Bukit Bintang sejak awal petang hingga pagi terutama pada hujung minggu. Namun, hiburan di Bukit Bintang bukan sahaja bar dan kelab malam tetapi juga penghibur jalanan yang bermain muzik atau lebih dikenali dengan panggilan baskers. Pada 21 Febuari lalu, FMT telah menemubual sebuah kumpulan baskers yang melakukan persembahan di hadapan Bank CIMB di Jalan Bukit Bintang. Kumpulan yang menggelar diri mereka Sentuhan Baskers ini yang dibentuk hampir dua tahun lalu kini menjadi antara tarikan rakyat serta pelancong Bukit Bintang apabila mereka memulakan persembahan mereka bermula jam 10 malam. Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh empat orang, namun adakalanya disertai juga oleh rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. Menurut Izzat, 23 tahun, ketua kumpulan, penyanyi, pemain gitar kedua serta pengasas kepada Sentuhan Baskers ini, mereka memilih untuk berada di jalanan kerana minat yang mendalam kepada musik. Menurutnya, sebelum tertubuhnya Sentuhan Baskers, dia hanya berbasking sendirian atau bersama seorang rakan di sini. "Ini minat saya…sebab nak hiburkan orang awam dan pelancong-pelancong yang datang secara terbuka," katanya dalam suara serak basahnya itu. Tambahnya lagi, mereka belajar erti keikhlasan dalam menghiburkan orang ramai melalui basking. 'Saya penghibur' "Pada saya seorang penghibur, tugas (dan) niat saya untuk menghiburkan sesiapa sahaja. Dari situ saya belajar erti keikhlasan bagaimana saya menghiburkan orang, saya memberi kepada orang. "Sebenarnya bukan meminta, tapi kita memberi dan Alhamdulillah, apa yang diberi itu dapat hasil dengan wang ringgit. Basking ini kerjaya saya, sebelumnya asal itu memang bermain di kelab, (menjadi) back-up artis tapi sekarang saya memilih cara ini (basking) sebab ini minat saya," terangnya. Tambah anak muda dari Pulau Pinang itu, Sentuhan Baskers memainkan lagu-lagu sedia ada dengan susunan muzik yang tersendiri. "Saya lebih suka kita buat arrangement sendiri, apa muzik saja…lebih baik main muzik sendiri. Dalam masa yang sama kita gubahkan lagu orang sebab kita nak meningkat ,,,kita nak belajar. Untuk saya dalam muzik kita nak buat sesuatu berlainan," tambahnya lagi. Menurut Izzat, mereka berada di sana hampir setiap malam kecuali jika ada urusan tertentu manakala barisan pemuzik adakalanya juga berubah bergantung kepada jadual masing-masing. Apa yang paling menarik mengenai kumpulan ini pastilah kemampuan mereka untuk melibatkan penonton dalam persembahan mereka. Selama lebih dua jam kami di sana, dapat dilihat penonton bergelak tawa, menyanyi bersama malahan ada juga yang kelihatan menari. Yang paling menarik perhatian ramai pastilah Ramli Abas, 63 tahun, ataupun lebih dikenali sebagai Papa Rock Bukit Bintang, mungkin kerana Ramli menggayakan rambutnya seperti Papa Rock Ramli Sarip. Ramli, yang berkerusi roda sejak tahun 1990 kerana kemalangan yang menyebabkan tulang belakangnya patah, berkata dia sudah menceburi bidang basking sejak 20 tahun yang lalu untuk mencari rezeki tambahan. Telatah Ramli ternyata mengusik hati para penonton terutama sekali apabila Ramli menyanyikan lagu Kamalia dendangan Sweet Charity. Gayanya seperti rockers sejati itu pastinya mencuit hati sesiapa, tambahan pula dia sendiri sempat mengusik beberapa gadis yang hadir serta berkongsi mikrofon dengan penonton yang lain. `Cari rezeki' "Saya memang mencari rezeki melalui cara ini…saya menghambakan diri kedalam bidang baskers. Kerusi roda ini tak menghalang saya (basking) dan budak-budak baskers rata-ratanya sudah kenal saya. "Kebiasaannya kalau saya ada di sini boleh katakan crowd (penonton) penuh, ramai peminat…boleh katakan semulajadi anugerah tuhan kepada saya," katanya lagi. Selain dari Ramli, seorang lagi ahli yang menarik perhatian pastilah anggotanya yang bertudung, Fazilah Asmar. Gadis berusia 28 tahun ini ternyata mempunyai suara yang lunak dan tidak gentar beraksi di hadapan penonton. Menurutnya, dia memang cintakan muzik dan menyertai kumpulan ini menerusi rakan-rakan, walaupun dia sendiri sebenarnya sudah bekerja sebagai pengurus butik pakaian terkenal. "Penat tu pada saya tidak sebab ini minat, hobi saya jadi apa yang saya buat itu saya rasa puas. Jadi saya tidak rasa apa yang saya buat itu memenatkan atau membebankan saya, apa yang saya rasa ialah enjoy (senang)," katanya lagi. Tambah Fazilah, yang lebih mesra dengan panggilan Zila, imej bertudung itu tidak menghalang dirinya dari berkecimpung dalam bidang hiburan ini. Jika dilihat dari persembahan mereka, ternyata yang dapat dilihat ialah setiap ahli Sentuhan Baskers sendiri menikmati saat mereka menghiburkan orang ramai, senyuman tidak lekang dari bibir masing-masing malahan ada ketika mereka sendiri tertawa dengan telahan masing-masing ketika melakukan persembahan. Adakalanya, mungkin muzik mereka sedikit 'lari' namun kemampuan mereka untuk kembali mencari rentak yang sama dan menghiburkan penonton tidak dapat dipertikaikan. Menjelang jam satu pagi, Sentuhan Baskers menamatkan persembahan mereka dan penonton mula beransur namun 'kehangatan' persembahan mereka masih dapat dirasai. |
Ali Tinju [senaman punggung] marah Malaysiakini kerana laporan mengenai Rosmah Posted: 02 Mar 2014 04:34 AM PST Radzi Razak | 4:32PM Mac 2 2014
TERLATEST : Anugerah: NGO gesa PM pecat Zahid HamidiPresiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom mahu Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengundurkan diri dari kabinet. Beliau turut mengatakan Zahid tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyampaikan penghargaan kepada Malaysiakini. "Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) Zahid Hamidi kepada Malaysiakini. "Itu kami sedih dan rasa marah kepada menteri KDN yang tidak peka, tidak celik dan tidak bijak yang boleh dipanggil bodoh," kata beliau dalam sidang media di Hotel Midah hari ini. Ali berkata tidak patut seorang menteri kabinet seperti Zahid memberi penghargaan kepada Malaysiakini tidak sampai sehari selepas mengeluarkan berita berhubung kesibukan Rosmah yang tiada masa untuk hobi, anaranya bermain badminton. Ali (atas, berbaju kuning) hari ini ditemani gabungan 14 NGO lain di bawah payung Sekratariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT). Malaysiakini mendapat hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu. Bagaimanapun anugerah bukanlah dari Zahid yang hanya hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah. Anugerah kepada Malaysiakini itu hasil undian awam (80 peratus) dan selebihnya penilaian juri. Ali yang lebih dikenali sebagai "Ali Tinju" juga mendakwa Zahid telah menunjukkan prestasi buruk sepanjang menerajui KDN sejak tahun lalu. Kerja separuh jalan Ali mendakwa Zahid hanya melakukan kerja setengah jalan termasuk dalam isu membabitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isu kalimah Allah, kerana tiada pendakwaan dibuat ke atas Mohamad dan paderi Lawrence Andrews. "Saya ulang sekali lagi mohon jasa baik PM Datuk Seri Najib Razak supaya pecat Zahid Hamidi. "Beliau buat pelbagai masalah, buat kerja setengah jalan dan tak habiskan kerja beliau. Conotohnya isu Mat Sabu, Dia 'gempak' dalam dewan (perhimpunan agung) Umno tetapi tiada tindakan (susulan) Ali turut mempertikaikan kenyataan Zahid dalam isu video kontroversi anggota Parlimen DAP Teresa Kok yang disifatkan Ali sebagai 'membahayakan' negara. "(Dalam) isu Teresa Kok, dia katakan tampar orang tak salah. Ini yang bahaya ini. Harap PM bijak untuk buat penukaran," kata beliau. Sementara itu seorang pemimpin NGO AKS Ramesh Rao pula mendakwa Malaysiakini didanai oleh badan yang menyokong revolusi 'Arab Spring' di Timur Tengah dan sebahagian dari agenda zionis. Beliau turut mempertikai pemberian hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu. "Penerima dana zionis tidak layak jadi media portal terbaik. Banyak lagi portal baik di Malaysia ini," kata beliau. - malaysiakini |
Budak Perempuan 9 Tahun Tinggal Bersama Anakonda Posted: 02 Mar 2014 12:23 AM PST WARREN (Michigan): Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang taksub terhadap haiwan reptilia menjadikan rumahnya di sini sebagai tempat tinggal 30 spesies tersebut, lapor akhbar Miror News kelmarin. Kanak-kanak berkenaan, Charming Krista tinggal bersama spesies reptilia seperti anakonda dan ular sawa sepanjang 3.6 meter selain mempunyai hobi memberi makan aligator yang dibela di kediaman keluarganya. Ayah Krista yang juga seorang pakar ular, Jamie, 33, mula memperkenalkan ular pada Krista semasa usianya dua tahun. Anak sulung daripada tiga beradik itu turut memuat naik beberapa klip video berhubung minatnya di laman perkongsin video YouTube. "Semua orang takut pada ular tetapi saya menganggap ular sebagai haiwan yang menakjubkan. "Saya bercita-cita untuk membina sebuah zoo kecil apabila dewasa kelak," katanya.- Agensi |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan